Вы находитесь на странице: 1из 1

BAHAGIAN A : AKTIVITI / KEMAHIRAN YANG DIJALANKAN (Kepimpinan, Kepengurusan, Kejurulatihan dan Kepegawaian)

Pada minggu ini, Persatuan Kadet Remaja sekolah (KRS)telah berkumpul di surau untuk memberi penerangan dan membuat mini gajet sebagai persediaan untuk Hari Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah yang akan diadakan di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa dan mengambil kehadiran ahli kumpulan Saya bersama-sama rakan guru pelatih telah membuat demonstrasi membuat gajet menggunakan kayu atau lidi. Gajet yang kami tunjukkan adalah gajet rak perkakas dapur. Selain itu juga murid-murid boleh membuat gajet selain daripada yang ditunjukkan. Antara hasil kreatif gajet yang telah dihasilkan oleh murid-murid adalah seperti rak pinggan dan rak kasut. Saya bersama-sama guru penasihat memantau dan memberi tunjuk ajar sepanjang aktiviti dijalankan.Hasilnya murid-murid dapat menghasilkan gajet yang baik, kukuh dan kemas. Murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa perkhemahan nanti.

Вам также может понравиться