You are on page 1of 12

JENNEYFFER PETER JEIMON M.

SINTUM

ZAMAN PRAMEDEKA (SEBELUM 1957) ZAMAN PASCA MERDEKA (1957 1970) ZAMAN DEB (1971 - 1990) ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (1991 - 2000) ZAMAN DASAR WAWASAN NEGARA (2001 - KINI)

ZAMAN PRAMERDEKA. (SEBELUM 1957)


Sekolah sekolah di Tanah Melayu di pecahkan kepada empat aliran:
    Sekolah Inggeris Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Tamil

Mempunyai bahasa pengantar sendiri Sukatan kurikulum berbeza.

ZAMAN PASCA MERDEKA (1957 - 1970)


Usaha dilakukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) :
Mengutamakan perpaduan yang mana menjadi teras kepada pendidikan negara.

Laporan ini dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960.
asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

PENYATA RAHMAN TALIB


Pendidikan percuma sekolah rendah Sistem kenaikan darjah secara automatik sehingga ke tingkatan 3 Peperiksaan penilaian Darjah Lima diwujudkan. Pendidikan moral dititikberatkan. Pendidikan teknik dan vokasional dipertingkatkan lagi. Pelajaran agama Islam diajar sekiranya ada sekurang kurangnya 15 pelajar muslim Kawalan mutu oleh Jemaah Nazir. Program latihan perguruan diberikan penekanan.

ZAMAN DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971-1990


menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (OUM 2008) pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat Sistem pendidikan di Malaysia pada masa ini mengalami banyak perubahan.

1979- semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan

1980- peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar 1988- Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.

ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (1991 - 2000)


Perubahan pesat kepada sistem pendidikan di Malaysia. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan.
Akta Pendidikan 1996 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996

PERUBAHAN LAIN
Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999 Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik

ZAMAN DASAR WAWASAN NEGARA (2001 - SEKARANG)


Penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama :
Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002) PPSMI 2003(Keputusan Jemaah Menteri, 2002) Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003 Program j-QAF (2005, 2006)

KESIMPULAN
PELBAGAI PERUBAHAN TELAH BERLAKU DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA BAGI MEMASTIKAN SETIAP INDIVIDU BOLEH MENERIMA PENDIDIKAN YANG SEMAKSIMA MUNGKIN. WALAUBAGAIMANA PUN, SETIAP PERUBAHAN YANG DILAKUKAN TIDAK AKAN BERJAYA TANPA CAMPUR TANGAN DAN KERJASAMA DARIPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.