Вы находитесь на странице: 1из 7

Alam Sekitar

Monday, September 27, 2010


PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara persis didefinasikan atau jitu ditakrifkan sebagai kehadiran satu atau lebih substansi fizik, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia,haiwan,mengganggu estetika dan kenyamanan alam sekitar. Pencemaran udara ini boleh menjadi satu isu alam sekitar yang semakin membimbangkan negara.Pencemaran udara boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar. Pencemaran udara adalah tercampurnya unsur-unsur berbahaya kedalam atmosfera yang dapat mengakibatkan terjadinya kerosakan lingkungan,gangguan pada kesihatan manusia secara umum serta menurunkan kualiti udara. Pencemaran udaraterbahagi kepadatiga iaitu pencemar primer,sekunder. Pencemar primer ialah pencemaran yang ditimbulkan secara langsung dari sumber pencemaran udara. Pencemaran sekunder merupakan pencemaran yang terbentuk dari reaksi pencemaran-pencemaran primer di atmosfera. Contohnya,sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asap sulfurik. Terdapat pelbagai jenis bahan pencemar iaitu karbon monoksida(co), gas ozon, nitrogen dioksida (so2), cfc, karbon dioksida (co2), benda partikular (pm), plumbum dioksida (Pb), Hydro carbon. Penyebab utama pencemaran udara ialah akibat adanya kenderaan bermotor khususnya di bandar-bandar besar. Di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinamg, Shah Alam, Johor Bahru diperkirakan 70% pencemaran yang terjadi akibat kenderaan bermotor. Kesan-kesan akibat pencemaran ialah seperti penipisan ozon, pemanasan global, penyakit, penyakit, hujan asid. Hujan asid berlaku apabila sinaran matahari menyerap air dari sumber air seperti sungai, tasik, kolam, dan laut.Titisan air ini akan mengalami proses pemeluwapan dan membentuk awan.Titisan air dalam awan mengandungi gas-gas beracun menyebabkan curahan hujan asid akan berlaku.Hal ini menyebabkan pelbagai impak negatif kepada manusia dan alam sekeliling.Contohnya,kanser kulit,kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu ,peningkatan suhu juga menyebabkan pelbagai kesan.Peningkatan

suhu,menyebabkan udara tercemar dengan pelbagai gas-gas beracun seperti karbon

dioksida,karbon monoksida,sulfur dioksida dan sebagainya.Hal ini kerana,suhu min di malaysia akan berubah akibat pencemaran udara dan mengakibatkan jerebu,kesan rumah hijau dan sebagainya. Terdapat pelbagai langkah bagi mengatasi masalah pencemaran ini. Jas (jabatan alam sekitar) haruslah menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta kualiti Alam Sekeliling 1974. Jabatan Alam Sekitar harus mengadakan rondaan darat dan udara dari semasa ke semasa untuk menyiasat punca pencemaran udara ini. Pihak yang dibuktikan bersalah haruslah dikenakan hukuman seperti penjara, kompaun dan sebagainya. Seterusnya, badan bukan kerajaan NGO,seperti sahabat alam sekitar harus mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti cintailah alam sekitar, cintailah bumi kita,cintailah hutan kita dan sebagainya. Selain itu, aktiviti seperti menanam semula anak pokok, mewartakan hutan simpanan, berkongsi kereta, mengurangkan penggunaan alat yang mengandungi cfc seperti penghawa dingin, aerosol harus dijadikan sebagai langkah pencegahan. Tuntasnya, kemelut pencemaran udara merupakan cancer sosial yang kian merebak kebelakangan ini. Sekiranya masyarakat kita tidak berganding bahu untuk melumpuhkan cancer sosial yang kian merebak ini kemungkinan besar ia akan menjadi satu kemelut yang membinasakan masa depan semua.

Posted by group37 at 8:57 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Friday, September 17, 2010


PENCEMARAN BUNYI
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Namun, manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat dari proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk iaitu pencemaran bunyi, pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanah, pencemaran haba dan pencemaran laut.

Pencemaran bunyi adalah pencemaran yang paling kurang diberi perhatian oleh semua pihak berbanding dengan pencemaran air dan udara dari segi masa dahulu. Tetapi sejak akhirakhir ini, semua pihak telah membuka mata akan seriusnya pencemaran bunyi yang semakin banyak berlaku terutamanya di jalan-jalan raya akibat daripada pembinaan jalan. Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 desibel dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Jika masalah ini tidak dibendung dari awal dan diberi perhatian yang serius oleh semua pihak, nescaya ia akan bertambah buruk dan akan memberikan kesan yang tidak baik kepada semua pihak. Penimbulan pencemaran bunyi ini kebanyakkannya adalah disebabkan peningkatan penggunaan kenderaan di jalan raya yang membawa kepada kesesakkan lalu lintas. Ini kerana semasa mengalami masalah sesak lalu lintas, pengguna kendereaan telah menghilangkan kesabaran lalu membunyikan hon kereta dengan tidak berhenti-henti. Bunyi hon kereta dan enjin kenderaan berat serta berenjin diesel inilah yang telah membawa kepada pencemaran bunyi. Begitu juga dengan kenderaan awam seperti teksi dan bas yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi yang berfungsi dengan baik turut menyebabkan masalah ini bertambah semakin serius. Pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab yang mengubahsuai ekzos kenderaan mereka bagi memenuhi kemahuan mereka telah menghasilkan bunyi yang lebih kuat. Bunyi berkenaan yang kuat telah mengganggu kehidupan orang di sekeliling secara langsung. Antara puncanya yang lain adalah akibat dari kerja-kerja di tapak pembinaan dan proses pengeluaran kilang. Ini kerana dari projek pembinaan akan menghasilkan bunyi-bunyi. Bunyibunyi berkenaan adalah datang dari bunyi jentera dan mesin yang besar seperti mesin gerudi menghasilkan bunyi yang nyaring dan kuat serta bising. Mesin yang digunakan dalam sesebuah kilang itu adalah berkuasa tinggi dicampur dengan bunyi jentera pendingin memberikan masalah pencemaran bunyi. Ini kerana bunyi yang kuat dan nyaring telah melebihi had yang ditetapkan bagi pendengaran manusia iaitu 80 desibel. Peralatan untuk berhibur yang semakin berkembang berikutan perkembangan teknologi hiburan telah menyumbang kepada pencemaran bunyi. Peralatan hi-fi yang menghasilkan bunyi pada tahap yang tinggi serta penggunaan peralatan yang canggih di pusat hiburan telah meningkatkan masalah pencemaran bunyi. Pusat hiburan yang lazimnya mengeluarkan bunyi yang melebihi daripada had yang ditetapkan untuk pendengaran manusia iaitu 80 desibel. Sifat mementingkan diri bagi sesetengah pihak yang suka membunyikan peralatan hi-fi mereka pada tahap yang tinggi telah mengganggu hidup sesetengah pihak yang tinggal berhampiran mereka.

Kesan yang paling buruk daripada pencemaran bunyi ini ialah kesan kepada pendengaran seseorang.Ini kerana pendengaran manusia hanya boleh mendengar bunyi yang mencapai had 80 desibel sahaja. Jika seseorang mendengar bunyi yang melebihi 80 desibel secara berlarutan, orang berkenaan akan berlakunya masalah sama ada seara kekal ataupun sementara pada gegendang telinga. Jika tidak membendung, gegendang telinga akan menjadi tuli kerana organ pendengaran manusia sangat lembut dan sensitif. Satu kajian yang dilakukan kepada pekerja kilang yang sering terdedah kepada pencemaran bunyi selama beberapa tahun telah membuktikan bahawa organ pendengaran mereka lebih rendah daripada orang yang tidak terdedah kepada situasi tersebut. Tekanan emosi dan gangguan psikologi boleh berlaku kepada seseorang yang mengalami gangguan pencemaran bunyi. Kebisingan yang terlalu kuat boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan serta gagal berfikir dengan baik. Ini akan membawa kemerosotan prestasi kepada seseorang. Selain itu,tahap bunyi bising yang tinggi juga mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal juga mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan dan "vasoconstriction" yang mendorong kepada peningkatan tekanan darah termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari. Pencemaran bunyi juga mampu memberi kesan buruk pada haiwan. Pencemaran bunyi menyebabkan haiwan berada dalam keadaan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa atau mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Pencemaran bunyi juga menyebabkan haiwan kemusnahan habitat. Dalam kes spesies terancam, pencemaran bunyi mungkin merupakan laluan kepada kepupusan haiwan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.

Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan pencemaran bunyi termasuk penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan. Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat. Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.Selain itu, Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi d isemua tahap kerajaan.

Kesimpulannya, setiap masalah pencemaran akan membawa kesan yang tidak baik kepada alam sekeliling. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu haruslah mencari jalan penyelasaian untuk mengatasi masalah ini secara sistematik dan saintifik tanpa perlu menolak pembangunan dan mengelak daripada menggunakan ciptaan sains dan teknologi. Posted by group37 at 5:52 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Monday, September 13, 2010


PEMBALAKAN HARAM
Hutan merupakan habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna .Hutan telah membekalkan sumber bahan mentah seperti kayu-kayan,rotan,buluh,buah-buahan,kayu api,damar,gam,dan,tumbuhan ubat-ubatan.Hasil-hasil hutan ini merupakan punca-punca makanan,perlindungan,bahan api,dan perubatan asas. Pada tahun 1986 hingga jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.Ini menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna dan Flora. Meranti dan Cengal telah menjadi sasaran pembalakan haram kerana ia merupakan pokok yang dilindungi.Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan telah memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatangbinatang yang hidup di kawasan itu menghadapi ancaman. Faktor-faktor yang menyebabkan pembalakan haram ialah pembukaan tanah baru. Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh tumbuhan. Pembalakan haram juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepeda penduduk.Hal ini demikian kerana dapat memberikan pendapatan kepada penduduk.Pengangguran di negara kita juga akan mengurangkan.Dengan demikian,taraf hidup penduduk akan meningkatkan.Selain itu,ini juga dapat meningkatkan pendapatan negara.Hal ini demikian kerana pembalakan hutan dapat membantu memperkembangan industri berasakan kayu-kayuan.Kayu-kayuan akan eksport ke luar negara.Imej negara kita juga akan meningkatkan.Hal ini demikian akan menyebabkan ramai orang mengetahui negara kita. Pembalakan haram akan membawa kesan keburukan kepada terhadap alam sekitar.Kesan pembalakan haram telah mengubah sama sekali rupa di bumi di kawasan berkenaan.Pembalakan haram secara meluas telah mengakibatkan penukaran tanah dari hutan kepada pertanian.Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, pembalakn haram juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Pembalakan haram dan kemusnahan hutan yang berterusan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.Ini juga akan menyebabkan pencemaran tanah.Contohnya pencemaran tanah akan menyebabkan berlaku hakisan tanah,perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pameran,kempen-kempen,pertandingan dan lain-lain lagi.Pihak yang berkenaan boleh mengadakan pameran pencemaran alam. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam seperti perpustakaan awamatau di aktiviti-aktiviti awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Kempen-kempen yang berkaitan alam sekitar juga boleh diadakan. Peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar dalam kempen-kempen ini.Selain itu,pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar yang diadakan oleh pihak berkenaan.Dengan pertandingan tersebut, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran.Mereka akan mendapat pengetahuan tersebut dalam proses ini. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Melalui pertandingan tersebut akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.Hal ini demikian dapat menyedarkan masayarakat tentang keburukan pembalakan haram terhadap alam sekitar. Kesimpulannya,Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pusat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya dan berkembang pusat itu,ramai orang yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alm sekitar. Sistem ekologi bumi dan hakisan telah diganggu oleh kegiatan-kegiatan perusahaan pembangunan dan pembalakan haram.Rekaan manusia tidak mempunyai nilai peka terhadap isuisu sosial dalam masyarakat merupakan punca utama kemusnahan alam sekitar.Oleh itu,kita haruslah bertangggungjawab terhadap alam sekitar.Dengan demikian,masalah alam sekitar dapat dibanteras.

Вам также может понравиться