You are on page 1of 7

SULIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUSA 94950 PUSA BETONG

PERCUBAAN PMR 1
BAHASA MELAYU Kertas 2 Julai 2010

02/2

2 jam

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. 2. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak mencukupi, sila gunakan helaian tambahan.

3. 4.

______ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak. Disediakan oleh : Bohri bin Saili Disemak oleh Disahkan oleh :_________________________ :_________________________

02/2

SULIT

SULIT Bahagian A (i) [Masa dicadangkan : 40 minit] [20 markah]

02/2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah memupuk nilai budi bahasa dalam kalangan pelajar. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara jelas memberikan gambaran betapa golongan remaja merupakan khazanah sumber manusia yang sangat penting kepada pembangunan dan kemajuan negara. Oleh itu, pelajar perlu dibekalkan dengan asas-asas budi bahasa yang kukuh agar mereka tidak mudah terjebak dalam kancah sosial. Penerapan nilai murni kehidupan atau nilai budi bahasa dianggap amat penting dalam usaha melahirkan modal insan yang sempurna akhlaknya. Langkah ini perlu dipupuk sejak kecil lagi agar mereka mempunyai kekuatan jati diri serta perilaku mulia sebagai asas budaya hidup. Dalam merealisasikan usaha ini, peranan ibu bapa sangat dituntut. Ibu bapa perlu menggalakkan amalan budi bahasa dalam aspek komunikasi, perlakuan, dan pergaulan dalam institusi kekeluargaan. Dalam konteks pendidikan di sekolah, peranan pihak pentadbir sekolah dan guru diharap dapat meneruskan kesinambungan peranan ibu bapa. Pihak sekolah hendaklah mendedahkan nilai kepimpinan yang baik kepada pelajar melalui kegiatan kokuriklum atau aktiviti lain yang berkaitan. Pendidikan secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam, dan Pendidikan Moral seharusnya dapat mengukuhkan amalan budi bahasa dalam kalangan pelajar. Pelajar sendiri perlu berbudi bahasa dan berkelakuan baik. Mereka perlu berdisiplin, bertegur sapa dengan hormat, berbahasa sopan, bersedia memohon maaf, dan mentaati peraturan sekolah. Sikap positif sedemikian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim bahkan dapat menyemai benih perpaduan dan muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang ras dan agama di negara ini. Konsep menjaga tepi kain orang lain perlu dihidupkan dalam masyarakat. Sikap masyarakat yang tidak mengambil endah terhadap gejala sosial yang berlaku di sekeliling mereka perlu diubah. Masyarakat perlu menonjolkan teladan yang baik, peka, dan memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi ahli masyarakat. Pihak kerajaan dan pihak swasta juga perlu memainkan peranan penting. Kempen kepentingan nilai budi bahasa dalam kehidupan masyarakat majmuk perlu lebih kerap diadakan di samping sambutan kempen secara besar-besaran di peringkat kebangsaan. Kerajaan boleh menggunakan media massa sebagai alat untuk menjayakan kempen tersebut. Pihak swasta pula, boleh menggunakan iklan di kenderaan atau iklan di media massa sebagai landasan untuk mendidik masyarakat ke arah menerapkan nilai-nilai budi bahasa seperti yang dilakukan oleh syarikat Petronas. 02/2 [Lihat sebelah

SULIT

SULIT

02/2 (Dipetik dan diubah suai daripada Berbudi Bahasa Amalan Kita Dewan Siswa, Februari 2008)

Bahagian A (ii) : Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud mengeratkan silaturahim berdasarkan petikan. [ 2 markah ]

2. Menurut penulis, bagaimanakah pelajar boleh memupuk nilai budi bahasa dalam diri mereka? [ 4 markah ]

3. Pada pendapat anda, mengapakah nilai budi bahasa penting dalam kehidupan masa sekarang? [4 markah ]

02/2

[Lihat sebelah

SULIT

SULIT

02/2

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 25 minit] [20 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai aktviti sukan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melibihi 120 patah perkataan.

PERPADUAN

KESIHATAN

FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI SUKAN

02/2

[Lihat sebelah

SULIT

SULIT

02/2

MENGHARUMKA N NAMA NEGARA

MENGISI MASA LAPANG

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
1. Belakangan ini rakan anda selalu diberi amaran oleh guru disiplin kerana sering lewat datang

ke sekolah. Anda selaku rakan karibnya cuba menasihati rakan anda itu. Tulis perbualan anda itu selengkapnya.
2. Kelab Pencinta Alam sekolah anda telah mengadakan perkelahan di suatu tempat yang

menarik. Anda telah turut serta dalam perkelahan tersebut.

Ceritakan pengalaman anda semasa perkelahan itu.


3. Warga tua telah banyak berjasa kepada masyarakat.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memupuk kasih sayang terhadap warga tua.

02/2

[Lihat sebelah

SULIT

SULIT
4. Abang anda yang sedang menuntut di luar negara telah mengirim surat kepada anda. Dia

02/2 ingin mengetahui perkembangan keluarga dan persediaan anda menghadapi peperiksaan. Balas surat abang anda itu.

5. Anda dikehendaki menulis cerita yang berakhir dengan ungkapan di bawah.

Aku menarik nafas lega kerana segala usaha dan penat lelahku selama ini telah berhasil.

Bahagian D [Masa yang dicadangkan : 10 minit] [10 markah] Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 3 seperti yang berikut :(i) (ii) Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh Ekspedisi, karya Mohd. Ghazali Tocheh

Berdasarkan salah satu daripada novel yang telah anda kaji di atas, nyatakan satu peristiwa untuk setiap pengajaran yang dinyatakan di bawah. 02/2 [Lihat sebelah

SULIT

SULIT (i) (ii) (iii) Kita mestilah hormat kepada arahan ketua. Janganlah kita mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita. Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama.

02/2

SOALAN TAMAT

02/2

[Lihat sebelah

SULIT