Вы находитесь на странице: 1из 9

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1.0

Pendahuluan Menurut kajian sintaksis, ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa. Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina daripada gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang bermakna yang digabungkan menjadi suku kata dan perkataan dan seterusnya frasa serta ayat. Seseorang individu mengungkapkan gabungan atau jalinan beberapa ayat yang tersusun rapi dan berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan yang utuh iaitu wacana. Menurut Asmah Hj. Omar, wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lain-lain. Harimurti Kridalaksana pula berpendapat, wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam hieraki tatabahasa yang tertinggi. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ayat atau perenggan. Pengajaran tatabahasa wacana dalam kemahiran menulis peringkat sekolah menengah mempunyai kaedah dan aplikasinya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan edisi ke-empat (2004), kaedah bermaksud cara atau peraturan (membuat sesuatu) terutamanya yang bersistem atau yang biasa. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Pada amnya, pengajaran karangan pada peringkat sekolah menengah adalah sama dengan peringkat sekolah rendah. Dari segi kaedah, memanglah tiada satu kaedah yang 21

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

istimewa yang dapat diamalkan dalam pengajaran pelajaran karangan pada peringkat sekolah menengah setakat ini. Apa yang biasa dilakukan ialah guru memberi tajuk, kemudian berbincang, mencari isi-isi, selepas itu kemungkinan menyusun isi-isi itu dan seterusnya menuliskannya. Kaedah seperti ini adalah lanjutan daripada cara yang diamalkan di sekolah-sekolah rendah. 2.0 Pengenalan konsep Zaba (1952) mengatakan bahawa karangan merupakan satu hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya dijadikan ayat. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, karangan adalah gubahan, cucukan, susunan, ciptaan karya. . Zaba menegaskan bahawa sesebuah karangan itu mengandungi ayat-ayat yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan sebuah cerita, laporan, penerangan dan sebagainya. A. Samad Said mengatakan bahawa novel merupakan sebuah karangan. Karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia iaitu pengarang atau penulis, melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa. Inilah maksud karangan berdasarkan kepada pendapat Lado (1964), Bullock (1975), dan Ishak Harun (1979). Karangan merupakan wacana (teks bertulis) yang memerihalkan tema atau tajuk tertentu, dengan kepanjangan tertentu, dan memperlihatkan format persembahan yang mengandungi satu perenggan pengenalan, beberapa perenggan isi, dan satu perenggan penutup. Kemahiran menulis karangan melibatkan kemahiran kognitif dan linguistik, termasuk aspek mekanis, proses, dan pembaca. Menerusi bahasa, kita memahami, menikmati, mengawal, mengembangkan dan menciptakan dunia ini. Bahasa mempunyai struktur komunikasi yang paling asas, yang mengikat antara mesej dengan pengirim dan penerima mesej. Tiga aspek yang membina kemahiran berbahasa ini diperlihatkan sebagai berikut: (a) Pertuturan pengucap, pendengar, perkara 22

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

(b) Membaca-menulis (c) Naratif (d) Drama (e) Tatabahasa

penulis, pembaca, teks pencerita, pemidato, cerita pencerita, pemidato, cerita ganti nama pertama: saya; kedua: kamu; ketiga: dia; morfologi, sintaksis, semantik.

3.0

Karangan Umum Sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang di dalamnya terkandung idea yang bertautan. Di samping itu, idea tersebut hendaklah diolah dan dikembangkan dengan kemas dan baik. Dalam penulisan karangan yang baik mestilah mempunyai pendahuluan yang mengandungi idea utama yang jelas dan bertaut dengan isi sokongan. Penulisan karangan terbahagi kepada dua. Satu ialah penulisan karangan berformat iaitu semua jenis karangan yang mempunyai format atau tatacara yang tersendiri dalam penulisannya. Format dan tatacara penulisan karangan jenis ini tidak berubah. Antara contoh penulisan karangan berformat ialah karangan jenis surat kiriman, samada surat kiriman rasmi ataupun tidak rasmi, syarahan, pidato, wawancara, berita, laporan dan iklan. Satu lagi ialah karangan umum. Karangan jenis ini ialah karangan yang tidak mempunyai cara penulisan yang ditetapkan. Antaranya ialah cara penulisan karangan berbentuk rencana, penerangan, sejarah, profil, bagaimana, pengalaman sendiri, pendapat, dan karangan pelbagai bentuk. Karangan pelbagai bentuk ialah jenis perbincangan, peribahasa, fakta, ulasan, dan cogan kata. Walaupun karangan umum tiada format tertentu, namun bentuk persembahan teks yang meliputi perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan penutup tetap atau kesimpulan diperlihatkan sebagaimana bentuk karangan berformat.

3.1

Kaedah pengajaran penulisan

23

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Menurut Mengantar Simanjuntak (1982), penulisan karangan merupakan satu rencana atau prosedur yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Manakala menurut Parera (1986), penulisan karangan merupakan satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagianbahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. Ishak Ramly (2006) pula mengatakan bahawa penulisan karangan merupakan satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Terdapat 15 jenis kaedah dalam menulis karangan iaitu Kaedah Tatabahasa

Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Audiolingual, Kaedah Natural, Kaedah Situasional, Kaedah Pembelajaran Bahasa Komuniti, Kaedah Pembelajaran Bahasa (TPR), Kaedah Suggestopedia, Kaedah Askar, Kaedah Ajuk-hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Psikologi, Kaedah Kod-Kognitif, Kaedah Fonetik, dan Kaedah Khusus. a) Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah ini dinamakan juga kaedah klasik (Palmer). Ini kerana kaedah ini telah digunakan sebelum kaedah-kaedah lain. Dahulu para sarjana mempunyai banyak sastera bertulis, jadi kemahiran menulis telah menjadi tujuan yang penting lalu menjadi objektif dalam kaedah tersebut. Kaedah ini memberi penekanan terhadap kemahiran menulis jadi kemahiran bertutur tidak dititikberatkan. Oleh itu, ia tidak mementingkan fonetik. Kaedah ini lebih menekankan kepada ejaan dan penulisan dalam bahasa tersebut. Kaedah ini juga menentukan bahawa perbendaharaan kata perlu diberi di awal pembelajaran. Terjemahan merupakan satu cara yang penting dalam mempelajari perbendaharaan kata. Kata-kata disusun di dalam ayat melalui hukum tatabahasa. Hukum-hukum ini dihafaz sebagai cara menguasai bahasa tersebut. Isi dan kefahaman tidak dipentingkan, hanya sebagai latihan tatabahasa yang menggunakan terjemahan sahaja.

24

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

b)

Kaedah Terus. Kaedah ini diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun-tahun 1920 dan 1935. Kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini juga mempunyai persamaan dengan Kaedah Askar kerana ia pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat semasa Perang Dunia Kedua. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran secara lisan atau perbualan dangan kanak-kanak untuk memperkenalkan bahasa kedua. Kamarudin Hj Husin (1988) mengatakan bahawa Kaedah Terus ini mengutamakan prinsip mengajar yang berdasarkan kepada psikologi kanak-kanak. Kaedah Terus disampaikan berdasarkan kepada empat perkara asas iaitu:i) perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. ii) pengajaran yang dijalankan mesti dikaitkan dengan pengalamanpengalaman sedia ada. iii) soalan-soalan yang telah dirancangkan boleh menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak. iv) memberi penekanan terhadap bahasa lisan, tidak mempelajari undangundang tentang bahasa yang hendak dipelajari, memberi keutamaan terhadap sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

c)

Kaedah Audiolingual. Kaedah Audiolingual atau Dengar Tutur bermula pada akhir abad ke 50 apabila pengajaran bahasa asing mula diberi penekanan di Amerika. Rakyat telah digalakkan untuk mempelajari bahasa asing dan prinsip-prinsip linguistik serta kaedah-kaedah pengajaran berasaskan linguistik. Kemunculan Audiolingual adalah merupakan hasil daripada kombinasi teori linguistik struktural, analisis konstrastif, prosedur aural-oral, dan psikologi behaviuris. Teori bahasa yang

25

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

mendasari audilingual telah diterbitkan hasil daripada pandangan yang dicadangkan oleh linguis Amerika dan dikenali sebagai Linguistik Struktural. Kaedah ini adalah diasaskan kepada psikologi behaviur yang menganggap manusia sebagai organisme yang berkebolehan dalam bertingkah laku. Keupayaan bertingkah laku ini bergantung kepada tiga elemen penting dalam pembelajaran iaitu stimulus atau rangsangan (yang menggerakkan tingkah laku), respon atau tindakbalas ( yang digerakkan oleh rangsangan), dan reinforcement atau peneguhan ( yang menandakan ketepatan bertingkah laku). d) Kaedah Natural Merupakan satu falsafah pengajaran bahasa yang baru berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif. Tidak terlalu menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal, atau kepada teori tatabahasa sahaja. Mengikut pandangan Krashen dan Terrell (1983:9), pendekatan ini merupakan natural, psikologi, fonetik, baru, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imatative), dan sebagainya. Bahasa merupakan alat untuk menghubungkan sesuatu mesej. e) Kaedah Kaedah Lain Kaedah Semulajadi pula adalah hampir sama dengan Kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan baru diterangkan dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah diketahui oleh murid. Kaedah ini juga tidak menggunakan terjemahan. Kaedah seterusnya ialah Kaedah Oral-Aural. Kaedah ini mnggunakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafal ataupun secara ajukan. Penggunaan intonasi yang betul diberi perhatian semasa latih tubi dialog dijalankan. Kaedah Linguistik pula membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahui untuk mempelajari bahasa baru dari segi fonetik. Aktiviti pertama ialah dengan latihan mendengar kemudian diikuti dengan aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif. ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

26

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4.0

Proses menulis karangan Murray (1968), Golub ( 1969), dan Carlson (1970), terdapat tujuh bahagian besar di dalam sesuatu proses penulisan karangan. Proses ini ialah : Persediaan untuk menulis. Persediaan ini biasanya datang daripada pengalaman, benda, gambar, perbincangan, atau daripada sesuatu yang menimbulkan minat. Mengingat kembali pengalaman yang dirasai Pelajar perlu diberi masa untuk mengetahui apa yang mereka tulis berkenaan pengalaman dan pemerhatian yang telah mereka lalui. Masalah kreatif. Pelajar mencari idea atau bahan penulisan, ataupun membuat hipotesis. Mereka juga mencuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam menyediakan penulisan mereka. Perbincangan secara lisan Pelajar akan cuba berbincang secara lisan dengan rakan sebaya tentang tajuk dan isi yang telah dikumpulkan. Perbincangan selepas menulis draf pertama. Selepas menulis draf karangan, pelajar akan berbincang lagi. Mereka sendiri akan memikirkan apa yang patut dibuang atau ditambah. Mereka boleh mendapatkan buah fikiran daripada guru atau rakan sebaya tentang apa yang harus dibuang atau ditambah. Menbentangkan karangan secara lisan. Pelajar dirangsang agar membaca isi karangan kepada rakan-rakan. Aktiviti ini membayangkan bahwa sesebuah karangan itu adalah hasil pertuturan dan penulisan. Rakan-rakan atau pendengar akan mengesyorkan bebrapa perkara baru yang perlu diberi perhatian seperti penggunaan perkataan, ejaan, atau idea baru. Setelah semua proses dilaksanakan, karangan itu akan dipamerkan kepada rakan-rakan. Perasaan gembira akan timbul di hati pelajar 27

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

kerana karangan yang ditulis mendapat perhatian dan penilaian yang sewajarnya. 4.1 Proses menulis pendahuluan. Sebelum memulakan penulisan sesebuah karangan, kita hendaklah memilih dan memahamkan tajuk karangan terlebih dahulu. Setelah kita mendapat tajuk karangan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah tentang pendahuluan atau pengenalan karangan. Ini kerana setiap karangan perlu ada pendahuluan atau pengenalan. Pengenalan karangan ini penting kerana dalam pengenalan inilah, kita akan memperkenalkan tajuk karangan yang ditulis. Melalui pengenalan yang baik dan menarik, kita akan dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca karangan kita. Pengenalan tidak perlu panjang, memadai ditulis secara ringkas dan am sahaja.

Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, memang tiada satu kaedah mengajar karangan pun yang istimewa lagi berkesan, dapat diketengahkan sehingga kini. Apa yang perlu ialah setiap orang guru hendaklah berusaha mencari kaedah-kaedah masing-masing asalkan kesan pengajarannya memuaskan. Untuk tujuan ini setiap guru mestilah kreatif dalam merancang dan memilih bahan pengajaran.

28

HBML 3203

Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Bibliografi

Ang Huat Bin (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif, Kuala Lumpur: utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Arbak Othman (1989). Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbak Othman (1995). Mengajar Tatabahasa diperoleh pada 1 Mac 2011 daripada http://www.teachersrock.net/pdkt.htm Awang Sariyan (1996). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hji Husin (1988). Pedagogi Bahasa, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1998). Pedagogi Bahasa Perkaedahan, Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi Terhadap Pengajaran tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin (2010). Ace Ahead Teks STPM Bahasa Malaysia, Shah Alam. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noresah binti Baharom et.al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penguasaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 diperoleh pada 24 November 2010 daripada http://www.scribdcom. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof. Mohd Rain Shaari (2006). Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yahya Othman (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

29

Вам также может понравиться