Вы находитесь на странице: 1из 1

KEPERLUAN CAHAYA UNTUK FOTOSINTESIS

Bahan dan Alatan Kad hitam,klip kertas,larutan iodin,larutan etil atau metal alkohol,piring petri,rod kaca,bikar 250ml,penunu bunsen dan daun Kukus air.

Langkah-langkah 1.Lindungkan pokok daripada cahaya matahari selama 48 jam. 2.Pilih daun yang segar daripada pokok tersebut. 3.Tutup sebahagian permukaan daun dengan kad hitam dengan menggunakan klip kertas. 4.Dedahkan daun tersebut kepada cahaya matahari kira-kira 2-3 jam. 5.Petik daun daripada pokok tersebut. 6.Didihkan air dengan menggunakan bikar 250 ml. 7.Masukkan daun kedalam air yang sedang mendidih selama 10 minit. 8.Keluarkan daun dan rendamkan ke dalam larutan alkohol yang dipanaskan dalam sebuah kukus air. 9.Keluarkan daun dan bilas dengan air biasa. 10.Letakkan daun dalam piring petri dan titiskan larutan iodin sehingga menutupi daun. 11.Biarkan daun selama 5 minit kemudian keluarkan daun dan basuh dengan air biasa. 12.Perhatikan warna yang dihasilkan pada daun.

Langkah keselamatan 1.Jauhkan alkohol dari api kerana alkohol mudah terbakar. 2.Lakukan pemanasan alkohol dalam kukusan air dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kebakaran.

Вам также может понравиться