Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Hari ini terdapat pelbagai produk moden untuk memulihara rambut.Malangnya kebanyakan produk mempunyai kandungan bahan-bahan kimia yang tinggi.Sesetengahnya pula dengan status halal yang diragui.Alhamdullilah,Allah menciptakan bahan-bahan semulajadi seperti herba dan pelbagai produk dari herba atau tumbuh-tumbuhan yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada produk-produk moden yang dimaksudkan.Berikut ialah beberapa formula yang boleh anda amalkan.Lakukan dengan kekerapan 2-3 minggu sekali. FORMULA 1 Kisar 3/4 cawan gel Aloe Vera asli dengan satu kuning telur dan 1/2 camca teh gula merah berwarna paling hitam dengan pengisar elektrik hingga sebati.Lumur rambut perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air bersih dan keringkan.Lakukan dua kali seminggu. FORMULA 2 Gabungkan empat sudu madu asli dengan sebiji telur dan 1/2 camca teh cuka epal.Basahkan rambut dan lumurkan dengan formula ini.Biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air bersih. FORMULA 3
Kisar satu cawan air bertapis dengan 1-2 biji pisang masak ranum dan 3-5 biji bendi dengan pengisar elektrik hingga sebati.Lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air bersih. FORMULA 4 Kisar 1/2 cawan air dengan 1/2 cawan santan kelapa pekat segar dan sehelai daun pandan wangi dengan pengisar elektrik hingga sebati.Lumur pada rambut dan biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air bersih. FORMULA 5 Lumur rambut dengan satu sudu besar minyak kelapa sawit sebelum masuk tidur.Biarkan semalaman.Keesokan pagi bilas rambut dengan sebiji telur yang diperah dengan tiga sudu besar jus limau nipis.Bilas dengan air bersih. FORMULA 6 Kisar 1/2 cawan daun selasih (alternatif : daun Gelam) dengan 1/2 cawan santan kelapa,satu sudu besar jus limau nipis dan 1/2 cawan air bertapis dengan pengisar elektrik hingga sebati.Lumurkan formula pada rambut dan biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air bersih.
Artikel 8 Cara Kekal Sihat part 1 sila klik http://www.mycomel.com/blog/7-rahsia-awet-muda/ Produk Kesihatan Suami Isteri klik http://www.mycomel.com/