Вы находитесь на странице: 1из 3

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

by KUL AN Z on 09/11/2010 30 C OM ME N TS

Share19 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat saya, beberapa siri taklimat berkenaannya telah dibuat sekitar akhir tahun lepas (2009) lepas dan saya sendiri telah menghadiri taklimat pertama bagi seluruh negeri Sabah yang melibatkan salah satu sub-NKRA berkenaan. Taklimat berkenaan waktu itu diadakan di Labuan. Setelah beberapa bulan pelaksanaannya, kedengaran juga perbualan tidak rasmi berkenaan beberapa isu yang berkaitan dengan NKRA (Pendidikan) ini. Bahkan saya pernah menerima pertanyaan daripada email untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang bidang yang terkandung dalam NKRA dan isu-isu yang mula dibangkitkan. Bagaimanapun kali ini saya tidak akan terus menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan NKRA. Lebih elok sekiranya buat permulaan dimuatkan secara ringkas kandungan SubNKRA Pendidikan di blog ini dan jika ada kelapangan nanti, isu-isu yang berkenaan akan dibincangkan kemudian. NKRA National Key Result Area

The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians Our real work will begin as we make the transformation of government services happen

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Sub-NKRA 1: Prasekolah 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan: Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 *Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan) - Menghasilkan pelajar yang cemerlang Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang - Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut. Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

Sumber rujukan Muat-turun Maklumat NKRA dan Dokumen NKRA

Вам также может понравиться