Вы находитесь на странице: 1из 1

Analisa Tembikar

Jalinan pada permukaan tembikar mempunyai nilai-nilai estetika dari reka coraknya. Karya yang mempunyai kesan jalinan akan kelihatan lebih menarik. Jalinan yang terdapat pada permukaan tembikar ini merupakan jalinan sentuh di mana permukaan yang dapat dilihat serta dirasai melalui sentuhan jari. Garisan merupakan unsur seni yang utama .Garisan yang terdapat pada permukaan tembikar ini merupakan garisan benda buatan manusia .Garisan ini boleh mewujudkan kesan jalinan dan dijadikan motif mencorak .Garisan yang dihasilkan adalah melalui teknik tampalan dan ukiran .Tembikar merupakan karya seni jenis bentuk konkrit yang bercirikan tiga dimensi .Rupa dan bentuk tembikar dicipta berdasarkan fungsinya di mana labu sayong merupakan bekas air dan sebagai hiasan . Rupa yang diulang-ulang dapat menimbulkan kesan corak . Kesan reka corak dapat menimbulkan suasana yang menarik . Warna pada tembikar adalah warna harmoni. Warna ini juga dapat menimbulkan suasana yang selesa, menarik dan seimbang .Warna yang digunakan merupakan warna sejuk kerana kemampuannya menimbulkan suasana yang dingin dan selesa. Garisan yang berlingkar atau beralun menunjukkan pengerakan dalam karya seni ialah kesan ilusi penglihatan. Ini merupakan satu elemen ilusi dari penglihatan mata. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk garisan yang menghiasi objek-objek alam. Antaranya ialah pada helaian daun dan bunga. Apabila kita mengamati objek objek alam tersebut, garisan-garisan yang dinyatakan itu boleh dijadikan motif bagi kegiatan mencorak. Pelbagai jenis garisan yang dihasilkan dapat menimbulkan bentuk, pergerakan dan sebagainya.

Вам также может понравиться