Вы находитесь на странице: 1из 3

Terima kasih pengacara majlis . Yang Berbahagia , Tuan Pengetua Cemerlang , Hajah Noraini bt Yeob Sidi AMN .

Yang Berusaha PK Pentadbir Cik Hajah Maznah Bt Abdul Manan , PK HEM , En Sofuan b Mahyuddin , P K Kokurikulum , En Sivanesan a/l P.Pillai , Guru2 kanan , Para Pensyarah Pra Universiti , guru-guru , para pelajar dan terutamanya guru yang diraikan , Pn. Hj. Noorhayati Bt Mokhtar . Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia .

Seperti yang kita ketahui , hari ini merupakan hari yang sangat bersejarah bagi warga SMK Khir Johari dan Cikgu Noorhayati . Saya , Muhammad Mirwan B. Anwar selaku Presiden MPPPU , mewakili seluruh pelajar SMK Khir Johari ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Hj. Noorhayati, terutamanya daripada kami para pelajar Pra Universiti. Saya mewakili semua pelajar ingin memohon maaf jika ada salah silap kami, terkasar bahasa sehingga mengguris hati cikgu. Pada kami, cikgu merupakan ibu kami di sekolah; kami rela dimarahi oleh cikgu. Sudah adatnya kehidupan, yang muda disayangi dan yang tua dihormati.

Hari ini, kita bakal kehilangan seorang guru yang berkaliber dan seorang guru yang berdedikasi. Beliau tidak pernah mengeluh penat dan lelah menurunkan ilmu pada kami. Cikgu yang tidak pernah berkira dalam memanjangkan pengetahuan yang mantap kepada anak didiknya. Kerjasama dan komitmen jitu yang diberikan tidak pernah luntur sebaliknya selalu membangkitkan semangat baru dan berani dalam diri kami. Suatu perkara yang unik padanya ialah Pn. Noorhayati amat gemar bergambar dan melaram. Tidak hairan, jika kehadirannya ke kelas dinantikan, maklumlah untuk melihat fesyen hariannya. Yang pastinya, pelajar perempuan sudah mula memasang angan-angan untuk meniru bagi persiapan hari raya. Beliau juga seorang yang berperwatakan humor/kelakar. Beliau sering menghilangkan kebosanan kami dengan gelagatnya yang pantang melihat kamera. Cikgu, gambar-gambar kenangan kami bersama-sama cikgu akan membekukan masa dan kami akan abadikan sebaik mungkin. Terima kasih, cikgu.

Saya bagi pihak semua pelajar ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu sepanjang perkhidmatannya sebagai guru dalam mendididik anak bangsa. Semoga persaraan ini tidak menghentikan cikgu daripada mendidik anak bangsa kita. Segala

ilmu yang telah diturunkan akan kami gunakan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan, terutamanya kami ini pelajar aliran sastera yang sering memeningkan kepala cikgu dengan kedegilan dan kerenah kami. Segala kenangan manis harap disematkan di dalam hati dan kenangan pahit biarlah ianya berlalu pergi.

Akhir sekali, saya selaku wakil pelajar mengucapkan selamat bersara. Semoga persaraan ini tidak berdirinya titik noktah cikgu dalam alam pendidikan. Perkhidmatan cikgu masih lagi diperlukan kerana `sekali seseorang itu bergelar cikgu, sepanjang hayat tanggungjawab di bahu . Semoga kehidupan cikgu pada masa akan datang lebih bahagia di samping suami dan keluarga tersayang. Akhir kalam, terimalah pantun ini sebagai tanda ingatan kami terhadap cikgu.

Dewa sakti melayang ke Daik, Singgah sebentar di Tanah Aceh, Hendak mencari dewa bertapa; Cikgu Noorhayati budinya baik, Betapakah hati tak jatuh kasih, Sampai ke mati orang tak lupa.

Cuaca gelap rasa nak redup, Masakan boleh kembali terang, Budi bahasa amalan hidup; Mestilah kekal dihormati orang.

Tanam lenggun tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati, Budi cikgu T kami tak lupa; Sudah terpaku di dalam hati

Wassalamualaikum wbt. Terima Kasih.

Вам также может понравиться