Вы находитесь на странице: 1из 43

Maksudnya: Segala

amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan.
Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Semua aktiviti manusia adalah dikira ibadah tanpa melihat besar atau kecil yang penting adalah diniatkan kerana Allah. Solat seseorang yang dilakukan tanpa niat kerana Allah, hanya untuk mendapat pujian manusia, tidaklah dikira ibadah, sebaliknya seorang yang membuang duri dijalan, jika diniatkan sebagai ibadah maka ia termasuk sebagai ibadah.

PENDAHULUAN
y Islam adalah agama yang dibawa oleh seorang Nabi

mulia yang mempunyai akhlak terpuji, iaitu Nabi kita Muhammad bin Abdullah sebagai penutup para nabi dan rasul. Baginda mendapat wahyu dari Allah Taalah yang merupakan mukjizat yang paling besar iaitu al-Quran.

y Al-Quran adalah sebuah kitab yang tiada

keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Kitab al-Quran merupakan panduan dan petunjuk yang lengkap bagi kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Kelengkapan al-Quran adalah mengandungi petunjuk umum iaitu berupa prinsip-prinsip yang sesuai bagi segala tempat dan zaman. (Syeik Ali Ahmad:2005:25)

y Bagi setiap orang yang mengaku dirinya sebagai muslim mestilah muslim dari segi aqidah, syariah dan akhlak. y Demikianlah juga ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan klimaks dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri. y Ibadah dalam Islam adalah penyambung antara makhluk dan Penciptanya. y Selain dari itu ibadah dalam Islam juga mempunyai impak-impak atau kesan-kesan yang mendalam dalam kehidupam muslim terutama dalam konteks hubungan makhluk dan Penciptanya. y Tidak ada perbezaan antara rukun-rukun Islam dalam bidang ini. Dalam ertikata solat, puasa, zakat, haji dan semuanya amal-amal yang dilakukan manusia adalah untuk mendapat keredaan Allah dan memelihara syariatnya adalah sama.

y Logik Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini

adalah ibadat dan taat kepada Allah. y Hal inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah yang bermaksud: " Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku sekali-kali tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak mengehendaki mereka memberi Aku makan. " (al-Dzaariyat :56-57)

Konsep Ibadah Dalam Islam


y Konsep ibadah dalam Islam sangat luas untuk

dibincangkan. Walau bagaimanapun perbincangan secara ringkas dalam keterbatasan ruang ini akan menyentuh tentang makna atau definisi ibadah, iman dan ibadah, nilai ibadah dalam Islam, syarat sesuatu amalan atau pekerjaan dikira sebagai ibadah, pembahagian ibadah dan impak-impak atau kesan-kesan ibadah dalam kehidupan muslim terutama berkaitan dengan ibadah khusus.

Pengertian Ibadah
y Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. y Menurut bahasa, perkataan ibadah dari bahasa Arab yang terbentuk dari kata dasar "Ain", "Baa" dan "Dal" Pengertiannya ialah patuh, taat, setia, tunduk, menyembah, menghina dan memperhambakan diri. Definisi ibadah adalah: "bertaqarrub kepada Allah dengan mentaati segala perintah Allah, berusaha menjauhi larangan Allah serta mengamalkan segala yang diperbolehkan oleh Allah. "

yMenurut Ibn Taimiyah,

"Ibadah adalah semua perkara yang disukai dan diredai Allah, samada perkataan, perbuatan zahir dan batin.

y Makna ibadah secara umum adalah merupakan

bukti kepatuhan manusia kepada Allah, kerana didorong dan digerakkan oleh aqidah tauhid. Ibadah itu merupakan tujuan hidup manusia, sebagaimana firman Allah Taala dalam surah al-Dzariyat, ayat 56.

y Islam menutut supaya umatnya agar hidup

seimbang dan harmoni di dunia dan akhirat, seperti Firman Allah yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikumiakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, ." ( al-Qashash :77)

y Ber

s r s t i t s, tl i il esi l i l er i si engan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain. engan demikian ibadah dalam slam adalah kepatuhan seorang hamba kepada Allah, kedua perlakuan baik sesama manusia dan ketiga adalah berusaha melestarikan alam ini, iaitu memelihara alam dan isinya agar tidak mengalami kerosakan. ujuan penting ibadah tidak lain adalah mencari keredan Allah aalah.

Beriman dan beribadat kepada Tuhan tidak akan memberi faedah kepada manusia dan tidak dapat menyelamatkan mereka melainkan melalui tiga tingkatan dasar, iaitu: 1. Iman yang bersih daripada sebarang syirik. 2. Ibadat menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas. 3. Mematuhi hukuman Tuhan.

1. Ketundukan
y 1. Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan

diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

2. Kecintaan
y 2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir

dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah. Katakanlah, Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Imran : 31)

y Dan diantara manusia ada orang-orang yang

menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (AlBaqarah : 165)

3.

Rukun Iman dan Rukun Islam.

y 3. Rukun Iman dan Rukun Islam.

y Kedua-duanya merupakan platform untuk menegakkan amalany y y

amalan yang lain. Tanpa tapak, macamana nak dirikan binaan? Di antara dua rukun tersebut, Rukun Iman menjadi platform utama, dan ianya ilmu yang wajib diketahui, dan hendaklah dibina, dipupuk, dibaja dengan keyakinan. Ini selaras tuntutan dalam syariat Islam, iaitu awal-awal ilmu ialah mengenal Allah . Manakala, Rukun Islam menjadi perkara asas dalam jenis2 ibadah yang lain. Melaksanakan amalan yang dituntut di dalamnya adalah amalan asas, manakala amalan2 lain (seperti baca Al-Quran, wirid, dll) merupakan pelengkap ibadah. Di antara 5 rukun Islam itu, solat sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Sabdanya, Solat itu adalah tiang agama. Barang siapa telah mendirikannya maka dia telah mendirikan agama. Dan barang siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama." Tambah baginda lagi, Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, nyatalah ia telah kafir."

4. Ikhlas
y Kata Yusof al-Qardhawi, Ikhlas itu asas Ibadah.Tanpa ikhlas, maka tiada nilainya sesuatu Ibadah yang dilakukan. Sebagaimana kita memerlukan ilmu berkebun sebagai asas pertanian untuk menghasilkan buah, begitu jugalah sama pentingnya kita memerlukan keikhlasan dalam beribadah agar ia diterima oleh Allah s.w.t sebagai 'amalan soleh. y Bagaimana hendak melahirkan perasaan ikhlas?Pertamanya, perlulah kita fahami, apakah itu ikhlas dalam ibadah?Ikhlas itu adalah melakukan sesuatu ibadah hanyalah kerana Allah s.w.t. dan bukanlah kerana yang lainnya. Sebagai contoh, kita mendirikan solat, bukanlah atas dasar malu kepada orang lain jika tidak menunaikannya tetapi, kita mendirikan solat dengan hati yang dipenuhi rasa kehambaan kpd Allah s.w.t. yang Maha Kuasa yang telah menjadikan kita di dunia ini.

y Antara contoh lain, jika kita memberi bantuan

kepada sahabat kita, bukanlah kerana untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang kita berikan tetapi adalah dasar kerana Allah s.w.t semata-mata yang telah dinyatakan dalam firman Allah s.w.t, y bertolong-tolonglahlah kamu dalam perkara kebaikan (al Maidah:1)

5. Ketundukan
y 5. Ketundukan - menurut, mengikut dan

mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

6. Kecintaan
y 6. eci taa - e at a i i e a la j a la ir ari rasa ci ta e a a lla . Ia er asar a ese ara a sia r ia lla , i at- i at a ter a a li a ra at ya. ese ara i i j a la ir ari a a rasa a ter a a e liaa a ese r aa lla . t l , Ji rr ci t i ll , i til , sc ll si i i s - s . ll l i . ( l I ra : 31) y i t r si r - r t i -t i s l i ll , r ci t i s i r ci t i ll . r - r ri t t ci t ll . ( l- a ara : 165) s

SYARAT-SYARAT IBADAH
1) NIAT IKHLAS KERANA ALLAH 2) AMALAN YANG DILAKUKAN TIDAK

BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK SYARAK 3) AMALAN YANG HENDAK DIJADIKAN IBADAH JUGA MESTILAH DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN SESEMPURNA YANG TERDAYA 4) SESUATU AMALAN YANG HENDAK DIJADIKAN IBADAH ITU MESTILAH DILAKUKAN DENGAN TIDAK MELALAIKAN KEWAJIPAN IBADAH KHUSUS

NIAT IKHLAS KERANA ALLAH


y Amalan tersebut mestilah disertai dengan niat yang

ikhlas kerana Allah s.w.t. Ini amat bersesuaian dengan Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud : Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memumikan ketaatan kepadaNYa dalam menjalankan agama dengan lurus

AMALAN YANG DILAKUKAN IDAK BE ENTANGAN DENGAN KE ENDAK SYARAK


y Ini adalah kerana perbuatan dan perkataan yang

dilarang oleh Allah s.w.t sekali-kali tidak akan duktiraf oleh Allah s.w.t sebagai ibadah, malah ia merupakan satu dosa yang wajar dijauhi oleh setiap hamba Allah. Justeru itu sesuatu amalan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah tidaklah boleh dikategorikan sebagai ibadah. Ringkasnya amalan tersebut hendaklah dari kategori harus di samping amalan-amalan wajib yang telahpun ditentukan oleh Allah s.w.t.

AMALAN ANG HEN AK IJA IKAN I A AH JUGA MESTILAH ILAKUKAN ENGAN ERSUNGGUH-SUNGGUH AN SESEMPURNA ANG TER A A
Ini amat bersesuaian dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Muslim bermaksud : Sesungguhnya Allah s.w.t suka apabila seseorang dan kamu melakukan sesuatu kerja maka diperelokkannya (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

SESUATU AMALAN ANG HEN AK IJA IKAN I A AH ITU MESTILAH ILAKUKAN ENGAN TI AK MELALAIKAN KEWAJIPAN I A AH KHUSUS
Sesuatu amalan yang hendak dijadikan ibadah itu mestilah dilakukan dengan tidak melalaikan kewajipan ibadat khusus yang lain terutamanya solat lima waktu yang wajib. Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Nur ayat 37 yang bermaksud : Lelaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan atau jualbeli dan mengingati Allah s.w.t, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat.

y Sesuatu amalan yang hendak dijadikan

ibadah itu mestilah dilakukan dengan tidak melalaikan kewajipan ibadat khusus yang lain terutamanya solat lima waktu yang wajib. Allah s.w.t berfirman Lelaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan atau jualbeli dan mengingati Allah s.w.t, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. (al-Nur :37)

y Sehubungan dengan itu juga terdapat satu sabda

Rasulullah s.a.w yang menekankan kepada peri pentingnya disempurnakan ibadat solat yang merupakan tiang kepada agama. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Perkara yang mula-mula dipersoalkan oleh Allah s.w.t di hari akhirat ialah solat.

y Sekiranya solat dilakukan dengan baik

(sempuma syarat rukunnya), maka amalanamalan lain juga akan dihitung. Sekiranya ibadat solat tersebut tidak sempuma (syarat rukunnya), maka semua amalan lain akan tertolak. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

PEMBAHAGIAN IBADAH
IBADAH UMUM SUNAT SUNAT MUAAKAD FARDHU AIN FARDHU KIFAYAH FARDHU

SUNAT GHAYR MUAKKAD

y Adalah jelas sekarang kita telah dapat memahami

konsep ibadah yang sebenar seperti yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Walaupun kita telah dapat memahami konsep ibadah yang sebenamya, namun satu aspek yang tidak boleh dikesamping dan berkaitan dengan impak ibadah itu sendiri dalam kehidupan seorang insan muslim. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru impak ialah kesan yang kuat yang terbit daripada atau dihasilkan oleh sesuatu. (Kamus Dewan: 1994:449). Pentingnya impak atau kesan dan ibadah dalam kehidupan seorang muslim dapat dilihat dari sudut amalan ibadah khusus dan ibadah umum. Dalam perbincangan ini kita fokus satu persatu dari ibadah khusus iaitu yang berkaitan dengan rukun Islam, terutama ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji

Impak Ibadah Solat Dalam Kehidupan Muslim


Sembahyang adalah ibadah utama di sisi Islam. Hal ini begitu ditegaskan dalam al-Quran kerana amalan awal yang ditanya di akhirat kelak ialah ibadah sembahyang. Jika baik solatnya baiklah yang lain dan sebaliknya jika rosak, maka yang lain itu rosak. Di antara impak solat itu ialah: y Solat dapat mendisplinkan diri seseorang. y Solat menjadikan hidup lebih teratur dan sistematik. y Solat menjadikan seseorang endah hati. y Solat Menjadikan Seseorang Sembuh

y Solat Menghalang Perbuatan Keji dan Mungkar. y Solat Memperoleh Kebahagiaan. y Solat Menjadikan Ingatan Selalu Kepada Allah SWT y Solat Mengikis Sifat tercela dan menanam Sifat Terpuji y Solat Menambahkan Rezeki. y Solat Mendapat Kemuliaan dan Membangunkan

Martabat Manusia. y Solat Memberi keyakinan Dalam Menentukan Pilihan. Solat Memperkuhkan Keimanan. y Solat Menumbuhkan Perpaduan dan Persaudaraan

Impak Ibadah Puasa Dalam Kehidupan Muslim


Di dalam ibadah puasa terdapat banyak impak yang boleh diperolehi, antaranya : y Puasa Menyucikan Batin Manusia y Puasa Memelihara Kesihatan dan Penyembuhan Penyakit. y Puasa Boleh mencapai kepada Taqwa

Impak Ibadah Haji Dalam kehidupan Muslim


Pengertian ibadah haji ialah "Mengkasadkan Baitullah AlHaram di Mekah untuk mengerjakan ibadat dengan syaratsyarat tertentu. " Ibadah Haji adalah rukun Islam yang kelima yang mempunya nilai-nilai yang istemewa, Antara impak yang dapat dilihat dari ibadah tersebut ialah: y Haji Menjadikan Seseorang Sedia Untuk berkorban. y Haji Memperkukuh jiwa Tauhid. y Haji Mengingatkan Akan Kematian. y Haji Mengikis Sifat Egois dan Sombong. y Haji Mendorong Untuk Menteladani Perjuangan Para Nabi. (Mukhlas Asy-Syarkani: 2002: 27-55)

Impak Ibadah Dalam Kehidupan Muslim


Secara keseluruhan ibadah dalam Islam sama ada ada ibadah khusus atau pun ibadah umum yang pastinya ia memberi kesan yang positif kepada insan untuk kehidupan mereka untuk kehidupan individu, kehidupan bennasyarakat dan bemegara. Antara kesan atau impak ibadah itu sendiri ialah:
y Membentuk Budaya Hidup Islam.

Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim berdasarkan celupan Allah SWT, kerana mereka sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah SWT dalam budaya yang membentuk keyakinan dalam segala aspek atau sudut kehidupan. Samaada dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, keluarga dan yakin dengan masa depan Islam yang gemilang. Mereka yakin hanya sistem hidup Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. (Fathi Yakan:2000: 14-88)

y Ditakuti Syaitan:

Syaitan adalah makhluk Allah yang pada asalnya dekat dengan Allah, selalu berzikir kepada Allah sehingga ada riwayat syaitan atau ibus pada asalnya malaikat yang sujud bertahun-tahun, sehingga ibus dekat sekali kepada Allah. Namun seperti diketahui ibus menjadi terkutuk setelah Adam a.s. dicipta Syaitan akhirnya menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia kecuali orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. " (Surat Shad, ay at 82-83)

y Selamat Dari Pengaruh Kejahatan Dan Kemaksiatan:


Orang yang beribadah adalah orang yang ihklas. Orang yang ikhlas akan diselamatkan dari pengaruh kejahatan dan juga pengaruh kemaksiatan, hal ini dijelaskan oleh Allah SWT. FirmanNYa yang bermaksud: ". . . Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. " (al Yusuf: 24) (Mukhlas Asy-Syarkani: 2002:132-134)

KESIMPULAN
y

Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna kerana ia merangkumi segala aspek kehidupan. Dalam Islam seluruh pekerjaan itu adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidak seperti dalam kebanyakan agama di dunia yang menganggap penyembahan dalam bentuk ritual sahaja dikira ibadah, sedangkan pekerjaanpekerjaan yang lain tidak dikira sebagai ibadah. Bagi ajaran Islam ibadahibadah yang dilakukan terutama ibadah khusus sebenarnya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia kerana impak atau kesan ibadah itu sangat besar kepada kehidupan seseorang muslim, sama ada di dunia atau pun akhirat. Sebenarnya tidak wujud konsep 50% untuk dunia dan 50% untuk akhirat, kerana seluruh kehidupan ini bagi seorang muslim adalah untuk dunia dan akhirat kerana dunia ini adalah ibarat ladang tempat kita menanam atau bercucuk tanam dan akhiratlah tempat kita menuai dan mengutip hasil. Segala yang diperintahkan oleh Allah SWT pastinya manfaatnya kepada manusia, bukan untuk Allah. Allah SWT tidak akan rugi atau berkurang sedikit pun jika manusia berpaling dari Allah, sebaliknya manusia sendiri yang akan rugi.

Вам также может понравиться