You are on page 1of 10

PROSA TRADISIONAL

SINOPSIS
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera purapura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

TEMA Tema bagi prosa tradisional ini ialah pengembaraan seorang anak raja yang sanggup menghadapi segala rintangan untuk mendapatkan perkara yang dihajati. Sebagai contoh, Inderaputera menggembara sehingga sampai ke Tasik Semendera Jin.Di situ beliau mendapat sebiji geliga hikmat daripada raksasa.Kemudian berusaha mendapatkan pula daripada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

PERSOALAN Keberanian menghadapi musuh Contoh, Inderaputera tangkas menangkap rambut raksasa yang berada di tasik. Berpegang teguh pada janji Contoh ,raksasa telah menunaikan janji kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera. Kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat Contoh, Inderaputera telah mennyembunyikan baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar beliau dapat bertemu dengan tuan puteri. Kepahlawanan seorang lelaki yang tiada tolok bandinganya Contoh, Inderaputera berjaya membunuh binatang hikmat yang terdiri daripada gajah,harimau,singa,badak,naga,geroda dan raksasa. Sentiasa mengakui kebesaran Tuhan Contoh, apabila Inderaputera melihat ikan yang terdapat dalam kolam di mahligai tuan puteri seperti orang bertanak dan bersorak menyebabkannya kehairanan lalu memuji nama Tuhan.

WATAK DAN PERWATAKAN Inderaputera -Berani Beliau berani membunuh gajah,harimau,singa,badak,naga,geroda, dan raksasa yang menjaga setiap pintu masuk. -Bijaksana Inderaputera berpura-pura tidur ketika raksasa datang untuk menindihnya dengan segera beliau bingkas bangun serta berjaya menankap raksasa itu. -Berpegang pada janji Tidak berubah hati menganggap tuan puteri merupakan saudaranya walaupun diuji oleh tuan puteri ketika mabuk. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran -Pemalu Malu untuk berjumpa dengan Inderaputera untuk bertanya dan meminta pakaiannya. -Baik hati Tuan puteri melayan Inderaputera dengan baik semasa Inderaputera berada di kayangan. -Menepati janji Memberikan geliga hikmat yang terdapat di mahligainya kepada Inderaputera setelah beliau berjaya menempuhi halangan di pintu mahligai

GAYA BAHASA JENIS Bahasa Arab Simile CONTOH Sakhlat ainulbanat, suf sakhlat ainulbanat Maka rambutnya Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran terhamparlah ke tanah seperti mayang di atas talam rupanya. Dayang , beta , paduka ayahanda Jika sehelai tindakan tumbuh, Kunci dikarang oleh seraja, Lamun setia tidakkan teguh, Bukanlah kita anak raja.

Bahasa Istana Pantun

PLOT

Eksposisi

Perkembangan

Konflik

Peleraian

Klimaks

LATAR

Latar Masa Latar Tempat

Hari Jumaat , waktu fajar, waktu malam , waktu tengah malam. Tasik Semendera Jin , sebalik pohon kurma , sisi tambak , Padang Belantara Hairani , mahligai. Masyarakat bangsawan , masyarakat raksasa , masyarakat di alam kayangan , masyarakat bidadari , masyarakat berani , masyarakat menepati janji , masyarakat bijaksana.

Latar Masyarakat

NILAI DAN PENGAJARAN Berani Kita hendaklah berani menghadapi situasi yang mencabar Contoh,Inderaputera tidak gentar menghadapi raksasa sehingga berjaya menawan raksasa tersebut. Bijaksana Kita hendaklah bijaksana menggunakan akal dalam mencapai sesuatu. Contoh, Inderaputera menggunakan kebijasanaan akalnya untuk menangkap raksasa dan menyembunyikan pakaian Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Ikhlas Kita hendaklah ikhlas dalam perhubungan. Contoh,Indereputera tetap menganggap tuan puteri sebagai saudaranya. Menepati janji Kita hendaklah wajib menunaikan janji yang telah dilafazkan. Contoh, Indereputera bersetuju menyerahkan baju kepada empunya iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.