Вы находитесь на странице: 1из 18

PENDAHULUAN

Malaysia telah meletakkan agenda IT Nasional dalam mengembangkan penggunaan teknologi perkomputeran dengan harapan agar masyarakat Malaysia akan menjadi peneraju utama dalam bidang ini.

Origination for Economic Co-operation and Development (OECD) telah mentakrifkan jurang digital sebagai suatu keadaan di mana wujudnya perbezaan peluang mendapatkan atau mengakses maklumat di internet. Ini jika tidak diatasi akan menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan terutama masyarakat di bandar dan luar bandar seperti yang sedang melanda negara kita. Ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa factor seperti buta teknologi, takut akan perubahan dan juga kekurangan infrastruktur (kemudahan asas) seperti talian internet dan media teknologi komunikasi dan maklumat seperti komputer.

Kerajaan tidak berdiam diri dan membiarkan fenomena ini terus membelenggu dan dengan itu telah bertindak dan berusaha untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar dan bandar. Antara usaha kerajaan ialah dengan melaksanakan program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Services Provision atau singkatnya dikenali sebagai USP yang dijalankan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi, dan Kebudayaan (KPKK).

Dalam tugasan ini, e-komuniti yang dipilih juga adalah di bawah USP iaitu capaian internet di perpustakaan desa secara percuma.

Dalam tugasan ini juga akan dibincangkan bagaimana e-komuniti atau elektronik komuniti dipergunakan dalam usaha mencapai tujuan
1

atau objektif

sesebuah e-komuniti itu

diwujudkan, serta peranan ke atas kumpulan sasarannya. Dalam kata lain, sejauh manakah keberkesanan projek itu. Bagi tujuan tugasan ini, kajian kes yang digunakan ialah portal http://telecentre.my/kampungsinulihanbaru/index.php/ms/usp.html.

PENGENALAN

... Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau USP (Universal Service Provision) yang telah menyediakan perkakasan asas bagi capaian Internet di kawasan luar bandar bertujuan untuk merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan desa. Projek yang dimulakan pada tahun 2003 ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), Maxis, dan Telekom Malaysia. 1

Internet merupakan salah satu cabang komunikasi yang terpenting dan digunakan secara berleluasa dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat, berhibur, bersosial dan berinteraksi, pengiklanan dan banyak lagi. Ia merupakan salah satu daripada perkembangan teknologi maklumat atau Information and Communication Technology (ICT). Antara fungsi terkini internet ialah penggunaannya dalam sesebuah komuniti atau dalam sebuah kumpulan. Kewujudan E-Komuniti pada asasnya adalah untuk memudahkan penggunaan serta perkongsian maklumat dan pengetahuan yang dibantu oleh TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi).

DEFINISI

Apa itu e-komuniti? Adalah lebih baik jika perkataan e-komuniti ini dirungkai maksudnya satu persatu terlebih dahulu. Secara ringkasnya e-komuniti ini datangnya dari perkatan komuniti elektronik atau Komuniti maya.

Hajah Norma binti Mohd Darus. Keberkesanan Perkhidmatan di Perpustakaan Desa Negeri Perlis. Aspirasi Digital, Akses ICT untuk Semua. Edisi 18 Mei/Jun 2009. Ms 12 3

Komuniti merujuk kepada kumpulan masyarakat atau sekumpulan orang. Maya atau elektronik lebik tertumpu kepada teknologi maklumat iaitu internet.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mentakrifkan e-komuniti ini sebagai suatu kumpulan orang yang berkongsi minat dan kepercayaan di dalam interaksi dan transaksi harian untuk membaiki kehidupan secara signifikan (Mohd.Safar Hasim).

Maksud atau definisi yang dipetik dari Wikipedia pula ialah seperti yang berikut;

A virtual community is a social network of individuals who interact through specific media, potentially crossing geographical and political boundaries in order to pursue mutual interests or goals. One of the most pervasive types of virtual community include social networking services, which consist of various online communities.

Dalam kata lain, e-komuniti ialah sebuah komuniti maya dan merupakan rangkaian sosial di mana individu yang berinteraksi melalui media tertentu seperti komputer melalui internet, ia berpotensi melintasi batas-batas geografi dan politik untuk mengejar kepentingan bersama atau tujuan-tujuan yang sama. Salah satu contoh e-komuniti yang merangkumi perkhidmatan rangkaian sosial, yang terdiri daripada komuniti pelbagai secara online ialah Facebook.

E-Komuniti yang boleh juga dikenali sebagai Komuniti Siber atau Komuniti Atas-Talian adalah berbeza daripada komuniti yang bersifat tradisional. E-Komuniti adalah sebuah komuniti yang tidak dapat dilihat dalam bentuk fizikal seperti komuniti tradisional. Namun demikian, E-Komuniti masih mempunyai asas pembentukan yang sama seperti komuniti

tradisional. Asas komuniti tradisional yang pembentukannya berteraskan komunikasi dan interaksi di antara ahli-ahlinya adalah juga merupakan teras bagi pembentukan E-Komuniti. Malah, E-Komuniti dibentuk dan dibangunkan adalah untuk memperhebatkan lagi keupayaan komunikasi dan interaksi dalam kekangan waktu dan batasan lokasi. E-Komuniti merentas sempadan masa dan geografi, justeru memudahkan ahli-ahlinya berinteraksi dan berkomunikasi.2( Prof. Madya Dr. Adnan Jamaludin,Universiti Teknologi MARA).

Preece (2000) memaparkan idea bahawa walaupun konsep komuniti dalam talian mungkin kelihatan mudah untuk didefinisikan, dalam kenyataannya definisi kerja harus menyertakan keterangan khusus daripada elemen yang terlibat dalam definisi. Menurut Preece komuniti dalam talian harus merangkumi unsur-unsur berikut:

1. Orang-orang yang berinteraksi sosial kerana mereka berusaha untuk memenuhi

keperluan mereka sendiri atau melakukan peranan khas seperti memimpin atau moderator,
2. Tujuan bersama (seperti suatu kepentingan, keperluan, suatu bentuk pertukaran

maklumat, atau perkhidmatan) yang memberikan alasan bagi masyarakat;


3. Dasar (dalam bentuk andaian diam-diam, ritual, protokol, Peraturan, dan undang-

undang) yang membimbing interaksi masyarakat, dan yang terakhir,


4. Komputer sistem untuk menyokong dan memediasi interaksi sosial dan memudahkan

rasa kebersamaan.

PAKAR MAKLUMAT DI DALAM E-KOMUNITI: PERANAN DAN SUMBANGAN, Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 7 Disember 2005. Putrajaya Pusat Kajian

Secara kesimpulannya, e-komuniti merupakan suatu anjakan dari komuniti tradisional yang terbatas dengan kekangan geografi manakala e-komuniti merupakan suatu fenomena komunikasi yang berkait rapat dengan penggunaan teknologi media komunikasi dan juga internet yang mana merentasi batas geografi dengan menghubungkan suatu kumpulan berdasarkan kepada minat, prinsip, politik, kepercayaan, social dan sebagainya. E-komuniti merangkumi penduduk dunia umumnya dan hanya berkumpul dan berinteraksi melalui internet khususnya tetapi tanpa mengenali ahli-ahli komunitinya secara mendalam maupun secara akrab berbanding dengan komuniti tradisional. Dalam Wikipedia.com (berdasarkan kepada Howard Rhwingold) ada menyatakan bahawa e-komuniti digunakan untuk pelbagai tujuan oleh kumpulan social dan juga professional. Tetapi ini tidak menunjukkan adanya ikatan yang kuat antara ahli.

E-KOMUNITI: http://telecentre.my/kampungsinulihanbaru/index.php/ms/usp.html

Telecentre.my/kampungsinulihanbaru merupakan salah satu e-komuniti yang terdapat di negara kita Malaysia. Ia dibina di bawah e-Desa. Selain daripada e-komuniti yang telah dipilih ini bagi tujuan tugasan kumpulan ini, masih banyak lagi e-komuniti yang telah diwujudkan dan antaranya seperti e-komuniti Desa di laman sesawang

www.ictjkr.gov.my/komuniti/, Pusat Kajian E-komuniti Fakulti Sains Sosial di laman sesawang www.fssk.ukm.my/index.php/ms/pusat-kecemerlangan dan sebagainya.

LATAR BELAKANG (Idea Penubuhan)

Kerajaan Malaysia serius dalam memacu kemajuan negara berteraskan penggunaan ICT dan ini dapat dilihat apabila kerajaan telah menyediakan prasarana dan polisi yang sewajarnya demi mencapai impian tersebut. Pembangunan Koridor Raya Multimedia atau MSC dilihat mampu menjadikan negara kita Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.

Walaupun begitu, telah wujudnya satu jurang yang amat ketara di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar dari segi teknologi maklumat yang pesat membangun dan berkembang di kawasan bandar sahaja dan yang sebaliknya berlaku di kawasan luar bandar. Menyedari situasi ini, kerajaan telah mengambil satu langkah yang bijak untuk mengatasi jurang perbezaan ini dengan mewujudkan Agenda IT negara. Salah satu projek Agenda IT Negara ialah dengan mewujudkan e-komuniti, e-Desa, e-perkhidmatan, e-kerajaan dan sebagainya.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) menetapkan 10 objektif Dasar Kebangsaan bagi Industri Komunikasi dan Multimedia seperti berikut:
7

Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan multimedia; menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan; mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan; mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir; Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu; memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada; mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan; menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Antara objektif penubuhan http://telecentre.my/kampungsinulihanbaru/ ialah jurang digital di antara penduduk bandar dan kampung dapat disamaratakan. melalui ICT pendudukpenduduk luar bandar yang tidak memiliki pengetahuan dalam bidang teknologi berpeluang mempelajari cara mengendalikan komputer sekali gus mengurangkan kadar buta IT di kalangan mereka. penduduk-penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat juga berpeluang mengakses maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa (Pegawai Unit Kemajuan

Teknologi Maklumat, Symphrosa Kasun, dalam artikel yang terdapat dalam laman sesawang e-komuniti yang dipilih untuk tugasan ini.)

E-Desa yang dibangunkan di negeri Sabah merupakan salah satu daripada usaha pembangunan dalam program e-Komuniti. Berikut adalah objektif utama program ini dilaksanakan;
1. menyediakan satu platform komunikasi untuk komuniti sasaran mendapat sumber

maklumat yang berkaitan dengan pertanian, alam sekitar, kesihatan, pasaran dan perkhidmatan kerajaan secara maya (online). Dan; 2. membolehkan para petani memasarkan hasil pertanian secara terus kepada para pembeli, melatih komuniti sasaran dengan kemahiran ICT yang asas serta

menyediakan seminar kesedaran amalan pertanian yang baik, alam sekitar dan kesihatan.

Boleh dikatakan kerajaan Negeri Sabah, sejajar dengan Agenda IT Negara sedang giat untuk menubuhkan e-Desa di kampung-kampung di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, dan e-kominiti yang telah diplih merupakan salah satu daripada projek kerajaan Negeri Sabah. Walaupun begitu, pengendalian informasi dan pengkemaskinian maklumat di portal ini adalah di bawah tanggungjawab seliaan Norasiah Binti Damin, Pembantu Perpustakaan Desa Kampung Sinulihan, Kampung Sinulihan Baru, Peti Surat 1751, 89008 Keningau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Seperti yang telah disentuh dari awal, kumpulan sasaran bagi tujuan dan objektif penubuhan e-komuniti ini adalah mereka yang tinggal di luar bandar dan kawasan perkampungan.

PENGOPERASIAN E-KOMUNITI KAMPUNG SINULIHAN BARU, KENINGAU

Portal atau laman sesawang, http://telecentre.my/kampungsinulihanbaru/ ini dikendalikan dengan menggunakan sistem Content Management System atau CMS ini mungkin disebabkan oleh faktor untuk mengemakini yang lebih mudah berbanding html. Rujuk Gambar 1.

Gambar 1: Halaman Depan

Selain itu, laman sesawang ini juga digerakkan dengan menggunakan modul-modul seperti maklumat Am Kampung Sinulihan Baru ini, populasi, sosioekonom, JKKK, sejarah dan sebagainya di mana ia merupakan suatu pautan atau jaringan lain. Rujuk Gambar 2.

10

Gambar

2:

Pautan

yang

terdapat

di

Laman

Sesawang

http://telecentre.my/kampungsinulihanbaru/

Untuk keselamatan, laman sesawang ini memerlukan nama dan juga kata kunci sebelum laman sesawang ini boleh diubah atau ditambah maklumat maupun gambar. Rujuk Gambar 3.

Gambar 3: Paparan Log In Paparan Log In ini bertujuan untuk melindungi isi kandungan laman sesawang. Ia hanya dapat diakses bagi tujuan pengubahsuaian dan penambahan oleh pengendali sesawang atau moderator sahaja.

11

Walaupun Laman sesawang bagi Kampung Sinulihan Baru, Keningau ini banyak memberikan maklumat terkini mengenai kampung ini, seperti sejarah, aktiviti dan ahli Jawatan Kuasa Kecil Kampung (JKKK), tetapi masih terdapat beberapa maklumat yang belum lengkap diupload oleh moderator laman sesawang tersebut. Ini menampakkan bahawa fungsi e-Desa yang telah dibina ini belum beroperasi dengan sepenuhnya. Contohnya pautan untuk Perikanan dan Penternakan. Rujuk Gambar 4.

Gambar 4: Pautan Perikanan dan Penternakan yang masih kosong.

12

SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PROJEK INI?

Menurut Prof. Madya Dr. Adnan Jamaludin, maklumat dan pengetahuan yang terdapat di dalam E-Komuniti hendaklah dapat memenuhi kepelbagaian keperluan maklumat sesebuah komuniti itu agar ia dapat dimanfaatkan untuk kegunaan ahli-ahlinya. Daripada perspektif pakar maklumat, maklumat dan pengetahuan yang terkandung di dalam sesebuah E-Komuniti itu adalah salah satu daripada faktor kejayaan E-Komuniti itu.3

Oleh yang demikian, kewujudan e-komuniti (Kampung Sinulihan Baru, Keningau) ini boleh dikatakan berjaya jika ia dapat menyalurkan maklumat yang berguna serta berkait-rapat dengan aktiviti-aktiviti harian ahli-ahlinya. Segala maklumat yang boleh didapati di dalam laman sesawang haruslah boleh digunakan dan seterusnya dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Dengan itu, e-komuniti perlulah menyediakan kemudahan-kemudahan sumber maklumat yang sesuai dengan keperluan ahli-ahlinya.

Untuk mencapai matlamat ini, pengurus laman sesawang e-komuniti tersebut perlulah mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan sentiasa peka dengan perubahan dan berita-berita terkini yang berlaku di persekitaran komuniti tersebut. Maklumat-maklumat yang dipaparkan perlulah sentiasa dikemaskinikan bagi memenuhi keperluan ini. Ini termasuklah sebagai memenuhi peranannya sebagai penyampai maklumat.

Bagi laman sesawang e-komuniti yang telah dipilih untuk tujuan tugasan ini, secara kasarnya boleh dikatakan bahawa penyediaan maklumat masih belum mencapai tahap yang

PAKAR MAKLUMAT DI DALAM E-KOMUNITI: PERANAN DAN SUMBANGAN, Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 7 Disember 2005. Putrajaya Pusat Kajian

13

memuaskan memandangkan terdapat pautan maklumat yang masih kosong seperti yang telah dikemukakan sebelum ini (rujuk pautan Perikanan dan Penternakan).

Kewujudan e-komuniti ini juga perlulah diwar-warkan bukan sahaja kepada masyarakat di luar komuniti ini tetapi terutama kepada komuniti itu sendiri. Pelajar dan golongan masyarakat yang tinggal di dalam kampung itu sendiri haruslah menggunakan laman ini sebagai pemberitahuan atau membuat iklan dengan tujuan memperkenalkan kampung mereka di luar kawasan komuniti itu. Oleh yang demikian adalah penting untuk memaparkan apa sahaja berita, aktiviti yang telah dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk dimuatnaikkan ke dalam laman e-komuniti mereka sebagai penambahan maklumat.

Semasa membuat tugasan ini, jumlah kekerapan (hit paparan) yang mengunjungi laman sesawang e-komuniti yang telah dipilih ini hanya mencecah angka 4, 378. Ini boleh disimpulkan bahawa penyebaran maklumat akan kewujudan e-komuniti Kampung Sinulihan Baru, Keningau ini masih di tahap yang tidak memuaskan.

Kewujudan Pusat E-Komuniti di Kampung Sinulihan Baru perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan menjadikan laman sesawang ekomuniti mereka ini sebagai Home Page. Dengan ini, ia akan meningkatkan kesedaran masyarakat di kampung tersebut bahawa wujudnya e-komuniti yang boleh diakses oleh mereka untuk mendapatkan maklumat terkini maupun informasi yang berguna terutama bagi pelajar yang ingin membuat tugasan sekolah.

Apabila pelanggan sudah mulai bertambah, maka permintaan program juga akan bertambah dan ini menuntut keperluan untuk meningkatkan prasarana secara online. Reka-bentuk
14

portal e-komuniti perlulah mesra pengguna. Fungsi pencarian untuk kandungan maklumat, mewujudkan ruang forum tempat ahli-ahli e-komuniti berbincang, berinteraksi dan sebagainya serta fungsi pautan yang berkesan perlulah ditambah bagi mempercepatkan pencarian maklumat bukan sahaja di portal e-komuniti tetapi dari sumber yang pelbagai.

E-komuniti tidak akan berjaya sekiranya ahli-ahli komunitinya tidak celik maklumat, atau masih phobia untuk mendekati komputer. Pusat e-komuniti perlulah memainkan peranan dengan mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Contohnya mengadakan kelas komputer berkala dengan

memperkenalkan fungsi dan kebaikan menggunakan teknologi ini.

Selain daripada itu juga, pusat e-komuniti juga haruslah berperanan untuk mendidik generasi mudah agar menggunakan kemudahan infrastruktus yang disediakan dengan sebaik-baiknya dengan hanya melayari internet dengan tujuan mendapatkan ilmu dan berinteraksi dan bukannya untuk bermain permainan komputer (Computer games) secara online.

Akhir sekali, samada sesebuah e-komuniti itu betul-betul berjaya dan berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarannya adalah bergantung kepada pengurusan e-komuniti itu sendiri. Jika maklumat yang dipaparkan tidak lengkap, tidak relevan, tidak munasabah atau tidak mempunyai kebolehpercayaan akan maklumat yang disampaikan akan menjadi penanda aras keberkesanannya. Oleh yang demikian moderator atau pengurus laman sesawang perlulah bergiat aktif dan sentiasa ke hadapan bagi memberikan perkhidmatan sebagai pemberi maklumat atau sumber maklumat yang berkesan.

15

Sebagai kesimpulannya, daripada pemerhatian dan pengalaman melayari e-komuniti yang dijadikan bahan untuk tugasan kumpulan ini, dapatlah dinyatakan di sini bahawa e-komuniti bagi Kampung Sinulihan Baru, Keningau ini masih mempunyai banyak ruang yang perlu diperbaiki. Selain itu, adalah dicadangkan agar pengisian maklumat yang dipaparkan di perbanyakkan dan dipelbagaikan agar ia menjadi sebuah laman sesawang yang menarik.

Antara cadangan yang boleh dikemukankan ialah, membuat pautan untuk forum atau laman berinteraksi di mana komuniti setempat yang berada jauh boleh memaparkan berita terkini atau cerita yang menarik untuk dikongsi bersama dengan orang-orang yang berada di dalam kampung itu sendiri. Contohnya posting seperti yang terdapat di laman sesawang Twitter dan Facebook.

Selain itu, adalah disarankan agar setiap aktiviti yang telah dijalankan di sekitar komuniti dipaparkan di internet seperti sambutan perayaan, aktiviti tahunan yang telah dirancang atau yang telah dijalankan sentiasa ditambah dan bukannya ditukar.

Moderator yang dilantik untuk mengemaskinikan e-komuniti perlu diberikan kebebasan untuk mengendalikan laman tersebut tetapi masih berlandaskan norma dan objektif yang telah ditetapkan. Mereka juga disarankan agar sentiasa peka dan mengikuuti perkembangan semasa dengan bekerjasama dengan JKKK dan Ketua Kampung agar maklumat yang disalurkan adalah sahih dan bukan berdasarkan kepada gossip semata-mata.

Akhir sekali, untuk merapatkan jurang digital memerlukan penglibatan daripada anggota komuniti itu sendiri. Oleh itu, penduduk setempat perlulah menerima dan menggunakan kemudahan yang telah disediakan dengan sepenuhnya dan secara positif.
16

RUJUKAN

Preece, J. 2000. Online Comunnities: Designing Usability, Supporting Sociability. Chichester, John Wiley & Sons, Ltd.

Preece, J. and Maloney-Krichmar, D. 2005. Online Communities: Design, Theory, and Practice. Journal of Computer-Mediated Communication, 10: 00. doi: 10.1111/j.10836101.2005.tb00264.x

Rheingold, Howard .1993. The Virtual Community (1st. ed.). Addison-Wesley Pub. Co.

Abd Razak, Norizan .2008. Merapatkan Jurang Digital melalui penggunaan Pusat EKomuniti: Analisis Pusat E-Komuniti Malaysia. Dalam Supyan Hussin dan rakan (2008): Bridging the Digital Divide: Malaysian Initiatives. Bangi:FSSK-Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Nizam Bin Osman.2005. Dasar Perlaksanaan Inisiatif Internet Desa: Cabaran dan Implikasi Dalam Mengurangkan Jaringan Digital Di Malaysia.

Hajah Norma binti Mohd Darus. Keberkesanan Perkhidmatan di Perpustakaan Desa Negeri Perlis. Aspirasi Digital, Akses ICT untuk Semua. Edisi 18 Mei/Jun 2009. Ms 12.

http://en.wikipedia.org/

17

http://telecentre.my/kampungsinulihanbaru/index.php/home.html

http://www.scribd.com/doc/6049286/Jurang-Digital. JURANG DIGITAL DI MALAYSIA SATU PANDANGAN UMUM.

http://www.aspirasidigital.net.my/buletin/buletin18.pdf

18

Вам также может понравиться