Вы находитесь на странице: 1из 7

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA & PEN. KETUA KELAS PERINGKAT SEKOLAH 2011 M
ANJURAN :

SK KERAYONG JAYA

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMMAD TARMIZI BIN AHMAD


mizie912@yahoo.com

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERINGKAT SEKOLAH 2011 M ANJURAN SK KERAYONG JAYA

Bil. 1

Peristiwa Ketibaan

Skrip Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, ___________________________________________________ ________________________________________________________________________________________.

Kata

aluan Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari Pulau Mutiara. Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Pengacara Majlis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Bera. Yang Dihormati, En. Mohamed Al-Awal Bin Othman, tuan guru besar SK Kerayong Jaya. Yang Berusaha, Pn. Norzailan Bt Abdul Manaf, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang Berusaha, En. Mohd Amin Bin Abd Hamid, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Yang Berusaha, En. Zulkafli Bin Osman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. guru-guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua dan Penolong Ketua Kelas Peringkat Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya yang diberkati
mizie912@yahoo.com

Allah s.w.t. ini.

Bacaan Doa

Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa diminta biar selamat.

Majlis dimulakan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohammad Tarmizi Bin Ahmad untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohammad Tarmizi Bin Ahmad atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan 1

Anak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati, Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En. Mohamed Al-Awal Bin Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

mizie912@yahoo.com

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Ucapan Perasmi

Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Bera, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Bera, atas ucapan beliau sebentar tadi.

Penyampaian Watikah

Hadirin sekalian, Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan penolong ketua kelas serta penyampaian cenderahati kepada penceramah program motivasi kepimpinan yang telah berlansung baru-baru ini

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput Encik Mohamed Al-Awal Bin Othman untuk
mizie912@yahoo.com

menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Bera, untuk menyampaikan watikah pelantikan.

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________, Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________, Bagi ketua kelas dan penolong ketua kelas, dipersilakan _________________________________,

Seterusnya dipersilakan 1- En. Mohamed Al-Awal Bin Othman, selaku pengerusi jawatankuasa Program Motivasi Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya 2- En. Mohammad Tarmizi Bin Ahmad, Penceramah merangkap Fasilitator Program Motivasi Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, 3- En. Mohd Zilan Bin Bedu, Fasilitator 4- En. Mohd Rizal Bin Abdul Rahman, Fasilitator

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bacaan kepimpinan sekolah

Ikrar Hadirin sekalian.

Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas, Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya bagi tahun 2011 ini. Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik Mohd Faris Ikmal Bin Hisham, untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Semua
mizie912@yahoo.com

pelajar diminta berdiri dan majlis mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. 5 Penyampaian Cenderamata Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang

Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Bera.

Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Majlis Penutup

Mangkuk jorong pinggan jorong Si jorong berisi buah jati


mizie912@yahoo.com

Dua tiga kata terdorong Jangan disimpan di dalam hati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Bera.. Yang Berusaha En. Mohammad Al-Awal B. Othman Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, barisan guru-guru dan para pelajar sekaloan kerana telah memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Bera, Tuan Guru Besar, guru-guru untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin. Majlis mempersilakan.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. 7 Sesi Fotografi TA MAT

mizie912@yahoo.com

Вам также может понравиться