Вы находитесь на странице: 1из 5

Al-Hasib/Al-Buzjani - Ilmuwan Matematik

Gelaran Abu Al-Wafa Al-Buzjani atau nama lengkapnya Muhammad bin Muhammad bin Yahya bin Ismail diambil sempena nama tempat kelahirannya, Al-Buzjan, iaitu sebuah desa kecil yang terletak di daerah Khurasan di Iran, atau antara Nishapur dan Harrah. Beliau lebih dikenali dengan Al-Buzjani atau gelaran Al-Hasib umum yang diberikan kepada orang yang menekuni ilmu matematik. Beliau merupakan salah seorang ilmuwan Muslim terkemuka dalam bidang matematik malah beliau juga memiliki pengetahuan yang besar bagi perkembangan astronomi. Dalam catatan sejarah Arab, namanya biasa disebut dengan nama-nama berikut: Abu Al-Wafa, Abu Al-Wafa bin Al-Abbas, Al-Buzjani atau Abu Al-Wafa Al-Buzjani. Al-Buzjani dilahirkan pada tahun 382H (940M) tetapi tidak banyak pencatat sejarah yang menyebutkan secara terperinci tentang jalur pendidikannya. Namun yang jelas, beliau pernah pergi ke Baghdad pada tahun 348H (959M) dan pada saat itu beliau masih muda belia. Di sana beliau banyak mempelajari ilmu matematik dan ilmu astronomi. Beliau kemudiannya mengajar dan menulis dalam bidang matematik, di samping menjalankan penyelidikan dalam bidang astronomi. Al-Buzjani termasuk salah seorang ilmuwan Muslim yang memiliki penelitian bagi perkembangan ilmu kiraan kalkulus. Kerana itu, beliau banyak memberikan pemfokusan bagi kebangkitan bidang ilmiah dan industri yang ada pada masa kita sekarang ini. Antaranya gambar geometri dan kalkulus yang dianggap sebagai tumpuan dasar bagi pengembangan industri dan teknologi, dan sebagai cara untuk mengukur berbagaibagai bentuk dan ukuran yang sulit. Beliau banyak menghabiskan masa dengan mengkaji, menulis dan menghasilkan buku yang berjudul Al-Madkhal ila Al-Aritsmatiqi, dan arithmetik yang merupakan bahagian daripada ilmu matematik. Beliau turut menghasilkan buku atau kitab Ma Yahtaju Ilaihi Amal Wa Al-Kitab Min

Shina ati Al-Hisab. Secara ringkas buku ini dikenali dengan nama Al-Manazil Fil Hisab atau Kitab Al-Manazil. Buku ini ditulis oleh Al-Buzjani untuk digunakan oleh pegawaipegawai negeri. Dalam bukunya itu, beliau menerangkan tentang kaedah ilmu kiraan India, seperti goresan pada pasir dan bagaimana menghapuskannya. Pada kenyataannya itu, ilmu hitung ini didasarkan pada cara hitung yang disebut Hitungan Romawi dan Arab menurut cara penyelesaian penghitungannya. Kadangkadang ianya juga hanya dilakukan di dalam benak seseorang, dan dalam keadaan tertentu juga ada langkah penyelesaian dengan cara menghitung jari. Inilah yang saat dikenali dengan nama hitungan tangan, hitungan akad, dan hitungan udara. Manakala untuk berinteraksi dengan bilangan pecahan pula, hitungan tangan menggunakan ukuran enam puluhan atau pecahan itu diubah menjadi mata wang atau satu ukuran. Dalam karyanya yang berjudul KitabAl-Manazil telah menjadi dasar dalam menghitung. Indeks buku Al-Manazil didasar pada keadaan aslinya, iaitu bahawa buku ini terbahagi menjadi tujuh manzila (tingkatan), dan masing-masing manzilah terbahagi menjadi tujuh bab. Keunggulan Al-Buzjani dalam ilmu astronomi dan matematik telah membuat para astronomer dan ahli matematik Barat merasa kagum sekali gus iri hati terhadap ilmunya. Oleh kerana mereka didorong oleh perasaan iri hati itu, telah membuatkan salah seorang daripada mereka mengaku apa yang ditemukan oleh Al-Buzjani sebagai penemuannya sendiri. Misalnya, ilmu astronomi yang khianat itu berasal dari Denmark, bernama Tyco Brahe (1546-1601). Dia menulis tentang ketidaksempurnaan ketiga pada gerakan bulan, dan dia mengaku bahawa itu adalah pendapatnya sendiri. Sebahagian sejarawan memang ada yang mengatakan bahawa ini adalah penemuan Brahe. Akan tetapi sebahagian yang lain, ada juga membantah hal itu. Permasalahan ini sempat menjadi perdebatan yang panjang, hingga dapat diyakinkan pada masa sekarang bahawa penemuan ketidaksempurnaan ketiga pada pergerakan bulan adalah penemuan Abu Al-Wafa Al-Buzjani, sekalipun Tyco Brahe mengakuinya malah pengakuan ini didukung oleh orang Barat lainnya. Dalam ilmu matematik, Al-Buzjani merupakan orang pertama yang membuat identiti trigonometri yang dikenali dengan sebutan tangent atau (persesuaian) dan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang geometri dengan memberikan tambahan-tambahan penting dan baru bagi berbagai-bagai penemuan Al-Khawarizmi sehingga menjadi dasar hubungan antara ilmu geometri dengan algebra. Hubungan ini telah menjadi alat ilmiah yang penting dan digunakan untuk berbagaibagai kepentingan sistem ilmiah dalam beberapa disipilin ilmu. Beliau juga telah mempelopori ilmu analitikal geometri sebagai salah satu bahagian yang terpenting dalam ilmu matematik, malah dianggap sebagai salah seorang ilmuwan yang tiada bandingan.

Posted by Nadhirah at 3:46 AM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 0 comments: Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive
y o o o o

2011 (28) July (6) April (2) March (2) February (18)  I LOVE ISLAM  TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN Tok Janggut a...  IBNU SINA (AVICENNA)*Bapa Perubatan ModenIbnu Sin...  Farabi*Ahli Sufi, seorang ilmuwanNama asal Al-Far...  Ibnu AL-BAITAR - Ahli BOTANI & FARMASIAbu Muhamma...  Ibn Al-Nafis * Pakar BedahAla-al-Din Abu al-Hasan...  Ibn Battuta - pengembara besar Abu Abdullah ...  Al-Hasib/Al-Buzjani - Ilmuwan MatematikGelaran A...  Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yan...  Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan A...  Al-Haitham(Hazen)* Bapa Optik ModenMuqaddimahAbu ...  Ibn Khaldun*Bapa Sejarah Kebudayaan & Sc Sosial M...  Al-Khwarizmi - Ahli MatematikABU Abdullah Mohamm...  Friendship Is Beautiful,U Also  Hope Our Friendship Last And Never Dies  Jgn ucpkn `SAYANG` jika bnr2 tak pduli... Jgn uc...  Tdk perlu mencari teman secantik Balqis andai diri...

Clock Islamic Hijri Calendar Asmaul Husna

Aurat saya Maruah saya

About Me

Nadhirah I AM A GIRL AND SINGLE View my complete profile

Followers Slideshow

Вам также может понравиться