You are on page 1of 10

PRAKTIKAL 2 : KADAR KAKISAN BESI, KELULI DAN KELULI NIRKARAT Tujuan

Untuk membezakan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nil karat
Pernyataan Masalah

Adakah kadar kakisan besi, keluli dan nirkarat berbeza?


Hipotesis

Kadar kakisan besi, keluli, dan keluli nirkarat berbeza. Besi berkarat dengan paling cepat, diikuti oleh keluli dan keluli nirkarat.
Teori

Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan komposisi tertentu. Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama dan menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Ia mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang.Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen . Logam tidak reaktif seperti emas dapat wujud dalam bentuk bebas dalam bumi. Emas tidak bergabung dengan oksigen unt uk membentuk sebatian oksida. Oleh itu, emas tidak berkarat. Kebanayakan logam seperti besi mudah berkarat. Pengaloian merupakan salah satu cara untuk mencegah pengaratan logam. Pengaloian besi bukan sahaja dapat menguatkan besi, tetapi pada masa yang sama dapat mencagah besi daripada berkarat. Keluli nirkarat terdiri daripada besi bersama sedikit karbon dan logam peralihan seperti kromim dan nikel. Keluli nirkarat sanagt keras dan tidak berkarat.Tindak balas redoks merangkumi kesemua proses kimia yang melibatkan perubahan nombor pengoksidaan (keadaan p engoksidaan) pada atom-atomnya. Ini termasuklah proses redoks ringkas seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida, penurunan karbon oleh hidrogen untuk memberikan metana, atau pengoksidaan g ula dalam badan manusia, menerusi satu siri proses pemindahan elektron yang san gat rumit. Istilah redoks (redox) datangnya

daripada dua konsep iaitu penurunan (daripada Bahasa Inggerisnya reduction) dan pengoksidaan (oxidation). Ia boleh diterangka n menggunakan penjelasan mudah: Pengoksidaan menerangkan tentang kehilangan elektron ol eh suatu molekul, atom atau ion. Penurunan menerangkan tentang penerimaan elektron ol eh suatu molekul, atom atau ion Akan tetapi, penjelasan ini (walaupun mencukupi bagi kebanya kan tujuan) tidak tepat sepenuhnya. Pengoksidaan dan penurunan sebenarnya merujuk kepada perubahan nombor pengoksidaan pemindahan sebenar elektron mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu, takrifan yang lebih baik bagi pengoksidaan ialah peningkatan dalam nomb or pengoksidaan, dan penurunan sebagai pengurangan dalam nombor pengoksidaan. Secara amalannya, pemindahan elektron sentiasa mengakibatkan perubahan nombor pengoksidaan, tetapi terdapat banyak tindak balas yang dikelaskan sebagai redoks, walaupun tidak ada elektron yang berpindah (contohnya yang melibatkan ikatan kovalen). Suatu logam terkakis melalui proses pengoksidaan apabila atom logam itu melepaskan electron. Logam yang terletak di bahagian atas siri elektrokimia adalah logam yang sangat elektroposit if dan sangat mudah terkakis. Kakisan logam berlaku dengan lebih cepat dalam kehadiran asid atau larutan garam. Oleh kerana asid dan garam adalah elektrolit maka perpindahan elektron akan berlaku dengan lebih cepat.Kakisan logam juga berlaku dengan lebih c epat di dalam kawasan perindustrian. Gas-gas berasid yang dibebaskan seperti nitrogen dioksida, karbon dioksida dan sulfur dioksida akan membantu menghasilkan hujan asid.

Pembolehubah Dimanipulasikan : Jenis paku (paku besi, paku keluli, dan paku keluli nirkarat

tidak berkarat)
Bergerak balas Dimalarkan : Keadaan pengaratan paku : Suhu, kuantiti air dan oksigen

Radas dan Bahan Bahan : Paku besi, paku keluli nirkarat, agar-agar, dan kalium heksasianoferat (111) Radas : Tabung uji, bikar, dan rak tabun g uji.

Prosedur

1. Dengan menggunakan kertas pasir, paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat dibersihkan. 2. Paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji A, paku keluli ke dalam tabung uji B, dan paku keluli nirkarat ke dalam tabung uji C. 3. Satu larutan agar-agar 5% disediakan dengan melarutkan 5 g agar -agar ke dalam 100 cm 3 air panas. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (111) dicampurkan ke dalam larutan agar -agar itu. 4. Larutan agar-agar dituangkan ke dalam setiap tabung uji sehingga paku terendam dengan sempurna. 5. Selepas 3 hingga 4 hari, setiap tabung uji diperiksa untuk menentukan sama ada a) warna biru tua terbentuk di sekeliling paku b) keadaan paku

Keputusan

Tabung uji

Keamatan warna biru tua

Keadaan paku

A (Paku Besi) B (Paku keluli) C (paku keluli berkarat)

Tinggi Rendah Tiada

Banyak berkarat Berkarat Tidak berkarat

Perbincangan

1. Apabila besi berkarat, atom besi akan kehilangan dua electron dan menjadi ion ferum (11), Fe 2+. Fe(p) Fe 2+ (ak) + 2e-

2. Bahan kimia kalium heksasianoferat (111) digunakan untuk mengesan kehadiran ion ferum (11) melalui pembentukan mendakan biru tua. 3. Pengesahan kewujudan ion Fe
2+

oleh kalium heksasianoferat (111)

menunjukkan bahawa besi telah berkarat. 4. Keamatan warna biru tua me nggambarkan tahap pengaratan paku besi. 5. Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, paku besi biasa paling banyak berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal coklat - kemerahan. 6. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih dan berkilat 7. Paku keluli biasa berkarat perlahan -perlahan. Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli ini boleh berkarat. Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis sedikit. 8. Denagn itu, susunan kadar pengaratan Besi > keluli> keluli nirkarat

9. Keamatan warna bru menunjukkan darjah kakisan. Se makin tinggi keamatan warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan lebih tinggi. 10. Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang pergerakan pada paku akan mengubah keamatan warna biru pada larutan. 11. Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion Fe 2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe 2+untuk menghasilkan larutan biru tua.

Kesimpulan

Aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulen.Kadar kakisan besi, keluli, keluli nirkarat adalah berbeza beza.

Soalan dan Jawapan

1. Terangkan fungsi Larutan kalium heksasianoferat (III). Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion Fe 2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe 2+untuk menghasilkan larutan biru tua. 2. Apakah hubungan anatar keamatan warna biru dan kadar pengaratan? Keamatan warna bru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan lebih tinggi.

3. Terangkan bagaimana pengguanaan agar -agar dapat membantu pemerhatian eksperimen. Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang pergerakan pada paku akan mengubah keamatan warna biru pada larutan

4. Namakan keluli dan keluli nirkarat 5. Bezakan kadar pengaratan besi, keluli, dan keluli nirkarat dan terangkan sebabnya. Paku besi biasa paling banyak berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal coklat - kemerahan. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang telah di campur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih dan berkilat. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli ini boleh berkarat.Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis sedikit.

6. Bagaimanakah susuna atom di dalam besi bila dikaitkan dengan sifat mudah mulur dan boleh ditempa?

7. Apakah perbezaan antara a) gangsa dan tembaga b) emas 24-karat dan emas 18 karat Jelaskan perbezaan antara aloi gentian dan aloi interstitial

RUJUKAN

Anonymous. (2010, Ogos 3). Retrieved Ogos 4, 2011, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Tembaga. Anonymous. (2011, Julai 12). Retrieved Ogos 2, 2011, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Tindak_balas_redoks. Glaunach. (2011). Compact Chemistry SPM. Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd. Utusan, P. (2005, Mei 11). Retrieved Ogos 1, 2011, from http://202.190.1 26.85/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=MAC&m=3&r=m&i=N OTA. Z, A. t. (2005, ogos 20). Retrieved Ogos 3, 2011, from http://www.azom.com/article.aspx?ArticleID=2873.