Вы находитесь на странице: 1из 8

Etika Keguruan

Seseorang individu yang ingin berjaya dalam apa jua bidang perlulah
mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai -nilai
murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.













Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini
meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang
salah dengan tujuan memberi garis pandua n kepada ahli-ahli berkenaan. Etika juga
dikatakan menggariskan semua penduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban , peranan nilai, serta
tingkahlaku profesion dalam masyarakat.

Konsep Etika
H. Koontz & H. Weihrich
Satu cabang ilmu
pengetahuan yang
berurusan dengan apa yang
baik dan tidak baikserta
dengan kewajipan dan
tanggungjawab moral
J.L Mackie
Disiplin yang dapat
menerangkan nilai baik dan
buruk sesuatu perbuatan
serta menyediakan garis
perbezaan antara kebaikan
dan keburukan
Greek Ethos
Perwatakan atau keperibadian
Islam
Akhlak





Etika ini terbahagi kepada dua iaitu Etika Deskriptif dan Etika Normatif.
Pertamanya ialah Etika Deskriptif. Ia merupakan etika yang mengkajii secara kritis
dan rasional tentang sikap dan perilaku manusia, serta apa yang dikejar oleh seti ap
orang dalam hidupnya sebagai sesuatu yang bernilai. Ertinya Etika Deskriptif tersebut
membincangkan mengenai fakta secara apa adanya, yakni mengenai nilai dan
perilaku manusia sebagai suatu fakta yang berkait dengan situasi dan realit i. Dapat
disimpulkan bahawa tentang kenyataan dalam penghayatan nilai atau tanpa nilai
dalam suatu masyarakat yang dikaitkan dengan keadaan tertentu memungkinkan
manusia dapat bertindak secara beretika. Keduanya ialah Etika Normatif iaitu etika
yang menetapkan berbagai sikap dan perilaku yang ideal dan seharusnya
dimiliki oleh manusia atau apa yang seharusnya dijalankan oleh manusia dan
tindakan apa yang bernilai dalam hidup ini. Jadi Etika Normatif merupakan norma -
norma yang dapat menuntun agar manusia bertindak secara baik dan meng -
hindarkan hal-hal yang buruk, sesuai dengan kaedah atau norma yang disepakati
dan berlaku di masyarakat.
Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi
garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan
dikenakan hukuman sewajarnya. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, etika
kerja perguruan yang diwujudkan oleh kerajaan akan dapat memartabatkan
profesion perguruan itu sendiri. Kod etika dianggap penting kerana :
Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah l aku dalam
profesion perguruan. Kod ini sebagai penduan dan s esuai untuk dirujuk dan
diamalkan oleh guru.
Etika
Etika Deskriptif Etika Normatif
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kod ini juga
membantu guru lebih faham dan jelas tent ang tanggungjawab mereka.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbandi ng kod etika di negara lain.
Perbezaan ini membolehkan guru-guru menilai dan dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Kod ini dapat membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru
dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja juga merupakan nilai-
nilai yang penti ng dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal,
dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi (INTAN, 1991).




7 nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :





Nilai Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang

KPM
Pada perspektif Islam, sebenarnya kod etika pada suatu kerjaya adalah
sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional, ilmiah dan aqidah yang harus dimiliki oleh seorang
pengamal untuk berjaya dalam kerjayanya. Lebih ketara lagi ciri -ciri ini jelas pada
kerjaya keguruan. Dari segi pandangan Islam, seorang muslim itu perlu berjaya
menjalankan tugas yang dipikulkan kepadanya oleh Allah S.W.T, masyarakat Islam
dan seterusnya di dalam masyarakat antarabangsa. Guru itu haruslah memiliki sifat -
sifat yang berikut:
Tujuan, tingkah laku dan pemikirannya mendapat bimbingan Tuh an
(Rabbani), seperti disebutkan oleh surah Al -imran, ayat 79.
NO." SSH .To).H Bo)
11H So1V 11NOB
Bo)." 11H SHPV
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah
Taala - Dengan ilmu dan amal Yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi
Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.


Mempunyai persiapan ilmiah, vokasional dan budaya menerusi ilmu -ilmu
pengkhususannya seperti geografi, ilmu-ilmu keislaman dan kebudayaan
dunia dalam bidang pengkhususannya.

Ikhlas dalam kerja-kerja pendidikan dan risalah Islam dengan tujuan mencari
keredhaan Allah S.W.T dan mencari kebenaran serta melaksanakannya.

Memiliki kebolehan untuk mendekatkan maklumat -maklumat kepada
pemikiran murid-murid dan bersabar untuk menghadapi masalah yang timbul.


Benar dalam hal yang didakwahkan dan tanda kebenaran itu ialah tingkah
lakunya sendiri ya dapat mempengaruhi jiwa murid-muridnya dan anggota
masyarakat lainnya. Seperti makna sebuah hadith Nabi S.A.W.

"Iman itu bukanlah berharap dan berhias tetapi meyakinkan dengan hati dan
membuktikan dengan amal".
Fleksibel dalam mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran dengan
menggunakan kaedah yang sesuai bagi suasana tertentu. Ini memerlukan
bahawa guru dipersiapkan dari segi professional dan psikologikal yang baik.

Memiliki sahsiah yang baik dan sanggup membimbing murid-murid ke arah
kebaikan.


Sedar akan pengaruh-pengaruh dan trend-trend global yang dapat
mempengaruhi generasi dari segi aqidah dan pemikiran mereka.

Adil terhadap murid-muridnya, tidak pilih kasih dan mengutamakan yang
benar. Seperti makna firman Allah S.W.T dalam surah al Maidah ayat ke 8.

BP"0 CB So.
SSH SC .P
lOBB) N." P1M
BoA SC sPV N"0
SOPV P SOPB .S
LMC"0 N.Sl11O SlVB." B P
.l B oMP. Bo) .S1oV

Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan

Inilah sifat-sifat terpenting yang patut dipunyai oleh seorang guru Muslim di mana
proses penyediaan guru-guru beretika itu harus dibina.




Isu Etika Guru : Penyalahgunaan Masa

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek
yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan
pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat
terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah
keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain.
Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine
(1993), konsep profesional merujuk kepada ciri -ciri yang terdapat dalam kalangan
ahli suatu profesion. Antara ciri -ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya
kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.
Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah
seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam
bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.
Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini
dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika
keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbu kti apabila semakin banyak isu
mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu
akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang
mulia. Oleh itu, kita akan membincangkan mengenai isu salah laku guru yang
melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa.
Isu yang sering diperkatakan mengenai etika keguruan adalah berkenaan
penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum
adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk
aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan
guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyala hgunaan masa di kalangan
guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media
massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi
adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara
contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa
memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-
sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan
oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru
menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan
dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di
kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen,
berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan
P&P di siang hari dan banyak lagi.
Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama
kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pen tadbir. Pertama, indivdu
dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap
malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam
kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka indi vidu
tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi
rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan
apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.
Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang
lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada
berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga
lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana
mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.
Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk
kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-
murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah
merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga
akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan
guru dalam mendidik anak-anak mereka.
Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak
dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan
individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini
tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.
Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari
semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya
pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa
di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal
pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika
pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada
kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan
memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat
jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru-guru
akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat
juga perlu memainkan peranan dalam manangani masalah ini. Rakan sejawat
perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat
dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat
mengubah diri nya.
Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha
untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan
cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini,
segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan
menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu
bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih t erarah
untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang guru dan mampu memberi
nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan
tekad. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat
dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh
kepada kod etika yang telah digariskan. Isu -isu pelanggaran kod etika keguruan
seperti isu penyalahgunaan masa di sekolah perlu dibendung daripada terus
menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan,
pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.

Вам также может понравиться