Вы находитесь на странице: 1из 6

Kamus Dewan (2005) mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Maka kepelbagaian budaya di Malaysia merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain lagi.

Masyarakat

yang

terdiri

daripada

pelbagai

kaum pastinya

akan

mewujudkan corak sosio budaya yang berbeza. Apabila berbicara tentang budaya pastinya akan diselitkan dengan etnik, agama, jantina, sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Politik dan pendidikan merupakan agenda utama dalam pengurusan masyarakat yang menjadi asas pembinaan hubungan antara kaum bagi memastikan perbezaan yang wujud tidak mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem masyarakat demokrasi di negara kita. Oleh yang demikian, guru-guru bertanggungjawab untuk mendedahkan murid-murid kepada

kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan kawan-kawan yang berlainan kaum.

Di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai kaum, sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Misalnya, para pelajar dalam satu kelas terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, yang masing-masing menggunakan bahasa petutur yang berlainan untuk berkomunikasi. Apabila guru mengajar dengan menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pelajar Cina dan India akan menghadapi masalah untuk memahami apa yang sedang diajar oleh guru.

Justeru, mereka mungkin tidak lagi memberi perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan. Keadaan tersebut akan mengakibatkan mereka tidak dapat mengikuti topik-topik terhadap mata pelajaran tersebut dan menjejaskan prestasi akademik masing-masing. Oleh yang demikian, keadaan ini merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian budaya, agar mewujudkan satu suasana

pembelajaran yang mesra budaya. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan dan ahlinya terdiri daripada murid yang berlainan kaum supaya pelajar yang lebih mahir dapat memberi bantuan kepada rakan-rakan yang agak lemah dalam Bahasa Melayu.

Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identity diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, bahasa, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya. Perancangan dan pelaksanaan yang rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada setiap pelajar.

Pada masa yang sama, guru bertanggungjawab untuk menerangkan konsep kepelbagaian budaya terhadap anak murid supaya dapat mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian dan persamaan untuk setiap murid.

Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik, maka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti perbezaan pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza staupun hanya bergaul dalam kelompok yang mereka kenali sahaja.

Secara kesimpulannya, kepelbagaian budaya meruapakan aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua

cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

http://www.scribd.com/doc/24365988/Bilik-Darjah-Pelbagai-Budaya http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah

http://www.scribd.com/doc/16989317/Masalah-sosial-di-kalangan-pelajar http://www.scribd.com/doc/34926386/MAKSUD-GEJALA-SOSIAL http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gejala&d=10

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Manakala, sosial merupakan segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Maka, secara umunnya, Gejala Sosial bermaksud tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.

Pada era modenisasi dan globalisasi ini, media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Masalah sosial seperti penagihan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas, pembuangan bayi dan sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat.

Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).

Gejala sosial di sekolah kini semakin meruncing akibat daripada pengaruh luar dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai contoh, senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru dikalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pendidikan

menunjukkan

pelajar

terbabit

dengan

gejala

itu

agak

membimbangkan.

Di antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengajaran guru yang membosankan, iklim bilik darjah yang tidak menyeronokan, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan, pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Kesannya, mereka akan ponteng sekolah dan melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih menyeronokkan.

Oleh hal yang demikian, para guru pada zaman modenisasi dan globalisasi ini telah menghadapi cabaran untuk mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya. Guru memainkan peranan yang penting untuk memupuk minat belajar di kalangan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru boleh menggunakan pendekatan akademik yang lebih menarik untuk mengekalkan perhatian murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti

berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandangdengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Di samping itu, kepekaan, kasih sayang, kepercayaan dan keprihatinan guru juga mempengaruhi sahsiah anak muridnya. Guru seharusnya mengetahui rakan-rakan anak murid mereka dan sentiasa memastikan mereka berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu, guru hendaklah meluangkan masa untuk membantu murid yang menghadapi masalah ponteng sekolah, dengan memberikan keyakinan,

keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan prestasi akademik.

Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajardan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Bukan hanya guru-guru di sekolah bertanggungjawab untuk mendidik para pelajar untuk menjadi seorang yang dapat memberi sumbangan kepada negara, tetapi Ibu bapa dan masyarakat juga perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar.

Вам также может понравиться