You are on page 1of 18

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahirankemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif

dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Dengan ujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran. Secara umumnya topik-topik yang akan disentuh adalah:
y y

Pengoptimuman Sumber Pembelajaran Pemerolehan Maklumat i. ii. Mengumpul Maklumat Kemahiran membaca

y y

Memproses Maklumat Membuat Laporan

Kemahiran belajar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.

Kepentingan kemahiran belajar


y y y y y y y y y

Meningkatkan daya belajar dan daya intelek. Memupuk disiplin belajar. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat. Meningkatkan daya ingatan. Pengurusan masa yang berkesan. Memantapkan pembelajaran individu. Mencapai cita-cita dan matlamat diri. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan. Meningkatkan pencapaian individu.

Gangguan
y y y y y y y y y y

Tidak memberi tumpuan. Kurang berminat sesuatu mata pelajaran. Berbual-bual semasa pembelajaran berjalan. Membuat angapan negatif Tajuk ini tidak menarik Tajuk ini mudah/membosankan Sedang berkhayal. Emosi terganggu. Bunyi bising. Tidak cukup tidur. Sikap diri. Penyampaian guru kurang memuaskan.

Apa yang diperlukan bagi mendengar dengan berkesan


y y y y y y y y y y

Kawal tumpuan dan pemerhatian anda. Tingkatkan minat kepada semua mata pelajaran. Elakkan berbual-bual semasa guru menyampaikan maklumat. Jangan malu mengemukakan soalan apabila anda tidak faham. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada tajuk yang sedang dibincangkan. Sentiasa berfikiran terbuka open mind. Jangan hiraukan / layan gangguan otak. Duduk dengan penuh minat. Anda perlu mendengar, bukan menilai. Membaca terlebih dahulu bahan yang hendak diajar oleh guru. Mencatat isi-isi penting menggunakan perkataan sendiri.

KEMAHIRAN BELAJAR
Posted on February 25, 2011 by admin

1. KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu. 2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelaja r yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah: 2.1 Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna. 2.2 Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat. 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi. Memupuk didplin kendiri pelajara. Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat. Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap. Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan. Meningkatkan daya ingatan pelajar. Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.

2.10 Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media. 2.11 Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat. 2.12 Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.

3. TEKNIK MEMBACA BERKESAN 3.1 KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS


SKIMMING: membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam membaca sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum. Dalam membaca sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca. SCANNING: Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan. Pembaca boleh melangkau bahagian -bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.

3.2 KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS


SQ4R: Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan. Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961). Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar. Langkah-langkah penggunaan SQ4R:

Skim bahan bacaan. Gunakan tajuk sebagai panduanBina soalan mengenai bahan bacaan.Baca. Gunakan soalan sebagai panduan.

SURVEYQUESTIONREAD SQR

Fikirkan apa yang dibaca. Hubungkan idea dengan apa yang telah diketahui. Jawab soalan. Hubungkan maklumat dengan sesuatu tajuk. Susun maklumat. Belajar semula maklumat yang sukar.

R R R

REFLECT RECITE REVIEW

Survey (Tinjauan): Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan. Beri perhatian kepada tajuk/sub -tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari. Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri send iri mengenai bahan yang hendak dibaca. Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana. Read (Baca): Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif. Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina. Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu. Reflect (Refleksi): Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyele saikan maklumat yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada). Recite (Mengimbas kembali): Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan ca ra menyatakan idea -idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri. Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaa n anda dengan berfokus kepada soalan -soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda. Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk. Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan -soalan yang anda kemukakan. KWLH: Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yan g memberi maksud: K (know) Apa yang telah diketahui W (want) L (learned) H (how) boleh diperolehi. Apa yang ingin diketahui Apa yang didapati selepas membaca Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk,

Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i) peluang membaca secara kritis(ii)mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii) pertingkatkan minat untuk membaca perkara -perkara yang hendak diketahui (iv) mengenal pasti perkara -perkara yang telah dipelajari dan perkara - perkara tambahan yang perlu diketahui lagi (v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca. Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH 1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat jangkaan isi bahan itu. 2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara -perkara yang telah d iketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalansoalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.

3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat -maklumat yang anda dapati. 4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.

Kemahiran Belajar
KEMAHIRAN BELAJAR Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan Pengenalan : Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah. Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai.. 2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ? Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ? Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran : 2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat. 2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan.. 2.3 Pegangan hidup Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum. 2.4 Peraturan yang teliti dan cekap. Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda : Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.? Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ? Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ? Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ? Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ? Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ? Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ? Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ? Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?

Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ? Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ? 2. BERTANYA. Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll. Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada kamus jika tidak fahami. Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk. Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi). Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri. Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran Faedah Bertanya : Membuat anda berfikir Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita. Menghilangkan perasaan malu dan takut. Salah satu cara mengulangkaji pelajaran. Masalah Bertanya: - Pelajar sememangnya ingin bertanya TAK TAHU APA NAK TANYA. membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan. Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan. Saya takut ? Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu Bertanya pula dengan guru secara perseorangan Bertanya dalam kelas dengan yakin. Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya. Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera. Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami. Anda terpaksa memberanikan diri Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan. 3. CARA MEMBACA. Tujuan :- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu. - Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji. Pemahaman:- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman. Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami. Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan. Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa). Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca): Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya. Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting. Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya. Seronok dan aktif di kelas. Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah

Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti. Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda. Cara Membaca: Menggaris Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan) Meneliti rajah-rajah Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda. Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll. Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu. Ringkasan : Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan. Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya. Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda. Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali). 4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN. Faedah-Faedah Rujukan : Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk. Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda. Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan. Ada keyakinan diri pada diri pelajar. Bilakah Masa Yang Sesuai: Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan. Ringkasan: Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda. Kecerdasan anda akan diasah . Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan kekeliruan dan kebosanan. 5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya. Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas: Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas. Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru. Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas. Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari. Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru. Menambah daya ingatan anda (proses ulangan) Memudahkan anda memahami sesuatu topik. Masa dan Cara Membuat Persediaan :Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar. Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan. Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat. Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.

Ringkasan : Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru. Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu. Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya. Sediakan soalan-soalan jika perlu. Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan. 6. MEMBUAT NOTA. 1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat. 2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting. 3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya. Faedah-Faedah Membuat Nota : Merupakan ulangkaji dan hafalan. Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda. Nota amat penting dalam proses ulangkaji. Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti. Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji. Jenis-Jenis Nota : Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar. Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat, menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali. Ringkasan : Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja. Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik. Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran) Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus. 7. JADUAL WAKTU: 1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja. 2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan. Penyusunan Jadual Waktu Satu Panduan. Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya. Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut : Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu. Membaca dan membuat nota sendiri. Menyediakan pelajaran untuk hari esok. Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu. Cuba menjawab soalan objektif Cuba menjawab soalan subjektif / karangan. Ringkasan : Sains perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang. Bahasa, matematik, soalan objektif sebelah siang . Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif. Kerja rumah sebelah siang.

Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran. Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan . 8. MENGULANGKAJI. Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan. Kepentingan Mengulangkaji: Menguatkan hafalan dan ingatan anda. Menjadikan isi pelajaran lebih jelas. Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami. Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya. Jenis-Jenis Ulangkaji: 1. Mengulangkaji pelajaran harian. -Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah. Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih - Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu. - Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut. - Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja - Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat . - Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu. Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun. Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun. Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut. Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji. Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar. Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan. Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya. Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini. Mata Pelajaran Yang Memuaskan: Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda. Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini . Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya : Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota. Mengulangkaji nota dan buku teks. Kerja Rumah/ Latihan. Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru. Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan) Ringkasan: Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu. 2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu. Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda. 4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda. 9. MENIMBULKAN MINAT Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat

mementukan kejayaan anda. Kepentingan Menimbulkan Minat: 1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran. 2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran. 3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas. 4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat. Bagaimana Menimbulkan Minat: Sebab 1 : Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta. Sebab 2 : Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar. Contoh : membuat umai.. Sebab 3 : Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu. Contohnya : perusahaan sago. 1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal. 2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda. Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan. Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada. 5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik. Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati 1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula . 2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh.. 3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana. Ringkasan : Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda. Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda. Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari. 4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru. 10. PERBINCANGAN Faedah-Faedah Perbincangan: 1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran. 2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat. 3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda. 4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang. 11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN. 1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran. 2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun hingga akhir tahun. 3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini. 4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran. Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ? Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).

Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih). Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar. Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan. Hanya sebahagian kecil sahaja. Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep. Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan fahami betul betul. Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan. Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan betul-betul. Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti . Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan. 12. MENILAI KEMAJUAN: Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita. Cara Menggunakan Penilaian : 1. Ujian dan Latihan Darjah. a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita. b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran. c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian. d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot. e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba. 2. Penilaian Dari Contoh Jawapan. a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan. b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita. c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan. 3. Penilaian Secara Lisan a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar. b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja. c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati. Mengatasi Kelemahan. Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran. Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah. Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda. Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan. 13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR: Masalah Cara Mengatasi: 1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini. 2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik yang tidak penting dalam sukatan pelajaran. Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji, membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada pelajaran.

3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual waktu jika tidak sesuai. 3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu. Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain hal atas usaha pelajar sendiri. 4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak berfaedah. 5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya dan selalu merujuk kamus jika tidak faham. 6Kerunsingan Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan : 1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan sebenar. 2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa mengulangkaji / membaca 7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda lebih mahir daripada rakan kelas anda. 2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan. 3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab dengan mereka. 4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan memberanikan diri anda di hadapan rakan anda. 14. MEREHATKAN DIRI Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4 1) Melihat keindahan alam semula jadi. 2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit) 3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja). 4) Tidur malam (6-8 jam). 5) Aktiviti agama spt: membaca al-quran, sembahyang dll. 6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).

Teori pembelajaran dan pengajaran


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakn a guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik -teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dip itu, selain berpotensi ilih memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep -konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan min pelajar at secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah : Kaedah sumbang saran Kaedah tunjuk cara (demonstrasi) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah Kaedah oudioligual Kaedah kodkognetif Kaedah projek

      

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran

tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembela jaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dala situasi sebenar m dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea -idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsepkonsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru mengg unakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. 3. Memory Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what you now know about Memory. Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi a. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal beru paya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.

b. Kematangan intelek (mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kemat ngan intelek tidak mempunyai a hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan -perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas. c. Kematangan Emosi Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh pera saan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes? Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipeng aruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu -satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model Functional Thinking nya menyatakan lebih jelas bahawa Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu -satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan Boyer menjelaskan bahawa metacognatinion terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam pros s e

melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut. Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbual n di antara guru dan a pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar -tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara -cara dan peraturanperaturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea -idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan. 2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforc ement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: Penyampaian harus cekap dan menarik Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi 3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung.Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu. Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang diguna kan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pem belajaran. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskanoleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.