Вы находитесь на странице: 1из 6

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

KATA ALUAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt Tuhan sekalian alam dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya dapatlah hamba yang dhoif ini menyusun semula amalan dari guru hamba dan pernah diamalkan sendiri oleh hamba hingga hingga ke hari ini. Semoga amalan ini bermanfaat kepada saudaraku sekalian dan menjadi ilmu yang berguna untuk di dunia dan juga di akhirat. Sebarkanlah amalan ini khususnya kepada yang memerlukan pertolongan. Harus diingat ini hanyalah satu amalan sahaja yakinlah dalam hati kepada Allah bahasanya Yang Maha Menyembuh adalah Allah, Yang Maha Memelihara adalah Allah, Yang Maha Melindung adalah Allah. Kita hanya mampu berusaha sahaja. Saya berharap agar saudaraku sekalian dapat mengamalkan dan menyebarkan kepada semua amalan ini.

Ibnu Mohamad

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

1.PENGENALAN Saban hari kita sering terdengar kes terkena sihir, ilmu hitam, gangguan makhluk halus dan sebagainya samada dari sahabat baik kita, jiran kita, saudara-mara kita, ahli keluarga kita ataupun diri kita sendiri yang terkena. Rasulullah SAW juga pernah disihir oleh seorang lelaki Yahudi bernama Labeeb ibn al-Asam yang datang kepada baginda dan melakukan sihir keatasnya, menggunakan sikat rambut yang tersangkut padanya dan kulit kepada pokok kurma jantan, lalu Malaikat Jibril telah memberitahu kepada Rasulullah SAW apa yang telah berlaku kepada baginda. Jibril telah menyampaikan dua surah (al-Falaq dan an-Nas) agar baginda baca untuk perlindungan dari sihir, yang dinama surah-surah al-Miwadhatain. Bersama ini saya sertakan amalan al-Fatihah sebagai benteng pendiding diri yang mujarab dengan izin Allah swt. Amalkanlah ia dengan penuh istiqomah disamping mengagungkan dengan hati kekuasaan dan kebesaran Allah swt.

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

2. CARA AMALAN 1. Pilih satu hari untuk dimulakan amalan sebaik-baiknya pada hari jumaat, boleh juga dilakukan pada hari-hari yang lain. 2. Sebagai contoh kita mulakan amalan pada hari jumaat. Mulakan amalan ini pada selepas solat subuh. Baca surah al-Fatihah sekali selepas solat subuh iaitu semasa selesai segala wirid solat dan doa maka mulakanlah amalan ini lalu baca al-Fatihah dan membaca niat dalam hati atau berdoa kepada Allah supaya melindungi diri kita dari gangguan makhluk halus atau dari gangguan sihir atau ilmu hitam dan sebagainya. 3. Lakukan amalan yang sama tiap kali lepas solat fardhu seperti solat zuhur, solat asar hinggalah ke solat isyak dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan niat atau berdoa kepada Allah swt. 4. Pada hari yang kedua (sabtu) gandakan bacaan al-Fatihah anda kepada 2 kali bacaan setiap kali lepas solat fardhu bermula dari solat subuh hinggalah solat isyak. Lakukan amalan yang sama seperti hari yang pertama. 5. Pada hari yang ketiga (ahad) gandakan bacaan al-Fatihah anda kepada 3 kali bacaan setiap kali lepas solat fardhu bermula dari solat subuh hinggalah solat isyak. Lakukan amalan yang sama seperti hari yang pertama. 6. Begitulah untuk hari seterusnya iaitu (isnin) gandakan bacaan al-Fatihah anda kepada 4 kali bacaan setiap kali lepas solat fardhu bermula dari solat subuh hinggalah solat isyak. Lakukan amalan yang sama seperti hari yang pertama. 7. Sehinggalah ke hari yang ketujuh iaitu (khamis) jumlah bacaan al-Fatihah anda selepas solat menjadi 7 kali semuanya. Amalkan bermula selepas solat subuh hingga ke selepas solat isyak dengan membaca surah al-Fatihah sebanyak 7 kali semuanya. 8. Pada hari yang seterusnya iaitu hari yang kelapan dan seterusnya anda kekalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali lepas solat fardhu. Jadi jumlah keseluruhan bacaan al-fatihah anda setiap hari ialah 52 kali iaitu (35 kali selepas solat fardhu) dan sebanyak (17 kali di dalam solat anda seharian). Jadikan ia wirid setiap kali selepas solat anda insyallah dengan izin Allah gangguan akan berkurangan secara perlahan-lahan.

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

3. SOALAN LAZIM 1. BAGAIMANA JIKA TERTINGGAL / TERLUPA AMALAN Jika anda terlupa atau tertinggal atau juga tidak sempat untuk mengamalkan kerana ada urusan penting anda boleh kumpulkan bacaan anda kepada waktu yang lapang contohnya jika anda sibuk pada waktu selepas solat asar maka pada waktu solat maghrib nanti anda boleh gandakan membacanya sebanyak 14 kali. Asalkan jumlahnya dalam sehari anda membaca sebanyak 35 kali tiap kali lepas solat. 2. PERLUKAH SAYA MENGULANGI AMALAN DARI AWAL JIKA SAYA TERTINGGAL SEHARI IAITU TIDAK MEMBACANYA SELAMA SATU HARI ATAU LEBIH. Jika amalan anda sudah berjaya tamat dalam tempoh 7 hari iaitu anda berjaya membacanya mengikut amalan yang diberikan anda tidak perlu mengulangi semula amalan ini dari awal jika anda tertinggal sehari. Anda boleh terus dengan amalan 7 kali bacaan setiap kali selepas solat. Dan jika terlebih sehari anda tidak perlu mengantikan bacaan yang tertinggal sebaliknya mulakan sahaja dengan 7 kali seperti biasa. Tetapi jika anda tertinggal dalam masa sebelum cukup 7 hari amalan anda maka lebih elok anda mulakan dari awal. 3. BAGAIMANA JIKA SAYA SOLAT BERJAMAAH DI MASJID DAN TERPAKSA MENGIKUT WIRID IMAM Jika anda solat berjamaah di masjid apabila selesai solat anda ikutlah wirid imam hingga selesai membaca doa. Dan apabila imam selesai membaca doa maka anda bolehlah mengamalkan amalan ini samada selepas solat sunat atau sebagainya. 4. ADAKAH AMALAN INI ADA PANTANGNYA Tiada pantang larang cuma sebaiknya anda belajarlah membaca al-Fatihah dengan betul dari segi hukum tajwid dan sebutannya. Dan jangan membacanya terlalu laju hingga menjadi lain bunyinya sebaliknya bacalah dengan penuh tertib dan betul serta tidak terkejar-kejar.

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

5. APAKAH ADA UJIAN LAIN SETELAH MENGAMALKANNYA Sesetengah gangguan yang berpunca dari jin, saka atau sebagainya ini akan memantau kita dari berubat atau usaha ke arah berubat jadi sudah tentulah dia akan cuba untuk menganggu kita dari terus berubat atau beramal. Dalam masa 7 hari sebelum tamat tempoh amalan ini dia masih boleh bebas menganggu kita lagi sehinggalah hari yang ketujuh ke atas dengan izin dan rahmat dari Allah swt kita dilindungi oleh-NYA.

4. PENUTUP Harapan saya sekali lagi agar anda dapat menyebarkan amalan ini kepada saudara-saudara kita yang lain khususnya yang menderita sakit, moga dengan berkat syafaat Nabi Muhamad SAW dan syafaat al-Quran kita beroleh kesembuhan dan kesihatan. Selamat beramal. Wallahualam.

IBNU MOHAMAD

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

Вам также может понравиться