You are on page 1of 3

ADIK BERJASA Sinopsis

Ahmad ingin berhenti sekolah dan bekerja di kilang kerana ayahnya, Pak Kamis sudah tidak boleh bekerja lagi. Dia ingin belajar pada sekolah malam. Murad berbincang dengan Nazim dan Hassan untuk menyelamatkan seorang anak jutawan yang telah diculik. Murad dan rakan-rakannya cuba mengesan markas penjahat di hutan. Pada sebelah malam, mereka masuk ke gua setelah mengikut kesan tapak kaki manusia. Bagaimanapun, Nazim dan Hassan ditangkap oleh penjahat tetapi Murad berjaya melepaskan diri. Murah berbincang dengan Pak Kamis dan Ahmad mengenai cara-cara hendak menyelamatkan Hassan dan Nazim. Murad dan Ahmad ke gua berkenaan dan berjaya membebaskan semua tawanan. Jutawan sampai dan membuat urusan dengan penjahat-penjahat tetapi sebenarnya jutawan itu ialah seorang anggota polis. Semua penjahat dapat diberkas. Murad memperoleh hadiah sebanyak seratus ribu ringgit.

Pemikiran dan Persoalaan Pemikiran Keberanian dan kepintaran dapat mengatasi masalah Murad dan rakan-rakannya berani bertindak untuk menyelamatkan anak jutawan yang telah diculik. Keberanian yang ditunjukkan oleh Ahmad dan Murad telah mendatangkan hasil kerana anak jutawan itu telah dapat diselamtkan dan penjahat-penjahat berjaya diberkas. Persoalaan Kepentingan ilmu Pak Kamis menasihati Ahmad supaya tidak berjenti sekolah walaupun keadaan terdesak. Ahmad tetap mahu meneruskan pelajarannya iaitu pada sebelah malam. Tanggungjawab Ahmad mahu bertanggungjawab terhadap keluarga kerana mahu memastikan adik-adiknya dapat meneruskan pelajarannya. Budi yang dihargai Jutawan telah menghadiakan seratus ribu ringgit kepada Murad kerana berjaya menyelamatkan anaknya yang telah diculik. Plot Permulaan cerita Ahmad mengambil keputusan hendak berhenti sekolah kerana ayahnya sudah tidak boleh bekerja lagi. Dia berjanji akan belajar pada sebelah malam. Perkembangan cerita Perbincangan antara Murad dengan rakan-rakannya iaitu Nazim dan Hassan untuk menyelamatkan seorang anak jutawan yang telah diculik. Mereka berjaya mengesan tempat persembunyian penjahat. Mereka masuk ke gua tetapi Nazim dan Hassan telah ditangkap. Murad pulang ke rumah. Perumitan cerita Murad dan Ahmad ke gua untuk menyelamatkan Hassan dan Nazim serta membebaskan anak jutawan itu. Mereka berjaya berbuat demikian kemudian bersembunyi dalam semak berhampiran kawasan itu. Jutawan sampai ke situ dan berurusan dengan penjahat untuk membebaskan anaknya. Puncak cerita Jutawan itu mengacu pistol kepada penjahat kerana dia sebenarnya seorang anggota polis. Penjahatpenjahat itu berjaya diberkas.

Peleraian Murad memperoleh wang seratus ribu ringgit sebagai hadiah. Unsur Plot Saspens Tindakan ahmad hendak berhenti sekolah Tindakan ini menimbulkan tanda tanya kepada pembaca memandangkan Ahmad akan menduduki peperikasaan SPM Murad, Hassan dan Nazim cuba menyelamatkan anak jutawan. Murad dan Ahmad pergi ke gua Tindakan ini menimbulkan unsur tanda tanya kerana pembaca ingin tahu adakah mereka berjaya menyelamatkan anak jutawan itu. Konflik Konflik dalaman bagi Ahmad Konflik ini muncul kerana dia memikirkan ayahnya yang sudah tidak boleh bekerja lagi dan dia terpaksa berhenti sekolah untuk menggantikan tempat ayahnya. Konflik antara penjahat dengan Hassan dan Nazim Kedua-dua pihak menghadapi konflik terutama setelah Hassan dan Nazim ditangkap oleh penjahat. Watak dan Perwatakan Murad Berani Sanggup berusaha menyelamatkan anak jutawan dan rakan-rakannya yang ditangkap oleh penjahat. Bertanggungjawab Mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga kerana mahu membantu abangnya mendapatkan wang. Bertanggungjawab terhadap rakan-rakannya yang telah ditahan penjahat. Penyayang Menyayangi abangnya dan tidak mahu abangnya berhenti sekolah Bijak Berjaya menyelamatkan anak jutawan kerana berusaha menyelamatkan pada waktu malam. Ahmad Bertanggungjawab Mahu mengambil alih tugas ayahnya setelah ayahnya tidak boleh bekerja Mementingkan pelajaran Masih mahu belajar pada waktu malam walaupun ingin bekerja di kilang. Mahu memastikan adik-adiknya terus belajar. Penyayang Mengambil berat mengenai ayah dan adik-adiknya Latar Latar tempat Di rumah Pak Kamis Perbualan antara Pak Kamis dan Ahmad mengenai Ahmad yang ingin berhenti sekolah setelah Pak Kamis tidak boleh bekerja lagi.

Di dalam gua Tempat anak jutawan berada selepas diculik. Murad, Hassan dan Nazim ke gua ini untuk membebaskan anak jutawan itu tetapi Hassan dan Nazim tertangkap. Di dalam semak berhampiran gua Tempat Nazim, Hassan, Murad, Ahmad dan anak jutawan bersembunyi selepas mereka melarikan diri daripada penjahat-penjahat Di dalam hutan Tempat perkhemahan bagi kumpulan pengangkap Latar masa Petang Perbincangan antara Pak Kamis dan Ahmad mengenai Ahmad yang hendak berhenti sekolah Malam Usaha-usaha yang dilakukan oleh Murad dan rakan-rakannya untuk membebaskan anak jutawan itu. Pukul 3.00 pagi Waktu Ahmad Dan Murad pergi membebaskan anak jutawan. Latar masyarakat Golongan Golongan remaja seperti Murad, Ahmad, Hassan dan Nazim. Pekerjaan Pelajar, penjahat dan pegawai polis Corak hidup Masyarakat kampung yang hidup miskin Gaya Bahasa Perulangan Itu lain, Nazim. Kau memburu binatang, sekarang kita hendak memburu manusia. Memburu binatang kerana hendakkan daging, sekaranf memburu manusia kerana hendakkan... Peribahasa Aku tak takut, Hassan. Cuma berhati-hati, kata orang, sebelum hujan sediakan payung. Kalau dah terantuk baru nak tengadah, itu dah tak berguna lagi. Perlambangan Nampaknya kita ni bermain dengan harimau... (Harimau melambangkan keadaan yang bayaha) Nilai dan Pengajaran Nilai Keberanian Tanggungjawab Kasih sayang Pengajaran Kita mestilah bertanggungjawab Kita mestilah berani Kita mestilah menghargai budi Kita hendaklah mementingkan ilmu