Вы находитесь на странице: 1из 7

KAMPUS KUALA PILAH (BETING) DIPLOMA SAINS TAFSIR SURAH LUQMAN AYAT 12-19

NUR SUHAILA BT MOHD YUSOFF NUR SYAKIRAH BT AZMINUDDIN NUR SYAFIQAH BT ABDUL RAZAK NUR SUHAILA BT MOHD YUSOFF NUR SYAHIRAH BT MOHD NORDIN NUR WAHIDAH BT NORAHIM

2011652426 2011494162 2011854382 2011652426 2011870704 2011443626

NAMA PENSYARAH KOD PROGRAM

: PUAN RAFIDAH MOHD AZLI : AS120

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya,kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang dalam masa yang telah ditetapkan. Alhamdulillah,setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan.Rafidah Mohd Azli merangkap pensyarah CTU 101 yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kami melaksanakan tugasan yang diberikan. Tidak dapat dinafikan untuk melaksanakan sesuatu tugasan bukanlah perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana, ini merupakan tugasan pertama kami yang memerlukan komitmen dan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan. Justeru kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap ahli kumpulan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada ayah dan bonda yang jauh dimata kerana doa dan restu kalian yang tidak putus-putus telah membakar semangat kami untuk berjihad dalam mencari ilmu Allah di muka bumi ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hakikatnya,segala yang baik mahupun yang buruk datang daripada Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan diri kami sendiri.Sama-samalah kita memperbaiki setiap kelemahan kepada yang lebih baik.Wallahualam.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Sekian,terima kasih.

TERJEMAHAN SURAH LUQMAN AYAT12-19

12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman,iaitu;Bersyukurlah kepada Allah dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur,maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua bulan.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepada-Ku-lah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16. (Luqman berkata) ; Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya).Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18. Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkan suaramu.Sesungguhnya seburukburuk suara ialah suara keldai.

TAFSIR SURAH LUQMAN AYAT 12-19

12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman,iaitu;Bersyukurlah kepada Allah dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur,maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Menerusi surah Luqman ayat ke-12 ini, Allah Subhanahu Wataala telah menjelaskan bahawa Luqman telah diberikan hikmah dalam hidup beliau. Menurut kepada Imam Ibnu Kathir, hikmah itu ditafsirkan sebagai kefahaman ilmu yang tinggi dan pentadbiran atau pengurusan yang yang baik dan teratur. Oleh itu, setiap umat manusia perlulah menyedari akan kepentingan memahami dan menguasai ilmu pengetahuan, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan agama yang sememangnya berlandaskan AlQuran dan As-Sunnah. Sekiranya ketandusan ilmu dan kefahaman dalam sesuatu bidang,seseorang individu itu pasti akan menjalani kehidupan tanpa arah tuju serta sukar untuk mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Hal ini disebabkan oleh, sekiranya seseorang itu menginginkan kejayaan di dunia, hendaklah mereka menguasai ilmu dan begitu juga sekiranya seseorang itu mengharapkan kejayaan di akhirat, perlulah dengan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya, sesuatu ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada umat manusia merupakan suatu nikmat yang agung yang hendaklah sentiasa dihargai dan disyukuri dengan penuh rasa rendah diri oleh setiap individu terhadap Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Вам также может понравиться