Вы находитесь на странице: 1из 3

Aurat lelaki dan perempuan wajib dipelihara

Ahmad Baei Jaafar

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas. Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja. Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman. Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah. Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam. 1. Sewaktu seorang diri auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut. 2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut. 3. Sewaktu bersama ajnabi auratnya ialah seluruh tubuhnya. 4. Sewaktu menghadap Allah (solat) auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. 5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja. Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh. Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan.Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya. Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian. Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu. Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap

sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam. Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini. Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas. Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya. Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini. Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut: 1. Sewaktu bersendiri auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam. 2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut. 3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi auratnya ialah di antara pusat dengan lutut 4. Sewaktu menghadap Allah (solat) auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

Mari kita lihat sifat atau personaliti umum bagi lelaki dan wanita. Lelaki dikatakan sebagai maskulin yang memiliki tenaga yang lebih berbanding wanita. Lelaki diamanahkan oleh Allah untuk memimpin wanita, keluar mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak, perlu bekerja keras, tegas, kuat semangat, ego, berani berhadapan dengan hal-hal yang besar dan sebagainya. Dengan sifat ini, lelaki memerlukan tenaga dari semua sudut yang lebih besar berbanding wanita.
Wanita pula dikatakan sebagai feminin yang bersifat ayu, lemah lembut, manja, perlu dipimpin, sensitif, secara umumnya duduk dirumah mengurus rumah tangga dan sebagainya. Dari perbezaan dua sifat umum lelaki dan wanita ini, dapatlah kita ketahui bahawa, lelaki dan wanita memerlukan kualiti dan kuantiti tenaga berbeza dan sesuai dengan sifat masing-masing. Allah menjadikan aurat lelaki yang perlu ditutup agak sedikit (dari pusat hingga ke lutut) berbanding wanita adalah kerana sifat yang dianugerahkan padanya iaitu memerlukan tenaga yang lebih atau kasar (sebab itu orang dahulu buat kerja di sawah bendang hanya pakai seluar panjang sahaja). Maka lelaki

memerlukan permukaan yang lebih besar untuk mengesan dan menyerap tenaga alam (khususnya dari matahari) untuk keperluan fizik dan emosinya, agar menjadi tegas dan berani. Manakala wanita pula, sesuai dengan kelembutannya, perlu menutup sebahagian besar tubuhnya kerana untuk menapis banyak energi luaran, agar kekal sifat kelembutannya yang disenangi oleh lelaki yang beriman. Jika wanita mengingkari perintah ini, dengan mendedahkan banyak bahagian tubuhnya, maka akan banyaklah personaliti, peribadi, dan akhlak yang tidak bermoral akan tercetus dalam dirinya, walaupun dia seorang yang sangat lemah lembut dan baik pada penampilannya. Lelaki yang beriman tidak akan memandangnya kerana berlaku ketidaksamaan dan ketidakseragaman energi antara lelaki yang beriman dengan wanita itu. Berlaku penolakkan energi, bagaikan berlakunya penolakkan energi magnet. Hanya lelaki yang tidak menjaga dan tidak memperjuangkan perintah Allah sahaja yang akan memandangnya dan tertarik padanya, kerana getaran gelombang lelaki dan wanita itu sama seirama, lantas menghasilkan energi magnet yang luar biasa. Kebiasaan lelaki yang berenergi negatif ini selalu dihasut oleh syaitan untuk menodai maruah wanita ini sehingga melakukan perbuatan yang tak diingini. Aturan Allah dah sempurna, jangan mengikut hasutan syaitan dan nafsu, nanti akan merosakkan diri.

Вам также может понравиться