Вы находитесь на странице: 1из 4

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Bahasa tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain . Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang -undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan. Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat sesebuah negara. Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu diMalaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, danBahasa Jerman di Jerman. Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.

BAHASA RASMI

Seterusnya, bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat. Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi. Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa ras minya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

BAHASA PENGHANTAR

Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan ke doktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

BAHASA PERPADUAN

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan sen jata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian,

kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan

sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

BAHASA ILMU

Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya. Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya te lah menguasai bahasa tersebut dengan baik. Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama kelamaan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan. Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

BAHASA PERHUBUNGAN

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah

sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini. Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab s ifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu -Inggeris). Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata. Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi

Вам также может понравиться

  • Pengajaran Alaf Ke-2
    Pengajaran Alaf Ke-2
    Документ3 страницы
    Pengajaran Alaf Ke-2
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Latihan 1
    Latihan 1
    Документ1 страница
    Latihan 1
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Muka Depan
    Muka Depan
    Документ2 страницы
    Muka Depan
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Panduan Internship Pelajar1
    Panduan Internship Pelajar1
    Документ23 страницы
    Panduan Internship Pelajar1
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Bab 1
    Bab 1
    Документ2 страницы
    Bab 1
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Panduan Umum Ejaan Bahasa Melayu
    Panduan Umum Ejaan Bahasa Melayu
    Документ65 страниц
    Panduan Umum Ejaan Bahasa Melayu
    Japar Yusup
    Оценок пока нет
  • Bab 2
    Bab 2
    Документ1 страница
    Bab 2
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan
    Isi Kandungan
    Документ1 страница
    Isi Kandungan
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Analisis Data Keputusan Ujian
    Analisis Data Keputusan Ujian
    Документ29 страниц
    Analisis Data Keputusan Ujian
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Bab 1
    Bab 1
    Документ2 страницы
    Bab 1
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Agihan Penginapan Pelajar
    Agihan Penginapan Pelajar
    Документ1 страница
    Agihan Penginapan Pelajar
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Pen Gen Alan
    Pen Gen Alan
    Документ4 страницы
    Pen Gen Alan
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Penampilan Guru 28 Jun 2016
    Penampilan Guru 28 Jun 2016
    Документ22 страницы
    Penampilan Guru 28 Jun 2016
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Kertas Kerja Program Sambutan Hari Raya
    Kertas Kerja Program Sambutan Hari Raya
    Документ10 страниц
    Kertas Kerja Program Sambutan Hari Raya
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • PKK Esey
    PKK Esey
    Документ15 страниц
    PKK Esey
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Soalan Struktur PSV
    Soalan Struktur PSV
    Документ1 страница
    Soalan Struktur PSV
    Noor Afifah Azizan
    0% (1)
  • Memulakan Proses Kaunseling
    Memulakan Proses Kaunseling
    Документ13 страниц
    Memulakan Proses Kaunseling
    saporasipon
    97% (33)
  • Done
    Done
    Документ6 страниц
    Done
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Soalan Matematik
    Soalan Matematik
    Документ7 страниц
    Soalan Matematik
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Poster Hari Wilayah
    Poster Hari Wilayah
    Документ1 страница
    Poster Hari Wilayah
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Документ1 страница
    RUJUKAN
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Nama
    Nama
    Документ2 страницы
    Nama
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Big Benchmarking
    Big Benchmarking
    Документ11 страниц
    Big Benchmarking
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Moral
    Moral
    Документ9 страниц
    Moral
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Muka Depan Seni Lukisan & Penyuburan Diri PDF
    Muka Depan Seni Lukisan & Penyuburan Diri PDF
    Документ2 страницы
    Muka Depan Seni Lukisan & Penyuburan Diri PDF
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Seni India
    Seni India
    Документ12 страниц
    Seni India
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Документ1 страница
    RUJUKAN
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Band 1 3 SK Wilayah
    Band 1 3 SK Wilayah
    Документ5 страниц
    Band 1 3 SK Wilayah
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Lagu Gajah
    Lagu Gajah
    Документ1 страница
    Lagu Gajah
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет
  • Big Semester 5
    Big Semester 5
    Документ7 страниц
    Big Semester 5
    Noor Afifah Azizan
    Оценок пока нет