Вы находитесь на странице: 1из 1

Saya bagi contoh lagi untuk clearkan. Interview anda adalah MARA. Apa antara objektif@misi MARA?

"Melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera" So kalau ditanya kenapa anda nak jadi doctor, maka jawablah "Saya nak jadi doctor kerana ianya sebuah bidang yang kurang dimonopoli oleh masyarakat kita bumiputera." "Saya nak jadi doctor kerana saya nak membantu kaum saya. Saya nak memulakan perniagaan dengan membuka banyak klinik, dengan itu saya dapat berkhidmat kepada masyarakat, serta menyahut seruan MARA untuk melahirkan lebih banyak usahawan profesional bumiputera" Ni antara contoh soalan dan jawapan yang biasa ditanya. Sebab apa anda patut diberi biasiswa ini? "Saya patut diberi biasiswa ini kerana sepanjang hidup saya, saya telah membuktikan yang saya mempunyai kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang yang pihak MARA tawarkan ini. Dengan bantuan dari MARA, saya percaya saya mampu mencapai cita-cita saya seterusnya berkhidmat demi negara yang tercinta." Kenapa anda ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, tidak di dalam negara? "Dari segi teknologi, memang tidak dinafikan, institusi-institusi pendidikan negara mempunyai kelengkapan dan infrastruktur yang setanding dengan negara-negara moden. Namun, dalam konteks dunia globalisasi, negara memerlukan graduan yang berdayatahan tinggi, berpengalaman dan kompetitif secara global bagi mencerminkan identiti negara bertamadun. Dan saya percaya belajar di luar negara memberi saya kelebihan dari aspek-aspek tersebut berbanding belajar di dalam negara.

Вам также может понравиться