Вы находитесь на странице: 1из 4

Makna Bacaan Dalam Solat

Takbiratul Ihram Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan tulus ikhlas, bersih hati menyerah diri, tunduk patuh dan aku bukan tergolong ke dalam orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya Solatku, Korbanku/Ibadatku, Hidupku, Matiku kerana Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dengan demikian itu aku diperintahkanNya dan aku tergolong ke dalam orang yang tunduk patuh dan menyerah diri.

Ta'awwuz Aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam Al-Fatihah Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih. Hanya puji-pujian sahaj yang layak diberiak kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan menguasai sekalian alam. Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani/Penyayang. Pemilik yang berkauas mutlak hari pembalasan. Hanya Engkau kami sembah dan hanya pada Engkau kami mohon tolong. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan orang yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat.
Perkenankanlah doa kami yang telah kami pohon daripada Engkau wahai Allah

Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan dengan segala pujipujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Maha Mendengar Allah bagi orang yang memujiNya. Bacaan ketika i'tidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala pujipujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Wahai Tuhanku, Ampunkanlah aku, Rahmatilah aku, Cukupkanlah keperluan hidupku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkanlah aku dan hapuskan segala dosa-dosaku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan, segala keberkatan, segala kebaikan, segala keindahan hanya milik Allah. Doa keselamatan dan kesejahteraan ke atas Engkau wahai Nabi Muhammad saw dan rahmat Allah dan keberkatannya. Doa keselamatan dan kesejahteraan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah. Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad saw.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan, segala keberkatan, segala kebaikan, segala keindahan hanya milik Allah. Doa keselamatan dan kesejahteraan ke atas Engkau wahai Nabi Muhammad saw dan rahmat Allah dan keberkatannya.

Dan berkatilah ke atas Nabi Muhammad saw dan keluarga Nabi Muhammad Sebagaimana Engkau telah berkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim di alam ini Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Doa keselamatan dan kesejahteraan ke atas kami dan Bacaan selepas Tahiyat Akhir ke atas hamba-hamba Allah sebelum salam yang soleh. Ya Allah ampunkan aku dosa, yang aku lakukan masa lalu, Aku bersaksi bahawa tidak ada dan dosa yang aku lakukan Tuhan melainkan Allah dan aku kemudian, bersaksi bahawa Muhammad dan dosa yang aku lakukan Rasul Allah. secara terang-terangan, dan dosa yang aku lakukan Ya Allah, berikanlah secara sembunyi-sembunyi, kesejahteraan kepada Nabi dan dosa yang Engkau lebih Muhammad saw dan keluarga tahu daripada aku, Nabi Muhammad Engkau Tuhan yang dahulu dan Engkau Tuhan yang Sebagaimana Engkau telah kemudian, berikan kesejahteraan kepada Tidak ada Tuah melainkan Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Engkau Ibarahim.

Doa Qunut Ya Allah, berilah aku hidayah/petunjuk sepertimana orang yang telah Engkau beri petunjuk, Ampunkanlah aku sepertimana orang yang telah Engkau beri keampunan, Uruskanlah hidup akau/serahkanlah urusan hidup aku sepertimana orang / kepada orang yang telah Engkau uruskan hidup mereka / yang mematuhi perintah dan suruhan Engkau, Berkatilah bagi aku apa-apa yang Engkau berikan kepada aku, Pelihara/lindungilah akau daripada keburukan ketentuan yang Engkau tentukan ke atas aku, Sesungguhnya Engkau Tuhan yang mentukan qadha' dan bukan ditentukan qadha' ke atas Engkau,

Sesungguhnya tidak akan hina orang yang taat akan perintah dan larangan Engkau / memberikan wala' kepada Engkau, Tidak mulia orang yang memusuhi Engkau, Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi daripada segala-galanya. Tidak ada yang dapat mengalahkan kuasa yang ada pada Engkau, Bagi Engkau segala pujian di atas segala yang telah Engkau tentukan (qadha'kan), Aku mohon ampun daripada Engkau dan aku bertaubatnkepada Engkau Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-

sahabatnya.

Вам также может понравиться