Вы находитесь на странице: 1из 1

Pada era globalisasi ini , wang merupakan satu keperluan yang amat penting .

Ianya diutamakan ekoran ekonomi yang semakin gawat . Tambahan pula , harga barang yang semakin naik telah menyebabkan rakyat mengutamakan wang dalam kehidupan seharian mereka . Selain itu , penggunaan wang juga menjadi pengaruh kepada ekonomi sesebuah keluarga . Jika sesebuah keluarga itu mengamalkan sikap berjimat cermat , ekonomi mereka akan terkawal dan penggunaan wang mereka juga adalah minimum . Jika sesebuah keluarga itu menabung ataupun menyimpan wang , secara tidak langsungnya mereka telah menyumbangkan dana kepada kehidupan yang akan datang . Oleh itu , sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyimpan wang atau menabung demi kehidupan yang akan datang . Antara kepentingan kepentingan menabung adalah menjamin masa hadapan . Ini adal ah kerana ianya boleh menjadi sumber kewangan kepada anak anak kita untuk melanjutkan pelajaran di mana mana institusi pelajaran tinggi yang memerlukan pembelanjaan yang amat tinggi . Selain itu , menabung juga dapat meningkatkan pendapatan bulanan . Demikian kerana apabila kita menabung , kita mendapat pulangan . Jadi , jika kita menabung berterusan , pendapatan kita akan bertambah . Dengan cara ini kualiti ataupun taraf hidup kita semakin meningkat . Selain dapat meningkatkan pendapatan bulanan , menabung juga merupakan persediaan kepada sebarang kemungkinan yang tidak diduga seperti kemalangan . Bak kata pepatah sediakan payung , sebelum hujan . Tambahan pula , menabung juga dapat mendidik anak anak kita supaya berdikari berjimat cermat . Ianya dapat menghalang anak kita untuk berhutang apabila mereka meningkat dewasa . Jika mereka memerlukan wang , mereka bolehlah menggunakan wang simpanan mereka sendiri . Dengan ini ekonomi keluarga pasti akan terjamin . Kesimpulannya , menabung adalah penting untuk masa hadapan kelak . Ianya juga merupakan persediaan awal kewangan bagi sesebuah keluarga itu . Dengan menabung , semuanya menjadi lebih mudah dan ringkas . Walaupun mulanya dengan wang yang sikit tetapi akhirnya mesti mendapat pulangan yang lumayan bak kata pepatah sikit sikit , lama lama jadi bukit . Menabung juga boleh menghalang kita daripada berhutang bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada merawat . Oleh yang demikian , marilah kita menabung bersama sama demi kebaikan masa hadapan .

Вам также может понравиться