Вы находитесь на странице: 1из 3

www.penulisartikelmalaysia.

com

Kenapa Pemasaran Artikel Penting?

Secara asasnya, pemasaran artikel adalah proses berkongsi maklumat dengan pembaca. Semasa anda sedang berkongsi maklumat itu anda juga beroleh manfaat dan faedah seperti mendapat pembaca sasaran untuk produk dan servis yang anda tawarkan. Mungkin anda merasakan pemasaran menggunakan artikel agak sukar dan leceh untuk dilakukan. Sebenarnya kalau anda memahami kepentingan cara pemasaran ini, sesukar dan sepayah manapun akan dilakukan jua. Kembali kepada persoalan asas kita, kenapa pemasaran artikel penting?

Salah satu daripadanya ialah ia akan membawa trafik yang berpanjangan. Bagaimana jadi begitu? Izinkan saya menerangkannya. Tiada blogger atau pemilik website (setahu saya) yang sengaja memadamkan artikel di blog dan laman sesawang mereka dengan sengaja kerana ini bukan sahaja menambahkan 'broken link' di laman mereka malah memberi kesan negatif pada kedudukan laman terbabit. Apa yang berlaku ialah, mereka akan sentiasa menerbitkan artikel baharu sementara artikel lama akan di simpan di dalam arkib. Setiap kali pembaca mahu membaca artikel anda, mereka hanya perlu mencarinya di arkib artikel dan mulai menelaahnya. Dalam kes menjadi penulis undangan di laman lain atau menghantar artikel ke direktori juga serupa. Kedua, anda akan dilihat sebagai berautoriti dan pakar dalam bidang anda dalam masa yang singkat. Apabila orang ramai mulai membaca hasil tulisan anda sebelum ini, mereka akan mulai menganggap anda sebagai orang yang mahir dan berpengetahuan dalam topik yang anda bincangkan. Bukan sahaja mereka akan melawat laman anda untuk mengenali anda dengan lebih lanjut tetapi juga melihat apakah yang anda tawarkan untuk mereka. Sekiranya ia menepati keperluan mereka, tiada sebab mereka tidak mempercayai kebolehan anda. Tulisan anda dikongsi di forum yang berkaitan. Seperti mana blog, forum juga merupakan medium interaksi antara pengguna Internet yang memiliki minat yang sama. Sering berlaku sama ada di forumforum Malaysia dan antarabangsa dimana seseorang menggunakan post untuk menjawab soalan forumer lain. Bagaimana kalau artikel di blog anda yang terpilih? Ini tidak boleh tidak, pasti akan meningkatkan lagi kredibilti anda. Kehadiran anda akan mulai diendahkan kini. Sejak hari pertama penciptaan enjin carian lagi, tiada yang lebih mereka utamakan selain daripada sebuah artikel yang berkualiti. Pembaharuan demi pembaharuan yang enjin-enjin carian lakukan

hanyalah untuk menambahbaik cara mereka mencari artikel yang bermutu untuk disajikan kepada para pencari maklumat. Sekiranya matlamat utama anda adalah untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam enjin carian maka artikel ialah jawapan untuk anda! Adakah sebab-sebab di atas masih belum memadai untuk anda melaburkan masa (atau wang) untuk melakukan pemasaran artikel anda sendiri? Tidak banyak kaedah pemasaran yang boleh menandingi keunggulan penggunaan artikel. Kaedah lain boleh datang dan pergi. Ia mungkin hangat digunakan untuk beberapa tahun ini, tapi artikel akan selalu menjadi keutamaan enjin carian dan pengguna Internet di serata dunia! Apa yang menghalang anda sebenarnya? Mulakan pemasaran artikel anda hari ini juga dan raihlah faedah yang dibawakan olehnya kepada perniagaan anda.

Вам также может понравиться