Вы находитесь на странице: 1из 1

Kanser yang merupakan pembunuh no.1 di malaysia ialah kanser paru-paru ia meningkat dari setahun ke setahun.

Ini kerana paru-paru merupakan organ pada sistem pernafasan dan perhubungan dengan sistem peredaran darah.Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dan karbon dioksia dari darah. Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paruparu yang tidak boleh dikawal.Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan mengasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor benigma(bukan kanser).Sebaliknya ,jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor manigma(kanser).Apabila sel kanser merebak melalui salur limfa,ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak.Apabila ia menyusur melalui saluran darah,ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati,tulang,otak atau paru-paru sebelah lagi. Barah tejadi apabila sel di bahagian paru-paru muncul pada bahagian organ paru-paru. barah paru-paru boleh dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu ,karsinoma sel kecil ,ia berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, kes ini lambat didiagnosiskan.Bahagian kedua pula,,karsinoma sel bukan kecil, ia termasuk dalam karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma se besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma. Kumpulan yang paling cenderung mendapat barah paru-paru adalah perokok yang berusia melebihi lima puluh tahun. Barah paru-paru merupakan barah kedua paling kerap berlaku di negara barat, bagaimanapun merupakan penyebab kematian akibat barah terbesar bagi lelaki dan wanita. Anggaran pada 2001 terdapat 169,500 kes barah paru-paru baru; 90,700 lelaki dan 78,000 perempuan. Walaupun kadar kematian bagi lelaki akibat barah paru-paru menurun dalam negara barat, ia meningkat pada perempuan disebabkan peningkatan jumlah perokok dalam kumpulan ini.

Вам также может понравиться