You are on page 1of 16

Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Kamu dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian.

Bahagian A Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 - 20 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Wahai dayang , ______________hendak santap sekarang titah sultan. A aku B beta C patik D hamba Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. Sumber: Advanced Pra-UPSR Tahun 4 Cemerlang.

2. Kami ingin melawat ke ____________. A menara kembar petronas B menara kembar Petronas C menara Berkembar Petronas D Menara Berkembar Petronas Sumber: Advanced Pra-UPSR Tahun 4 Cemerlang

3. Semua murid perlu __________hasil lukisan masing-masing. A mendidik B mengajar C menunjuk D mempamer Sumber : Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik

4. __________Hanim ___________Harris, kedua-duanya sama pandai A makin...makin B Baik...mahupun C Sama ada...atau D Sungguhpun...namun Sumber: Sistem Bahasa BM Tahun 4 Info-Didik.

5. Gambar abangnya digantungkan __________dinding ruang tamu. A pada B di C kepada Sumber: Step BM Tahun 4 Pustaka Seri Cahaya

D daripada

6. __________, berani sungguh budak itu bersikap biadab kepada aku A Oh B Aduhai C Cis D Amboi Sumber: Step BM Tahun 4 Pustaka Seri Cahaya

7. Adik berjalan __________ kerana kakinya berdarah terpijak kaca. A tersekat-sekat B terhincut-hincut C terkekeh-kekeh D terkebil-kebil Sumber: Step BM Tahun 4 Pustaka Seri Cahaya

8.

___________penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu. A Ribu B Beribu C Ribuan D Beribu-ribu Sumber: Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik.

9. Yusra telah gagal dalam___________di syarikat terkemuka itu kerana tidak memenuhi kelayakan. A temu duga B temu bual C ramah mesra D temu janji Sumber: Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik. 10. Novel terbaharu itu __________oleh seorang sasterawan yang terkenal. A dikarang B pengarang C karangan D mengarang Sumber: Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik. 11. Ayah mencabut beberapa ________ cendawan di atas busut untuk hidangan makan tengah hari kami sekeluarga. A biji B kaki C helai D kuntum Sumber: Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik

12. Empangan Sungai Terip itu __________apabila dilanda musim kemarau yang panjang. A jauh B cetek C dalam D banyak Sumber: Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik. 13. Setiap hari, abang akan menjalani latihan renang di ________kolam selama dua jam. A atas B dalam C depan D belakang Sumber: Modul Aktiviti Standard BM Tahun 4 Sasbadi

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris. 14. Lokman menghabiskan sebotol air mineral kerana terlalu haus. Perkataan seerti bagi haus. A dahaga B kering C penat D lapar Sumber: Buku Rampaian Sistem Bahasa Tahun 4 Cemerlang

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 15. Encik Kamil dan isterinya akan bertolak ke Sabah dua hari lagi. A Siapakah yang bertolak ke Sabah? B Mengapakah Encik Kamil membawa isterinya ke Sabah ? C Bilakah Encik Kamil dan isterinya bertolak ke Sabah? D Berapa lamakah Encik Kamil dan isterinya berada di Sabah? Sumber: Modul Aktiviti Standard BM Tahun 4 Sasbadi Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

16. I. Abang Sudin bekerja sambilan sebagai tukang memotong rambut semasa cuti sekolah. II. Para pekerja sedang memotong pokok yang tumbang merintangi jalan raya itu. III. Ibu menegur kelakuan adik yang suka memotong percakapan orang lain. IV. Pemandu-pemandu jalan raya di larang memotong di garisan berkembar. A I, II, III B I, II dan IV C I, III, dan IV D. II, III, dan IV

Soalan 17 hingga 20. Baca petikan di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malam semakin larut tetapi Nasir belum dapat tidur lena. Bilik yang dihuninya memang teruk; sempit lagi panas. Dia mula tidur beralaskan surat khabar sahaja. Dalam keadaan sebegini barulah penyelesalan tiba. Jika dia tidak ponteng sekolah dan melepak di bandar tentu tidak jadi begini. Lebih-lebih lagi, dia memang mudah termakan pujukan orang yang baru dikenali. Kini, Nasir sendiri tidak tahu di bandar mana dia berada. Hendak keluar, Nasir terpaksa melalui bilik pemuda keparat itu. Dia tidak akan melepaskan Nasir begitu sahaja. Ugutannya siang tadi ketika mengacukan pistol ke kepala Nasir masih segar dalam ingatan. Ketika dihimpit rasa pilu itu, Nasir terdengar bunyi pintu bilik pemuda itu diketuk orang. Kuat sekali ketukan itu. Sebentar kemudian, Nasir terdengar pula suara orang bertengkar. Nasir cuba mengintai. Rupa-rupanya, mereka sedang bergaduh berebutkan wang hasil titik peluh Nasir menagih sedekah siang tadi. Pergaduhan menjadi semakin hebat. Dalam keadaan kelam-kabut itu, Nasir segera Melarikan diri. Matlamatnya hanya satu; melaporkan kepada pihak polis yang berada tidak jauh dari situ. Kini, wajah rumah, sekolah, dan bandar K pencetus peristiwa terbayang diruang matanya.

17. Penyataan berikut merupakan sebab Nasir diculik, kecuali A ponteng sekolah B melepak di bandar C mahu minta sedekah D termakan pujukan orang Sumber: Advanced Pra-UPSR BM Tahun 4 Cemerlang 18. Ke manakah hala tuju Nasir ketika melarikan diri? A Pulang ke rumah B Ke bandar K C Ke sekolah D Ke balai polis Sumber: Advanced Pra-UPSR BM Tahun 4 Cemerlang

19. Apakah pekerjaan Nasir ketika berada dalam kawalan pemuda itu? A Menculik B Memeras ugut C Budak suruhan D Meminta sedekah Sumber: Advanced Pra-UPSR BM Tahun 4 Cemerlang

20. Frasa mengintai dalam petikan bermaksud A menghendap B memandang C mendongak D merenung Sumber: Advanced Pra-UPSR BM Tahun 4 Cemerlang

Bahagian B
9

Kertas ini mengandungi 2 soalan. Sila jawab kedua-dua soalan di ruang jawapan yang disediakan. Soalan 1 Memindahkan Maklumat. ( 10 markah ) ( Masa yang dicadangkan : 10 minit ) Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Tulis empat ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Sumber: Modul Standard Aktiviti BM Tahun 4-Sasbadi

10

Soalan 2 Menulis Ulasan ( Masa yang dicadangkan 20 minit ) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan mestilah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
11

Malam tadi Rajan tidak mengulang kaji pelajaran kerana menonton televisyen yang menyiarkan rancangan kegemarannya. Setelah rancangan tersebut tamat, dia bermain permainan komputer. Akhirnya, setelah lewat malam barulah Rajan masuk tidur. Hal ini menyebabkan dia telah bangun lewat untuk ke sekolah. Dia tergopoh-gapah bersiap sehingga tidak sempat bersarapan. Walau bagaimanapun, dia ketinggalan bas sekolah. Rajan tidak sempat mengejar bas itu. Dia terpaksa menaiki bas awam. Apabila bas tiba, dia berebut untuk menaiki bas. Sebaik sahaja tiba di sekolah, Rajan terus masuk ke kelasnya. Dia telah dimarahi oleh gurunya kerana terlewat. Rajan meminta maaf kepada gurunya.

Sumber: Temanku Ceria BM Tahun 4-Info Didik

12

( 20 markah ) Soalan-soalan Bahagian A yang telah diubahsuai.

2. Kami ingin melawat ke ____________. A menara kembar petronas B menara kembar Petronas C menara Berkembar Petronas D Menara Berkembar Petronas 3. Semua murid perlu __________hasil lukisan masing-masing. A mendidik B mengajar Sumber: Advanced Pra-UPSR Tahun 4

13

C menunjuk D mempamer Sumber : Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik

4. __________Hanim ___________Harris, kedua-duanya sama pandai A makin...makin B Baik...mahupun C Sama ada...atau D Sungguhpun...namun Sumber: Sistem Bahasa BM Tahun 4 Info-Didik.

5. Gambar abangnya digantungkan __________dinding ruang tamu. A pada B di C kepada Sumber: Step BM Tahun 4 Pustaka Seri Cahaya 7. Adik berjalan __________ kerana kakinya berdarah terpijak kaca. A tersekat-sekat B terhincut-hincut C terkekeh-kekeh

D daripada

14

D terkebil-kebil

11. Ayah mencabut beberapa ________ cendawan di atas busut untuk hidangan makan tengah hari kami sekeluarga. A biji B kaki C helai D kuntum Sumber: Temanku Ceria BM Tahun 4 Info-Didik

13. Setiap hari, abang akan menjalani latihan renang di ________kolam selama dua jam. A atas B dalam C depan D belakang Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris. 14. Lokman menghabiskan sebotol air mineral kerana terlalu haus. Perkataan seerti bagi haus. A dahaga B kering Sumber: Modul Aktiviti Standard BM

15

C penat D lapar Pilih Sumber: Buku Rampaian Sistem Bahasa

ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

16. I. Abang Sudin bekerja sambilan sebagai tukang memotong rambut semasa cuti sekolah. II. Para pekerja sedang memotong pokok yang tumbang merintangi jalan raya itu. III. Ibu menegur kelakuan adik yang suka memotong percakapan orang lain. IV. Pemandu-pemandu jalan raya di larang memotong di garisan berkembar. A I, II, III

20. Frasa mengintai dalam petikan bermaksud A menghendap B memandang C mendongak D merenung

16