You are on page 1of 25

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIARAMAS PERSIARAN DUTAMAS 50480 KUALA LUMPUR

KRAF TRADISIONAL MALAYSIA (TAJUK: ANYAMAN)


NAMA: MUHAMMAD ASHRAAF BIN MUSLIM TINGKATAN: 1 MAWAR NAMA GURU: puan azah haryati bt. Abdul jalil

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan senitembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akardan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkananyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayutradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) dinegeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja.

Anyamantersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankankegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerahRusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cenderingdan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masihterdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun

pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan. Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni,
HASIL ANYAMAN MENGKUANG
HASIL ANYAMAN PANDAN

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman.

Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak beberapa tahun kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman komersil sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.

HASIL ANYAMAN ROTAN

Anyaman ribu-ribu adalah sejenis paku-pakis yang hidup liar terutama di kawasan belukar yang lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu iaitu ribu-ribu biasa, ribu-ribu besar/gajah dan ribu-ribu bukit/duduk atau akar sidin. Kegunaan utama ribu-ribu pada masa dahulu ialah sebagai bahan untuk dijadikan tali. Banyak

rumah di Terengganu misalnya menggunakan tali ribu-ribu sebagai pengikat rabung kerana tali jenis ini tahan lama. Tetapi kini kegunaan ribu-ribu hampir terbatas kepada hasil kraftangan sahaja. Barang-barang yang diperbuat daripada ribu-ribu termasuk terendak, bekas tembakau, bekas sirih dan dompet.

HASIL ANYAMAN RIBU-RIBU

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna kerana semua bahagian pokok ini boleh digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi. Berbagai-bagai barangan boleh dihasilkan daripada lidi kelapa. Antaranya, lekar, bakul, tempat simpan telur, bekas buah-buahan dan raga gubahan bunga.

HASIL ANYAMAN LIDI

MOTIF TUMBUH-TUMBUHAN CONTOH: akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang,

manggis, pinang)

MOTIF HAIWAN CONTOH: seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau.

LANGKAH ANYAMAN TIKAR


1. 2. 3. 4. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain. Hujung bilah (A2) dilipat keliling Bilah daun baru ditambah (C) Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A) 5. 6. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2) Bilah (B1) pula dilipat ke atas

7. 8. 9.

Bilah (A1) dilipat ke bawah Bilah (B2) dilipat ke bawah Dua bilah baru ditambah (E dan F)

10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E) 11. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah

CORAK MENEKANKAN KEPADA PENGGUNAAN SUSUNAN WARNA PADA SESUATU ANYAMAN BIASA ATAU GHADAS. WARNA WARNA PENTING DAKAM MENENTUKAN CORAK. Corak dijalin secara selang-seli hinggameninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikandianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat11 corak yang dianyam iaitu:

Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atautiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap.Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah.Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapiwarna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu matagelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akanberas patah. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empatsegi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dandikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan duawarna yang berdekatan hijau dan putih. Petakpetaknya lebihkecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri danserong.

Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi.Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi denganjalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petakdigunakan adalah campuran merah dan biru. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah.Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan daripengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkancorak yang betul-betul lurus amat sukar. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelaraiboleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari olehpara penganyam. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitucerah dan gelap. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warnamerah, putih, hijau dan biru

Penggunaan Anyaman Pandan Dalam Kehidupan, Produk hasilkerajinan anyaman dalam lingkup masyaraklat
tradisional banyak dipergunakan untuk kebutuhgan sendiri seperti tikar, tudung saji, sumpit/katangkatang, bakul, kembut dll, kegunaan pada upacara adat :

Upacara perkawinan (Tikar Belambak) Upacara Pengobatan (Bulan Besar) Upacara Adat Suku-suku Asli Upacara Makan Berhidang

Untuk upcara adat, anyaman rotan dibuat dalam bentuk :


Ayunan (Upcara Mengayun Anak) Upacara Permainan "Lukah Gila"

Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan menyempurnakan folio ini. Tidak ketinggalan kepada guru pendidikan seni dan visual saya, puan azah haryati bt, abdul jalil atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihatyang amat berguna. Saya juga ingin menyampaikan juga kepada puan pengetua sekolah kerana telah member keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan dalam folio ini. Akhir sekali, kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi membantu saya mengambil gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk ini dan mencari, mengumpul maklumat serta berukat-tukar maklumat.