Вы находитесь на странице: 1из 23

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat dan misi Rasional Usaha merealisasikan FPK

Hasil Pembelajaran
Menghuraikan intipati FPK

Membincangkan matlamat dan misi kementerian


Menerangkan usaha-usaha ke arah

merealisasikan FPK

Konsep Falsafah
Pjilien @philos
atau hikmah

sophia

Bermaksud cinta kepada kearifan, kebijaksanaan

atau Cinta berrmaksud berusaha untuk menjadi arif dan bijaksana serta berusaha mendapatkan hikmah Oleh itu, ahli falsafah berusaha dan bersikap positif untuk mencari sesuatu dan mentafsir pengalamanpengalaman manusia.

Konsep falsafah
Suatu usaha mencari kebenaran atau keyakinan

yang berhubung dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan minda dan akal fikiran. Sebagai pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang berasaskan kepada kebenaran bagi memberi penjelasan tentang sesuatu.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu

usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah

tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara; .

Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa

mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan; Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran Sebagai pengawal ke atas penyelewengan akativiti daripada dasar pendidikan; dan Menghapuskan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas atau aktiviti-aktiviti pendidikan.

Intipati FPK: 1. Melahirkan Individu Yang


PUNYA SAHSIAH YANG BAIK BERKETRAMPILAN

BERFIKIRAN KREATIF DAN RASIONAL

BERAKHLAK MULIA

SEIMBANG & SEPADU JERI S

BERILMU PENGETAHUAN

PERCAYA DAN PATUH KEPADA TUHAN

2. Melahirkan masyarakat yang


SETIA KEPADA NEGARA
BERUPAYA MENYUMBANG KE ARAH KEMAKMURAN NEGARA

MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT

MENJAGA HUBUNGAN BAIK SESAMA INSAN

Matlamat FPK
Melahirkan insan yang baik dan sempurna

supaya menjadi warga negara yang baik dan berguna serta menghayati ciri-ciri berikut
Percaya dan patuh kepada tuhan Berilmu pengetahuan

Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama

dan negara; Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan seimbang:


Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh

memenuhi kewajiban sebagai seorang warganegara. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya boleh berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan negara

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan

menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan citacita demokrasi mengikut perlembagaan Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara, dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada

Unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan suatu usaha yang berterusan

Memperkembang potensi individu


Perkembangan potensi secara menyeluruh dan

bersepadu Insan yang seimbang dan harmonis Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan Rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat malaysia yang berakhlak mulia


Rakyat Malaysia yang bertanggunjawab Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati

kesejahteraan diri Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Usaha merealisasikan FPK


Peranan Kementerian Pelajaran

Pembangunan Insan Pembangunan Sumber Pendidikan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Peranan Guru

Pembangunan Insan
Penyediaan kurikulum yang relevan dengan

mengubah suai kandungannya mengikut keperluan semasa Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi yang canggih seperti ICT Penekanan kepada pendidikan agama dan moral dalam proses penyerapan nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan dalam semua mata pelajaran

Penekanan kepada sains dan teknologi dengan

melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang ini. Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang dan pendekatan alternatif, misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional; Pemupukan semangat patriotisme melalui penyerapan unsurnya dalam semua mata pelajaran, di samping melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.

Pembangunan Sumber Pendidikan


Penyediaan input pendidikan yang mencukupi,

klengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana serta program sokongan dari masa ke semasa, dan mengikut keperluan semasa; Perlaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memasatikan bahawa Matlamat Pendidikan dan rancangan malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat dicapai; dan

Peningkatan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta persekitaran pembelajaran yang kondusif, termasuk kemudahan internet dan bahan multimedia.

Penyelidikan dan Pembangunan (R &D)


Penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan

dengan mengajar program latihan bagi guru dan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dalam pendidikan; Mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan; dan Merangka dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan dalam pendidikan.

Peranan guru
Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang

dapat berjaya memperkembang potensi pelajar dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat

dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan.

Refleksi
Apakah imlikasi FPK terhadap kurikulum,

pendidik dan institusi pendidikan? Sebagai guru, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk merealisasikan FPK

Вам также может понравиться