Вы находитесь на странице: 1из 23

TUGASAN

: 1. PEMBENTANGAN 2. PENULISAN ILMIAH

: 17 OGOS 2009 : 5 OKTOBER 2009

TAJUK

: ISU-ISU YANG WUJUD DALAM DAN LUAR NEGARA DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

NAMA

: 1. ASMA MUNIRAH TAJUDIN 2. NADIRAH IBRAHIM 3. FAZIELAH MOHD TAIB 4. SHAMSUL HIDAYAT ABD HAMID 5. MOHD SYAFIQ MOHD NASIR

FAKULTI JABATAN TEMPAT SEMAKAN

: SENI DAN MUZIK : TEKNIK DAN VOKASIONAL : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD SALAM

1.0 PENGENALAN Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanakkanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanakkanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanakkanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanakkanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanakkanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimun. Oleh itu, kurikulum pendidikan secara prasekolah memberi fokus kepada

perkembangan

kanakkanak

menyeluruh,

seimbang

dan

bersepadu.

Pendekatan pembelajaran fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjejak serta memberi pengalaman baru kepada kanakkanak (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,2003).

Namun, terdapat beberapa isu yang timbul berkenaan pendidikan prasekolah.Hal yang demikian, menyebabkan terdapat pelbagai spekulasi daripada pihakpihak tertentu. Antara isu pendidikan yang sering diperkatakan ialah perbezaan antara tabika kerajaan dan tabika swasta.

2.0 ISU-ISU YANG WUJUD DALAM/LUAR NEGARA DI PERINGKAT AWAL KANAKKANAK 2.1 ISU IBU BAPA LEBIH GEMAR MENGHANTAR ANAK-ANAK KE TADIKA SWASTA BERBANDING TADIKA KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat khususnya dalam Program Pengasuhan Kanak-Kanak atau lebih dikenali sebagai Taman Asuhan KanakKanak (TASKA) dan Program Pendidikan Prasekolah atau lebih terkenal dengan nama Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) (Jabatan Perdana Menteri, 2008). Fenomena yang dapat dilihat sekarang ialah keperluan Taska dan Tadika ini sangat mendesak dan diperlukan oleh ibu bapa. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanakkanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Tadika berkonsepkan memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M iaitu Membaca, Mengira dan Menulis. Kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun di kedua-dua Taman Asuhan dan Taman Didikan ini tidak memanfaatkan secara maksimum mengasuh dan
3

mendidik kanak-kanak ke arah melahirkan insan yang soleh dan solehah (Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli, 2001) Apabila berkata tentang pendidikan prasekolah ia akan menjadi satu topik yang amat menarik kerana seakan menjadi trend masa kini di mana ibu bapa berlumbalumba untuk menghantar anak-anak ke institusi prasekolah atau kindergarten yang menawarkan pelbagai pakej yang mampu untuk membentuk anak-anak ini menguasai ilmu yang sepatutnya bukan di tahap mereka. Permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa yang ingin anak mereka menjadi brilliant telah menyebabkan pelbagai institusi pendidikan prasekolah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Di samping ia akan menuju ke arah persaingan yang sihat di kalangan institusi ini, ia juga akan menguntungkan ibu bapa kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan mampu memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kerajaan

ada menyediakan institusi pendidikan prasekolah yang dikenali sebagai Tadika Kemas, Perpaduan dan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan. Namun begitu dengan kemunculan institusi pendidikan prasekolah swasta telah meninggalkan impak yang amat besar kepada sistem pendidikan prasekolah yang dibangunkan oleh kerajaan. Perbezaan antara tadika kerajaan dan tadika swasta amat ketara terutamanya dari segi kurikulum, kelayakan dan latihan guru, kemudahan dan kelengkapan serta sumber kewangan. Ibu bapa ini tidak berminat menghantar anak mereka ke tadika kerajaan sedangkan bayaran yang dikenakan adalah minimum (Mariani Md. Nor, 2006).

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya. Selain itu, tahap kemudahan yang disediakan adalah berbeza atau persekitaran juga kemungkinan menjadi faktor penggalak ibu bapa memilih tadika swasta. Kemampuan anak-anak menguasai sesuatu ilmu yang bukan di tahap mereka akan menjadi satu kebanggaan kepada para ibu bapa sedangkan tadika kerajaan terutama Tadika Kemas mengajar sesuatu yang relevan dengan usia anak-anak ini. Persoalan ini akan menjadi pro dan kontra kepada ibu bapa dan anak-anak (Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli, 2001). Isu yang jelas dilihat adalah mengenai sikap ibu bapa yang lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidikan prasekolah swasta berbanding ke tadika yang dianjurkan oleh kerajaan. Apabila meninjau dengan lebih dekat lagi, terdapat jurang yang amat luas dalam pendidikan prasekolah antara kerajaan dan swasta. Secara umumnya perbezaan pembentukan pendidikan akan dapat dilihat daripada kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Kemas atau mana-mana tadika swasta yang dianjurkan oleh pihak swasta (Mariani Md. Nor, 2006). Lawatan telah dilakukan pada 14 Ogos 2009 di PASTI Al Husna dan Tabika Kemas SungaiBehrang. Hasil lawatan yang dijalankan oleh penulis mendapati seharusnya Tadika dan Taska anjuran Kemas ini perlu mengemaskinikan lagi pengisian pendidikan awal kanak-kanak menjurus ibu bapa lebih selesa menghantar anak-anak

mereka ke PASTI atau Tadika Islam swasta yang lain kerana tadika-tadika ini lebih berjaya membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak mereka walaupun mereka terpaksa membayar lebih. Pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Kemas banyak meniru kepada sistem pendidikan barat maka seharusnya Tadika Kemas berani berubah untuk kembali kepada sistem Pendidikan Islam yang menjadi teras kepada kehidupan orang Melayu. Kebanyakan pendapat beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, akidah, akhlak dan tauhid kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar. Namun begitu, kebanyakkan ibu bapa kini telah menitikberatkan aspek kerohanian untuk anak-anak mereka. Dengan ini ibu bapa lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke Tadika Swasta seperti PASTI kerana hasil pembelajaran yang diperolehi lebih baik berbanding menghantar ke Tadika Kerajaan seperti Tadika Kemas. Kanak-kanak yang berusia empat tahun mampu membaca surah al-Fatihah dengan lengkap. Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika Swasta lebih berpuas hati kerana apabila tamat sahaja pembelajaran di peringkat prasekolah ini, anak-anak mereka mampu membaca Ayat Kursi, Ayat Seribu Dinar, Doa Qunut, doa-doa harian, amalan kehidupan orang Islam dan sebagainya. Selain itu mereka bukan dididik dengan agama sahaja, malah turut merangkumi akademik yang sama diajar di tadika kerajaan. Tadika Swasta seperti PASTI mempunyai sukatan pembelajaran dan buku latihan yang tersendiri yang diterbitkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam. Purata buku bagi setiap pelajar yang belajar di PASTI

ialah 20 buah buku. Walaupun bilangan itu dilihat terlalu banyak, namun pada tahap inilah segala pembelajaran perlu diberikan. Hal ini bertepatan dengan pendapat (Glenn Doman, 2006) yang menyatakan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak. rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah: 1. Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik. 2. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap. 3. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan. 4. Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan. 5. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini. 6. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
7

Antara

7. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil. 8. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan. Menurut Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli (2001), menyatakan kurikulum yang digunakan, terdapat juga perbezaan daripada kelayakan dan latihan guru, kemudahan dan kelengkapan dan sumber kewangan. Namun begitu, faktor lain dilihat sebagai sampingan sahaja kerana boleh dikatakan hampir tiada langsung perbezaan faktorfaktor berikut di antara Tadika Kerajaan dan Tadika Swasta. Hal ini jelas bahawa ia berkaitan dengan kurikulum penyebab utama ibu bapa lebih gemar menghantar anakanak ke tadika swasta berbanding tadika kemas. Selain itu, kemungkinan lain adalah disebabkan kurangnya populariti Tadika Kemas adalah kerana tiada publisiti terhadap tadika ini. Sehingga kini ibu bapa masih tertanya-tanya tentang Tadika Kemas. Berdasarkan maklum balas yang didapati, ramai di antara responden yang memberikan maklum balas tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan tentang Tabika Kemas. Hal ini membawa maksud bahawa ibu bapa mempunyai kurang maklumat terhadap Tadika Kemas. Dengan ini dicadangkan agar kerajaan mengadakan publisiti secara besar-besaran terhadap Tadika Kemas dengan memberikan maklumat yang jelas terhadap ibu bapa berkenaan dengan kurikulum, kelayakan guru dan kemudahan yang disediakan oleh KEMAS. Selain itu, pihak berwajib sepatutnya mempelbagaikan lagi pembelajaran bagi merapatkan jurang pembelajaran antara Tadika Kerajaan dengan Tadika Swasta dapat dirapatkan.

2.2

ISU

PENGGUNAAN

PORTFOLIO

BAGI

PENILAIAN

KANAK-KANAK

PRASEKOLAH Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan (authenticity) sesuatu bentuk penilaian itu. Ramai yang berpendapat peperiksaan atau ujian bertulis yang diberikan secara berkumpulan, seperti mana diamalkan dalam sistem pendidikan rendah dan menengah di Malaysia ini, tidak sesuai digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Biasa dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat juga boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Pearson, P. D. & Stallman, A. C., 1990). Tambahan lagi, lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian (Ratcliff, 1995). Hal yang demikian, boleh menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui. Kajian di Malaysia menunjukkan penilaian yang dijalankan di kebanyakan tadika lebih banyak menjurus pada perkembangan akademik dan kognitif. Kajian Rohaty (2003)mendapati penggunaan penilaian lebih menumpu pada melaporkan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa, sedangkan ianya mempunyai skop yang lebih luas. Penilaian dijalankan secara formal dengan cara menduduki ujian yang kemudiannya diberikan gred markah dan kedudukan. Kesan daripada kemasukan gred dan markah adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung terlalu awal. Melabel kanakkanak hasil satu dua ujian adalah perbuatan yang tidak sesuai. Ianya boleh memberikan tekanan-tekanan kepada ibu bapa dan guru yang inginkan anak-anak mereka maju.

Didapati cara pentaksiran yang amat popular menyebabkan tabika adalah ujian yang dijalankan secara berkala bagi mengukur kepandaian kanak kanak. Apa yang di ukur adalah kebolehan 3M iaitu kebolehan membaca, menulis dan mengira kanak kanak. Metode ini menyimpang daripada konsep pendidikan prasekolah yang sepatutnya membantu perkembangan keseluruhan kanakkanak yang meliputi enam aspek iaitu perkembangan komunikasi, dan bahasa, kognitif, kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal juga kreativiti dan estetika (Saayah Abu et al, 2006). Ujian mempunyai kelemahan kerana ujian dan keputusannya tidak memberi makna dan manfaat sebenar pada kanakkanak. Ianya hanya memuaskan kehendak ibu bapa terutamanya yang ingin melihat kebolehan anak mereka. Markah yang tinggi tidak bermakna kanakkanak itu adalah pelajar yang cemerlang dan sebaliknya bagi kanakkanak yang memperoleh markah yang rendah. Terdapat banyak faktor lain seperti emosi, keletihan dan keselesaan kanakkanak yang menyumbang kepada markah yang diperoleh (Saayah Abu et al, 2006). Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) dalam menghuraikan kurikulum prasekolah menyatakan bahawa penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan secara berterusan. Selain bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan di dalam kesemua domaindomain kognitif, afektif dan psikomotor, penilaian tersebut juga memberi maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zurida et al. (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih bercorak rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau

10

kemajuan kanak-kanak secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu mengikut umur membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian, mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru memahami perkembangan serta kemajuan pembelajarankanak-kanak. Kajian-kajian menunjukkan penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam kurikulum dan pengajaran walaupun penggunaannya berhadapan dengan beberapa masalah. Dalam penilaian berasaskan portfolio pelajar menunjukkan apa yang mereka boleh buat dan pelajar dinilai berdasarkan apa yang mereka sepadukan dalam membina portfolio dan bukan apa yang mereka dapat ingat kembali. Hal yang demikian, disebabkan portfolio sebagai alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti tentang bagaimana pelajar mengolah, memproses dan menyempurnakan tugasan dalam sesuatu domain. Portfolio mengandungi hasil kerja kanak-kanak yang memenuhi tujuan dan objektif pembelajaran harian kanak-kanak. Hasil kerja tersebut menggambarkan pengalaman yangdialami dan yang ingin dicapai. Contoh hasil kerja adalah seperti lukisan, kraftangan, gambar foto, sampel daripada aktiviti, hasil penulisan dan laporan dari pemerhatian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Hasil kerja yang dikumpul dapat menggambarkan kemajuan atau perkembangan seseorang kanak-kanak. Lukisan, contohnya menunjukkan kesedaran dan keperihatinan tentang sesuatu objek manakala hasil tulisan pula menunjukkan tahap literasi kanak-kanak (Rohani Abdullah, 2001).

11

Wortham (2002) menjelaskan portfolio mampu merekod perkembangan kanakkanak dari pelbagai hasil kerja yang terkumpul. Melalui hasil kerja dan eviden perkembangan yang ada dapat dikenal pasti perkembangan yang telah berlaku. Ianya membolehkan pelajar mengesan, mengikuti perkembangan dan melihat kemajuan mereka sendiri dalam satu tempoh. Dengan itu pelajar dapat berusaha untuk meningkatkan pencapaian dengan menggunakan potensi diri mereka dalam

menyelesaikan tugasan yang diberi. Kajian Surayah Zaidon (2004) mendapati guru-guru prasekolah menggunakan portfolio untuk tujuan-tujuan yang sejajar dengan konsep penggunaan portfolio. Namun, hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanakkanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

12

Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak (Saayah Abu et al, 2003).

2.3 ISU PELAKSANAAN AKTIVITI BELAJAR MELALUI BERMAIN UNTUK PRASEKOLAH Bagi kanak-kanak main merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap main tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Guru-guru harus peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara total dan menyeluruh dari aspek mental, fizikal, sosial dan emosi terutama bagi mereka yang berumur di antara empat hingga enam tahun.

13

Menurut Vygotsky (1966), main merupakan satu cara kanak-kanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Mereka juga suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar melalui bermain . Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanakkanak, selepas yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik sematamata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain (Saayah Abu, 2003). Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan kepada kesediaan belajar. Aktiviti yang dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses pembelajaran secara tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan ada tujuan tertentu. Unsur mudah ubah atau fleksible ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar melalui bermain ,memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara menyeluruh dan seimbang (Saayah Abu, 2003). Melalui permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan rasa kekecewaan atau kegelisahan. Justeru itu dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 telah menghuraikan Pendekatan

14

Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Permainan bebas dan terancang. Tidak rigid iaitu mempunyai kelonggaran masa di samping memberi peluang mencuba idea sendiri dan memberi peluang membuat pemerhatian dan tumpuan bagi mencari sesuatu jawapan. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,

menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-

15

kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain.

2.4 ISU PENGLIBATAN IBU BAPA

Sebenarnya hubungan ibu bapa dan pihak tadika penting dan saling perlu memerlukan dalam erti kata bekerjasama. Ini bertujuan bagi mempertingkatkan tahap perkembangan anak anak mereka. Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita. Faktor yang menghalang penglibatan ibu bapa dapat dipecahkan kepada beberapa persoalan (Saayah Abu et al, 2006). Ibu bapa berpuas hati dengan pengendalian tadika dan tidak perlu melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika. Biasanya di Malaysia, Ibu bapa melihat pada matlamat mereka menghantar anak ke tadika supaya mereka boleh bergaul dan menguasai kemahiran 3M sahaja. Dengan ini mereka merasakan tadika dapat menjalankannya secara bersendirian tanpa bantuan mereka. Sebilangan ibu bapa menganggap pengajaran dan pembelajaran di tadika adalah mudah. Apabila ditinjau daripada kelayakan guru di tadika, rata-rata serendah kelulusan darjah enam. Dengan itu, mereka menganggap kerjaya ini mudah kerjanya dan tidak memerlukan penglibatan mereka (Saayah Abu et al, 2006). Ada pula sesetengah tadika itu sendiri terutama guru tidak begitu suka apabila ada ibu bapa yang datang melawat kerana ini mengganggu tugas mereka. Mereka tidak mahu ada kecacatan semasa mengajar itu menjadi bualan di kalangan ibu bapa yang akhirnya menjatuhkan reputasi tadika dan seterusnya mengakibatkan tadika tidak

16

mendapat sambutan daripada ibu bapa bagi pendaftaran seterusnya (Saayah Abu et al, 2006). Faktor tidak cukup masa yang dikemukakan oleh tadika dan ibu bapa juga merupakan faktor penghalang. Pihak tadika yang mengajar sukatan pelajaran dan ibu bapa yang sibuk bekerja menyebabkan mereka tidak ada masa untuk berjumpa. Maka, ibu bapa tidak dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka. Ibu bapa hanya mengharapkan guru di sekolah dapat mendidik dan mengajar anak mereka sehingga anak-anak memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira tanpa mengambil kira kesusahan yang ditanggung oleh pihak sekolah. Ibu bapa hanya berperanan mengambil dan menghantar anak mereka dari sekolah tanpa mengikuti perkembangan dan bertanya kepada guru tentang perkembangan anak mereka (Saayah Abu et al, 2006). Bayaran yuran yang tinggi juga menyebabkan ibu bapa tidak mahu melibatkan diri di tadika. Sesetengah mereka beranggapan yuran yang tinggi itu meliputi kesemua perkhidmatan termasuk pembelajaran anak mereka, kesihatan, makanan, kesihatan dan keselamatan. Sesetengahnya pula menganggap tadika sebagai tempat bagi anak mereka semasa ketiadaan mereka bagi bekerja. Mereka hanya menghantar dan mengambil anak mereka dari tadika dalam keadaan selamat serta yang penting sekali mempunyai peningkatan tahap perkembangan intelektual mereka sahaja (Saayah Abu et al, 2006). .

17

Polisi tadika juga memainkan peranan yang penting dalam penglibatan ibu bapa. Sesetengah tadika yang mengenakan yuran yang tinggi menyebabkan ibu bapa menjadi cerewet terutamanya berkenaan program tadika, kebersihan, penjagaan dan keselamatan. Jadi, bagi memudahkan kerja pihak pengurusan tadika, mereka tidak membenarkan ibu bapa masuk ke tadika, terhad hanya di muka pintu tadika sahaja tidak mahu melayan kerenah ibu bapa yang cerewet ini (Saayah Abu et al, 2006). Infrastruktur tadika juga menyumbang pada masalah penglibatan ibu bapa di tadika. Ibu bapa tidak digalakkan masuk kerana ruang kelas tadika sempit. Apabila anak mereka belajar dalam tidak selesa dan berhimpit, maka ibu bapa meminta tadika mengurangkan jumlah bilangan kanak kanak di dalam kelas itu. Hal itu menyebabkan tadika mengalami kerugian. (Saayah Abu et al, 2006) Terdapat banyak isu penglibatan ibu bapa di tadika kerana ketidakfahaman pengurus tadika dan juga ibu bapa pada matlamat pendidikan tadika itu sendiri. Maka dengan itu, memang terdapat jurang antara tadika dengan ibu bapa dan akhirnya ia tidak membantu sama sekali tahap perkembangan kanak - kanak. (Saayah Abu et al, 2006).

18

2.5 ISU PENDIDIKAN DI LUAR NEGARA BAYARAN YURAN TASKA YANG TINGGI DI SINGAPURA Di taska di Singapura, kanak-kanak dikenakan kadar yuran bulanan yang tinggi. Bagi seorang kanak-kanak yang ditempatkan di taska dalam satu maklumat yang diperoleh, yuran yang dikenakan adalah sebanyak SD440( RM 968). Walaupun kanakkanak di Singapura berhak mendapat subsidi kerajaan, ada subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat / pemegang status PR, iaitu SD150 (RM330) untuk ibu yang berkerja dan SD75 (RM165), untuk ibu yang tidak bekerja. Namun yuran yang dikenakan itu masih dianggap tinggi dengan kos sara hidup yang tinggi di negara tersebut. Hal ini akan membebankan ibu bapa. Walaupun dikenakan yuran yang tinggi, ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menghantar anak mereka bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Walaupun demikian, dengan yuran yang dikenakan tinggi, ia adalah sesuai dengan tahap pengasuhan yang professional yang mempunyai pengasuh yang bertahap professional dengan kelayakan minimum pengasuh bertaraf sijil dan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, kemudahan infrastuktur yang disediakan adalah dan pengurusan taska adalah berkualiti. Pusat ini mempunyai ruang yang luas untuk setiap kumpulan tahap umur kanak-kanak, bilik rekreasi, bilik latihan pengasuh, ruang pejabat dan dapur, serta ruang makan yang tersusun dan kemas.

19

3.0 KESIMPULAN Trend dan isu pendidikan awal kanak-kanak tidak akan ada noktah perbincangan kerana trend tetap berubah dan isu tetap diperkatakan. Yang penting pihak tertentu yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak perlu memikirkan perkara yang harus dilakukan berdasarkan pengalaman, aspek teori dan komuniti di persekitaran sesebuah prasekolah itu. Persekitaran kanak-kanak itu banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan mereka dalam proses pembelajaran yang

merangkumi keluarga, jaringan sosial, masyarakat dan aspek pendidikan itu sendiri. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang

bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

20

4 . 0 BIBLIOGRAFI Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. 2001. Keberkesanan Pendidikan Prasekolah KEMAS dan Swasta: Perbandingan Mengikut Persepsi Ibu bapa. Skudai,Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Bruce, T and Meggit, C. 2005. Child Care and Education. London: Hodder & Stoughton. Glenn Doman. 2006. How to Teach Your Baby to Read . New York : John Wiley. Jabatan Perdana Menteri. 2008. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan Permata Negara. Selangor : Enterprise Building 1. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Maznah Ali, Sharifah Norhaidah Syed Idros & Zurida Ismail. 2003. Pendidikan Sains Prasekolah.Bentong : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Nik Asiah. 2005. Persepsi guru-guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan bertema dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah di Negeri Kelantan. Laporan Projek Sarjana Pendidikan . Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Nordin Mamat. 2005 . Asas Sosial Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Pearson, P. D. & Stallman, A. C., (1990). Formal measures of early literacy.

21

Dalam L. M. Morrow & J. K. Smith (Eds.), Assessment for instruction in early literacy. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, pp.7-44.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan .Perpustakaan Negara Malaysia. Ratcliff, N. 1995. The need for alternative techniques for assessing young children's emergent literacy skills. Contemporary Education, 66 (3), 169-171. Rohani Abdullah. 2001. Perkembangan kanak-kanak. Penilaian secara portfolio. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Rohaty Mohd. Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Saayah Bt Abu . 2003. Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tabika Tabika Kawasan Melaka Tengah. Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Islam. Saayah Abu, Siti Saleha Samsuri & Surayah Zaidon. 2006. Panduan Untuk Pengusaha Tabika.Kuala Lumpur : PTS PROFESSIONAL. Surayah Zaidon. Satu Tinjauan Penggunaan Protfolio Kanak Kanak Prasekolah. Maktab Penguruan Islam : Jabatan Bahasa. Surayah Zaidon. 2003. Persepsi guru parasekolah terhadap penggunaan portfolio. Disertasi Sarjana Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Wortham, S. C. 2002 . Early childhood curriculum: Developmental bases for learning and teaching.Ed. Ke-3. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

22

Diperolehi pada 30 Julai 2009 daripada (http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php? p=jul000-2007) Diperolehi pada 30 Julai 2009 daripada http://eprints.utm.my/2348/1/AziziYahaya_Keberkesanan_Pendidikan_Prasekola h_KEMAS.pdf Diperolehi pada 30 Julai 2009 daripada http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=149 8:guru-tadika-pandai-menjarum&catid=35:berita-sabah&Itemid=27 Lawatan kerja ke Tadika Kemas Sungai Behrang dan PASTI Al-Husna pada 14 Ogos 2009

23

Вам также может понравиться