Вы находитесь на странице: 1из 17

Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mohammad Saeed

di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos
1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke
bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Dato Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada
ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY''
yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai
perbandingan kedua-dua agama tertua itu.

Kristian:

Khabarnya, anda telah meninggalkan Tuhan Jesus Christ dan semua wali lalu menerima
(barang dijauhi Allah) agama palsu, iaitu Islam. Lebih baiklah setelah sudah
perdebatan ini anda kembali ke agama Kristian.

Isabella:

Biarpun saya dibakar hidup-hidup, saya tidak akan meninggalkan Islam. Namun
demikian, kerana anda datang kemari, maka saya ada hak untuk bertanya di mana di
dalam Bible ada tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian?
Dalam Bible, Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus
untuk mendakwah kepada mereka sahaja.

Kristian:

Apakah ada tertulis di dalam Injil, bahawa pintu agama Kristian itu tertutup kepada
semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda
membuang agama Kristian?

Isabella:

Ya, ada ditulis di dalam kitab Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang
mengatakan: ''WA RASULAN ILA BANI ISRAEL'' yakni Jesus Christ (Christ – Al Masih) itu
diutuskan sebagai nabi Israel(Yahudi) dan di tempat lain dalam Al-Quran ada
disebutkan: ''WAJA ALNAHUMISLAN BANI ISRAEL'' : yakni kami jadikan Jesus Christ itu
sebagai contoh kepada orang-orang Israel . Dan ini bererti bukan untuk seluruh dunia."

Kristian:

Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di hadapan
saya?

Isabella:
Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu bahawa dalam soal ini
Kitab Suci Al-Quran dan Injil adalah SAMA.

Dalam Kitab Matius bab 10 ayat 5 (Matthew 10:5) ada dikatakan:

''kedua belas orang murid itu telah diutuskan oleh Jesus dan dia berpesan kepada
mereka: ''Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota
orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat
Israel!''

Di dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21 (Matthew 15:21), ada dikatakan:

''Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon, maka datanglah
seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata. ''Kasihanilah aku, wahai anak
Daud,kerana anak perempuanku telah dirasuk sayitan dan sangat menderita.'' Tetapi
Jesus sama sekali tidak menjawab. Lalu murid-muridnya datang dan meminta
kepadanya. ''Suruhlah ia pergi, ia mengekori kita dengan berteriak-teriak.'' Jawab
Jesus: Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Isreal''.

Rujukan: http://www.einjil.com/

Nah! Itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahawa Jesus Christ TIDAK diutus
sebagai nabi kita semua, tetapi hanya untuk orang-orang Isreal sahaja, bukankah lebih
baik anda ikut perintah Tuhan anda? Mengajak orang lain masuk Kristian adalah
perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan anda dan anda telah
menderhakainya!

Kristian:

Apa yang anda tahu tentang Injil ? Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat itu. Dalam
Injil tidak ada ditulis bahawa Injil tidak boleh diajar di mana-mana.

Isabella:

Tidak ada?

Kristian:

Jangan membuat bohong kering Isabella. Sekurang-kurangnya di depan khayalak ini


anda patut menahan diri dari berbohong. Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15
(Mark 16:15) ada ditulis.

''Dia berkata kepada mereka, pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada
semua makhluk. Barang siapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat
dan barang siapa tidak percaya, maka dia akan disiksa''.

Rujukan: http://www.einjil.com/

Lihat betapa jelasnya untuk mengkristiankan seluruh umat dunia.


Isabella:

Anda barangkali tidak tahu. Ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Injil
yang awal (asal) hanya sampai ayat 8 saja. Anda jangan cuba kemukakan hujah dari
Injil yang sudah dimanipulasi.

Kristian:

Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?

Isabella:

Dari penyedikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah dibandingkan dengan naskah-


naskah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu tidak terdapat di
dalam kitab-kitab yang terdahulu.

(*NOTA: di dalam edisi bahasa Urdu, Kitab Injil yang digunakan di India sekarang,
ayat-ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat secara catatan pinggir atau footnote)

Kristian:

Kerana kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original, maka saya tidak dapat berkata
apa-apa sebagai jawapannya. Saya akan mejawab apabila saya mendapat Injil original
nanti.

Tetapi apakah ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda
sampai menerima agama Islam?

Isabella:

Mengenai hal itu, saya telahpun berbincang secara terperinci dengan paderi anda.
Tanyalah kepada mereka.

Kristian:

Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu. Sekarang,
cuba terangkan kepada saya apakah kelebihan-kelebihan Islam itu yang telah anda
pelajari?

Isabella:

Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-kurangnya ada
sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan saya mencintai
Islam.

Kristian:

Kenapa anda enggan mahu menyebut kelebihan-kelebihan Islam? Nyatalah agama itu
tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Isabella! Cuba dengar baik-baik. Tidak ada
sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh Sepanyol ini dalam ilmu pengetahuan dan
jangan anda cuba fikir bahawa saya ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya
mahu bertanya satu pertanyaan sahaja kepada anda yang boleh menjelaskan yang hak
dan yang batil biar se-terang hari siang.

Cuba beritahu saya kualiti mana satu yang lebih tinggi: KEADILAN (Hukum Syarak) lebih
tinggi daripada hukum rahmat ataupun HUKUM RAHMAT itu lebih tinggi daripada
syahadat peradilan?"

Isabella:

Kedua-duanya itu tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan rendah serta
tidak berguna kalau bukan pada tempatnya.

Kristian:

Fahamkah anda apa yang saya maksudkan? Begini! Hukum-hukum Taurat itu keadilan
(syari’ah) kerana di dalamnya ada tersebut hukuman kepada tiap-tiap orang yang
melakukan kesalahan tetapi Injil adalah hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus
Christ sahaja yang dikhaskan untuk penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda
menolak hukum-hukum rahmat?

Isabella:

Saya telah katakan bahawa kedua-duanya betul pada tempatnya masing-masing.


Jikalau seseorang yang berbuat salah itu diampunkan dengan andaian bahawa dia akan
memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan rahmat akan menyusul kemudian,
tetapi kalau dikhuatiri bahawa yang berbuat salah itu semakin berani melakukan
kesalahan dan dia dimaafkan juga maka permaafan itu adalah satu jenayah dan
ketidak-adilan kepada yang berbuat salah.

Kristian:

Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peadilan ataupun hukum-hukum rahmat?

Isabella:

Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-hukum peradilan (syari’ah) dan bukan
hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan peradilan.
Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada tempat masing-masing. Kitab suci Al-Quran
sebaliknya merangkumi kedua-duanya,PERADILAN dan RAHMAT telah menunjukkan
jalan yang benar bagi penggunaan kedua-duanya itu.

Dalam Al-Quran, Surah 42 (As - Syura) ayat 40 ada disebutkan kira-kira begini:

''Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya.'' Inilah hukum-hukum


PERADILAN dan selanjutnya ayat itu diakhiri dengan ''Barangsiapa yang memberikan
maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahalanya akan diberikan Allah,
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim."
Rujukan: Al – Quran

Ini ialah hukum-hukum RAHMAT.

Di tempat lain Al-Quran iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 126 ada disebutkan kira-kira
begini:

''Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai pembalasan, maka seksalah mereka
seimbang dengan penyeksaan yang ditimpakan ke atas kamu.. ''

Ini ialah PERADILAN dan..

''.. Demi Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala
orang yang sabar''.

Rujukan: Al – Quran

Ini RAHMAT. (Keduanya di dalam satu Ayat !)

Di tempat ketiga pula iaitu di dalam Surah AL-Baqarah ayat 280 ada disebutkan kira-
kira begini.

''Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang yang berhutang, maka
hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup membayarnya.. ''

Ini PERADILAN lagi. Tetapi, seterusnya di dalam ayat yang sama :

''.. jika kamu bersedekah kepada orang yang papa itu dengan jalan membebaskan
mereka dari hutang, adalah lebih baik bagi kamu menunggu mereka sanggup
membayarnya, jika kamu mengetahui''.

Rujukan: Al – Quran

Itu RAHMAT lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi pengertian tentang PERADILAN
dan RAHMAT."

Kristian:

Quran menyuruh mengambil tindakan membalas, tetapi Injil melarang tindakan serupa
itu, sebaliknya disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah
terbukti dengan jelas.

Isabella:

Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi KEKURANGAN! Andaikata orang melakukan


kejahatan dan jenayah , maka kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia
dan keamanan serta ketenteraman akan terganggu. Kitab suci Al-Quran MEMBENARKAN
penggunaan kedua-duanya sekali: PEMAAFAN dan PEMBALASAN menurut keadaan yang
sepatutnya, dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia.
Kristian:

Ah, betapa tidak adilnya anda menolak semua perkara-perkara yang baik dari kami.
Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi memaafkan musuh-
musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka, sedangkan nabimu
membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak pernah memberi kemaafan
kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan bahawa contoh dari Injil dan Tuhan
kami sahaja yang boleh membawa kepada keselamatan.

Isabella:

Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi itu adalah
perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang. Tetapi sangat sedikit pula daripada
mereka itu yang tahu akan signifikasinya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik dan
buruknya moral terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka
kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali. Cuba perhatikan! Pengampunan
dan pemaafan akan tinggi nilainya APABILA pemberi maaf mempunyai kuasa untuk
membalas.

Jikalau seseorang yang lemah dan tidak berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas
maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa
melainkan sebagai satu tindakan ‘jalan terakhir’ orang penakut sahaja. Nabi kami
(Muhammad s.a.w) memiliki KEKUASAAN moral ini, sebab itu kemaafan dan
pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya. Setelah beliau menakluki Mekah, orang-
orang musyrikin yang kejam telah dibawa ke hadapan baginda, tetapi baginda
membebaskan kesemuanya dengan bersabda: "Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang
sudah bebas!" Kalau baginda mahu, baginda dapat mencincang-cincang mereka itu,
kerana baginda sedang menunggu perintahnya saja.

Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana kedudukan nabimu waktu dia
memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan dan tidak
ada kuasa untuk membalas dendam maka apa lain yang dapat dilakukan olehnya
kecuali memberi maaf? Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuhnya maka
sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan. Kesabaran dalam keadaan
tidak berdaya maka dia bukanlah kemaafan.

Kristian:

POOOOH!, Isabella! Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai orang yang
bermoral? Dan jangan cuba memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang tidak
pernah menumpahkan darah barang setitik pun.

Isabella:

Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut yang keliru. Nah, saya mahu
mengemukakan kepada anda tentang KEBERANIAN dan tentang anggapan anda
terhadap baik atau buruknya peradilan.

Kristian:
Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh membantahnya?

Isabella:

Bagus. Nah, cuba beritahu saya, apakah keberanian dapat dilahirkan selain daripada di
dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada pemerintahan? Tidak
mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah dianugerahkan oleh Allah kepada nabi
kami, yakni dia melakukan peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga
mempunyai kekuasaan untuk memerintah. Dalam peperangan dia telah
memperlihatkan peradilan. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini
pada ‘Tuhan’ Jesus anda?

Kristian:

Anda fikir peperangan itu satu kelebihan yang besar? Tuhan kami membawa seruan
perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan.

Isabella:

Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah RAHMAT
kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang PEJUANG dalam
peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan teladan yang baik dalam
berbagai-bagai aspek hidup.

Kristian:

Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella. Bolehkah anda membuat bandingan antara
seorang yang suka berperang dengan seorang yang membawa kedamaian?

Isabella:

Kalau memerangi musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka
bagaimana pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya
dihabiskan dengan memerangi musuh-musuhnya yang disaksikan dalam Kitab
Perjanjian Lama? Benarkah Jesus Christ seorang nabi perdamaian dan keamanan dan
dia selama hidupnya tak pernah berperang?

Tetapi nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau baginda di satu
pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di pihak lain seperti
Jesus Christ, baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada dunia. Maka
baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus.

Kristian:

Nampaknya anda kini sudah terlalu bijak. Tetapi saya tidak akan membiarkan sehingga
anda saya kalahkan. Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya supaya
semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutinya dengan saksama, dua kali dua
empat. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat bandingan
Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada anda.
Isabella:

Saya akan jawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila kemukakan.

Kristian:

Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan.
Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah perbahasan ini
kita teruskan.

Isabella:

Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?

Kristian:

Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka Islam benar,
kalau tidak ia adalah palsu. Kerana bagi tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting.
Pertama nabi-nabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal tentang
kedatangannya (Prophecy) dan kedua dia ada melakukan mukjizat."

Isabella:

Apakah Adam itu seorang nabi, menurut pendapat anda?

Kristian:

Mengapa pula tidak?

Isabella:

Apakah wujud nabi-nabi yang sebelum itu yang telah memberitahu tentang
kedatangannya? Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seorang nabi itu
nyatalah salah dan tidak boleh dipakai. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih
dulu oleh nabi yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari
mukjizat melebihi Jesus sendiri.

Kristian:

Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Baiklah, bolehkah anda
membuktikan kerasulan nabi anda?

Isabella:

Soalan yang serupa pula yang hendak saya kemukakan kepada anda. Atas dasar apa
seseorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Yaakub,
Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba, biar saya dengar hujah-hujahnya dan atas dasar
yang sama pula insya-Allah, kerasulan Nabi akhir zaman akan saya buktikan dengan
sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi bagi anda untuk menolaknya.
Kristian:

Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan.

Isabella:

Peranan apa? Cubalah perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar
perbahasan kita ini.

Kristian:

Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab, seolah-olah berfikir.


Dia menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada penyokong-
penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir kalau-kalau dia tidak dapat menjawab dan
perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta kehilangan kepada orang-orang
Kristian seluruhnya. Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang
Isabella dengan pandangan yang kosong.

Kami tidak tahu tentang nabi-nabi yang lain. Kami hanya menaruh perhatian kepada
Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi yang lain itu.

Isabella:

Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan kriteria yang
serupa pula Nabi Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam akan dibuktian.

Kristian:

Bukti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan orang yang
sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta, menyembuhkan penyakit kusta
dan menyelamatkan orang yang dirasuk syaitan.

Isabella:

Apakah bukti bahawa ‘Tuhan’ kamu telah melakukan semua itu? Mana dia orang yang
telah dihidupkan Jesus Christ itu? Mana dia orang buta yang telah dicelikkan oleh
‘Tuhan’mu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya mengemukakan kepada
anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam yang
sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti pada zamannya juga dan akan terus
kekal sampai hari kiamat.

Itulah MUKJIZAT SUCI KITAB AL-QURAN yang mencabar seluruh dunia, andaikata iaitu
rekaan dari nabi kami, maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya. Buatlah kira-
kira sepuluh ayat atau beberapa ayat sahaja atau satu ayat yang sama tetapi sampai
saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah berhala atau
tukang sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Inilah mukjizat yang hidup
yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi
lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini adalah fana, yang bersifat semasa dan
hilang lesap begitu saja seperti asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang
didongengkan.

Kristian:

Anda telah mulai bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan lagi. Bolehkah
kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat, yang membenarkan BERKAHWIN
EMPAT? Dengar sini! Tuhan kami telah mengatakan bahawa ia adalah jalan kebenaran
dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa!

Isabella:

Kitab suci Al-Quran TIDAK PERNAH menganjurkan kahwin sampai empat. Ia memberi
KELULUSAN untuk melakukannya DENGAN syarat-syarat tertentu. Tetapi jikalau kahwin
banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana keadaannya dengan
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian Lama, mereka mempunyai
beratus isteri. Tentang pengakuan Tuhan anda bahawa iaitu jalan kebenaran dan
kehidupan, betapa pula hal itu boleh menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran?
Tiap-tiap nabi yang diutuskan ke dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan.

‘Tuhan’ anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran
mengatakan tentang nabi kami bahawa dia itu bukan sahaja di jalan yang benar tetapi
juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain.

Dalam Kitab Suci Al-Quran Surah Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira begini:

''… Dan sesungguhnya, engkau benar-benar memberikan petunjuk kepada jalan yang
lurus… ''.

Rujukan : Al - Quran

Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahawa Nabi kami bukan sahaja dia itu menjadi
kehidupan tatapi juga ia datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini.

Dalam surah Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah:

''wahai segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya
apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu. Dan
ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara seseorang manusia
dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu dikembalikan''.

Rujukan : Al - Quran

Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam telah
mengislamkan orang-orang yang biadap, yang keji, penindas, bodoh, pencuri,
pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah Allah
yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya. Baginda
telah memberikan kehidupan kepada orang-orang Arab dalam masa hayat baginda.
Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk dua belas orang pengikut
saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka itu juga dia tidak memberikan
seluruh kepercayaannya kerana seperti yang dikatakan oleh Christ sendiri kepada
mereka itu, sebahagian daripadanya tidak jujur.

Kristian:

Anda bercakap terlalu banyak. Tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan
mukjizat yang telah dilakukan kepada nabi anda.

Isabella:

Nasihat saya kepada anda - Ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan


logik anda itu tetapi cuba meyakinkan saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat
anda telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu daripada
anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik.

Kristian:

Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjizat saya!

Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar jawapan itu dan semua yang
hadir menjadi terperanjat yang amat sangat mendengarnya.

Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan rasa malu


sementara orang-orang Islam mengucap syukur kepada Allah dengan hati yang
gembira. Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa yang mahu diucapkannya
lagi.

Isabella:

Barangkali anda letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok
pula. Nah, sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang.

Kristian:

Saya tidak akan bangun. Selagi kita tidak dapat memutuskan tentang kebenaran dan
kebatalan. Barangkali juga anda yang letih.

Isabella:

Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa sebarang halangan
sehingga yang benar dan yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. Apa yang saya
maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak lain.

Kristian:

Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini sampai selesai.
Nah, sekarang cuba katakan apa perlu laginya Islam setelah agama Kristian tersebar
luas dan menyeluruh?
Isabella:

Jikalau Islam tidak datang, kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini.
Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Islam
mengajar manusia tentang ketaatan dan kesucian. Saya akan huraikan kepada anda
secara kasar beberapa sebab mengapa Islam diperlukan.

1. Islam dengan kedatangannya telah MENYEMPURNAKAN agama yang terdahulu,


kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk
masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat (universal). Kitab Suci Al-Quran
telah mengisi jurang itu.

2. Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh pengikut-
pengikutnya dan Al-Quran MEMBERSIHKAN PENYELEWENGAN tersebut. Sebagai contoh
orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus Christ sebagai Tuhan dan membina
struktur yang bodoh dengan mengadakan sekutu kepada Allah. Inilah yang mula-mula
sekali diruntuhkan oleh Islam. Agama Islam membawa sinar matahari ketauhidan Allah
dan menyembah zat kebesaran Allah dan kekuasannNya yang tulen kepada dunia.

3. Ahlul kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada
nabi-nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu dan penzina
dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan keras
MENOLAK, MEMBANTAH, MENAFIKAN tuduhan-tuduhan tersebut dan meletakkan
kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.

4. Ahlul kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah


memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahawa kitab-
kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran MEMDEDAHKAN PERBUATAN JAHAT
mereka, penipuan mereka, dan mengemukakan semua ajaran yang sebenar dan tulen
dari kitab-kitab yang terdahulu itu, sehingga kita tidak perlukan kitab-kitab lain lagi
kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab yang telah diwahyukan kepada
nabi-nabi yang terdahulu.

5. Oleh sebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya hanya khusus
kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu sahaja maka ia
tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek yang diperlukan oleh
manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman maka Kitab Suci Al-Quran
telah MENGISI KEKOSONGAN jurang itu dan setelah MENYEMPURNAKAN tatasusila
agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat manusia disediakan dengan
sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh manusia sehingga Hari Kiamat.

Nah! Sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?

Kristian:

Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-hujah yang


dikemukan oleh Isabella,
Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda tidak
sedikit pun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian
kenabiannya. Kerana persoalan ajarannnya itu datang sesudah masalah ini dihuraikan.

Isabella:

Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan saya secara kasar
menyebutkan keperluan-keperluan itu.

Sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah itu.Saya telah
berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia sekarang ini,
iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya. Jikalau ada orang yang mengatakan
bahawa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu daripada Allah, dia haruslah bawakan ke
mari satu ayat saja untuk dibandingkan dengannya. Tetapi itulah persoalannya tidak
ada sesiapa pun yang telah melakukannya untuk menyokong cabarannya itu.

Berdasarkan fakta itu maka jelaslah tanpa ada cabaran apa pun juga bahawa Nabi
Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada
sesiapa lain lagi sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah
mencapai darjat kenabian, Nabi Sallallah ‘Alaihi Wassalam telah membentuk
masyarakat sesuai dengan intruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnya
seluruh jazirah Arab tunduk di bawah Islam.

Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak
ada contoh yang boleh dibuat untuk menunjukkan bahawa seseorang yang palsu di
dunia ini boleh melakukan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad
sallallah alaihi wassalam itu.

Kristian :

Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak untuk diikut. Bagaimana boleh
seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan berkahwin dengan
beberapa orang perempuan menjadi seorang reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan
kami bahawa dia tidak pernah kahwin sepanjang hidupnya.

Isabella :

Kerana telah diakui ‘Tuhan’ anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidak perlu kahwin,
Tetapi sebaliknya nabi kami, Muhammad Sallalla ‘Alaihi Wassalam ialah manusia biasa
seperti manusia lain juga, maka dia merasakan desakan tabii kepada perkahwinan.
Saya khuatir, anda tidak akan dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan
anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin.

Kristian:

Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada yang lain.

Isabella :
Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda telah mengakui
bahawa Tuhan anda itu Tuhan Anak!

Kristian :

Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan tetapi
sebagai manusia.

Isabella :

Kalau begitu bagaimana akan dibezakan ‘Tuhan’ anda (dengan manusia biasa) itu? Dan
bagaimana pula definasi manusia yang sempurna?

Kristian:

Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak akan dapat
apa-apa kesukaran.

Isabella:

Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir kini anda telah sampai
kepada satu kriteria yang boleh diterima.Anda telah mengatakan bahawa manusia
yang sempurna ialah orang yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan
yang biasa.

Persoalannya timbul bahawa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang


biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai suami atau isteri
dan anak-anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Christ di dalam
kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak ada berkata
apa pun juga dalam perkara ini. Persoalan yang sama timbul, orang-orang Kristian
melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan lain-lain bangsa bukan Kristian,
kriteria mana pula yang anda ikut dalam kehidupan Tuhan anda itu? Bagaimana pula
dengan puasa dan khatan?

Kristian:

Tuhan kami tidak pernah berperang dalam peperangan apa pun dan tidak kahwin. Jadi
persoalan ini tidak timbul.

Isabella:

Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau berkahwin
namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah melakukan Perang Salib
dan menjalani kehidupan berkeluarga. Sedangkan manusia sempurna menurut ukuran
anda itu tidak menepati yang contoh standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-
dua aspek keduniaan ini yang menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi,
di mana letaknya perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali
kehidupan orang-orang Kristian?
Kristian:

Setelah diam sejurus lamanya,

Tuhan kami adalah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya dengan
kehidupan fizikal?

Isabella:

Saya bersetuju bahawa Jesus Christ itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah
yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahawa aspek rohani dan jasmani tidak
boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya
tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah.
Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model.

Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang
utama ini. Tida syak sedikit pun bahawa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan
terhormat, sementara kehidupan Jesus Christ pula kehidupan anggunan tatapi
kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam ialah
kehidupan kesempurnaan. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan sufi dan
sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah
sebagai seorang raja juga.

Nabi akhir zaman Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam menggembalai kambing pada
masa kecilnya, agak besar sikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana.
Dia berdagang sampai di Syria, kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu
berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Thaif, hidup
dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para
penentangnya, menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim
dan janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah,
mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah, membina
masjid, menyelesaikan perselisihan faham antara suku kaum, memimpin solat,
memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatih tentera dan mengatur siasah
tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima
tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannnya di dalam siasah peperangan.
Baginda mengadakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-
bengkak.

Jadi daripada semua kenyataan ini cara, jalan dan model yang diperlukan di dalam
kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad saw. sebagai
penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat
dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah baginda boleh
dijadikan modelnya.

Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas, Baginda menjadi
petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan
berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam
kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya.
Perencanaan siasahnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi
contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai. Pendek kata tidak ada
contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad
Sallallah ‘Alaihi Wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan,
kepimpinan, memberi nasihat dan mengimami solat, dalam hidup bersara, mengatur
peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa
gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan
mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa saja tugas yang dihadapi oleh
manusia di dalam kehidupan yang beradab.

Begitulah dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan
yang susah, terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam
dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut
keadilan, dan kejujuran maka kita harus mengakui bahawa dalam diri Nabi akhir
zaman, Muhammad Sallallah ‘Alaihi Wassalam terhimpun semua tatasusila rohaniah
dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Sesiapa saja manusia di
dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang
lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan Nabi Muhammad
Sallallah ‘Alaihi Wassalam yang luas, pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi
dan adab sopan yang mulia."

Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak, terpesona dengan
hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella yang lancar dan teratur malah perempuan
Kristian itu juga yang menagku boleh melakukan mukjizat terpukau seperti orang
tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati perempuan Kristian itu sudah
TERPUKUL dengan penuh kehinaandan dalam keadaan dukacita yang amat sangat, dia
pun meminta maaf mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu.

Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Haffiz, anak muda terpelajar yang ikut
menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah yang disampaikan oleh
Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang mengikuti perbahasan tersebut
dengan rela hati telah menerima Islam dan beberapa tahun kemudian perempuan
Kristian itu pun juga beriman dengan keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella
sendiri. Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun
lamanya bagi jiwa yang mahu dipimpin untuk datang kepada bayangan Allah yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sepanjang hayatnya Isabella terus menyembahkan baktinya kepada keagungan Islam.


Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak yang lain pula dia
mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam lautan dunia pembelajaran, Ilmu Hadith
dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah mendapat
faedah daripada ilmunya. Isabella telah hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan
telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai, diratapi oleh seluruh
penduduk Sepanyol dan berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat
persemadiannya yang terakhir. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan
solat ghaib untuk arwahnya dan memanjatkan doa ke hadrat Allah subhanahu wa
taala agar rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.

Sebagai penutup kisah ini, kita juga dengan menundukkan kepala memberi hormat
dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini dan mudah-mudahan
Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya dan menempatkan rohnya di
tempat orang-orang yang di kasihi-Nya. Amin. Firman Allaw swt. dalam Surah Al-
Baqarah ayat 146:

''Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil)
mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan
sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal
mereka mengetahuinya.''

Вам также может понравиться