Вы находитесь на странице: 1из 2

Kegunaan Asid Karboksilik Pembuatan cuka yang dibuat daripada asid etanoik dalam peratusan 4-5%, digunakan dalam

m pengawetan makanan dan perasa kerana mempunyai rasa yang masam. Asid etanoik digunakan bersama-sama bahan kimia yang lain untuk membuat gentian fiber sintetik, varnis, aspirin dan ester. Dalam industry penghasilan getah, lateks akan digumpalkan dengan cara menambahkan asid metanoik. Asid butanoik dan asid pentanoik memberikan perasa yang kuat kepada mentega, marjerin dan juga keju. Rantai panjang asid karboksilik (asid berlemak) digunakan untuk membuat sabun. Asid asetik digunakan dalam pembuatan pewarna rambut dan minyak wangi.

Sumber rujukan: (1) http://www.preservearticles.com/201101022309/uses-of-carboxylic-acids.html (2) Darric Lim, Ooi Y.S. (2010). Spotlight SPM Chemistry. Pan Asia Publications Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan. ms: 442

Ester Sesuai digunakan dalam penyediaan kosmetik dan minyak wangi kerana mereka adalah cecair mudah meruap dan mempunyai bau yang manis. Ester sintetik digunakan sebagai penambah rasa makanan. Ester ini dianggap sebagai perasa tiruan. Ester digunakan secara meluas sebagai pelarut untuk gam dan varnis. Ester juga digunakan untuk membuatkan plastik lebih lembut. Banyak ester digunakan di dalam penghasilan sabun dan detergen. Ester juga digunakan sebagai aroma dalam makanan.

Sumber rujukan (1) Darric Lim, Ooi Y.S. (2010). Spotlight SPM Chemistry. Pan Asia Publications Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan. ms: 446 Amida Digunakan sebagai pelarut, pembuatan kertas, digunakan dalam pembuatan getah dan plastik, kosmetik, sabun, dakwat dan bahan ledakan.

Вам также может понравиться