Вы находитесь на странице: 1из 29

ABSTRAK Sistem pendidikan merupakan asas utama dalam membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih cemerlang.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dimana setiap dasar yang dilaksanakan perlulah selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan integrasi nasional pelbagai kaum. Melalui sistem pendidikan ini, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 54 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaik mungkin supaya hubungan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni dan menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus. Kata-kata kunci: Sistem pendidikan, integrasi nasional dan masyarakat Malaysia.

PENGENALAN Sistem pendidikan merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial. Sistem pendidikan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai integrasi perpaduan nasional. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia pada hari ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Diantaranya ialah Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik dan mereka datang dari berbagai-bagai agama seperti Islam, Buddha, Hindu dan Kristian yang menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar rmanfaat dan faedah yang diperoleh oleh negara dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilainilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral perlu diterapkan kepada masyarakat adalah bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ianya penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Sistem pendidikan yang terbaik adalah sistem pendidikan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia di mana ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara. Pendidikan juga dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994:8). Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial dapat berkembang maju. Contohnya pada
2

zaman pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini merupakan penyebab utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidak meliputi semua golongan masyarakat. Definisi pendidikan menurut Plato pula ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia. Manakala menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan adalah sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000:xvi). Masyarakat dan pendidikan adalah perlu bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan dalam pembentukan insan. Oleh yang demikian, penulisan ini adalah untuk membincangkan dan menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan dengan sejauh mana pelaksanaan dan keberkesanan sistem pendidikan negara dapat meningkatkan integrasi perpaduan nasional melalui analisis terhadap strategi yang telah dirangka oleh kerajaan Malaysia sejak sebelum merdeka hingga kini. Penulisan ini dapat menerangkan bagaimana pelaksanaan dan keberkesanan sistem pendidikan negara terhadap hubungan masyarakat, masalah-masalah yang timbul, dan penyelesaian pada masa hadapan.

DEFINISI
3

Integrasi Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


4

I.

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA Sebelum Kedatangan Inggeris (1400 1786) Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada pelajaran agama Islam, iaitu kitab suci Al-Quran. Mereka ketika itu menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran yang diperolehi pada ketika itu adalah dengan menghafal ayat-ayat Al-Quran, menghafal doa dan mempelajari mengenai ajaran Islam dengan merujuk kepada imam dan para guru agama. Pada ketika itu, sistem pemerintahan yang dijalankan adalah pemerintahan beraja. Jadi, tidak timbul sebarang masalah berkaitan dengan perebutan kuasa untuk memerintah. Pendidikan yang penting pada ketika itu ialah pendidikan Islam di mana ia mula berkembang dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikan Islam. Menurut Wilkinson, murid-murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas sudah menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara menghafal huruf abjad Arab supaya menjadi sebagai panduan membaca doa dan teks Arab (dalam Mok Soon Sang, 2000:1-2). Pada zaman ini juga sistem pendidikan terbahagi kepada dua bentuk: a) Tidak formal iaitu mengajar ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti sosial dan ekonomi. Biasanya ia disampaikan oleh ibu bapa atau golongan yang lebih tua pada bila-bila masa dan tempat. Biasanya, mereka mempelajari kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti pertanian, kraf tangan, penangkapan ikan dan penggunaan alat muzik tradisional. b) Formal iaitu mengajar ilmu keagamaan di pondok atau madrasah oleh guru-guru agama. Wujudnya sistem pendidikan pondok, surau, masjid dan istana. Pendidikan keagamaan ini bermula sejak abad ke-15 lagi dengan menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan tajwid (bacaan al-quran), fardu ain, membaca dan menulis jawi, menghafal doa-doa dan sebagainya.

Kesimpulannya, sistem pendidikan pada zaman ini lebih bercorak kepada pendidikan keagamaan yang berkaitan dengan sara hidup dan hiburan yang diwarisi daripada generasi sebelumnya. Semasa Penjajahan Inggeris: Tempoh pertama (1786 1941) Sewaktu zaman penjajahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar subjek-subjek dalam bahasa Inggeris. Hal yang demikian, ia memberi cabaran dan halangan terhadap bangsa Melayu ketika itu kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini pula ditambah dengan dasar yang dibuat oleh pihak British untuk menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat (Sufean Hussin, 2002:129). Hanya pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari kelas atasan sahaja yang diberi peluang untuk belajar di sekolah Inggeris. Pada zaman penjajahan ini, sistem persekolahan tidak lagi menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan kerana British hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukannya sendiri sahaja (Ibrahim Saad, 1986). Semasa penjajahan British, pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999:37). Kewujudan sekolah vernakular ini telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk kaum tertentu iaitu sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India. Walau bagaimanapun, British tidak memainkan peranan dengan adil terutamanya dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa. Contohnya, sekolah vernakular Melayu dan Tamil hanya terhad untuk sekolah rendah
6

sahaja, manakala sekolah vernakular Cina mendapat keistimewaan melalui sekolah rendah (6 tahun), junior middle (3 tahun), dan senior middle (3 tahun). Lulusan untuk sekolah Melayu hanya setakat memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling rendah. Terdapat lima jenis pendidikan yang wujud dengan ciri-ciri yang berbeza iaitu: a) Pendidikan agama/pondok/arab Dikuasai oleh golongan yang berpendidikan agama tanpa wujudnya campur tangan penjajah. Penubuhan sekolah-sekolah agama, arab dan pondok banyak terdapat di beberapa negeri seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Infrastruktur dan pengurusan di sekolah agama dan arab lebih lengkap dan sistematik berbanding dengan sekolah pondok. Sekolah pondok biasanya terdapat di kawasan pedalaman dan dimiliki oleh individu yang berpengaruh dari segi keilmuan agamanya. Tenaga pengajar kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pernah mendapat didikan pondok di tempat lain. Mereka biasanya mengajar secara percuma. Kurikulum di sekolah agama dan arab berkisar kepada usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan sahsiah sesuai dengan ajaran agama islam seperti dari segi penguasaan bahasa arab, tulisan jawi, akhlak sosial, ekonomi, politik dan peribadatan. b) Sekolah Vernakular Melayu Penjajah Inggeris memainkan peranan dalam pendidikan sekolah Melayu sama ada dari segi kokurikulum, tenaga pengajar, infrastruktur, buku dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menunaikan janjinya menyebarkan ketamadunan kepada masyarakat yang dijajah. Namun, ketidakikhlasan jelas kelihatan apabila sistem pendidikan yang dibina hanya di peringkat asas sahaja iaitu menjadikan pelajar Melayu lebih baik sedikit

daripada orang tuanya. Kurikulum hanya tertumpu kepada anyaman dan perkebunan, asas membaca dan mengira. c) Sekolah Vernakular Cina Dikuasai oleh saudagar dan persatuan Cina yang membina dan menentukan sendiri kurikulum, buku, tenaga pengajar dan lain-lain. Tenaga pengajar, kurikulum dan buku teks dibawa dari Negara China. Pentadbir Inggeris bersikap tidak campur tangan sama ada dari segi pembinaan, pembiayaian dan pengurusannya. Namun begitu, apabila wujudnya perkembangan anti Inggeris di kalangan masyarakat Cina, pihak pentadbir Inggeris telah melaksanakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920 bagi mengawal perkembangan sekolah-sekolah Cina. d) Sekolah Tamil Dikuasai oleh saudagar dan persatuan India yang bertanggungjawab dalam membina dan menentukan sendiri kurikulum, buku, tenaga pengajar dan lain-lain. Sekolah Tamil dibina dibina di estet-estet kopi, kelapa, tebu dan getah. Pentadbir Inggeris telah mewajibkan tuan punya estet menyediakan sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja mereka. Oleh kerana ia terbatas di kawasan estet dan sumber kewangan serta tenaga yang terhad, pendidikan di sekolah Tamil hanya tertumpu kepada sekolah rendah sahaja. e) Sekolah Inggeris Sekolah yang mewujudkan oleh mubaligh Kristian dan mendapat bantuan daripada penjajah. Ia hanya terdapat di bandar sahaja. Kurikulumnya lebih teratur dan sistematik serta mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajarnya. Ia pada dasarnya disediakan untuk anak-anak masyarakat peribumi golongan bangsawan dan saudagar Cina dan India. Ini akan dapat mengekalkan perbezaan sosial yang telah sedia wujud dalam masyarakat.
8

Kesimpulannya,

penjajah

menjalankan

dasar

pecah

perintah

bagi

mengekalkan kedudukannya di negara yang dijajah. Penjajah juga telah melaksanakan dasar tidak campur tangan dalam sistem pendidikan kecuali sekolah melayu kerana: a) Tidak mahu membebankan kewangan mereka.
b) Dapat mengekalkan perpecahan di kalangan masyarakat di negara yang dijajah.

Empat ciri utama sistem pendidikan ialah: a) Kurikulum berbeza dan tersendiri. b) Sekolah wujud berdasarkan kepada kaum. c) Tidak ada dasar menggunakan bahasa pengantar tunggal. d) Sekolah terpisah menurut kedudukan geografi dan taburan penduduk.

II.

SISTEM PENDIDIKAN PRAKEMERDEKAAN (1950-AN 1957) Penjajah menyedari perlunya memperbaiki kesilapan atas tindakan mereka semasa mentadbir di tanah melayu, agar tidak dipersalahkan oleh generasi yang akan datang terhadap tindakan penjajahan yang mereka lakukan. Mereka membuat dasar baru dalam sistem pendidikan iaitu:

a) Mengembalikan hak peribumi. Contohnya hak keistimewaan seperti bahasa dan hak mendapatkan pendidikan. b) Menyatupadukan masyarakat berbilang kaum agar tidak berlaku kekacauan dan diambil kesempatan oleh fahaman komunisme yang berkembang di Asia Tenggara. Maka, Laporan Barnes 1950 telah menjadi penggerak kepada perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu kerana ia telah bangkit kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun 1946 (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999:9). Mengikut laporan Barnes 1950, kewujudan
9

sekolah vernakular tidak menyumbang ke arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. Tetapi masyarakat Cina merasa bahawa kedudukan mereka tergugat dan atas desakan kaum mereka sendiri juga kerana terhasilnya Laporan Fenn-Wu 1951, berusaha dan bertujuan untuk mempertahankan kedudukan pendidikan masyarakat Cina. Perubahan pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara. Ordinan Pelajaran 1952 telah ditubuhkan, impak daripada hala tuju Laporan Barnes 1950 dan Laporan FennWu 1951 yang berlainan matlamat untuk dicapai. Laporan laporan Pendidikan Prakemerdekaan Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa Barnes ditubuhkan pada tahun 1949 bagi memenuhi tujuan asasnya untuk mencantumkan semua sekolah vernakular iaitu sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Pentadbir Inggeris menganggap sekolah di peringkat rendah mampu menjadi ejen kepada penyatuan dan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Laporan Barnes mencadangkan: a) Satu sekolah rendah untuk semua kaum dan diajar oleh guru yang terdiri daripada semua kaum.
b) Penggunaan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di semua

sekolah.
c) Sekolah lain dimansuhkan (sekolah Cina dan sekolah Tamil).

d) Sekolah menengah hanya menggunakan satu bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris.
e) Sekolah percuma kepada semua kanak kanak sehingga berumur enam tahun.

f) Penubuhan jemaah nazir bagi memantau pengendalian sistem pendidikan.


10

g) Latihan guru diwujudkan bagi memastikan penyelarasan guru-guru yang mengajar di sekolah terdiri daripada guru yang berkemampuan. Laporan Barnes telah ditolak kerana:
a) Orang Melayu berpendapat bahawa bahasa Melayu tidak diberi kedudukan sewajarnya

di sekolah Inggeris dan sekolah menengah.


b) Orang bukan Melayu pula berpendapat laporan ini menghapuskan bahasa dan

kebudayaan mereka. c) Tidak mempunyai peruntukan bagi membina dan membesarkan sekolah baru. Laporan Fenn-Wu 1951 Laporan disediakan oleh dua penasihat dari Negara China iaitu Dr. W. P. Fenn dan Dr. Wu. Mereka menganggap segala unsur kesinambungan dan hak mutlak yang ingin diwujudkan oleh penjajah sebagai tidak adil. Bagi mereka apa yang penting ialah segala perubahan perlu bersifat realiti dengan mengambil kira keadaan dan perkembangan semasa. Laporan Fenn Wu mencadangkan untuk:
a) Menghapuskan dasar dua bahasa pengantar dan mengekalkan penggunaan tiga bahasa

pengantar iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil.


b) Memberi bantuan kewangan kepada sekolah Cina.

c) Buku buku teks yang dibawa dari Negara china perlu dikekalkan tetapi perlu memasukkan juga nilai nilai masyarakat tempatan. d) Melatih guru-guru di sekolah cina di maktab perguruan. Ordinan Pelajaran 1952

11

Hasil daripada penyemakan dua laporan iaitu Laporan Barnes dan laporan Fenn Wu. Keputusan telah dibuat untuk:
a) Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah

kebangsaan.
b) Sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa

Tamil tetapi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris turut diajar.

III.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SELEPAS KEMERDEKAAN

12

Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan negara bangsa yang amat panjang dalam mengorak langkah mencapai kemerdekaan. Selari dengan proses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman. Laporan Razak 1956 yang dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman Talib 1960 menjadi titik tolak ke arah pengukuhan dan pemantapan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Selepas merdeka 1957, Malaysia sebagai negara baru memulakan langkah dengan bermatlamatkan perpaduan nasional dengan tujuan untuk mengukuhkan semula sistem pendidikan Negara. Langkah ini telah terbukti setelah tertubuhnya Akta Pelajaran 1961 dimana ia menunjukkan usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Dalam Laporan Razak 1956, jawatankuasa pelajaran diketuai oleh Abdul Razak selaku Menteri pelajaran. Dasar laporan yang dihasilkan sangat mengambil berat terhadap isu-isu sensitif bagi menjamin kemerdekaan iaitu pertamanya penggunaan bahasa pengantar dimana bahasa ibunda masih lagi digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu, Cina, dan India. Bahasa Melayu hanya menjadi mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya bukan bahasa Malayu. Manakala bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah. Isu sensitif yang seterusnya ialah semua sekolah mesti menggunakan sukatan pelajaran yang sama berasaskan kepada ke Tanah Melayuan. Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956) Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai
13

perubahan yang positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara . Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal demikian menjadikan dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960 yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan 1961. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

IV.

PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN

SELEPAS

TERTUBUHNYA

PERSEKUTUAN MALAYSIA (1963)


14

Semenjak penubuhan Malaysia, kemajuan yang pesat dalam bidang pembangunan ekonomi dan sosial telah tercapai. Negara menikmati taraf hidup yang agak tinggi serta suasana keharmonian masyarakat berbilang kaum. Walau bagaimanapun, masih banyak masalah ekonomi dan sosial yang belum diselesaikan. Oleh yang demikian, Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) telah dibentuk untuk menyelesaikan masalah-masalah ini melalui rancangan pembinaan ekonomi dan sosial yang dirancangkan dengan teliti. Oleh itu untuk mencapai matlamat Malaysia yang kaya dan bahagia, kejayaan usaha merupakan syarat utama. Sehubungan dengan itu, perkembangan pendidikan merupakan usaha utama dalam membantu mencapai matlamat tersebut. Dengan itu, apabila tertubuhnya Malaysia, sistem pendidikan tradisional terus diorientasikan bukan sahaja untuk mencapai matlamat pembinaan Negara dan kenalhuruf., tetapi juga untuk mncapai matlamat ekonomi Negara. Pada tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan dan pada masa itu wujudnya tiga sistem pendidikan yang berbeza di Negara ini. Namun yang demikian, ketiga-tiga sistem tersebut menawarkan Program Pendidikan Dwibahasa Peralihan. Satu sistem pendidikan yang komprehensif telah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah rendah pada tahun 1965. Selain daripada mata-mata pelajaran akademik, murid-murid dikehendaki mengambil satu mata pelajaran vokasional, iaitu Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Terdapat satu ciri perkembangan pendidikan yang nyata di Semenanjung Malaysia semenjak tertubuhnya Malaysia iaitu usaha dalam mengubah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan. Dimana ianya untuk memastikan sistem persekolahan Negara akan benar-benar mempunyai sifat kebangsaan. Proses perubahan ini dijalankan berperingkat-peringkat sejak tahun 1968; bermula dengan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Muzik, Senilukis dan Perkerjaan Tangan dan Kajian Tempatan dalam Bahasa Kebangsaan, untuk darjah 1-3. Manakala pada tahun 1969, mata pelajaran Sivik (darjah 4) diajarkan dalam bahasa Kebangsaan. Selain dari itu, pada awal penubuhan Malaysia juga masih terdapat dua jenis sekolah rendah dan menengah iaitu sekolah rendah/ menengah Inggeris yang ditubuhkan oleh
15

mubaligh Kristian dan sekolah rendah/ menengah Cina yang ditubuhkan oleh saudagar Cina yang menjadi teras kepada pendidikan di Sabah dan Sarawak. Dasar pendidikan di Sabah dan Sarawak tertakluk kepada perjanjian antara kerajaan Sabah dan Sarawak dengan kerajaann persekutuan. Dalam perjanjian tersebut pentadbiran pendidikan bagi negeri Sabah dan Sarawak berada di bawah kawalan kerajaan negeri masing-masing Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami penyusunan semula diantara 1970 hingga 1990. Pada tahun tersebut pihak kerajaan memberikan tumpuan dan usaha yang lebih untuk membuat perubahan menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri. Oleh yang demikian, dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan telah dibuat penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Begitu juga dengan struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya wujud kesinambungan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi. Politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia telah mengalami perubahan disebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dimana matlamatnya untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional melalui pembasmian kemiskinan di kalangan semua kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan
16

bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Selain dari itu, peristiwa berdarah itu turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan. Pada 1971-1975 iaitu ketika Rancangan Malaysia Kedua, rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidang, iaitu: (1) menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara, (2) memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat, dan (3) memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden. Oleh yang demikian, strategi untuk melaksanakannya disediakan bagi mencapai rancangan tersebut. Antara strategi-strateginya ialah melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara berperingkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan sekolah di luar bandar, dan meningkatkan mutu pelajaran. Tahun 1976 adalah permulaan Rancangan Malaysia Ketiga. Sebagaimana yang dirangkakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-80), objektif-objektif pendidikan di bawah rancangan ini adalah seperti berikut : 1. Memperkukuhkan sistem pendidikan bagi memupuk penyatuan dan perpaduan negara menerusi: i) Perlaksanaan seterusnya bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pendidikan dengan cara berperingkat- peringkat, ii) Pembentukan keperibadiaan, watak dan warganegara yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan-kegiatan di luar bilik darjah, iii) Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan di antara golongan yang kaya dengan yang miskin, serta di
17

antara wilayah dan di antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama, iv) Penyatuan sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dengan sistem pendidikan kebangsaan dengan cara beransur-ansur, 2. Menyesuai dan memperluaskan sistem pendidikan dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terhadap tenaga rakyat, terutama dalam bidang sains dan teknologi. 3. Memperbaiki mutu pendidikan untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan negara. 4. Meninggikan kebolehan penyelidikan perancangan dan perlaksanaan untuk mencapai matlamat-matlamat yang utama. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah menggubal kurikulum dengan melahirkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan juga membina Falsafah Pendidikan Negara sebagai teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah wujudkan rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara; manakala pada tahun 1989 kerajaan melaksanakan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah menengah seluruh Malaysia. Kedua-dua KBSR dan KBSM mempunyai objektif yang sama, iaitu sebagai alat perpaduan kaum dan negara. Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada tahun 1990, kesinambungan daripadanya terbentuk Dasar Pembangunan Negara (DPN), 1991-2000, di mana ketika ini ialah berlangsungnya rancangan Malaysia ke-enam dan ke-tujuh. Dalam rancangan Malaysia ke-tujuh, terutama dalam sektor pendidikan, kerajaan merangka untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia.

18

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN a. Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran Menjelang tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan dimana ianya bergerak seiring dengan keperluan semasa. Dimana ianya disebabkan masyarakat yang juga turut berubah kesan daripada arus permodenan dan globalisasi. Sehingga pada masa kini, sistem persekolahan di Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan juga sekolah kebangsaan jenis Cina. Isu-isu mengenai sistem persekolahan kerap dibincangkan dan diperdebatkan tetapi masih tiada jalan penyelesaian yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut untuk mengubahkan sistem persekolahan yang lama kepada yang baru. Disebabkan negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum iaitu melayu, cina dan india, isu-isu sistem persekolahan merupakan satu isu yang amat sensitif bagi masyarakat kerana masyarakat mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Maka ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada setiap kaum yang mana masing-masing ingin memperjuangkan hak kaum dan memelihara bahasa ibunda mereka. Bermula dari zaman penjajah lagi, setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat seringkali dipengaruhi oleh politik tanah air. Bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan pihak kerajaan adalah satu-satunya pihak yang sentiasa memainkan peranan penting, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil masih kurang memuaskan. Sistem persekolahan Malaysia masa kini tidak mengalami banyak perubahan dari aspek perpaduan kaum. Dimana, di sekolah kita dapat lihat murid-murid dapat membina hubungan baik sesama mereka kerana sekolah merupakan tempat untuk membina asas hubungan yang baik. Di sekolah mereka dapat beramah mesra,bergaul, saling kenal mengenal, dan juga merapatkan silaturrahim. Walau bagaimanapun, usaha ini seakan terbantut disebabkan kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
19

dimana ianya telah menambahkan lagi jurang integrasi diantara kaum. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat akan semakin pudar. Hal ini disebabkan sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bertemu untuk saling kenal mengenali dan merapatkan hubungan. Hal ini juga disebabkan masalah bahasa yang menjadi faktor ibu bapa kaum lain tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Dan begitu juga dengan di sekolah jeins kebangsaan yang mana tidak menerapkan bahasa ibunda kaum lain di dalam mata pelajaran. Maka dengan itu wujudlah sistem aliran sekolah yang berbeza-beza. Bagi mengurangkan jurang integrasi antara kaum, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan beliau sedia membuat pertimbangan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Kerajaan harus mengambil kira kehendak rakyat dalam melaksanakan dasar tersebut bagi memastikan perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat tidak berlaku. Tetapi sehingga kini, masih belum mendapat persetujuan diantara kaum untuk menggunakan satu aliran sistem persekolahan sahaja kerana bagi mereka ianya untuk memelihara bahasa ibunda kaum mereka. Semangat perpaduan perlu dipupuk dikalangan rakyat, dengan itu satu aliran sistem persekolahan perlu ditubuhkan dan dilaksanakan. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Menerusi sistem sekolah satu aliran, penggunaan bahasa oleh rakan-rakan lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau kepada sesiapa saja daripada lain-lain etnik yang berminat. Di samping mereka boleh bergaul secara meluas, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain.

20

Murid-murid melayu mempunyai bilangan yang sedikit di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil berbanding dengan sekolah jenis kebangsaan disebabkan penggunaan bahasa yang menjadikan jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua situasi yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.
b. Pengajaran Pendidikan Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Tujuan PPSMI ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Selain dari itu, rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Namun begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Di dalam pendidikan Malaysia, isu PPSMI merupakan isu besar kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu
21

terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atau Non Governmental Organization yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Terdapat sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkinkah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya bimbang akan masa depan anak-anak mereka makanya mereka masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI. c. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Dalam bidang pendidikan kurikulum adalah salah satu platform sebagai hala penentu kepada perkembangan pelajar-pelajar dan muridmurid di sekolah.Ia adalah salah satu faktor yang penting dan memberi kesan yang mendalam samada dalam bentuk positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Namun disebalik ini tanpa disedari wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kurikulum dan kokurikulum ini. Disebabkan kelamahan-kelemahan inilah reaksi negative dikalangan masyarakat kelihatan dan mula di persoalkan. Sebagai contoh, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan India sebagai subjek wajib. Ini telah menyebabkan ibu bapa Cina dan Tamil menjauhi sekolah kebangsaan kerana bagi mereka bahasa ibunda merupakan identity mereka yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir (2008) memberi pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib
22

diambil oleh murid-murid Cina dan India (kenyataan dalam Utusan Online dihttp://www.utusan.com.my, 2/12/2008). Manakala murid-murid Melayu boleh mengambil subjek Bahasa Mandarin dan Tamil ini sebagai subjek elektif. Dengan ini secara tidak langsung dapat membentuk dan merapatkan jurang perbezaan bahasa dan perkauman yang selama ini wujud di antara mereka seterusnya meningkatkankan lagi perpaduan dikalangan rakyat negara kita. Dengan itu masyarakat khususnya perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berdasarkan keperluan pembentukan negara Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, agama disamping membolehkan Malaysia maju ke hadapan. Menurut Shahril@Charil Marzuki et al (1995:110-125) salah satu pendekatan yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ialah KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Namun bagi meningkatkan keberkesanan kurikulum ini penambahbaikkan masih perlu dilakukan. d. Merealisasikan Wawasan 2020 Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Perpaduan adalah pra syarat bagi sesebuah organisasi atau masyarakat untuk memaksimumkan tenaga, usaha, fikiran dan pengeluaran dan sektor pendidikan merupakan salah satu medium yang penting boleh digunakan kearah menuju Wawasan 2020. Bagi memastikan perpaduan system persekolahan yang sempurna adalah salah satu pendekatan yang diguankan dalam sektor pendidikan. Dalam sistem persekolahan tema perpaduan adalah satu tema yang penting yang dititikberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020 dapat dilaksanakan dan direalisasikan. Ini
23

kerana negara tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai negara maju dan hanya mempunyai masa 9 tahun dari sekarang (2011). Walau bagaimanapun, masih terdapat situasi-situasi dikalangan masyarakat dan negara sekarang yang timbul dalam usaha dan persediaan untuk menghadapi Wawasan 2020. Contohnya, keutuhan hubungan masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana di dapati masih lagi wujud kelemahan dalam hubungan dikalangan mereka. Disebalik peranan sistem persekolahan yang menjadi medium bagi perpaduan, masih lagi wujud permasalahan dalam menentukan system persekolahan kerana ada percanggahan dalam menentukan sistem tersebut dimana ada yang mahu mengekalkan system yang sedia ada dan ada yang mahu mengubahnya. PERANAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN Peranan pendidkan penting dalam usaha memupuk integrasi dan perpaduan kaum dikalangan bangsa negara Malaysia. Dalam konteks Malaysia, penerimaan bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan telah lama disedari. Oleh itu, menerusi dasar pendidikan Kebangsaan, beberapa langkah telah diambil dalam usaha kearah mencapai matlamat ini. Usaha mencapai matlamat tersebut, beberapa strategi telah disusun dan dilaksanakan dalam mebentuk perpaduan di negara kita. Dalam usaha untuk melaksanakan perpaduan ini, terdapat beberapa strategi yang di gunakan. Pertama sekali, menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kedudukan serta peranan Bahasa kebangsaan dalam system pentadbiran dan system pendidikan ini dinyatakan dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152 perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa melayu. Akta Bahasa kebangsaan 1967 telah menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa Bahasa kebangsaan bertindak sebagai tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia berperanan sebagai bahasa pengantaraan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Penggunaan bahasa yang seragam mampu membantu menghilangkan perasaan prasangka dan meningkatkan kefahaman budaya sesuatu kaum
24

tentang budaya kaum-kaum yang lain dan ini seterusnya dapat membantu memupuk integrasi antara kaum dan juga perpaduan. Seterusnya kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan yang sudah sedia terjalin dikalangan rakyat Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi natara kaum sejak dari kecil lagi dipercayai dapat mencorakkan kanak-kanak. Ini kerana mereka di ibaratkan sebagai kain putih dimana, bila baik corak yang kita lukis maka baiklah mereka dan mereka juga masih jauh lagi dari sebarang pemikiran positif. Dengan tertubuhnya Sekolah Wawasan yang menyediakan sistem persekolahan yang menempatkan 3 aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai bahasa melayu. Ini kerana terdapat segelintir murid dari SRJKC yang masih lemah dalam Bahasa Melayu. Selain daripada itu, strategi pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu langkah yang digunakan kerajaan bagi memastikan pelajar khususnya yang berada di kawasan luar bandar ataupun pedalaman dan yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa mendapat peruntukan secara adil dan di beri perhatian khas oleh kerajaan. Oleh itu, semua kaum diharapkan dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan. Disamping itupelajar-pelajar dari kalangan pelbagai kaum juga tidak disekat untuk bersekolah dimana-mana sekolah dinegara kita dan hak-hak kebudayaan kaum-kaum lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing tetap dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Disamping itu, kerajaan juga telah mengerakkan semula Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986 semasa beliau menjadi Menteri pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal pelaksanaanya RIMUP menumpukan kepada perinkat sekolah rendah dan mengandungi pelaksanaan aktiviti kokurikulm sukan secara bersama oleh pelajar dari pelbagai kaum. Namun begitu pelaksanaan berkenaan kurang diberi penekanan tentang kefahaman konsep aktiviti yang dilaksanakan dan disebabkan

25

itulah melalui Pelan Induk Pembangunan Pelajar (PIPP 2003-2010), Kememterian pelajaran Malaysia telah memberi nafas baru dengan megerakkan semula RIMUP. KESIMPULAN Dasar yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Perkembangan ekonomi masa kini kian pesat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bagi memelihara dan mempertahankan nilai-nilai perpaduan, bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahankelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan segera. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia haruslah menyokong sepenuhnya segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum. Ianya bersesuaian dengan perubahan masa dimana pelbagai dasar yang telah diwujud sejak daripada kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan. Selain dari itu, sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya di universiti. Kegagalan ini akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatu padu. Bagi memupuk integrasi antara kaum atau etnik di sekolah pelbagai cara harus digunakan atau dilaksanakan. Oleh itu, konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ianya harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan
26

dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Seandainya terdapat perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Hal ini bertujuan supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatu padu, harmonis dan berjiwa Malaysia.

SENARAI RUJUKAN: 1. Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin, Sosiohumanika, 4(1) 2011. Jurnal Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran, Dan Pelaksanaa Kea Rah Perpadua Nasional..
27

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Teras Ke-4 Membina Negara Bangsa. 3. J.S. Solomon (1989).IBS Buku Sdn.Bhd. Perkembangan Pendidikan Dwibahasa Untuk Perpaduan Nasional Di Malaysia. 4. Abu Zahari Abu Bakar (1984). Siri Teks Kolej Fajar Bakti. Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia. 5. Abdul Rahim M. Ali (2001). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ilmu Pendidikan DPM.
6. Utusan Online dihttp://www.utusan.com.my, 2/12/2008)

BIBLIOGRAFI:
1. Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia , Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan

Bahasa Pustaka.Kuala Lumpur.

28

2. Mohd Salleh Lebar 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,

Thinkers Library Sdn.Bhd. Selangor 3. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Kenyataan Mukriz Mahathir dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my [dilayari

di Kuala Lumpur, Malaysia: 2 Disember 2008].


5. Shahril @ Charil Marzuki et al. (1995). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit

UM [Universiti Malaya].

6. Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

7. Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

29

Вам также может понравиться