Вы находитесь на странице: 1из 20

DERAF

GARIS PANDUAN SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL BAGI PEMBANGUNAN BARU

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PPSPPA) KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

DRAF DISEMBER 2009

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0

PENDAHULUAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN PERINTAH PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT ORDER) ARAHAN AM BAGI PERMOHONAN KELULUSAN SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL 3.1 3.2 ARAHAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN SISA BINAAN SYARAT-SYARAT REKABENTUK SISTEM PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL 3.2.1 3.2.2 ANGGARAN KUANTITI PENJANAAN SISA PEPEJAL HARIAN MENGIKUT KATEGORI PEMBANGUNAN ARAHAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PEMBINAAN KEBUK SAMPAH (REFUSE CHAMBER) / PUSAT PENGUMPULAN SAMPAH (REFUSE COLLECTION POINT)

3 4 5

7 8

A.

PEMBANGUNAN KEDIAMAN 1.0 PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN JENIS SESEBUAH (BANGLO), BERKEMBAR (SEMI DETACHED), TERES, DAN RUMAH BANDAR (TOWNHOUSE) 1.1 1.2 2.0 SYARAT-SYARAT UMUM SYARAT-SYARAT TEKNIKAL 8 9

PEMBINAAN KEBUK SAMPAH PUSAT 10 PENGUMPULAN SAMPAH KEDIAMAN JENIS PANGSAPURI, RUMAH PANGSA DAN KONDOMINIUM SISA DOMESTIK 2.1.1 KEBUK SAMPAH (RC) SETIAP TINGKAT 2.1.1.1 SYARAT-SYARAT UMUM 2.1.1.2 SYARAT-SYARAT TEKNIKAL 2.1.2 PUSAT PENGUMPULAN SAMPAH (RCP) 2.1.2.1 SYARAT-SYARAT UMUM 2.1.2.2 SYARAT-SYARAT TEKNIKAL 11 12 10 11

2.1

2.2

SISA PUKAL 2.2.1 PUSAT PENGUMPULAN SISA PUKAL (BULKY WASTE COMPARTMENT)

2.2.1.1 SYARAT-SYARAT UMUM 2.2.1.2 SYARAT-SYARAT TEKNIKAL

13 14

2.3

PENEMPATAN TONG SAMPAH (LITTER BIN) BAGI RUANG KEMUDAHAN AWAM PADA PEMBANGUNAN KEDIAMAN.

15

B.

PEMBANGUNAN BUKAN KEDIAMAN 1.0 2.0 SYARAT-SYARAT UMUM SYARAT-SYARAT TEKNIKAL 16 17

C.

PEMBANGUNAN BERCAMPUR 1.0 SYARAT-SYARAT UMUM 18

4.0

ALTERNATIF TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA PEPEJAL 4.1 4.2 4.3 VACUUM SYSTEM DEEP COLLECTION SYSTEM SISTEM PENGISAR MAKANAN DI SINKI 20 21 22

1.0

PENDAHULUAN

Perbadananan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) bertanggungjawab dalam mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang bersepadu, komprehensif dan berkesan bagi mencapai tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan kos efektif bagi memelihara alam sekitar dan menjamin kesihatan awam. Tujuan manual Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Bagi Pembangunan Baru ini dikeluarkan adalah sebagai satu garis panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan baru supaya pengurusan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. OBJEKTIF GARIS PANDUAN Menseragamkan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia Memudahkan penyediaan dan pembangunan kemudahan sistem pengurusan sisa pepejal oleh pemaju/pemilik. Dapat memenuhi segala keperluan dan kehendak sistem pengurusan sisa pepejal yang komprehensif.

Dalam pengendalian proses pengumpulan, pemungutan, dan pelupusan sisa pepejal, kerap kali timbul beberapa masalah kepada orang ramai. Oleh itu, satu sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap dan berkesan perlu diadakan dan dilaksanakan. Ini semua memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya orang ramai, pemaju, arkitek dan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan baru.

2.0

ARAHAN AM BAGI PERMOHONAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

KELULUSAN

SISTEM

Pihak pemilik/pemaju hendaklah berurusan dengan PPSPPA dari segi sistem pengumpulan sisa pepejal yang akan digunapakai berdasarkan faktor-faktor berikut :1. Jenis pembangunan yang akan dilaksanakan. 2. Lokasi pengumpulan sisa pepejal yang dicadangkan. 3. Cadangan sistem pengumpulan sisa pepejal dengan lukisan terperinci; dan 4. Cadangan laluan lori pungutan sisa pepejal ditunjukkan dalam lukisan susunatur. menyediakan perkara berikut semasa

Pihak pemilik/pemaju hendaklah mengemukakan permohonan :BIL 1 2 3 4

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Surat Perintah Pembangunan yang masih sah dan salinan pelan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan Pelan lokasi dan pelan tapak yang diwarnakan dan ditandatangani oleh arkitek dan pemilik. Surat pengesahan perlantikan panel kontraktor pungutan sisa bahan binaan yang berdaftar. Pelan cadangan penempatan 'container' sisa bahan binaan yang diwarnakan dan ditandatangan oleh arkitek dan pemilik beserta borang plan pengurusan sisa binaan. Jadual pengiraan anggaran kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap hari dengan menggunakan format seperti di Lampiran 1 + waste categories. Pelan terperinci Kebuk Sampah (RC) / Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) yang diwarnakan dan ditandatangan oleh arkitek dan pemilik. Pelan tapak menunjukkan jalan dan arah aliran longkang yang diwarnakan / kawasan lapangan / kawasan berumput / parking. Jadual anggaran panjang jalan dan longkang serta keluasan kawasan lapang dengan menggunakan format seperti Lampiran 2. Soft copy mengandungi pelan yang telah diluluskan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan mengikut arahan PPSPPA.

BILANGAN 1 set 2 set 1 set 2 set

2 set

2 set

2 set

2 set

1 set

Jadual 3.1 : Dokumen Permohonan Semua pelan sistem pengumpulan sisa pepejal tersebut hendaklah dicetak dalam saiz A1

2.1

SEMAKAN KEPERLUAN PENGURUSAN SISA DIPERINGKAT PEMBINAAN

Perintah Pembangunan yang dikeluarkan bagi syarat-syarat perkhidmatan / keselesaan / keselamatan awam adalah :Suatu sistem pengumpulan sisa pepejal hendaklah disediakan seperti di bawah : Pemilik/pemaju dikehendaki mengemukakan cadangan lokasi, pengumpulan, pelupusan serta spesifikasi sistem pengumpulan sisa binaan atau runtuhan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) untuk semakan. Pemilik/pemaju dikehendaki melantik panel kontraktor pungutan sisa bahan binaan/runtuhan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan / syarikat konsesi Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya ada, untuk menguruskan pengumpulan dan pelupusan sisa binaan. Pemilik/pemaju dikehendaki melantik panel kontraktor yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan / Syarikat Konsesi untuk menguruskan sisa pepejal domestik yang dijana oleh pekerja tapak binaan.

2.2

ARAHAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN SISA BINAAN 3.1.1 Pihak pemilik/pemaju hendaklah menyediakan 'container' jenis RoRo (Roll on & Roll off) yang diletakkan di luar tapak pembinaan. 'Container' tersebut hendaklah bebas daripada sebarang halangan bagi memudahkan perkhidmatan kutipan dilaksanakan. 3.1.2 Pihak pemilik/pemaju hendaklah menyediakan 'container' yang bersesuaian dengan anggaran kuantiti sisa binaan yang akan dijana. Sekiranya penjanaan sisa semasa pembinaan adalah melebihi anggaran penjanaan asal, pihak PPSPPA berhak mengeluarkan arahan penambahan 'container' bagi mengatasi masalah tersebut. 3.1.3 Perkhidmatan pelupusan sisa binaan hendaklah dilaksanakan oleh kontraktor yang berdaftar dan Pihak Berkuasa Tempatan / Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya ada, 3.1.4 Pihak pemilik/pemaju hendaklah mengemukakan salinan lesen dan surat pengesahan perlantikan kontraktor sisa binaan kepada PPSPPA.

3.2

SYARAT-SYARAT REKABENTUK SISTEM PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL 3.2.1 ANGGARAN KUANTITI PENJANAAN SISA PEPEJAL HARIAN MENGIKUT KATEGORI PEMBANGUNAN. a) Bagi membuat kuantiti penjanaan sisa pepejal harian bagi sesebuah pembangunan, pihak pemilik/pemaju hendaklah menggunakan pengiraan anggaran kuantiti yang ditetapkan. Contoh pengiraan adalah seperti di Jadual. Bagi pembangunan jenis kediaman, anggaran kuantiti sisa pepejal yang akan dijana adalah dengan mengambilkira satu kediaman untuk 5 orang. Setiap orang akan menjanakan 1.25kg/hari (Berdasarkan Malaysia Country Report 2001). Bagi pembangunan bukan kediaman, penjanaan sisa adalah dianggarkan berdasarkan luas lantai, bilangan pelajar, katil, bilik, unit dan tempat duduk. Dianggarkan satu unit kediaman mempunyai 5 orang penghuni oleh itu, penjanaan sisa bagi satu unit rumah ialah 6.25kg ( 5 penghuni x 1.25kg). Berdasarkan kajian di lapangan, sebanyak 200kg sisa pepejal boleh dimuatkan dalam 1m 'container'. Oleh itu, dianggarkan 1m = 200kg.
KUANTITI SISA PEPEJAL SEHARI m kg

b)

c)

d)

e)

BIL KATEGORI PEMBANGUNAN 1 KEDIAMAN Rumah teres, rumah berkembar, rumah banglo, pangsapuri, kondominium dan townhouse. 2 BUKAN KEDIAMAN a)Pejabat, Kedai, Institusi dan Pusat Servis. b)Pasaraya, Gedung, Restoran c)Kilang d)Hospital e)Gerai makan / pasar f)Hotel g)Asrama h)Sekolah i)Stadium

0.03 m/unit m 0.15 m / 300m 0.80 m / 300m 0.50 m / 300m 0.01 m / katil 0.15 m / unit gerai 0.01 m / bilik 0.01 m / bilik 0.003 m / pelajar 0.0003 m/ tempat duduk

6.25kg / unit kg 30kg / 300m 160kg / 300m 100kg / 300m 2kg / katil 30kg / unit 2kg / bilik 2kg / bilik 0.6kg / pelajar 0.06g / tempat duduk

Jadual 3.2 : Jadual Pengiraan Anggaran Kuantiti Sisa Pepejal 6

4.0

ARAHAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PEMBINAAN KEBUK SAMPAH (REFUSE CHAMBER) / PUSAT PENGUMPULAN SAMPAH (REFUSE COLLECTION POINT) PEMBANGUNAN KEDIAMAN

4.1

4.1.1 Pembinaan Rumah Kediaman Jenis Sesebuah (banglo), Berkembar (semi detached), Teres, dan Rumah Bandar (Townhouse). Pembinaan kebuk sampah (Refuse Chamber) bagi pembangunan kediaman (landed property) hendaklah mematuhi garis panduan berdasarkan syarat-syarat berikut :4.1.2 Syarat-syarat Umum:1.1.1 Pemilik / pemaju hendaklah menyediakan tempat yang bersesuaian untuk meletakkan tong mudah alih beroda berkapasiti 120L.

4.2

Pembinaan Kebuk Sampah dan Pusat Pengumpulan Sampah Rumah Kediaman Jenis Pangsapuri, Rumah Pangsa, dan Kondominium.

Bagi pembinaan rumah jenis berbilang tingkat seperti pangsapuri, rumah pangsa dan kondominium, pihak pemilik/pemaju hendaklah menyediakan ruang pengumpulan sampah yang berasingan bagi sisa domestik dan sisa pukal. Pembinaan ruang pengumpulan tersebut hendaklah mematuhi garis panduan berdasarkan syarat-syarat berikut : 2.1 Sisa Domestik:2.1.1 Kebuk Sampah (RC) setiap tingkat. 2.1.1.1 (a) Syarat-syarat Umum

Kebuk sampah hendaklah dibina di lokasi yang sesuai iaitu bebas daripada sebarang halangan untuk memudahkan 7

urusan kutipan. Selain itu, pemasangan paip/salur air, elektrik, penyaman udara dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. (b) Pemilik/pemaju hendaklah menyediakan saiz kebuk sampah yang bersesuaian bagi memuatkan tong mudah alih beroda (MGB) berkapasiti minima 240L. Walaubagaimanapun bilangan tong adalah bergantung kepada anggaran penjanaan sisa (Rujuk Jadual 3.2) Pembinaan pelongsor sampah (waste chute) adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2009 (Kawasan Penstoran Sisa Bagi Pembangunan Baru). Pemilik/pemaju hendaklah memaklumkan kepada PPSPPA apabila pembinaan kebuk sampah telah siap dengan sempurna supaya satu pemeriksaan dapat dilakukan sebelum surat sokongan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan. Syarat-syarat teknikal Permukaan lantai kebuk sampah hendaklah dari kemasan jubin glis (glazed tiles) dan mempunyai peragkap lantai (floor trap) yang disambungkan kepada salur pembentungan pusat. Minima saiz paip adalah bergaris pusat 100mm dari jenis UPVC atau setaraf. Kebuk sampah hendaklah dilengkapi dengan lubang pengudaraan berserta 'netting' untuk mengelakkan kebuk sampah dimasuki serangga seperti lalat dan sebagainya. Contoh lukisan rekabentuk kebuk sampah bagi setiap tingkat ini adalah seperti di LAMPIRAN 7.

(c)

(d)

2.1.1.2 (a)

(b)

(c)

2.1.2 Pusat Pengumpulan Sampah ( Refuse Chamber Point (RCP) ) 2.1.2.1 (a) Syarat-syarat Umum

Pusat pengumpulan sampah hendaklah dibina di lokasi yang sesuai iaitu bebas dari sebarang halangan untuk memudahkan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dilaksanakan. Selain itu, lokasi (RCP) hendaklah jauh dari Pencawang TNB, terminal/tong gas dan lain-lain halangan yang membahayakan atau yang boleh mencetuskan kebakaran. Pemasangan paip/salur air, elektrik, penyaman udara dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Pemilik/pemaju hendaklah menyediakan saiz pusat pengumpulan sampah yang bersesuaian bagi memuatkan tong mudah alih beroda (MGB) berkapasiti minima 660L. Walaubagaimanapun, bilangan tong adalah bergantung kepada anggaran janaan sisa (Rujuk Jadual 3.1). Pemilik/pemaju, hendaklah memaklumkan kepada PPSPPA apabila pembinaan pusat pengumpulan sampah telah siap dengan sempurna, supaya satu pemeriksaan dapat dilakukan sebelum Surat Sokongan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dapat dikeluarkan.

(b)

(c)

2.1.2.2

Syarat-syarat Teknikal

(a)

Pusat pengumpulan sampah pusat hendaklah dibina di dalam bangunan tersebut di bahagian belakang serta pintu kutipan (roller shutter) hendaklah menghadap jalan. Permukaan lantai hendaklah dari kemasan jubin glis (glazed tiles) dan hendaklah mempunyai perangkap lantai (floor trap) yang disambungkan kepada salur pembentung pusat. Minima saiz paip adalah bergaris pusat 100mm dari jenis UPVC atau setaraf dengannya. RCP hendaklah dilengkapi dengan lubang pengudaraan (ventilation) yang mencukupi berserta 'netting' untuk mengelakkan kebuk sampah dimasuki serangga seperti lalat dan sebagainya. Pemilik/pemaju hendaklah menyediakan dua (2) jenis pintu iaitu : *Roller shutter 9

(b)

(c)

(d)

-bagi tujuan perkhidmatan kutipan sisa pepejal. *Pintu rintangan api yang dilengkapi dengan door closer (agar sentiasa tertutup) -digunakan sebagai laluan untuk membuang sampah. (e) Jalan menghubung Pusat Pengumpulan Sampah hendaklah mempunyai kelebaran yang mencukupi bagi membolehkan lori pengangkutan sisa pepejal membuat pusingan tiga penjuru (three point turn) untuk memudahkan perkhidmatan kutipan dijalankan.

Kebuk sampah (RC) di setiap tingkat untuk pangsapuri, rumah pangsa dan kondominium. LUKISAN TERPERINCI DI LAMPIRAN 7 KEBUK SAMPAH (RC) SETIAP TINGKAT UNTUK PANGSAPURI, RUMAH PANGSA, DAN KONDOMINIUM.

Spiral waste bin LUKISAN TERPERINCI DI LAMPIRAN 8 PUSAT PENGUMPULAN SAMPAH (RCP) i.TONG LEACH ii.SPIRAL WASTE BIN

Tong leach

10

2.2

Sisa Pukal 2.2.1 Pusat Pengumpulan Sisa Pukal (Bulky Waste Compartment) 2.2.1.1 (a) Syarat-syarat Umum Pembinaan rumah sampah pukal diperlukan bagi mengasingkan sisa domestik dan sisa pukal bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada peralatan sistem pengumpulan sisa pepejal yang digunakan. Pusat pengumpulan sisa pukal hendaklah dibina di lokasi yang sesuai iaitu bebas dari sebarang halangan untuk memudahkan perkhidmatan kutipan sisa pukal dilaksanakan. Selain itu, lokasi (RCP) hendaklah jauh dari Pencawang TNB, terminal/tong gas dan lain-lain halangan yang membahayakan atau yang mencetuskan kebakaran. Pemasangan paip/salur air, elektrik, penyaman udara dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

(b)

2.2.1.2 (a)

Syarat-syarat Teknikal

Rumah sampah pukal yang dibina perlu mempunyai saiz yang mencukupi dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya satu (1) tong roro berkapasiti 4m. Pusat sampah pukal hendaklah dibina di bahagian belakang di dalam bangunan dan pintu utama (roller shutter) hendaklah menghadap jalan untuk urusan kutipan. Permukaan dinding di dalam rumah sampah pukal hendaklah di bina dengan kemasan jubin glis (glazed tiles) dan permukaan lantai.hendaklah dari kemasan yang tahan lasak. Bahagian dalam ruangan Rumah Sampah Pukal ini hendaklah disediakan sebuah paip air, lampu, perangkap lantai (floor trap) yang disambungkan kepada pembentungan pusat dan lubang pengedaran secukupnya. Lokasi Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah jauh dari pencawang TNB, terminal/tong gas dan lain-lain halangan yang boleh membahayakan serta mencetuskan kebakaran.

(b)

(c)

(d)

11

(e)

Pemilik/pemaju perlu menyediakan dua (2) jenis pintu iaitu:*Rollershutter - Untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal oleh Syarikat Konsesi. *Pintu rintangan api (fire door) yang dilengkapi dengan door closer (sentiasa tertutup) - digunakan sebagai laluan untuk membuang sampah.

Tong Roll On & Roll Off LUKISAN TERPERINCI DI LAMPIRAN 9 RUMAH SAMPAH PUKAL (BULKYWASTE COMPARTMENT) i.Tong RoRo (Roll on & Roll off)

2.3

Penempatan Tong Sampah (litter bin) Bagi Ruang Kemudahan Awam Pada Pembangunan Kediaman 2.3.1 Pembangunan kediaman yang menyediakan kemudahan seperti kolam renang, kafeteria, surau, tandas, kedai, pejabat pengurusan, gymnasium dan lain-lain kemudahan perlu menempatkan tong sampah yang sesuai sebagai tempat pengumpulan sampah. 2.3.2 Cadangan penempatan tong sampah ini hendaklah ditandakan di dalam pelan pembangunan.

12

B. 1.0

PEMBANGUNAN BUKAN KEDIAMAN

Syarat-syarat Umum 1.1 Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah dibina di lokasi yang sesuai iaitu bebas dari sebarang halangan dan jalan keluar masuk ke Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah sentiasa bebas dari sebarang halangan bagi memudahkan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dilaksanakan. Kebuk Sampah (RC) / Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah sentiasa dapat diselenggara, bersih, terhindar dari kacau ganggu, bau busuk kepada premis yang berdekatan, serta bebas dari sebarang pemasangan paip/salur air, elektrik, penyaman udara dan lain-lain halangan. Kebuk sampah tidak boleh dijadikan tempat stor penyimpanan barang-barang selain daripada sisa pepejal. Pihak pemilik/pemaju perlu menyediakan tong sampah (litter bin) di kawasan yang dirasakan bersesuaian untuk kegunaan orang ramai. Cadangan penempatan tong sampah ini hendaklah ditandakan di dalam pelan pembangunan. Pemilik/pemaju hendaklah memaklumkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) apabila pembinaan Kebuk Sampah (RC) telah siap dengan sempurna supaya satu pemeriksaan dapat diadakan sebelum kelulusan diberi bagi pengeluaran surat sokongan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

1.2

1.3

1.4

13

2.0

Syarat-syarat Teknikal 2.1 Pemilik/pemaju hendaklah membina kebuk sampah setiap tingkat dengan saiz yang bersesuaian dengan anggaran janaan sisa bagi memuatkan jumlah bilangan tong mudah alih beroda (MGB) berkapasiti minima 240L. Sebuah kebuk sampah (refuse chamber) atau Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah dibina di dalam bangunan tersebut di bahagian belakang dan pintu utama (roller shutter) untuk kutipan hendaklah menghadap jalan untuk tujuan kutipan. Permukaan dinding dalaman kebuk/pusat pengumpulan sampah hendaklah dari kemasan jubin glis (glazed tiles) dan permukaan lantai hendaklah dari kemasan jenis tahan lasak. Pintu utama RCP hendaklah daripada bahan rintangan api minima satu (1) jam. Bahagian dalam ruangan Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah disediakan kelengkapan paip air, lampu, perangkap lantai (floor trap) yang disambungkan kepada paip pembentungan pusat dan pengedaran udara (ventilation) yang mencukupi. Pemilik/pemaju perlu menyediakan dua (2) jenis pintu iaitu:*Rollershutter - Untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal oleh Syarikat Konsesi. *Pintu rintangan api (fire door) yang dilengkapi dengan door closer (sentiasa tertutup) - digunakan sebagai laluan untuk membuang sampah 2.6 Sistem portable compactor hendaklah diberi keutamaan sekiranya anggaran penjanaan sisa pepejal melebihi 4m/hari.

2.2

2.3

2.4

2.5

Contoh Sistem Portable Compactor yang boleh digunakan pada pembangunan bukan kediaman.

14

PEMBANGUNAN BERCAMPUR (MIX DEVELOPMENT)

1.0

Syarat-syarat Umum 1.1 Bagi pembangunan bercampur, iaitu bangunan yang mempunyai kediaman dan permis komersil, pihak pemilik/pemaju hendaklah memastikan bahawa terdapat dua Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) di bangunan tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mengasingkan sisa pepejal domestik dan komersil yang dijanakan. Saiz dan lokasi Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah yang dipersetujui serta mengikut reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Sistem pengumpulan sisa pepejal domestik jenis Spiral Waste Bin (SWB) hendaklah diberi keutamaan penggunaannya sekiranya anggaran penjanaan sisa pepejal melebihi 4m/hari.

1.2

1.3

15

Rumah kediaman

Pusat komersil

Contoh pembangunan bercampur

Gambarajah menunjukkan dua RCP yang dibina bagi pembangunan bercampur.

16

4.0

ALTERNATIF TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA PEPEJAL


4.1 VACUM SYSTEM

Gambarajah menunjukkan sistem vacum yang digunakan serta bagaimana pengutipan sisa pepejal dilakukan menggunakan sistem vacum.

Gambarajah menunjukkan aliran penstoran sisa menggunakan sistem ini.

Gambarajah menunjukkan trak yang digunakan untuk sistem ini.

17

4.2

DEEP COLLECTION SYSTEM Dengan menggunakan sistem pengumpulan dalaman ini, tong sampah ditanam di dalam tanah dan terdapat beg yang diperbuat dari HDPE yang boleh diangkat menggunakan kren.

Tong untuk sistem ini.

Kedalaman tong dari aras lantai.

18

4.3

SISTEM PENGISAR MAKANAN DI SINKI

Gambarajah menunjukkan pemasangan pengisar makanana di sinki

Keratan rentas menunjukkan bahagian dalam pengisar

Gambar menunjukkan pengisar makanan di sinki

19

Вам также может понравиться