Вы находитесь на странице: 1из 3

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
ibu bapa mendidik anak-anak menguruskan wang dan faedahnya pada masa depan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Satu kajian mengenai pengurusan wang oleh sebuah badan yang berwibawa mendapati
majoriti ibu bapa berasa yakin terhadap pemahaman menguruskan wang. Perkara ini juga berlaku
di Malaysia iaitu segolongan besar ibu bapa cekap dalam mengurus kewangan keluarga mereka.
Persoalannya ialah tidak ramai ibu bapa yang berusaha membantu anak-anak mereka dalam
pengurusan wang. Sebenarnya, adalah menjadi tanggunjawab ibu bapa sebagai ketua keluarga
mengajar anak-anak mereka dalam soal berbelanja. Ibu bapa harus melatih anak-anak mereka
sejak dari awal lagi seawal mereka tahu mengira dan tahu menggunakan wang. Pada peringkat
ini, ibu bapa mengajak anak-anak bermain cara berbelanja dan membuat pilihan barangan yang
diperlukan sahaja. Anak-anak akan berasa seronok kerana diberi peluang untuk membuat pilihan
dan cara mengurus wang sendiri. Semasa anak-anak hendak pergi ke sekolah ibu bapa bolehlah
menjelaskan perbezaan pemberian wang saku yang diberikan kepada anak-anak berdasarkan
usia dan keperluan perbelanjaan. Pemberian elaun yang berbeza mendidik mereka bagaimana
menggunakan sumber kewangan dengan bijak.
Ibu bapa paling arif menentukan kaedah menggunakan wang yang sesuai dengan
kematangan anak mereka. Pada usia 11 hingga 14 tahun ajaklah anak-anak menyertai
perbincangan mengenai bajet keluarga pada setiap akhir bulan. Pada usia ini sifat ingin tahu
anak-anak memang besar. Setelah usia mencecah 16 hingga 18 tahun bantulah anak-anak cara
yang paling baik untuk perbelanjaan dan menabung. Pemantauan cara mengendalikan rekod
kewangan anak-anak oleh ibu bapa sekurang-kurangnya menyemai sifat berhati-hati ketika
menggunakan sumber kewangan. Penggunaan kad kredit sepatutnya tidak digalakkan kerana
penggunaan yang tidak terurus akan menjejaskan corak anak-anak berbelanja. Sebelum ibu
bapa mengajak anak-anak pergi membeli-belah seharusnya senaraikan barangan yang hendak
dibeli. Perkara ini bukan sahaja menjimatkan masa di pasar raya malah mereka tidak akan
membeli barangan yang tidak diperlukan.
Ibu bapa perlu juga menonjolkan teladan yang baik dan berhemah dengan membeli
sesuatu barangan dengan harga tunai. Sikap menyimpan sehingga cukup untuk membeli
barangan yang diingini haruslah diperjelaskan kepada anak-anak. Tambahan pula, barangan yang
dibeli itu akan lebih dihargai sebab hasil titik peluh mereka sendiri. Anak-anak akan memahami
aliran perbelanjaan wang keluarga sekiranya perancangan kewangan keluarga sama ada
mingguan atau bulanan dibuat secara kemas dan teratur lalu ditunjukkan kepada mereka. Lebihan
wang dalam bajet itu bolehlah dibuat pelaburan. Pada masa ini, pelaburan boleh mendatangkan
keuntungan. Ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk menjadi pelabur yang bijak. Ibu bapa
bersama-sama dengan anak-anak mengadakan perbincangan terbuka sebelum melabur ke
institusi-institusi pelaburan. Yang jelas ialah ibu bapa harus melarang anak-anak membuat
pelaburan dengan cara berhutang di mana-mana bank dan meminjam daripada mana-mana
peminjam haram supaya tidak membebankan keluarga pada masa depan.

( Diubahsuaikan daripada Rencana


Ibu Bapa Perlu Latih Anak Uruskan Wang Sendiri,
oleh Sidang Pengarang,
Berita Harian, 14 April 2007 )

Petikan membincangkan ........................................ ...............................................................


............................................................................................

Antaranya ialah.......................................................................................................................
.................................................................[S1] Seterusnya, ...............................................................
....................................................................................................................................................[S2].
Selanjutnya,.........................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................[S3]
Disamping itu, .....................................................................................................................................
........................................................................................................................................[S4]
Selain itu, ............................................................................................................................................
........[S5]
Akhir sekali, .......
............................................................................................................[S6]

Antara .................................................................................ialah............................................
.................................................................................................................. Selain itu, ........................
............................................................................................................................................................
.

Kesimpulannya, ......................................................................................................................
............................................[isu] agar ................................................................................................

........................................................................................

Вам также может понравиться