Вы находитесь на странице: 1из 3

BAB 2 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu 2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun 1.

Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945. 2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari sebelum British kembali keTanah Melayu. 3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British untuk mengembalikan keamanan di Tanah Melayu. 4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan British. 2.2 Gagasan Malayan Union 1946 1. Antara tujuan pembentukan Malayan Union ialah: (a) Melindungi kepentingan British di Tanah Melayu. (b) Membentuk pentadbiran yang cekap. (c) Menyeragamkan pentadbir an di semua negeri. (d) Mengukuhkan pertahanan British. (e) Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

2. Antara sebab penentangan Malayan Union ialah: (a) Kedudukan dan hakistimewa orang Melayu akan b) Sultan akan kehilangan kuasa. (c) Syarat kewarganegaraan yang longgar. (d) Cara MacMichael yang mengugut sultan untuk mendapatkan tandatangan. (e) Orang Melayu bimbang kaum lain akan melebihi mereka.

2.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union 1. Pelaksanaan dasar Malayan Union diterima oleh orang bukan Melayu kerana mereka mendapat taraf kewarganegaraan dan hak yang sama. 2. Orang Melayu pula membuat tentangan terhadap Mala Orang Melayu pula membuat tentangan terhadap Malayan Union kerana: (a) Tidak suka dengan tindakan Sir Harold MacMichael mengugut Sultan-sultan Melayu. (b) Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk mendapat nasihat daripada Majlis Mesyuarat Negeri.

(c) Kuasa sultan akan beralih kepada Gabenor. (d) Syarat kewarganegaraan yang Ionggar membolehkan bangsa lain mendapat hak politik yang sama seperti orang Melayu. (e) Orang Melayu bimbang bilangan kaum lain akan melebihi mereka. (f) Sultan akan hilang kepen tingan politik kerana hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu sahaja. 3. Penubuhan Malayan Union juga turut mendapat bantahan daripada pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, George Maxwell, Richard Winstedt, dan Cecil Clementi Smith. 4. Antara akhbar-akhbar Melayu yang menentang Malayan Union ialah Utusan Melayu, Majlis, dan Warta Negara.

2.4 Penubuhan UMNO 1946 1. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mel 1946, berikutan Kongres Melayu Se-Malaya yang diadakan. 2. Matlamat utama UMNO ialah menggagalkan rancangan Malayan Union. 3. Presiden UMNO yang pertama ialah Data Onn bin Jaatar. 4. Untuk menentang Malayan Union, UMNO menggunakan semboyan Hidup Melayu. 5. Perpaduan kaum Melayu dalam UMNO telah membawa kejayaan. 6. Setelah Malayan Union dibubarkan, UMNO bertukar menjadi sebuah pertubuhan politik pada tahun 1948. 7. UMNO juga menjadi tulang belakang kepada pergerakan untuk mencapai kemerdekaanTanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 1. Pada 25 Julal 1946, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. 2. Antara perkara penting yang diberi tumpuan adalah berkaitan dengan soal pentadbiran dan soal kewarganegaraan

3.Antara ciri-ciri Persekutuan ialah: (a) Terdiri daripada Negeri Negeri Melayu, Melaka, dan Puiau Pinang. (b) Singapura kekal sebagal tanah jajahan British. (c) Pemerintah tertinggi kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British. (d) Menubuhkan sebuah Dewan Undangan Persekutuan yang mengandungi 75 anggota. (e) Kuasa Sultan-sultan Melayu dikekalkan. (f) Syarat kewarganegaraan diperketatkan. (g) Kewarganegaraan secara automatik diberikan kepada mereka yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu atau telah bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun. 4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada Februari 1948. 5. Perlembagaan ini telah diterima oleh Raja-raja Melayu dan UMNO

Вам также может понравиться