Вы находитесь на странице: 1из 5

Wahai para pemuda Islam, Saya mengucapkan syukur kepada Allah yang tiada sembahan melainkan Dia.

Saya juga berselawat ke atas Sayyidina Muhammad (s.a.w) Imam bagi orang yang soleh, dan penghulu bagi orang yang berjihad. Begitu juga (saya berdoa) ke atas ahli keluarga baginda, sahabat-sahabatnya dan para pengikut sahabat, dan orang yang mengikuti mereka itu dengan kebaikan sehingga Hari Kiamat... wa ba`d. ***** Adakah kamu semua mengetahui wahai para pemuda mengapa kamu dicipta dan apakah tugas kamu semua? Kamu dicipta bagi merealisasikan tujuan Ubudiyyah kepada Allah dan patuh padaNya, serta menunaikan kehendak Allah dan menjauhi laranganNya.

Firman Allah:

Maksudnya:

Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk berubudiyah kepadaKu [Adz-Dzaariyaat: 56]

Kamu diciptakan untuk sentiasa berada dalam sistem Rabbani yang tidak akan dicemari perkara batil dari hadapannya mahupun dari belakangnya. Sistem Rabbani tersebut diturunkan oleh Allah Taala Yang Maha Bijaksana dan Maha Terpuji.

Firman Allah:

Maksudnya:

Dan siapa yang memilih selain Islam sebagai agama (cara hidup), maka (amalannya) tidak akan diterima, dan dia di Akhirat nanti akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi (Ahli Neraka). [Ali Imraan: 85] Kamu diciptakan untuk memberikan kesetiaan (wala`) dan ketaatan kepada Allah, RasulNya serta orang yang beriman.

Firman Allah: Maksudnya:

Maksudnya:

(55)

Hanya sanya wali (penolong) kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang beriman yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan mereka itu sentiasa rukuk. Dan barangsiapa yang berwalikan Allah dan, RasulNya dan orang beriman maka mereka telah tergolong dalam kumpulan Allah, (kumpulan) yang sentiasa menang. [Al-Maidah 55-56] (1) Adapula berkaitan tugas kamu semua yang terbesar, yang dipertanggungjawabkan oleh Allah dengannya, dan kamu diciptakan kerananya, ia adalah: Mendirikan hukum Allah di muka bumi, serta mengeluarkan manusia dari penyembahan (ibadah)kepada hamba kepada penyembahan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dan dari kezaliman kekufuran kepada keadilan Islam...

Pembetulan: Dalam buku asal (Bahasa Arab) cetakkan Daarus Salaam, 2007 berlaku kesilapan kerana menyatakan surah Ali Imraan: 109.
(1)

Seterusnya, adakah kamu semua mengetahui wahai para pemuda bagaimanakah merealisasikan tugas ini? Tugas ini direalisasikan dengan lima sifat asas yang diperjelaskan, dan kamu semua mengikat keazaman bagi menegakkannya dan mendalaminya: (1) Dengan KEIMANAN yang teguh, yang tidak goyah dan tidak lembik. Firman Allah:


Maksudnya: Bahawasanya orang yang (benar-benar)beriman itu adalah yang mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak raguragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah golongan yang benar (Kalangan Ahli Syurga). [Al-Hujuraat: 15] (2) Dengan KEIKHLASAN yang tulin, yang tidak mengenal mushana`ah (buat-buat Ikhlas) dan sikap menunjuk-nunjuk. Firman Allah:

Maksudnya:

Dan mereka itu tidaklah diperintahkan melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah dengan Ikhlas kerana agamaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid. Serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Yang demikian itulah agama yang benar. [Al-Bayyinah: 5] (3) Dengan KEAZAMAN (Determination) yang padat, yang tidak mengenal kebimbangan mahupun ketakutan. Firman Allah:

Maksudnya:

(Nabi-nabi yang telah lalu itu) adalah orang yang menyampaikan risalah (syariat) Allah serta mereka hanya takutkan Allah dan tidak bimbang kepada seorang pun melainkan Allah. [Al-Ahzaab: 39] (4) Dengan AMAL KERJA yang rajin, yang tidak mengenal sikap lemah dan kelelahan. Firman Allah:


Maksudnya:

Dan katakanlah (Wahai Muhammad): bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudia Dia akan menerangkan kepada kamu terhadap apa yang telah kamu kerjakan. [at-Taubah: 105] (5) Dengan PENGORBANAN yang mahal (expensive), yang tidak mengenal apa-apa bantuan dan pertolongan. Firman Allah:


Maksudnya: Adakah kamu semua menyangka akan dapat memasuki Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang yang mendahului kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (musnah harta benda), serangan penyakit, serta digoyangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga Rasul dan orang yang beriman yang bersamanya berkata: Bilakah (akan datangnya) pertolongan Allah? ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dab berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Hakikatnya, lima sifat ini adalah antara keistimewaan (speciality) para pejuang Khashaisur Rijal- yang teguh mempercayai apa yang dijanjikan Allah kepada mereka, juga merupakan antara ciri-ciri para pemuda -Mazaya asy-Syabab- yang tidak bimbangkan celaan orang yang mencela kerana (mereka berjuang kerana) Allah... disebabkan asas KEIMANAN (belive) adalah jantung (hati) al-Qalb- yang bersih, asas IKHLAS adalah jantung (hati) al-Fuaad- yang suci, asas KEAZAMAN adalah perasaan (sentiment) yang kuat, asas AMAL KERJA adalah kehendak yang sentiasa muda, asas PENGORBANAN adalah akidah yang teguh.. inilah sifat-sifat yang semuanya itu tidak teguh bersatu melainkan pada diri para pemuda, dan tidak khusus melainkan hanya pada pemuda-pemudi mukminin.... Dari sinilah, para pemuda mukmin dahulu dan kini di setiap peringkat dari peringkat-peringkat sejarah telah menjadi tiang sokongan bagi kebangkitan umat Islam, rahsia kekuatan Islam, pembangkit keagungan dan kemuliaan Islam, pembawa bendera dan panji-panji Islam, serta menjadi pemimpin kepada barisan batalion tentera-tentera Islam menuju keagungan dan kejayaan. Firman Allah:

Maksudnya:

Mereka itu adalah para pemuda yang beriman kepada Tuhannya, lalu kami tambahkan kepada mereka hidayah petunjuk. [Al-Kahfi: 13]

Diterjemah oleh: Syihabudin Ahmad MY, Kuliah Dirasat Islamiah, Fakulti Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Mesir. Rujukan: Kitab Hatta Ya`lamal Syabab (m/s: 5-8), Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Cetakkan Daarus Salaam, Kaherah, Mesir. 2007.

Вам также может понравиться