Вы находитесь на странице: 1из 42

1

PPPC 6083 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM SELEPAS KEJATUHAN BAGHDAD TAJUK: SEJARAH KERAJAAN DEMAK (1478M-1549M) : PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN

PENSYARAH: DR. ERMY AZZIATY RAZALI DISEDIAKAN OLEH: NUR ZAKIRAH BT MOHD SUTAN (P 58645)

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 PENGENALAN SEJARAH PENUBUHAN KESULTANAN DEMAK 1 2

PEMERINTAHAN DAN PERKEMBANGAN ISLAM KESULTANAN DEMAK 3.1 Raden Patah sebagai Pemerintah tertinggi Islam di Demak 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.2 Asal Usul Raden Patah Raden Patah Mendirikan Demak Pemerintahan Raden Patah 3 5 6

Pemerintah Islam kedua Demak; Pangeran Sabrang Lor 3.2.1 3.2.2 Silsilah Pangeran Sabrang Lor Pemerintahan Pangeran Sabrang Lor 7 8 10

3.3

Raja Demak sebagai Pelindung Agama Islam di Jawa Tengah

4.0

KESULTANAN DEMAK DI ERA KEGEMILANGAN; ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN TRENGGANA 4.1 4.2 Asal Usul Sultan Trenggana Pemerintahan Sultan Trenggana 13 14

5.0

PERLUASAN WILAYAH DEMAK 5.1 5.2 5.3 Perluasan Wilayah Demak ke Jawa Barat Perluasan Wilayah Demak ke Jawa Timur Perluasan Wilayah-Wilayah Lain 16 17 19

6.0

HASIL PERADABAN KESULTANAN DEMAK 6.1 6.2 6.3 6.4 Masjid Agung Demak Pendidikan dan Kesenian Pembangunan Pengaruh Wali Songo 6.4.1 6.4.2 Maulana Malik Ibrahim Sunan Ampel 20 23 24 24 25 26

6.4.3 6.4.4 6.4.5 6.4.6 6.4.7 6.4.8 6.4.9

Sunan Bonang Sunan Giri Sunan Darajat Sunan Kalijaga Sunan Kudus Sunan Murya Sunan Gunung Jati

26 27 27 27 29 30 30

7.0

KERUNTUHAN KESULTANAN DEMAK 7.1 7.2 7.3 Pemerintahan Persengketaan Antara keluarga Faktor Lain 7.3.1 7.3.2 Kelemahan Sistem Pentadbiran Raden Patah Peralihan Aliran Agama 33 35 36 37 38 31 32

8.0 9.0 10.0

PENUTUP LAMPIRAN RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

Sebelum tertegaknya kekuasaan kerajaan-kerajaan Islam di Jawa, kerajaan-kerajaan Hindu dan kerajaan-kerajaan Buddha yang cukup kukuh dan mantap pada ketika itu telah pun wujud. Bahkan sampai saat ini masih lagi terdapatnya hasil peradaban mereka yang boleh kita saksikan. Misalnya, candi Borodubur yang merupakan peninggalan Buddha Mahayana dan kelompok candi Roro Jonggrang di desa Prambanan (R. Soekmono. 1973:87). Demikian juga halnya dari segi literatur, seperti buku Pararaton dan Negara Kertagama (Mundzirin Yusuf. 2006: 75). Setelah munculnya kedatangan Islam di Jawa, kerajaan Majapahit semakin merosot pengaruhnya di kalangan masyarakat, maka terjadilah pergeseran dalam bidang politik. Menurut Soeharto, pengaruh Islamisasi menunjukkan suatu proses yang begitu cepat terjadi di kalangan masyarakat, terutamanya hasil dakwah para wali sebagai perintis dan penyebar agama Islam di Jawa. Di samping kewibawaan rohaniah, para wali juga berperanan serta berpengaruh dalam bidang politik, bahkan ada di kalangan para wali sendiri yang memegang tampuk pemerintahan (Mundzirin Yusuf. 2006: 76). Salah sebuah kerajaan Islam yang muncul di Pulau Jawa pada ketika itu ialah kerajaan Demak. Kerajaan Demak inilah yang merupakan kerajaan Islam pertama di Jawa yang terletak tidak jauh dari Kota Semarang di Pulau Jawa (Ensiklopedia Islam. t.th: 154). Kerajaan Demak juga dikenali sebagai Kesultanan Demak yang didirikan oleh Raden Patah pada tahun 1478M yang secara terang-terangan melepaskan diri daripada kerajaan Majapahit, di saat kerajaan Majapahit mengalami kemunduran. Pada masa pemerintahan Sultan Trenggana, Demak mencapai kemuncak kejayaan dan diisytiharkan menjadi Kesultanan Demak (Rusnah Syahila. et.al. 2007: 22).

2.0

SEJARAH PENUBUHAN KESULTANAN DEMAK

Demak merupakan pusat kekuasaan politik yang terpenting bagi beberapa kerajaan pesisir utara Pulau Jawa antara abad ke-15 hingga abad ke-16. Zaman tersebut bertepatan dengan zaman peralihan daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam dan juga kebangkitan kerajaan Maritim (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:607). Pada abad ke-15, Demak terletak di pantai Selat Murya yang memisahkan pergunungan Murya dari Pulau Jawa. Sungai Semarang menghubungkan Demak dengan kawasan pendalaman. Sungai merupakan jalan raya di Pulau Jawa pada ketika itu. Beberapa daerah yang terdapat di sekitar Demak seperti Juwana, Jepara, Kudus, Semarang, dan Rembang menjadikan kedudukan Demak begitu strategik. Pada abad ke-17, kapal dapat melalui selat tersebut dan kini Demak terletak beberapa kilometer dari pantai di pedalaman Pulau Jawa (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:607). Sebelum kemunculan Demak, Juwana merupakan pusat perdagangan pesisir utara Jawa Tengah. Pada tahun 1513M, Juwana telah dihancurkan oleh kerajaan Majapahit. Dengan hancurnya Juwana, Demak muncul sebagai kekuatan tunggal di Selat Murya. Kini Selat Murya sudah tiada kerana daerah pergunungan Murya telah bersatu dengan Pulau Jawa (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608). Kemunculan kerajaan Demak agak samar, iaitu pada sekitar abad ke-15. Demak mengalami zaman kejayaan dan kegemilangan di bawah pemerintahan Sultan Trenggana (1521M-1546M). Sultan Trenggana berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke barat dan timur Jawa. Pada tahap kedua pemerintahannya, kerajaan Hindu terakhir di Jawa telah dihancurkan olehnya sekitar tahun 1527M. Kerajaan terakhir Hindu ini merupakan kerajaan yang terbesar di Jawa sebelum kedatangan Islam. Kemungkinan ianya di sekitar Kediri dan mempunyai hubungan dengan Majapahit (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608). Dalam mitos sejarah Jawa, Demak dan rajanya yang pertama dinobatkan sebagai pengganti dan penakluk dari Majapahit. Raja pertama Demak ialah Raden Patah, putera kepada Raja Majapahit terakhir pada tahun 1400M (dalam mitos Jawa, semua perubahan besar terjadi

pada abad yang genap seperti 1400M atau 1900M dan seterusnya). Oleh yang demikian, dalam historiografi Jawa tardisional, Demak dan Raden Patah berfungsi sebagai pengganti Majapahit yang akan mewariskan keabsahannya pada kerajaan Mataram (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608).

3.0

PEMERINTAHAN DAN PERKEMBANGAN ISLAM DI ERA KEGEMILANGAN KESULTANAN DEMAK

Salah satu daripada pemerintahan yang kemudiannya berkembang menjadi kerajaan tersendiri adalah Demak yang kemudian menjadi kerajaan Islam pertama di Jawa (Pudung Abdurrahman et.all 2002: 387). Ianya lebih dikenali sebagai Kesultanan Demak yang merupakan nama kerajaan Islam pertama di pesisir utara Jawa. Kerajaan Islam Demak ini didirikan oleh Raden Patah pada tahun 1478M yang secara terang-terangan melepaskan diri daripada kerajaan Majapahit, ketika Majapahit mengalami kemunduran (Rusnah Syahila. et.al. 2007: 22). 3.1 Raden Patah sebagai Pemerintah tertinggi Islam di Demak

3.1.1 Asal Usul Raden Patah Raden Patah merupakan putera kepada Brawijaya, raja Majapahit, manakala ibunya adalah keturunan Cina dari Champa yang beragama Islam. Dalam pemerintahannya, beliau banyak dibantu oleh para Wali Songo yang sebilangannya merupakan rangkaian dari keturunan ibunya (Rusnah Syahila. et.al. 2007: 22). Pada awal abad ke-14, Maharaja Yongle daripada Dinasti Ming menghantar seorang puteri kepada Raja Brawijaya sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua kerajaan. Puteri yang jelita dan pintar ini segera mendapatkan tempat istimewa dalam hati Raja. Raja Brawijaya selalu mengalah kepada puteri jelita itu sehingga mengakibatkan tentangan di dalam istana Majapahit (http://ms.wikipedia.org/wiki/Raden_Patah 03/03/2011). Pada saat itu, Raja Brawijaya sudah pun berkahwin. Beliau mempunyai seorang permaisuri yang berasal dari Champa (di sempadan Kemboja dan Vietnam kini). Permaisuri yang bernama Ratu Dwarawati (Purwadi & Maharsi 2005: 35).merupakan kerabat Raja Champa,

dengan gelaran Ratu Ayu Kencono Wungu (makamnya kini berada di Trowulan, Mojokerto). Disebabkan permaisurinya tidak suka kepada puteri Cina tersebut, Raja Brawijaya dengan berat hati terpaksa menyingkirkan puteri yang cantik itu dari Majapahit. Dalam keadaan mengandung, puteri yang cantik itu diceraikan oleh Raja Brawijaya dan dihadiahkan kepada Arya Sedamar yang merupakan raja Palembang. Di Palembang, Raden Patah dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya (Harun Nasution 1992: 208). Perkahwinan Arya Sedamar dengan puteri Cina itu, telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Raden Kusen. Dengan kata yang lain, Raden Patah mempunyai seorang adik lelaki seibu, tetapi berlainan ayah. Selepas mencapai usia belasan tahun, Raden Patah, bersama adiknya, dihantar oleh ibunya belayar ke Pulau Jawa untuk belajar di Ampel Denta. Raden Patah mendarat di pelabuhan Tuban pada sekitar tahun 1419M. Setelah Ibu Raden Patah mangkat dan dikebumikan di Rembang, Raden Patah tinggal di Ampel-delta di rumah bapa saudaranya. Di sana, beliau mendapat dukungan daripada rakan-rakan utusan maharaja Cina, Panglima Zheng He (Cheng Ho), juga dikenali sebagai Dampu-awang atau Sam Poo Tai-jin, yang berasal dari Kunyang di provinsi (dearah di bawah jagaan gabenor wilayah) Yunnan kini

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Raden_Patah 03/03/2011). Menurut Lauwis Maluf (1975: 567), nama Patah merupakan pecahan daripada bahasa Arab Fattah yang bermaksud Pembuka. Maksudnya, pembuka pintu gerbang kemenangan, manakala nama sebelumnya adalah Pangeran Jinbun. Setelah beliau memperdalami agama Islam daripada Raden Rahmat yang dikenali sebagai Sunan Ampel, barulah beliau mendapat gelaran Fattah. Apabila Raden Patah menjadi Raja Islam yang pertama di Demak, beliau diberi gelaran Sultan Alam Akbar Al-Fattah. Gelaran Alam Akbar tersebut adalah karena ibunda beliau adalah cucu Ulama Besar Gujarat Syeikh Mawlana Akbar yang hampir semua keturunannya menggunakan nama Akbar seperti Ibrahim Akbar, Nurul Alam Akbar, Zainal Akbar dan banyak lagi lainnya (Hamka. 1974: 148-149). Raden Patah mangkat pada tahun 1518M ketika usianya mencecah 63 tahun, beliau meninggalkan dua orang putera, iaitu Pangeran Sekar Seda Lepen dan Raden Trenggana serta bermenantukan Adipati Unus dan Fatahillah. Setelah kewafatan beliau, Adipati Unus atau lebih

dikenali dengan Pangeran Sabrang Lor menggantikan tempatnya menjadi Sultan yang kedua memerintah kerajaan Demak (Harun Nasution 1992:208). 3.1.2 Raden Patah Mendirikan Demak Sejarah Tanah Jawa, menceritakan bahawa Raden Patah telah menolak permintaan Arya Damar menggantikannya sebagai bupati (pengawai istana yang tinggi) di Palembang. Raden Patah melarikan diri ke pulau Jawa ditemani oleh Raden Kusen, adik tirinya. Sesampainya di Pulau Jawa, kedua-duanya berguru dengan Sunan Ampel di Surabaya. Di sana, Sunan Ampel membuka sebuah asrama yang dinamakan asrama para satria (Maftuh Ahnan t.th: 19). Setelah itu, Raden Kusen mengabdi dirinya kepada Majapahit, sedangkan Raden Patah pula, berpindah ke Jawa Tengah dan membuka hutan Glagahwangi menjadi sebuah pesantren (pondok atau asrama tempat murid-murid belajar mengaji) (Solichin Salam 1964 : 42). Semakin lama, Pesantren Glagahwangi semakin maju dan mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan. Brawijaya Majapahit khawatir kalau-kalau Raden Patah berniat untuk memberontak. Raden Kusen yang pada ketika itu sudah diangkat menjadi Adipati (raja) Terung diperintahkan untuk memanggil Raden Patah. Raden Kusen segera menghadapkan Raden Patah kepada Majapahit. Brawijaya merasa terkesan dan akhirnya mengakui Raden Patah sebagai puteranya. Setelah itu, Raden Patah pun diangkat sebagai bupati (pegawai istana yang tinggi). Glagahwangi pula pada ketika itu digantikan dengan nama Demak, dengan ibu kota bernama Bintara (Solichin Salam 1964 : 43). Pemilihan Demak sebagai pusat kerajaan merupakan satu keputusan yang bijak kerana ia terletak di tempat yang strategik. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya : i. Ia menguasai tanah dataran yang mengeluarkan hasil padi di utara Jawa (dari Jepara hingga Gresik). ii. Ia menguasai perniagaan di dua buah pelabuhan iaitu Jepara dan Gresik. Melalui Jepara, beras diesksport ke Melaka, manakala melalui Gresik, terdapat perniagaan yang menguasai kepulauan rempah di Maluku

(http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-408402.html 14/03/2011).

Selain daripada mengajar agama Islam di situ, Raden Patah juga melatih orang-orang Islam keturunan Jawa dan Cina yang menjadi pengikutnya tentang teknik-teknik peperangan. Dalam tempoh tiga tahun, beliau berjaya melatih 1,000 orang tentera. Sebagai seorang pemimpin yang arif akan keadaan sekelilingnya, beliau sedar bahawa kekuatan kerajaan Hindu Majapahit telah lemah. Ini merupakan satu peluang yang baik baginya untuk meluaskan kekuasaannya dan mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini (http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid408402.html 14/03/2011). 3.1.3 Pemerintahan Raden Patah Kesultanan Demak merupakan Kerajaan Islam pertama yang didirikan oleh Raden Patah pada tahun 1478M 1518M (Slamet Muljana 2005: 261). Kerajaan Islam ini didirikan atas bantuan daerah-daerah lain yang terlebih dahulu menganut Agama Islam seperti Jepara, Tuban, dan Gresik. Raden Patah sebagai adipati (raja) Islam di Demak, secara terang-terangan memutuskan ikatan dengan Majapahit yang pada masa itu sedang berada di penghujung kemunduran. Pada ketika itu, beliau telah merasmikan Masjid Agung Demak pada tahun 1479M sebagai pusat pemerintahan dan kemudiannya mendirikan kerajaan Islam, dengan Demak sebagai ibu kota (Ensiklopedi Islam. t.th : 297). Raden Patah telah berjaya merobohkan Kerajaan Majapahit tersebut, beliau telah memindahkan semua alat upacara kerajaan dan pusaka-pusaka Majapahit ke Demak, sebagai lambang tetap berlangsungnya kerajaan kesatuan Majapahit, tetapi dalam bentuk yang baru. Raden Patah rasmi menjadi Sultan Demak Pertama, yang bergelar Sultan Sri Alam Akbar (Mundzirin Yusuf. 2006: 77-78). Sebelum pemerintahan Raden Patah bermula sebagai raja pertama kerajaan Islam Demak tersebut, beliau telah mengatur beberapa strategi untuk menguasai Jawa. Begitu juga semasa pemerintahannya. Antara strategi-strategi yang telah disusun oleh Raden Patah adalah seperti berikut: i. Dari tahun 1474M hingga 1477M Raden Patah mengumpulkan pengikutnya dan mengukuhkan kekuatan di Demak.

10

ii.

Dari tahun 1477M hingga 1478M beliau menakluk pelabuhan untuk menguasai lalu-lintas perairan di utara Jawa. Ini telah melemahkan lagi kerajaan Majapahit di samping menambah kekayaan kepada Demak. Pada tahun 1478M Raden Patah telah menguasai Majapahit. Pada tahun 1512M beliau cuba menguasai Melaka, tetapi telah digagalkan oleh Portugis (http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-408402.html 14/03/2011).

iii. iv.

Semasa pemerintahannya, Demak menjadi pusat penyebaran Islam yang pertama di Pulau Jawa. Berjalannya pemerintahan Raden Patah ini berdasarkan kepada Agama Islam terutamanya berkaitan dengan persoalan-persoalan agama, malah beliau sendiri yang menjadi raja pada ketika itu dibantu oleh para ulama yang kemudiannya yang dikenali sebagai Wali Songo (Pudung Abdurrahman et.all. 2002: 388). Selain itu, Demak juga terkenal sebagai kerajaan maritim kerana ekonomi utamanya berasal daripada perdagangan antara pulau. Selain itu, Demak bukan sahaja dijadikan pusat dan benteng agama Islam untuk wilayah barat dan Giri untuk wilayah timur. Akan tetapi, dalam segala hal Demaklah yang menjadi pemimpin seluruh pesisir dalam usaha menanam kekuatan Islam di Jawa (Rusnah Syahila. et.al 2007: 22). 3.2 Pemerintah Islam kedua Demak; Pangeran Sabrang Lor

3.2.1 Silsilah Pangeran Sabrang Lor Nama sebenar beliau ialah Raden Abdul Qadir putera Raden Muhammad Yunus dari Jepara. Raden Muhammad Yunus adalah putera seorang Muballigh pendatang dari Parsi yang dikenal dengan sebutan Syeikh Khaliqul Idrus. Muballigh dan Musafir besar ini datang dari Parsi ke tanah Jawa mendarat dan menetap di Jepara di awal 1400-an Masehi. Silsilah Syeikh ini yang lengkap ialah Abdul Khaliq Al Idrus bin Syeikh Muhammad Al Alsiy (wafat di Parsi) bin Syeikh Abdul Muhyi Al Khayri (wafat di Palestin) bin Syeikh Muhammad Akbar Al-Ansari (wafat di Madina) bin Syeikh Abdul Wahhab (wafat di Mekkah) bin Syeikh Yusuf Al Mukhrowi (wafat di Parsi) merupakan keturunan cucu Nabi Muhammad generasi ke-19, beliau memiliki ibu yang bernama Syarifah Ummu Banin Al-Hasani (keturunan Imam Hasan bin Fathimah binti Nabi Muhammad) dari Parsi (dari Catatan Sayyid Bahruddin Ba'alawi tentang Asyraf Di Tanah

11

Persia, di tulis pada tanggal 9 September 1979M) (http://id.wikipedia.org/wiki/Pati_Unus 11/03/2011). Setelah menetap di Jepara, Syeikh Khaliqul Idrus menikah dengan puteri Ulama Gujarat keturunan Syeikh Mawlana Akbar. Beliau dianugerahkan oleh Allah seorang putera yang diberi nama Raden Muhammad Yunus. Setelah meningkat remaja, Raden Muhammad Yunus menikah dengan seorang puteri pembesar Majapahit di Jepara dipanggil dengan gelaran Wong Agung Jepara. Daripada pernikahan ini lahirlah seorang putera yang sangat terkenal dengan kecerdasan dan keberanian bernama Abdul Qadir. Setelah Abdul Qadir di angkat menjadi sultan Demak yang kedua, beliau diberi gelaran Adipati Yunus atau terkenal sebagai Pati Unus setelah gugur di Melaka. Beliau dikenali oleh masyarakat dengan gelaran Pangeran Sabrang Lor

(http://id.wikipedia.org/wiki/Pati_Unus 11/03/2011). 3.2.2 Pemerintahan Pangeran Sabrang Lor Pangeran Sabrang Lor merupakan Sultan Demak yang kedua. Beliau mula memerintah Kerajaan Demak bermula dari tahun 1518M sehingga 1521M. Adipati Unus yang merupakan menantu kepada Raden Patah, pendiri Kesultanan Demak telah memimpin penyerbuan ke atas Melaka melawan pendudukan Portugis pada tahun 1521M. Disebabkan itu, beliau terkenal dengan gelaran Pangeran Sabrang Lor (sabrang = menyeberang, lor = utara), karena keberaniannya menyeberangi Laut Jawa menuju ke Melaka untuk melawan Portugis yang ada di sana (Mundzirin Yusuf 2006 :79). Pati Unus hanya memerintah Kerajaan Demak ini dalam tempoh yang agak singkat iaitu selama tiga tahun sahaja. Diceritakan bahawa, armada perang Islam siap berangkat dari pelabuhan Demak dengan mendapat pemberkatan dari Para Wali yang dipimpin oleh Sunan Gunung Jati. Armada perang ini sangat besar jika dibandingkan dengan ukuran terdahulu dan sekarang. Ianya dipimpin oleh Pati Unus bergelar Senapati Sarjawala yang telah menjadi Sultan Demak yang kedua(Mundzirin Yusuf 2006 :79). Armada perang Islam yang sangat besar ini berangkat ke Melaka dan Portugis pun sudah mempersiapkan pertahanan menyambut armada besar ini dengan puluhan meriam besar pula yang mencuat dari benteng Melaka. Menurut H.J. De Graaf & TH. Pigeaud (2003:44), Pati Unus

12

mempunyai armada laut yang terdiri daripada 40 kapal pejuang yang berasal dari daerah-daerah taklukan, terutamanya diperolehi dari Jepara. Kapal yang ditumpangi Pati Unus terkena peluru meriam ketika hendak menurunkan perahu untuk merapat ke pantai. Beliau gugur sebagai syahid fisabilillah karena kewajipannya membela sesama Muslim yang tertindas akibat dari penjajah (Portugis) yang bernafsukan untuk memonopoli perdagangan rempah-ratus. Sebahagian pasukan Islam yang berhasil mendarat kemudian bertempur dahsyat hampir tiga hari tiga malam lamanya dengan menimbulkan korban yang sangat besar di pihak Portugis, karena itu sampai sekarang Portugis tidak suka mengisahkan kembali pertempuran dahsyat yang berlaku pada tahun 1521M. Melalui sejarah atau sosiologi keturunan Portugis di Melaka (kaum Papia Kristang) hanya terdapat kegagahan Portugis dalam mengusir armada tanah jawa (expedisi I) pada tahun 1513M dan armada Johor dalam banyak pertempuran kecil (http://id.wikipedia.org/wiki/Pati_Unus 11/03/2011). Armada Islam gabungan tanah Jawa yang juga menderita banyak korban kemudian memutuskan mundur dibawah pimpinan Raden Hidayat yang merupakan orang kedua dalam komando setelah Pati Unus gugur. Satu riwayat yang belum jelas siapa Raden Hidayat ini, kemungkinan orang kedua yang lebih kuat setelah Pati Unus gugur beliau diambil alih oleh Fadhlulah Khan (Tubagus Pasai) karena sekembalinya dari Armada Gabungan ini ke Pulau Jawa, Fadhlullah Khan diangkat oleh Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati sebagai Panglima Armada Gabungan yang baru menggantikan Pati Unus yang syahid di Melaka. Kegagalan expedisi jihad yang ke II ke Melaka ini disebabkan oleh faktor-faktor internal (dalaman), terutamanya masalah mengenai keharmonian hubungan dengan kesultanan Indonesia (http://id.wikipedia.org/wiki/Pati_Unus 11/03/2011). Putera pertama dan ketiga Pati Unus ikut gugur, sedangkan putera kedua beliau, Raden Abdullah dengan takdir Allah masih lagi dapat meneruskan keturunan Pati Unus, beliau selamat dan berjaya bergabung dengan armada yang tinggal untuk kembali ke tanah Jawa. Sebahagian tentara Kesultanan Melaka juga turut memutuskan untuk berhijrah ke tanah Jawa karena negeri mereka gagal direbut kembali daripada penjajahan Portugis. Mereka adalah orang Melayu Melaka daripada keturunan Raden Abdullah putera Pati Unus. Mereka membantu Raden Abdullah mengislamkan tanah Pasundan (suku bangsa Sunda dibahagian barat Nusantara)

13

hingga mereka menamakan tempat persinggahan mereka di Jawa Barat dengan nama Tasikmalaya yang bererti danau orang Melayu (http://id.wikipedia.org/wiki/Pati_Unus 11/03/2011). 3.3 Raja Demak sebagai Pelindung Agama Islam di Jawa Tengah

Dalam pandangan Islam, masjid adalah merupakan pusat kegiatan dalam segala aspek kehidupan umat Islam. Kerana itu, apabila hendak mendirikan negara Islam, maka didahului dengan mendirikan masjid. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan membina masjid yang diberi nama Masjid Quba ketika mana Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar tiba di Madinah. Mendirikan masjid ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan kemudian diikuti oleh para sahabat, tabien, tabi- tabien sehinggalah ke hari ini. Demikian juga halnya di Jawa, boleh dikatakan sejarah berdirinya Masjid Agung Demak ini adalah berhubung rapat dengan sejarah berdirinya Kerajaan Islam Demak (Abdul Halim Bashah. 1993:139). Masjid Demak merupakan masjid yang amat suci dan tertua di Jawa Tengah, telah mengharumkan namanya sebagai masjid Agung dari kerajaan Islam yang pertama di negeri ini (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 53). Raja Demak mempunyai peranan yang sangat besar dalam mengembangkan ajaran Islam. Oleh itu, sebagai permulaan untuk mengislamkan masyarakat di Pulau Jawa ini, maka raja bertanggungjawab untuk membina masjid dan mencari jemaah. Pencarian jemaah dilakukan dengan cara menyampaikan dakwah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jemaah ini diketahui oleh para imam yang mula mendapat kuasa untuk memimpin mereka melalui solat wajib lima waktu sehari semalam yang didirikan secara berjemaah. Kekuasaan kerohanian para imam masjid ini sudah wujud sejak awal penyebaran agama Islam. Ianya berkembang luas meliputi bidang kehidupan masyarakat; yang pada asasnya tidak menunjukkan bahawa agama Islam mengakui adanya perbezaan antara hal rohani dan hal duniawi. Suatu hal yang bererti, di Jawa para imam masjid hampir selalu disebut penghulu. Kata penghulu di Tanah Melayu bererti kepala pada umumnya, tanpa mempunyai pengertian yang khusus dalam bidang kerohanian (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 53).

14

Dalam Hikayat Hasanuddin, sejarah singkat tentang raja-raja Banten, terdapat satu bahagian yang menceritakan tentang kelima-lima imam Masjid Demak. Ternyata kelima-lima imam ini dapat dihubungkaitkan dengan bidang kerohanian (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 54) dan amat berjasa dalam proses Islamisasi di Jawa (Ensiklopedi Islam. t.th: 300). Imam pertama Masjid Demak ialah Pangeran Bonang (Sunan Bonang) yang merupakan putera Pangeran Rahmat dari Ampel Denta (Surabaya). Pangeran Bonang memangku jawatan tersebut atas permintaan Pangeran Ratu (Raja) di Demak. Setelah beliau meletakkan jawatannya sebagai imam di masjid tersebut, beliau memulakan perjalanannya sambil berdakwah bermula dari ke Karang Kemuning, kemudian ke Bonang dan akhirnya ke Tuban; dan meninggal di sana. Menurut kisah yang lain, ada yang menceritakan bahawa beliau melakukan dakwah bermula di Surabaya, Karang Kemuning, Tuban, Ampel Denta, Demak. Diceritakan juga bahawa beliau menghabiskan usianya dengan membujang dan tidak mempunyai anak (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 54). Menurut Hikayat Hasanuddin, keempat-empat imam Masjid Demak yang berikutnya ini, semuanya mempunyai hubungan kerabat dengan puteri Pangeran Rahmat dari Ampel Denta, yang diberi nama Nyai Gede Pancuran. Nyai Gede Pancuran ini akhirnya berkahwin dengan Pangeran Karang Kemuning, seorang alim ulama dari Atas Angin dari Barat yang bernama Ibrahim. Menjelang akhir hayatnya beliau pergi melawat Surabaya dan dimakamkan di sana di samping bapa mertuanya, Pangeran Rahmat dari Ampel Denta. Begitu juga dengan isterinya, pada akhir hayatnya, ia kembali ke Surabaya dan dimakamkan berhampiran dengan makam ayahnya dan suaminya yang tercinta (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 55). Menurut Hikayat Hasanuddin, imam kedua Masjid Demak ialah cucu Nyai Gede Pancuran yang diberi nama Makdum Sampang. Ayahnya berasal dari Majapahit. Makdum Sampang tinggal di Undung (dekat Kudus sekarang) bersama kakak iparnya, Nyai Pambarep; yang juga merupakan cucu kepada Nyai Gede Pancuran. Dari situ, Makdum Sampang pindah berturut-turut ke Surabaya, Tuban dan Demak. Di tempat-tempat sebeginilah beliau memangku jawatan sebagai imam masjid. Pemergiannya dari Tuban disebabkan beliau merasa sangat keberatan untuk bekerja di bawah kekuasaan seorang raja yang masih bersikap hamba kepada Maharaja Majapahit yang kafir. Dengan sebab itulah, Makdum Sampang menerima tawaran Pangeran Ratu Demak, untuk menjadi imam di masjid tersebut. setelah beliau wafat dalam

15

usia yang agak lanjut, beliau dimakamkan di sebelah barat masjid yang termasyhur itu (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 55). Makdum Sampang sebagai imam di Masjid Demak tersebut, akhirnya digantikan oleh anak beliau sendiri yang disebut Kiai Gedeng Pambayun ing Langgar. Tidak lama kemudian, beliau mengikut ibunya berpindah ke Jepara, untuk menjadi imam di sana. Beliau meninngal dan dimakamkan di sana iaitu di gunung Keramat Dana Raja (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 55). Imam Masjid Demak yang keempat ialah anak kepada Nyai Pamberap; iaitu kakak ipar Makdum Sampang yang mendapat gelaran Penghulu Rahmatullah dari Undung. Beliau ditawarkan menjadi imam oleh adipati (raja) Sabrang Lor (Sultan Demak yang kedua) dan mengakhiri hayat beliau dengan gugur di medan pertempuran. Beliau dimakamkan di Masjid Demak, di samping bapa saudaranya Makdum Sampang (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 56). Orang kelima yang menjadi imam Masjid Demak yang disebut dalam Hikayat Hasanuddin ialah orang yang mendapat gelaran Pangeran Kudus dan terkenal juga dengan panggilan Pendita Rabbani (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 56). Imam inilah yang berhasil mendirikan kota Kudus (Quds, kota suci) setelah berjaya menjalankan tugas ketenteraannya melawan Majapahit. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang memegang kuasa besar dalam merebut kerajaan Majapahit ((Ensiklopedi Islam. t.th: 301). Kelima-lima imam Masjid Demak ini telah memangku jawatan sebagai imam masjid tersebut selama tiga pemerintahan raja pertama kerajaan Demak sebagaimana berikut: 1) Pangeran Bonang 2) Makdum Sampang 3) Kiai Pambayun 4) Penghulu Rahmatullah 5) Sunan Kudus : akhir tahun 1490M 1506M. : tahun 1506M 1515M. : sekitar tahun 1515M 1520M. : tahun 1521M 1524M. : tahun 1524M.

16

Berdasarkan keterangan yang dipetik daripada Hikayat Hasanuddin ini, dapatlah disimpulkan bahawa kedudukan imam-imam yang pertama ini sangat bergantung kepada rajaraja Demak sebagai pelindung mereka. Hal ini dapat diketahui melalui pelantikan jawatan imamimam tersebut oleh sultan-sultan kerajaan Demak itu sendiri.

4.0

KESULTANAN

DEMAK

DI

ERA

KEGEMILANGAN;

ZAMAN

PEMERINTAHAN SULTAN TRENGGANA 4.1 Asal Usul Sultan Trenggana

Sultan Trenggana adalah putera Raden Patah, pendiri Demak yang lahir dari permaisuri Ratu Asyikah puteri Sunan Ampel. Menurut Suma Oriental, beliau dilahirkan sekitar tahun 1483M. Sultan Trenggana memiliki beberapa orang putera dan puteri. Putera beliau antaranya yang paling terkenal ialah Sunan Prawata yang menjadi raja sebagai penggantinya, Ratu Kalinyamat yang menjadi bupati Jepara, Ratu Mas Cempaka yang menjadi isteri Sultan Hadiwijaya, dan Pangeran Timur yang berkuasa sebagai adipati di wilayah Madiun dengan gelaranRangga Jumena(http://id.wikipedia.org/wiki/Sultan_Trenggana#Silsilah_Sultan_Trenggana10/3/2011). Menurut R. Atmodarminto (2000: 122) di dalam bukunya yang bertajuk Babad Demak dalam Tafsir Sosial Politik, beliau menyatakan bahawa Sultan Trenggana mempunyai enam orang anak, iaitulah: i. Pangeran Mukmin, beliaungkat menjadi wali oleh Sunan Giri, dengan gelaran Sunan Prawata. ii. Puteri, menikah dengan Pangeran Langgar, putera Kyai Gede Sampang yang bertempat di Madura. iii. iv. v. Puteri, menikah dengan Pangeran Hadiri, bupati Kalinyamat. Puteri, menikah dengan Bupati Pajang Adiwijaya (Jaka Tingkir). Puteri, menikah dengan Panembahan Pasarean, putera Fatahillah (Sunan Gunung Jati), Cirebon. Setelah janda kerana ditinggalkan oleh suaminya akibat kematian, beliau pun menikah pula dengan Hasanuddin Bupati Banten.

17

vi.

Laki-laki, diberi gelaran Pangeran Timur, yang kemudian beliaungkat menjadi bupati di Madiun dan terkenal dengan sebutan Panembahan Madiun. Menurut sebuah sumber, suatu ketika, Sunan Bonang telah menggerakkan hati Sultan

Trenggana tersebut untuk berkunjung kepada Sunan Gunung Jati yang merupakan seorang wali di Gunung Jati. Sunan Gunung Jati telah menganugerahkan Trenggana dengan gelaran Sultan Ahmad Abdul Arifin. Sedangkan gelaran maharaja pula diberikan kepada Sultan Trenggana pada tahun 1546M oleh Mendez Pinto, seorang pengarang Portugis. Hal ini menunjukkan bahawa betapa tingginya nilai gelaran Islam tersebut (Ensiklopedi Islam.t.th: 298). Terdapat juga sumber lain yang menyebut bahawa gelaran Islam seperti itu sebelumnya telah diberikan kepada Raden Patah, iaitu ketika berhasil mengalahkan Majapahit yang diperintah oleh Brawijaya, ayahnya sendiri. Sebagai maharaja seluruh Jawa, Raden Patah memperoleh gelaran Senapati Jinbun Ngabdur Rahman Panembahan Palembang Sayyidin Panata Gama (Ensiklopedi Islam.t.th: 298). 4.2 Pemerintahan Sultan Trenggana

Penerus kerajaan Demak setelah Adipati Unus adalah Sultan Trenggana. Sultan Trenggana merupakan raja ketiga Kesultanan Demak yang memerintah Demak dari tahun 1521M hingga 1546M melalui perebutan takhta dengan adiknya sendiri iaitu Pangeran Sekar Seda Lepen yang dikenali juga sebagai Raden Kikin. Pada zaman pemerintahan Sultan Trenggana, wilayah kekuasaan Kerajaan Demak sangat luas meliputi Banten, Jayakarta, Cirebon (Jawa Barat), Jawa Tengah, dan sebagian Jawa Timur sehingga beliau berjaya mendirikan dua kota kerajaan yang sangat penting iaitu di Cirebon dan Banten ((Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608). Untuk memperluaskan daerah kekuasaannya, Sultan Trenggana menikahkan putera puterinya, antara lain dinikahkan dengan Pangeran Hadiri dari Kalinyamat (Jepara) dan Pangeran Adiwijaya dari Pajang. Sultan Trenggana berhasil meluaskan kekuasaannya ke daerah pedalaman. Beliau berhasil menakluk Sunda Kelapa, Majapahit, dan Tuban sekitar tahun 1527M. Penaklukan seterusnya meliputi Madiun, Blora, Surabaya, Pasuruan, Lamongan, Blitar, Wirasaba dan Kediri. Perluasan kekuasaan Demak yang dipimpin oleh Sultan Trenggana

18

semakin meluas sehingga sampai ke Banjarmasin dan Palembang. Hal ini disebabkan tersebarnya agama Islam ke wilayah tersebut (Pudung Abdurrahman et. all 2002: 388). Di bawah kepimpinan Sultan Trenggana, kerajaaan Demak mencapai zaman keemasan. Hal ini kerana usaha beliau yang berjaya meluaskan kekuasaannya ke Jawa Barat dan Jawa Timur. Waktu itu Jawa Timur masih dikuasai kerajaan Hindu Pajajaran dengan ibu kotanya di Pakkan, berhampiran dengan Bogor. Begitu juga halnya dengan Portugis, yang pada waktu itu mulai merebut kota-kota pelabuhan yang terkenal, iaitu Banten dan Sunda Kelapa. Dengan maksud hendak mengusir orang-orang Portugis tersebut, Sultan Trenggana telah mengutuskan Fatahillah (Sunan Gunung Jati) untuk berangkat menuju Jawa barat (Maftuh Ahnan. t.th: 75). Dalam perjalanan ke Jawa Barat ini, Fatahillah sempat mengunjungi Raja Pajajaran yang berkedudukan atau berpangkat di Banten. Setelah itu, Raja tersebut pun masuk Islam. Maka Banten dapat dikuasainya, demikian juga Sunda Kelapa yang akhirnya namanya diubah menjadi Jayakarta atau Jakarta (Maftuh Ahnan. t.th: 75). Kemenangan-kemenangan tersebut menyebabkan Sultan Trenggana semakin yakin dengan pertolongan Allah. Oleh itu, beliau pun memerintahkan Fatahillah untuk meminpin kembali pasukannya merebut daerah-daerah lain, di antaranya Cirebon dan Pasuruan. Dalam perjalanan ke Panarukan, Sultan Trenggana ikut serta dan beliau mangkat pada ketika itu. Dikatakan bahawa beliau tewas di tangan tukang sirihnya yang baru berusia 10 tahun, di saat beliau mengadakan pembicaraan tentang siasatan perang Demak. Tukang sirihnya itu ialah anak kepada seorang bupati di Surabaya. Beliau meninggal akibat ditikam dengan keris oleh tukang sirihnya itu (Maftuh Ahnan. t.th: 76). Sultan Trenggana gugur di Panarukan, daerah Jawa Timur pada tahun 1546M. Demak pernah menyerang Melaka yang dikuasai oleh Portugis tetapi gagal (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608).

19

5.0 5.1

PERLUASAN WILAYAH DEMAK Perluasan Wilayah Demak ke Jawa Barat

Kesultanan Demak seperti kebanyakan kerajaan di Jawa, ianya lebih merupakan negara kota dengan daerah sekelilingnya dibawah pengawasan langsung dari keraton (istana raja di Jawa). Tetapi Demak lebih terkenal sebagai pusat kepada beberapa kota seperti Kudus, Jepara, Cirebon, Banten dan lain-lain. Dengan menguasai kota-kota pesisir tersebut, hubungan kekeluargaan dapat dijalinkan melalui perkahwinan yang merupakan alat integrasi penting sebagai kesatuan politik pada zaman tersebut. Perang-perang Demak kemungkinan hanya bersifat pembalasan dan penghukuman untuk menghancurkan kota musuh (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608). Penyebaran Islam di Jawa Barat bermula dari Demak Bintara. Demak Bintara diperintah oleh para Sultan yang didukung penuh oleh para wali iaitu Maulana Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Darajat, Sunan Kalijaga, Sunan Murya, Sunan Kudus, dan Sunan Gunung Jati. Mereka gemar dengan kesenian dan kebudayaan. Mereka menyempurnakan bentuk dan lakonan wayang agar tidak bertentangan dengan agama Islam (Purwadi & Maharsi 2005:58) Ibu kota Islam, Demak Bintara telah menjadi titik tolak perjuangan untuk menyebarkan agama Islam, bahasa dan kebudayaan Jawa di sepanjang pesisir utara Jawa Barat. Tindakan Syeikh Nurullah yang kemudiannya diberi gelaran Sunan Gunung Jati dan juga tindakan anaknya, Hasanuddin, yang kelak menjadi raja Islam pertama di Banten Darussalam, ternyata sangat menyeluruh dalam meluaskan pengaruh raja-raja Islam di Demak Bintara ini (Purwadi & Maharsi 2005:58) Pada zaman pemerintahan Sultan Trenggana, perluasan kuasa Demak ke Jawa Barat ini telah berjaya mendirikan dua kota kerajaan maritim yang sangat penting, iaitu Cirebon dan Banten. Kedua-dua kerajaan tersebut berkaitan dengan salah seorang wali yang terkenal di Jawa, iaitu Sunan Gunung Jati (m. 1570M) yang berasal dari Pasai. Ketika Portugis menduduki kota pesisir di Sumatera Utara (1521M-1524M), Sunan Gunung Jati pergi ke Mekah dan kembali pada tahun 1524M. Setelah itu, beliau berkahwin dengan saudara perempuan Trenggana (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608).

20

Walaupun dikatakan Islam di Cirebon telah wujud sejak 1470M-1475M, tetapi baru ada kerajaan Islam pada awal abad ke-16 yang didirikan oleh Syarif Hidayatullah yang lebih dikenali sebagai Sunan Gunung Jati. Kerajaan itu dikenali sebagai Kesultanan Cirebon. Dari Cirebon, Sunan Gunung Jati menyebarkan Islam ke daerah-daerah lain di Jawa Barat seperti Kawali (Galuh), Majalengka, Kuningan, Sunda Kelapa sampai ke Banten. Di Banten inilah dasar-dasar pengembangan Islam dan perekonomian Muslim dibangunkan oleh Sunan Gunung Jati sekitar tahun 1524M-1525M (Pudung Abdurrahman et. all 2002: 389). Pada tahun 1524M, Sunan Gunung Jati menakluk Banten dan menghalau Pemerintah setempat yang masih setia kepada raja Hindu terakhir di Jawa Barat, Raja Pajajaran. Pada tahun 1527M, beliau menakluk pelabuhan Sunda Kelapa daripada Pajajaran yang kemudian dinamakan Jayakarta (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994:608). 5.2 Perluasan Wilayah Demak ke Jawa Timur

Kegiatan dakwah Islamiyah di Jawa Timur juga dibantu oleh kerajaan Demak. Secara kronologis Islamisasi di Jawa Timur dapat diceritakan seperti berikut: 1527M: Tuban dikuasai oleh Sultan Demak. Pegawai-pegawai di Tuban sudah beragama Islam. 1528M: 1529M: 1530M: 1531M: Wirasari sudah diduduki. Raja Demak berkerjasama dengan Gagelang (Madiun kini). Medangkungan sudah diduduki. Surabaya tunduk pada kekuasaan Narendra Agung. Ampel Delta, termasuk dalam wilayah Surabaya yang telah lama Islam. 1535M: Pasuruan direbut dan diduduki.

1541-1542M: Pegawai-pegawai di Lamongan, Blitar, dan Wirasaba di aliran Sungai Brantas mengakui kekuasaan Narendra Agung. 1543M: Gunung Penanggungan di sebelah timur Majapahit diduduki. Terdapat beberapa petunjuk berdasarkan sisa-sisa bangunan yang telah dijumpai oleh beberapa kelompok penganut kepercayaan tertentu di lereng-lereng gunung. 1544M: Mamenang telah direbut. Mamenang adalah nama kuno Kediri, aliran Brantas tengah. Desa Menang, berhampiran dengan Kediri kini.

21

1545M:

Sengguruh tunduk pada kekuasaan Narendra Agung. Sengguruh terletak di bahagian hulu Sungai Brantas.

1546M:

Terjadinya perebutan Blambangan. Sultan Trenggana dari Demak Bintara gugur, akibat kegagalan dalam operasi melawan Panarukan. Blambangan terletak di hujung timur Jawa berabad-abad lamanya sejak zaman Majapahit (Purwadi & Maharsi. 2005:59-60).

Jaka Tingkir telah mengangkat Pangeran Timur, putera Sultan Demak Bintara, sebagai bupati di Madiun. Hal itu dapat memberi petunjuk bahawa terdapatnya hubungan antara kerajaan Demak Bintara dan madiun. Di istana para bupati yang berada di tempat itu dikelilingi oleh makam-makam moyang dahulu yang dikirim ke Madiun untuk menundukkan wilayah tersebut kepada kekuasaan Narendra Agung Islam (Purwadi & Maharsi 2005:60). Dalam melakukan serangan terhadap kaum jahiliyah dan melancarkan dakwah Islam, Sunan Bonang berada di Singkal, pada suatu tempat di tepi Sungai Brantas. Pada tahun 1678M, para pemimpin Belanda-Jawa telah menemui sebuah masjid di Singkal, yang digunakan sebagai gudang garam. Masjid tersebut merupakan bangunan batu yang cukup besar. Adanya masjid tersebut merupakan pengaruh yang sangat penting di Singkal pada abad ke-17 yang dijadikan sebagai pusat syiar agama islam. pada separuh abad pertama abad ke-16, Madura juga telah diislamkan (Purwadi & Maharsi 2005:61). Setelah kota kuno Majapahit direbut, Narendra Agung Islam Demak Bintara ingin menguasai Jawa Timur dan hujung Jawa Timur, yang merupakan wilayah terpenting pada ketika itu. Dalam hal ini, Sultan Demak hampir berjaya menguasai kesemuanya. Walaubagaimanapun, Blambangan, yang merupakan bahagian Jawa yang paling timur, masih tetap bertahan dan melawan. Sunan Giri juga sangat dihormati pada ketika itu, begitu juga dengan raja-raja Islam yang berasal dari Cina datang dari Gresik menuju ke Demak (Purwadi & Maharsi 2005:61). Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, jelaslah bahawa kerajaan Demak Bintara ini sangat aktif dalam penyebaran Islam di Jawa Timur.

22

5.3

Perluasan Wilayah-Wilayah Lain

Demak sebagai ibu kota kerajaan Islam menjadikan dirinya sebagai tonggak perjuangan untuk menyebarkan agama Islam pada abad pertama ke-16. Untuk itu, Kesultanan Demak meluaskan pengaruhnya bukan hanya ke wilayah barat Pulau Jawa, melainkan juga ke wilayah timur pulau tersebut, bahkan juga sampai ke daerah-daerah luar Jawa. Pada tahun 1527M, tentera Demak menguasai Tuban, setahun kemudian menduduki Wirosari (Purwodadi, Jateng), tahun berikutnya pula menyerang Gagelang (Madiun sekarang), pada tahun 1530M, menyerang Mendangkungan (sekarang daerah Blora), Surabaya pada tahun 1531M, Pasuruan pada tahun 1535M, Lamongan pada tahun 1542M, wilayah Gunung Penanggungan pada tahun 1543M, Mamenang (nama kuno Kerajaan Kediri) pada tahun 1544M, dan Sengguruh pada tahun 1545M (Ensiklopedi Islam.t.th: 298). Pengaruh kesultanan ini sampai ke Kesultanan Banjar di Kalimantan. Sebuah sumber yang menyebutkan bahawa calon pengganti raja Banjar pernah meminta agar sultan Demak mengirimkan tenteranya menegah masalah pengantian raja Banjar. Calon pewaris mahkota yang didukung oleh rakyat Jawa itu akhirnya masuk Islam dan diberi nama Islam oleh seorang ulama bangsa Arab. Terdapat juga sumber lain yang menyatakan bahawa sepanjang pemerintahan Kesultanan Demak, hampir setiap tahun raja Banjar mengirimkan ufti kepada sultan Demak. Tradisi ini berhenti ketika kekuasaan Kesultanan Demak beralih kepada raja Pajang di Jawa Tengah (Ensiklopedi Islam.t.th: 299). Pengaruh Kesultanan Demak di Banjar membuka peluang untuk perkembangan agama Islam di kawasan tersebut. Para sultan setempat menjadi pelopor utama berkembang-suburnya Islam di kawasan Kalimantan. Pada zaman-zaman berikutnya, Kerajaan Kotawaringin menjadi kerajaan Islam pada tahun 1620M, demikian pula Kesultanan Kutai menjadi Islam pada tahun 1700M; sejak itu sampailah ke Indonesia merdeka Kesultanan Kutai ini diperintah oleh tujuh raja Islam bergelar sultan (Ensiklopedi Islam.t.th: 299).

23

6.0

SUMBANGAN DAN HASIL PERADABAN KESULTANAN DEMAK

Pemerintahan Kesultanan Demak ini tidak mengambil masa yang panjang, hanya kira-kira setengah abad sahaja bermula dari tahun 1500M 1550M (Ensiklopedi Islam. t.th: 297). Walaupun pemerintahan kesultanan Demak ini terlalu singkat, namun terdapat juga beberapa hasil peradaban yang ditinggalkan, bahkan ianya dapat kita lihat sehingga ke hari ini. Disebabkan Kesultanan Demak ini merupakan kerajaan Islam yang pertama di Jawa. Maka tidak hairanlah, semua hasil peradabannya adalah bercirikan Islam ataupun bermesejkan telah berlakunya perkembangan Agama Islam. 6.1 Masjid Agung Demak

Salah satu kesan peninggalan bersejarah dan pengaruh tersebarnya ajaran Islam pada zaman Kesultanan Demak ini ialah Masjid Agung Demak, yang didirikan oleh para Wali Songo. Lokasi ibukota Kesultanan Demak, yang pada masa itu masih dapat dilayari dari laut dan dinamakan Bintara (dibaca "Bintoro" dalam bahasa Jawa), saat ini telah menjadi kota Demak di Jawa Tengah. Ianya dikenali juga sebagai "Demak Bintara". Pada masa pemerintahan sultan keempat ibukota dipindahkan ke Prawata (http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Demak 03/03/2011). Masjid Agung Demak merupakan sebuah masjid yang tertua di Indonesia. Ia juga terkenal dengan masjid Agung kerajaan Islam pertama di Jawa yang terletak di tanah lapang di halaman istana kota Demak, 22 km di sebelah timur laut Semarang, Jawa Tengah. Menurut legenda, masjid ini didirikan oleh Wali Songo secara bersama-sama dalam tempoh satu malam. Sejarah Demak menunjukkan bahawa masjid ini didirikan pada tahun Saka 1399 (1477M) yang ditandai oleh candrasengkala Lawang Trus Gunaningjanmi, pada gambar yang tembus di mihrab masjid ini terdapat lambang tahun Saka 1401 yang menunjukkan bahawa masjid ini didirikan pada tahun 1479M (Ensiklopedi Islam. t.th. 299). Bangunan yang dibina dari kayu jati ini berukuran 31 m x 31 m dengan serambinya (beranda yang agak panjang) berukuran 13 m x 15 m. Atap tengahnya ditampung oleh empat buah tiang kayu rakssasa (saka guru), yang dibuat oleh empat wali di kalangan Wali Songo. Saka sebelah tenggara adalah buatan Sunan Ampel, sebelah barat daya buatan Sunan Gunung Jati, sebelah barat laut buatan Sunan Bonang, manakala sebelah timur laut, yang tidak pun terbuat

24

dari sebatang kayu yang utuh melainkan ianya hanya disusun dari beberapa potong balak yang diikat menjadi satu, yang merupakan sumbangan dari Sunan Kalijaga. Serambinya yang terdiri dari lapan buah tiang yang merupakan bangunan tambahan pada zaman Adipati Yunus (Pati Unus atau Pangeran Sabrang Lor), sultan Demak kedua (1518M-1521M) (Ensiklopedi Islam. t.th. 299). Bangunan Masjid Agung Demak mempunyai unsur kebudayaan Hindu Jawa yang bentuk bangunannya cenderung kepada mirip candi yang runcing ke atas, seperti nasi tumpeng (nasi yang dikukus dan dibentuk seperti kerongsang) (Kamus Dewan. Edisi keempat. 2008). Motifmotif hiasan yang terdapat di dalamnya jelas mempunyai hubungan dengan zaman Kerajaan Majapahit. Ciri lain yang kelihatan dari bangunan masjid ini ialah corak masjid kuburan yang diliputi oleh suasana mistik. Atapnya yang bersusun tiga tingkat itu melambangkan Islam, iman dan ihsan. Jumlah pintunya yang lima pula melambangkan rukun Islam yang lima, manakala jendelanya yang terdiri daripada enam buah jendela melambangkan rukun iman yang enam (Ensiklopedi Islam. t.th. 300). Dikatakan juga bahawa karakteristik dari masjid buatan para wali ini adalah beratap tiga tingkat yang merupakan manifestasi daripada keislaman para wali yang lebih cenderung kepada tasawuf. Bermula dari atap yang paling bawah melambangkan syariat, kemudian tarekat dan kemudiannya hakikat (Harun Nasution 1992: 209). Pada awalnya, Masjid Agung Demak menjadi pusat kegiatan kerajaan Islam pertama di Jawa Tengah, bahkan di seluruh Pulau Jawa. Bangunan ini dijadikan markas atau pusat para wali untuk bermusyawarah dan mengadakan sekaten (perayaan pada bulan maulud) . Dalam upacara ini, akan dibunyikan gamelan dan rebana di depan serambi, sehinggalah masyarakat berduyunduyun datang mengerumuni dan memenuhi depan pintu gerbang istana. Lalu para wali akan menyampaikan dakwah mereka (tabligh), dan rakyat pun secara sukarela dituntun mengucapkan dua kalimah syahadah (Ensiklopedi Islam. t.th. 300). Perkembangan kota Demak dengan pantas dan maju menjadi pusat perdagangan dan lalulintas serta pusat kegiatan pengislaman ini tidak terlepas dari dana sistem pentadbiran atau sumbangan besar daripada Masjid Agung Demak itu sendiri. Dari sini para wali dan raja Kesultanan Demak mengadakan kegiatan dakwah Islamiah ke Jawa Tengah, Jawa Timur dan

25

Jawa Barat. Masjid Agung Demak inilah yang merupakan masjid yang tertua di kota Demak dan merupakan lambang kerajaan Islam pada ketika itu (Ensiklopedi Islam. t.th. 300). Jemaah Masjid Agung Demak merupakan generasi awal dalam proses Islamisasi di Jawa. Para raja memberikan kuasa kepada seorang imam untuk mendidik dan membimbing masyarakat dalam beribadah, terutama dalam mendirikan solat. Kemudiann, kekuasaan rohani yang diberikan kepada imam itu akan disebarkan secara meluas dalam kehidupan kemasyarakatan. (Ensiklopedi Islam. t.th. 300). Di zaman Indonesia merdeka, Masjid Agung Demak telah beberapa kali diperbaiki. Pada tahun 1965M, pembaikan Masjid Agung Demak dimulai dengan memperhatikan keindahan dari depan, sehinggakan bangunan lain yang ada di situ pada ketika itu akan dipindahkan ke tempat lain. Pada tahun 1966M, pembaikan dilakukan dengan menbangunkan atau mendirikan pagar depan dengan menggunakan ornamen batu; instalasi listerik dipasang, Tratag rahmat (ruang pertemuan) yang bukan merupakan bangunan asli masjid itu dirobohkan. Pada tahun berikutnya, diperbaharui pula tempat berwuduk di sebelah kiri dan kanan masjid (Ensiklopedi Islam. t.th. 301). Pada tahun 1969M, pembaikan dilakukan ke atas bangunan serambi yang kelihatan agak lama diruntuhkan serta dibangunkan kembali supaya kelihatan baru selari dengan arus kemodenan. Seterusnya pada tahun 1971M, 1973M, 1974M, dan 1975M telah dilakukan pelbagai pembaikan. Pada tahun 1980-an, perbaikan dilakukan dengan mempertahankan bentuk asli. Setelah selesai proses perbaikan tersebut, maka majlis perasmian masjid tersebut dilakukan oleh Presiden Soeharto pada tanggal 21 Mac 1987M. Dengan ini, negara-negara yang tergabung dalam Organisasi Konferensi Islam (OKI) menetapkan Masjid Demak sebagai bukti peninggalan sejarah Islam (Ensiklopedi Islam. t.th. 301). 6.2 Pendidikan dan Kesenian

Berkembangnya sistem pendidikan terutamanya Sastera Jawa yang berpusat di bandar-bandar pantai utara dan pantai timur Jawa sebelumnya tidak Islamik, namun pada masa tertegaknya kerajaan Islam Demak ini, semuanya telah diislamkan (Mundzirin Yusuf. 2006:80). Sastera Jawa yang pada ketika itu juga dikatakan modern, telah mendapat pengaruh dari proses sekularisasi karya-karya sastera yang dahulunya merupakan keramat dan sejarah suci dari zaman

26

kuno. Kejayaannya terserlah pada abad ke-16 dan ke-17 dengan jelas menunjukkan perkembangannya dengan meluasnya agama Islam (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 81). Hasil peradaban lainnya; dalam penggunaan istilah ataupun bahasa ini ialah penggunaan gelaran penghulu (kepala) sudah digunapakai oleh imam Masjid Demak. Hal itu juga dikaitkan dengan orang yang terpenting di sana, iaitu Sunan Kalijaga. Kata Kali berasal dari bahasa Arab Qadli, walaupun istilah tersebut juga dikaitkan dengan nama sebuah sungai kecil, Kalijaga, di Cirebon. Ternyata istilah Qadli ini, pada masa selanjutnya banyak digunapakai oleh imam-imam masjid (Mundzirin Yusuf. 2006:80). Selain itu, Raden Patah yang merupakan pengasas kesultanan Demak juga pernah menyusun suatu himpunan undang-undang dan peraturan dalam perlaksanaan hukum. Undangundang dan peraturan tersebut dinamakan Salokantara. Sebagai kitab hukum, di dalamnya antara lain menerangkan tentang pemimpin keagamaan yang pernah menjadi hakim. Mereka disebut dharmadhyaksa dan kertopapatti (Mundzirin Yusuf. 2006:80). Pada zaman keemasan Kerajaan Demak, banyak kitab yang ditulis. Kebanyakan kitabkitab yang ditulis adalah kerana pengaruh dari agama Islam itu sendiri. Antaranya ialah Het Boek van Bonang, Een Javaans Geschrift uit de 16 Eeuw, Suluk Sukarsa, Koja-Kojahan, Suluk Wujil, Suluk Malang Sumirang, Serat Nitisruti, Serat Nitipraja, Serat Sewaka, Serat Menak, Serat Rengganis, Serat Manik Maya, Serat Ambiya dan Serat Kandha. Selain sebagai pemerintah, para Sultan Demak Bintara juga sangat memperhatikan kehidupan kebudayaan Islam (Purwadi 2004: 65). Terdapat juga kesenian-kesenian yang ditinggalkan seperti wayang orang, wayang topeng, gamelan, tembang macapat, pembuatan keris dan hikayat-hikayat Jawa. Kesemua ini merupakan penemuan para wali yang hidup sezaman dengan Kerajaan Demak (Mundzirin Yusuf. 2006:80). Cerita-cerita tersebut, bahkan menganggap jenis wayang tertentu ada kaitannya dengan beberapa orang suci sebagai penemunya. Namun, kesenian tersebut sememangnya sudah mendapat kedudukan penting dalam peradaban Jawa sebelum Islam lagi, kemungkinan berhubungan dengan ibadat. Pada abad ke-15 dan ke-16 di kebanyakan daerah di Jawa, tatacara kafir harus diganti dengan upacara keagamaan Islam seperti wayang dan gamelan yang telah hilang sifat sakralnya (berkaitan dengan upacara suci) (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 80).

27

6.3

Pembangunan

Antara sumbangan lain kerajaan Demak ini ialah bertambahnya bangunan-bangunan militer (askar; tentera) di Demak dan di ibu kota lainnya di Jawa pada abad ke-16 (Mundzirin Yusuf. 2006: 80). Selain kerana keperluan yang sangat mendesak, hal ini juga disebabkan oleh pengaruh tradisi kepahlawanan Islam dan contoh yang dilihat di kota-kota Islam di luar negeri. Mungkin juga golongan menengah Islam yang tinggal di perkampungan sekitar masjid raya merasa perlu mengamankan kepentingan material mereka dan membantu Pelindung Agama iaitu raja, dengan membangunkan kubu pertahanan militer (H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003: 79). 6.4 Pengaruh Wali Songo

Penyebaran Islam di Pulau Jawa ini tidak terlepas dari perjuangan dakwah Wali Songo. Wali Songo secara harfiah ertinya sembilan orang wali, dan secara filosofi bermaksud sembilan orang yang telah mampu mencapai darjat wali, suatu tahap yang tinggi dan mampu mengawal desakan hawa nafsu sanga (mengawal sembilan lubang dalam diri manusia), sehingga mencapai peringkat wali (Saifullah & Samsu Adabi 2009: 17). Menurut Ensiklopedia Islam (1998:193), Wali Songo ialah sembilan orang wali yang terkenal di Jawa. Mereka dikenali sebagai pendakwah, ahli politik dan pemerintah yang menyebarkan agama Islam di Jawa sejak abad ke-14. Pada abad ke-14M inilah bermulanya usaha pengislaman secara meluas di pulau itu. Dalam perkembangan Islam di Jawa ini, usaha dan peranan yang dimainkan oleh sekumpulan ahli Sufi yang terkenal sebagai Wali Songo tidak diperkecilkan. Malah mereka dan beberapa ulama lain bertanggungjawab dalam perluasan pengaruh Islam di Jawa. Wali-wali ini terdiri daripada sembilan orang yang digambarkan hidup dalam satu zaman oleh legenda-legenda Jawa. Akan tetapi mengikut kajian-kajian yang dilakukan oleh sejarawan, tidak semua mereka hidup dalam satu masa (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 586). Wali songo ini terdiri daripada: i. ii. iii. Maulana Malik Ibrahim (Maulana Maghribi atau Jamadil Kubra). Raden Rahmat (Sunan Ampel). Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunang Bonang).

28

iv. v. vi. vii. viii. ix.

Raden Paku atau Sultan Abdul Fakih (Sunan Giri). Syarifuddin atau Maseh Maunat (Sunan Derajat). Muhammad Said atau Joko Said (Sunan Kalijaga). Syeikh Jaafar Sadiq (Sunan Kudus). Raden Umar Syeid (Sunan Murya). Fatahillah atau Faletehan atau Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati).

Di samping sembilan orang wali ini terdapat juga ulama dan pendakwah lain yang telah menumpukan usaha dan tenaga mereka bagi menyebarkan agama Islam di Jawa. Di antara mereka ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Sayyid Muhsin (Sunan Wilis Ceribon). Haji Usman (Sunan Manyuran Mandalika). Raden Patah (Sunan Bintara Demak) Sultan Demak yang pertama. Usman Haji (Sunan Ngudang). Raden Jakandar (Sunan Bangkalan). Khalifah Husein (Sunan Kertayasa Madura). Syeid Ahmad (Sunan Malaka). Pangeran Santri (Sunan Ngadilangu). Raden Abdul Jalil (Sunan Sitijenar Jepara). Raden Qasim (Sunan Derajat Sedayu) (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 586).

Kerajaan Demak telah melahirkan ramai wali sama ada sebelum atau semasa berjalannya pemerintahan tersebut. Peranan sunan-sunan yang berasal dari Demak ini sangat besar dalam penyebaran Islam di Jawa Tengah dan Jawa Timur. Raden Patah juga merupakan salah seorang daripada ulama dan pendakwah yang berusaha keras menyebarkan Islam di Pulau Jawa. 6.4.1 Maulana Malik Ibrahim Peranan Wali Songo ini bermula sejak Maulana Malik Ibrahim datang untuk menyebarkan Islam di Pulau Jawa. Beliau dianggap sebagai pendakwah pertama dalam menyebarkan agama Islam. Pusat kegiatan dakwah Maulana ini terletak di Gresik. Maulana Malik Ibrahim telah membuka beberapa pesantren (sekolah pondok) terutama di Gresik untuk penduduk tempatan mempelajari

29

dan mendalami agama Islam. Beliau dianggap oleh orang Jawa sebagai pencipta pesantren yang pertama dan merupakan guru kepada kebanyakan sunan yang menjalankan pendakwahan di pulau itu sekitar abad ke-15 M (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 586-587). 6.4.2 Sunan Ampel Sunan Ampel adalah seorang ulama besar di Samarqand, berhampiran Bukhara Rusia Selatan. Kebanyakan murid beliau adalah putera-putera adipati dan bangsawan Majapahit antaranya ialah Raden Patah (Maftuh Ahnan t.th :18). Pencapaian teragung Sunan Ampel ialah mendirikan kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa. Dengan bantuan para sunan yang lain, beliau telah berjaya menempatkan Raden Patah sebagai Sultan pertama kerajaan Islam Demak Bintara dengan gelaran Sultan Alam Akbar al-Fattah (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 587). Beliau juga dikatakan perancang pembinaan Masjid Agung Demak. Dalam berdakwah, beliau merupakan seorang yang sangat patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Beliau pernah menolak cadangan-cadangan supaya menerima sahaja beberapa adat Jawa yang telah diislamkan kerana beliau khawatir dan takut adat-adat itu akan dianggap sebagai adat Islam (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 587). 6.4.3 Sunan Bonang Sunang Bonang merupakan anak kedua Sunan Ampel yang merupakan salah seorang wali yang telah membantu Raden Patah menubuhkan kerajaan Islam Demak. Beliau telah menjalankan kegiatan dakwahnya di kawasan-kawasan pesisir utara Jawa Timur. Beliau telah mendirikan sebuah pesantren di Tuban untuk mendidik para pendakwah di samping mengajar ilmu-ilmu agama Islam kepada orang ramai. Dalam usaha dakwahnya beliau telah menggunakan unsurunsur budaya tempatan bagi membantunya menyampaikan ajaran Islam (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 588). Beliau telah mengislamkan beberapa kesusasteraan Hindu-Jawa yang terdapat pada masa itu dengan cara menggantikan upacara-upacara ibadat Hindu yang terdapat di dalamnya dengan upacara-upacara Islam dan menukarkan nama-nama dewa Hindu dengan nama para malaikat dan nabi. Beliau dikatakan telah banyak mengarang lagu-lagu gending dan gamelan

30

yang bertemakan ajaran agama dan moral Islam. Sebahagian besar ajaran Sunan ini tertumpu kepada ajaran tasawuf. Beberapa syarahan beliau telah dikumpulkan oleh murid-muridnya dan dibukukan dengan judul Suluk Sunan Bonang (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 588). 6.4.4 Sunan Giri Sunan Giri merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pemerintahan kerajaan Islam Demak. Beliau bukan sahaja seorang ulama yang alim tetapi juga merupakan seorang pendidik yang bijak. Beliau telah menggunakan pelbagai kaedah semasa menyampaikan ajarannya supaya lebih menarik. Dengan usahanya yang gigih, beliau berjaya menjadi Giri sebuah daerah yang berkembang menjadi pusat pendidikan dan dakwah Islam yang utama di Jawa dan kawasankawasan timur Nusantara (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 589). Antara sumbangan beliau ialah mencipta beberapa jenis permainan yang digunakan untuk mendidik moral kanak-kanak. Di antara permainan itu termasuklah permainan yang dipanggil Jelungan, Jamuran, Gendi Gerit, Jor, Gula Ganti, Cublak-cublak Suweng dan Ilir-ilir. Di samping permainan, Sunan Giri juga telah mencipta beberapa nyanyian dan puisi yang bercorak agama seperti Gending Asmaradana dan Pucung dan lagu Tembang Dolanan Bocah (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 589). 6.4.5 Sunan Darajat Sunan Darajat adalah sahabat kepada Sunan Giri. Beliau juga merupakan penyokong kuat Kerajaan Islam Demak. Dasar dakwah beliau adalah kasih sayang dan peningkatan kesejahteraan sosial.dalam usahanya menyampaikan dakwah Islam dan berdakwah di kalangan masyarakat Jawa yang belum Islam, beliau sering menyarankan persaudaraan di antara golongan atasan dan rakyat (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 589). 6.4.6 Sunan Kalijaga Sunan Kalijaga memegang peranan yang amat penting dalam proses pembangunan Masjid Agung Demak. Beliau adalah orang yang sangat berjasa dalam membetulkan arah kiblat. Menurut riwayat, Sunan Kalijaga juga memperoleh wasiat antakusuma, iaitu sebuah bungkusan

31

yang berisi baju hadiah dari Nabi Muhammad s.a.w., yang jatuh dari langit di hadapan para wali yang sedang bermusyawarah di dalam masjid itu. Beliau juga bertindak menyelesaikan masalah apabila terjadi perselisihan pendapat sewaktu mendirikan masjid (Abdul Halim Bashah 1996: 140). Sunan Kalijaga merupakan bekas anak murid Sunan Ampel. Beliau dikatakan menyebarkan dakwah secara bertabligh, mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain sambil mengajar. Selain berdakwah, beliau juga dikenali sebagai seorang pujangga yang kreatif. Beliau banyak mengarang cerita wayang yang berunsurkan Islam. Beliau menggunakan kesenian tradisi Jawa berserta dengan alat muzik gamelan untuk menarik minat penduduk tempatan supaya mendengar ceramah dan syarahan-syarahan yang beliau sampaikan. Dengan itu, beliau telah mengahwinkan adat istiadat Jawa itu dengan ajaran Islam (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 590). Selain menyampaikan dakwahnya melalui wayang, Sunan Kalijaga juga menyerapkan unsur-unsur Islam melalui lukisan dan nyanyian. Beliau dikatakan telah menempah satu set alat gamelan yang diberi nama Kyai Sekati dan diletakkan di serambi masjid Demak. Ketika sambutan Maulidur Rasul, dimainkan gamelan bersama-sama dengan pukulan rebana yang berirama Arab. Permainan muzik ini kemudiannya diselang-seli dengan syarahan dan ceramah agama dalam bahasa tempatan (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 590). Sunan Kalijaga juga terkenal dalam beberapa kesenian lain seperti seni pakaian, seni ukir, seni pahat dan kesusasteraan. Pada zaman beliau, motif burung begitu popular pada corak batik. Beliau mempopularkan motif ini dengan maksud mengingatkan rakyat tentang moral dan nilainilai Islam kerana burung dalam bahasa Kawi disebut kukila, manakala dalam bahasa Arab quu dan qilla bererti peliharalah ucapan (mulut) mu. Selain itu, beliau juga telah mempopularkan sejenis fesyan pakaian lelaki yang diberi nama baju takwo (taqwa). Pakaian ini menjadi fesyen yang diminati oleh orang-orang Islam Demak terutama para penuntut ilmu (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 590).

32

6.4.7 Sunan Kudus Sunan Kudus terkenal sebagai seorang yang alim dalam bidang tauhid, usul, hadis ,mantik dan fekah. Beliau juga merupakan seorang pujangga yang banyak mengarang cerpen yang berunsurkan agama. Di antara karyanya yang terkenal ialah Gending Maskumambang dan Gending Mijil. Di samping sebagai seorang ulama syariat yang alim, beliau juga merupakan seorang penglima handal yang berkhidmat dengan kerajaan Islam Demak. Beliau pernah ditugaskan untuk menenteramkan kebangkitan-kebangkitan yang berlaku di jajahan takluk Demak terutamanya di wilayah asal Majapahit (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 590). Semasa Raden Patah memerintah kerajaan Demak, beliau sering didampingi oleh para Wali Songo sebagai penasihat keagamaan. Beliau juga merupakan salah seorang murid Sunan Kudus yang terulung. Oleh kerana itu, semasa beliau memimpin Demak, Sunan Kudus selalu mendampinginya. Sebagai kelengkapan negara, maka beliau telah pun menyusun sebuah angkatan perang. Mereka bukan saja sebagai penjaga negara, tetapi juga sanggup menjelmakan cita-cita agama Islam. Mereka juga berhasrat agar agama Islam tetap unggul dan terus berkembang sepertimana yang diinginkan oleh para pendahulunya (Wali Songo) (Mundzirin Yusuf. 2006: 78). Atas nasihat Sunan Kudus, Raden Patah membuat beberapa strategi, antaranya: a) Menghancurkan kekuatan Portugis di luar Indonesia. b) Membuat pertahanan yang kuat di Indonesia. Untuk menghancurkan kekuatan Portugis di luar Indonesia, beliau megerahkan angkatan tentera laut yang berpangkalan di Jepara yang dipimpin oleh Adipati Unus (Pangeran Sabrang Lor), putera Raden Patah, dengan bantuan dari Palembang, mereka menuju ke Melaka. Akan tetapi, serangan itu dapat ditangkis oleh Portugis. Hal itu terjadi pada tahun 1513M. Setelah itu, dipimpin pula oleh Ratu Kalinyamat (cucu Raden Patah) sekali lagi armada laut Demak menyerang Portugis. Ternyata usaha ini pun gagal kerana armada Portugis lebih unggul dan canggih pada ketika itu (Mundzirin Yusuf. 2006: 78).

33

6.4.8 Sunan Murya Sunan Murya merupakan putera Sunan Kalijaga. Beliau juga terkenal dengan panggilan Sunan Prawata yang merupakan Sultan Demak yang keempat. Seperti beberapa sunan yang lain, selain berperanan sebagai seorang ulama dan pendakwah, beliau juga merupakan seorang pujangga. Sunan Murya adalah seorang ahli tasawuf dan sufi yang zuhud. Seperti Sunan Kalijaga, beliau berpendapat bahawa tidak salah menggunakan alat-alat kesenian Jawa seperti gamelan dan wayang untuk menyebarkan ajaran Islam (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 591). 6.4.9 Sunan Gunung Jati Sunan Gunung Jati dikenali juga sebagai Fatahillah merupakan seorang ulama yang berasal dari Pasai. Ketika Pasai diserang dan diduduki oleh Portugis pada tahun 1521M, Fatahillah telah melarikan diri ke Mekah dan mendalami ilmu agama di sana. Sekembalinya ke Pasai pada tahun 1524M, beliau mendapati Pasai masih lagi diduduki oleh Portugis. Justeru itu, beliau telah berhijrah ke Jawa dan berkhidmat sebagai panglima perang kepada kerajaan Islam Demak (Mahayudin & Ahmad Jelani 1993: 591). Kesimpulannya, begitulah besarnya pengaruh dan peranan-peranan yang dimainkan oleh Wali Songo dalam perjuangan mereka menyebarkan dakwah Islam di muka bumi ini terutamanya dalam membantu Raden Patah menubuhkan kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa. Peranan Wali Songo bukanlah hanya terhenti pada zaman pemerintahan Raden Patah sahaja, malah kesungguhan mereka dalam menyebarkan agama Islam ini telah bermula sebelum tertubuhnya Kerajaan Demak sehingga berakhirnya kerajaan tersebut. Daripada perjuangan mereka, maka lahirlah masyarakat Islam yang berkembang pesat sehingga ke hari ini.

34

7.0

KERUNTUHAN KESULTANAN DEMAK

Keruntuhan Kesultanan Demak ini bermula setelah Kerajaan Demak mencapai zaman keemasan dan kegemilangan Islam dengan tersebarnya Islam di seluruh Tanah Jawa. Hal ini terjadi pada zaman pemerintah Sultan Trenggana. Kewafatan Sultan Trenggana pada tahun 1546M telah mengakibatkan berlakunya kemunduran kepada kerajaan Demak, antaranya perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Demak berpindah ke Jepara. Selain itu, kewafatan Sultan Trenggana juga telah menimbulkan pertengkaran yang hebat di Demak tentang siapakah yang akan menggantikannya. Maka terjadilah perebutan kuasa tiga penjuru di antara Pangeran Sekar Sedo Lepen, Pangeran Prawata (putera Sultan Trenggana), Arya Penangsang dari keturunan Sekar Sedo Lepen (adik Sultan Trenggana) (Abdul halim Bashah 1996: 139). Akhirnya Sunan Prawata berjaya mengambil alih pemerintahan ayahnya; Sultan Trenggana sebagai Sultan keempat kerajaan Demak. 7.1 Pemerintahan

Sunan Prawata adalah raja keempat Kesultanan Demak yang telah memerintah kerajaan Demak dari tahun 1546M hingga 1549M. Nama sebenar beliau ialah Raden Mukmin. Beliau dilahirkan ketika ayahnya masih muda dan belum menjadi raja. Setelah kewafatan Sultan Trenggana, beliau yang merupakan putera sulung Sultan Trenggana mengambil alih pemerintahan kerajaan Demak sebagai raja. Keinginannya sangat besar untuk melanjutkan usaha ayahnya menaklukkan Pulau Jawa. Namun keterampilannya dalam berpolitik sangat rendah. Beliau lebih suka hidup sebagai ulama suci daripada menjadi seorang raja. Pusat pemerintahan Raden Mukmin dipindahkan dari kota Bintara menuju bukit Prawata. Oleh karena itu, Raden Mukmin pun terkenal dengan sebutan Sunan Prawata (http://id.rodovid.org/wk/Istimewa:ChartInventory/188330

11/03/2011). Sultan Prawata (1546M-1549M) menaiki takhta menggantikan ayahandanya, Sultan Trenggana. Beliau cuba meluaskan kuasa Demak tetapi pada abad pertengahan abad ke-16 perdagangan di laut sebahagian besar sudah berpindah dari Demak menuju ke Jepara kerana jalan masuk ke Demak sudah tertutup oleh endapan (sesustu yang berair) lumpur. Walaubagaimanapun, pada pertengahan kedua abad ke-16 dan pada abad ke-17, Jepara mengambil alih perdagangan tersebut dan menjadinya sebuah kota pelabuhan Jawa Tengah yang

35

terpenting. Di sana, Sunan Prawata menjalankan pemerintahannya dan dibantu oleh golongan profesional yang pakar dalam bidang masing-masing (Purwadi & Maharsi 2005: 83). Pemerintahan Sunan Prawata dalam tempoh yang singkat ini merupakan antiklimaks terhadap zaman kegemilangan dan kejayaan raja yang telah mendahuluinya terutamanya pada zaman pemerintahan Sultan Trenggana. Jatuhnya kekuassan Demak pada ketika itu tampaknya tidak terlalu banyak mencemarkan kewibawaan Masjid Agung Demak dan pemerintahan sultan sebelumnya (Purwadi & Maharsi 2005: 83). Sehingga ke hari ini bangunan Masjid Demak yang dibina pada tahun 1479M, merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di Demak yang masih diagungagungkan oleh masyarakat Islam. Begitu juga dengan gelaran Sunan Prawata dan tempat tinggalnya di Gunung Prawata dianggap sebagai suatu bukti yang merupakan petunjuk ataupun petanda bahawa beliau juga telah pun memperjuangkan agama Islam pada zaman kerajaan Demak. 7.2 Persengketaan Antara Keluarga

Pada tahun 1521M Pangeran Sabrang Lor meninggal dunia tanpa keturunan. Kedua adiknya bersaing merebutkan takhta, iaitu Raden Trenggana dan Raden Kikin. Raden Trenggana lahir dari permaisuri Raden Patah, sedangkan Raden Kikin yang lebih tua usianya, lahir dari seorang gundik, iaitu puteri bupati Jipang. Dalam persaingan ini, Raden Mukmin (Sunan Prawata) sudah tentu akan memihak kepada ayahnya. Beliau mengirim pembantunya yang bernama Ki Surayata untuk membunuh Raden Kikin sebaik sahaja pulang daripada menunaikan Solat Jumat. Raden Kikin tewas di tepi sungai, manakala para pengawalnya pula sempat membunuh Ki Surayata. Sejak saat itu Raden Kikin terkenal dengan sebutan Pangeran Sekar Seda Lepen, ertinya "bunga yang gugur di sungai". Pangeran Sekar Seda Lepen meninggalkan dua orang putera dari dua orang isteri, yang bernama Arya Penangsang dan Arya Mataram

(http://id.rodovid.org/wk/Istimewa:ChartInventory/188330 11/03/2011). Semasa pemerintahan Sunan Prawata, Arya Penangsang; sepupunya sendiri telah merancang untuk membalas dendam dan menuntut bela di atas kematian ayahnya; Pangeran Sekar Seda Lepen. Dengan kemarahan yang membuak-buak, beliau telah membunuh Sunan

36

Prawata yang merupakan putera sulung kepada Sultan Trenggana dan keluarganya (Abdul Halim Bashah. 1993:139). Menurut Abdul Halim Bashah (1993: 139), selepas kematian Sunan Prawata, Arya Penangsang berjaya menaiki takhta dan menerajui kerajaan Demak selama hampir 22 tahun. Kekuasaan atau pemerintahan Arya Penangsang ini terkenal dengan kekejaman dan tidak disukai oleh rakyat. Tetapi Jaka Tingkir yang merupakan menantu kepada Sultan Trenggana berjaya merampas semula takhtanya setelah Arya Penangsang terbunuh di dalam satu pertempuran yang sengit. Manakala menurut Ensiklopedia Umum untuk Pelajar (2007: 22), Arya Penangsang telah dibunuh oleh Jaka Tingkir kerana ingin mewarisi kembali takhta Kesultanan Demak tersebut. Setelah Jaka Tingkir merebut kembali takhta Kesultanan Demak, beliau telah memindahkan pusat pemerintahan tersebut ke Pajang. Di sana, beliau merupakan pengasas sekaligus sebagai raja pertama Kesultanan Pajang yang memerintah dari tahun 1568M hingga 1582M, Jaka Tingkir diberi gelaran dengan nama Sultan Adiwijaya. Beliau juga menikahi Ratu Mas Cempa, puteri Sultan Trenggana. Dengan demikian, berakhirlah kerajaan Demak yang sebelumnya menjadi sebuah ibu kota. Kini, Demak hanya berfungsi sebagai wilayah kecil di kawasan pedalaman yang diperintah oleh Adipati Arya Penggiri (cucu Sultan Trenggana) yang dilantik oleh iparnya, Adiwijaya (Abdul Halim Bashah. 1993:139). 7.3 Faktor Lain

7.3.1 Kelemahan Sistem Pentadbiran Raden Patah Antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya keruntuhan kerajaan Demak ini adalah kerana Raden Patah yang merupakan pengasas dan pemerintah pertama Kerajaan Islam demak, kurang pandai menarik simpati orang-orang pedalaman, bekas rakyat kerajaan Majapahit. Beliau terlalu banyak menyandarkan kekuatannya kepada masyarakat Tiong-hoa Islam / bukan Islam yang menetap di kota pelabuhan sepanjang Pulau Jawa. Beliau juga berkeinginan keras dan bercitacita untuk membentuk sebuah negara Islam maritim. Oleh sebab itu, perhatiannya telah ditumpukan kepada pembinaan kapal-kapal di pelabuhan untuk membentuk armada yang kuat. Perdagangan laut juga diperluaskan, terutama perdagangan rempah-ratus dari kepulauan Indonesia Timur (Slamet Muljana 2005: 239).

37

Pada tahun 1509M, dua tahun sebelum kedatangan orang-orang Portugis ke Melaka, Adipati Yunus telah bercita-cita untuk merebut kota pelabuhan Melaka. Serangan terhadap Melaka didahului oleh orang-orang Portugis dari Goa. Serangan armada Demak pada tahun 1512M dilancarkan kepada orang-orang Portugis di Melaka, ternyata mereka mempunyai persenjataan yang lebih canggih daripada armada Demak. Pada waktu itu, orang-orang Portugis telah membangunkan benteng A Famosa di atas bukit sebelah kiri sungai Melaka (Slamet Muljana 2005: 239). Kedudukan orang Portugis di Melaka dipandang dari sudut strategi perang sangat menguntungkan. Meriam tembak jarak jauh yang dimiliki oleh orang-orang Portugis dapat menggagalkan armada Demak yang mendekati pantai laut. Meriam sedemikian tidak dimiliki oleh tentera Demak. Akibatnya, serangan armada Demak gagal. Sepanjang tempoh pemerintahan Kesultanan Demak, berkobarlah permusuhan antara Demak dan Melaka untuk merebut kekuasaan di selat Melaka dan memonopoli perdagangan rempah-ratus dari kepulauan Maluku. Segala kekuatan Demak dikerahkan untuk menggempur orang-orang Portugis. Hal ini mengakibatkan beliau tidak ada waktu untuk memikirkan kehidupan rakyat di pedalaman (Slamet Muljana 2005: 240). Armada Demak memeng berhasil mengahalau orang-orang Portugis dari pantai utara Jawa, dan berhasil mendirikan kesultanan bawahan di Banten sebagai pertahanan barisan hadapan terhadap serangan orang-orang Portugis dari Melaka, tetapi tentera Demak tidak berhasil menghalau pedagang-pedagang Portugis dari kepulauan Maluku. Begitu juga dengan dagangan rempah-ratus yang sebahagian besarnya telah jatuh ke tangan Portugis (Slamet Muljana 2005: 240). Masyarakat Tionghoa yang merupakan tempat bersandar kekuatan Raden Patah pada hakikatnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan kekuatan rakyat di pedalaman. Tempat kediaman mereka tersebar di pelbagai kota pelabuhan. Demikianlah, kekuatan Demak yang sangat kecil terpecah-pecah di pelbagai tempat. Akibat kelalaina Raden Patah untuk merangkul rakyat pedalaman, bekas kerajaan Majapahit, Demak kehilangan simpati daripada rakyat. Tenaga rakyat yang seharusnya digunakan demi kepentingan untuk mempertahankan negara sebaliknya menjadi musuh kepadanya (Slamet Muljana 2005: 240).

38

7.3.2 Peralihan Aliran Agama Soal agama juga merupakan salah satu sebab yang melemahkan kedudukan kerajaan Demak. Sultan Demak beserta para pengikutnya memeluk agama Islam bermazhab Hanafi seperti yang diajarkan oleh Sunan Ampel. Namun, sebahagian besar rakyat bekas kerajaan Majapahit masih tetap memeluk agama Hindu. Daerah Pasuruan dan Panarukan tetap merupakan daerah agama Hindu dan tidak mahu tunduk kepada Demak. Setelah pusat kerajaan Majapahit diduduki oleh tentera Demak pada tahun 1527M, orang-orang Majapahit yang menolak agama Islam disingkirkan ke Pasuruan dan panarukan atau ke Bali (Slamet Muljana 2005: 241). Bekas wilayah Majapahit di sebelah barat, terutama daerah Pengging dan sekitarnya, sebahagiannya masih dikuasai oleh pembesar-pembesar yang masih beragama Hindu. Terdapat juga beberapa orang pembesar tersebut yang memeluk agama Islam tetapi bermazhab Syiah seperti Ki Ageng Pengging, Ki Ageng Tingkir, Ki Agengn Butun dan Ki Ageng Ngerang. Terbukti bahawa pembesar-pembesar di wilayah kerajaan Majapahit yang memeluk agama Islam aliran Syiah ini tidak mahu tunduk kepada sultan Demak. Mereka membentuk kekuatan baru untuk menyingkirkan kesultanan Demak. Mereka menguasai daerah-daerah sempit yang bebeas dari kekuasaan Demak (Slamet Muljana 2005: 241). Kesimpulannya, politik kekuasaan kerajaan Demak pada ketika itu kacau-bilau dan berpecah belah. Demak tidak berhasil menguasai seluruh bekas wilayah Majapahit. Namun, para pembesar; bekas wilayah Majapahit tidak mahu tunduk kepada kerajaan Demak dan berusaha untuk merdeka dan bebas daripada pengaruh Demak.

39

8.0

PENUTUP

Kesultanan Demak yang didirikan pada tahun 1478M-1549M ini telah dipelopori oleh empat orang Sultan yang berwibawa dan bertanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat di bawah pemerintahan mereka. Sultan-sultan tersebut terkenal dengan gelaran Raden Patah, Adipati Unus, Sultan Trenggana dan Sunan Prawata. Raden Patah adalah putera kepada Brawijaya, Majapahit yang kafir. Beliau merupakan pengasas kepada kerajaan Demak yang pertama di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak yang ditubuhkan oleh Raden Patah telah berjaya membawa satu dimensi keislaman yang gemilang dalam masyarakat Islam di Tanah Jawa, Indonesia. Masjid Demak yang masih tersergam indah sehingga ke hari ini merupakan antara monumen penting bagi membuktikan eksistensi kegemilangan kerajaan Demak pada tahun 1478M - 1549M. Setiap ketamadunan atau penubuhan sesuatu kerajaan mesti ada pasang surutnya, turun naik pemerintahannya, begitu juga dengan Kesultanan Demak. Kesultanan Demak ini telah mencapai era kegemilangan pada masa pemerintahan Sultan Trenggana. Inovasi ketamadunan kerajaan Islam pada era kegemilangan itu dibantu oleh gerakan dakwah para wali Songo, yang sentiasa mengawasi dan menasihati para pemerintah dan membimbing masyarakat ke arah menapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat berasaskan penghayatan intelektual yang di adaptasi daripada al-Quran dan al-Sunnah. Pada masa pemerintahan Sultan Trenggana, ajaran Islam tersebar hampir seluruh Tanah Jawa termasuklah Jawa Barat, Jawa Timur dan sebahagian Jawa Tengah. Setelah kewafatan Sultan Trenggana, berlakulah kemunduran terhadap kerajaan Demak disebabkan oleh perebutan kuasa dalam sistem pemerintahan, pemerintahan tidak sistematik dan sebagainya sehingga terjadinya pembunuhan di kalangan mereka sendiri. Hal ini telah mengakibatkan pusat pemerintahan tersebut berpindah ke Pajang dan menubuhkan kerajaan baru di Pajang yang dinamakan sebagai Kesultanan Pajang. Dahulunya Demak merupakan sebuah ibu kota yang tersergam indah tetapi kini, Demak hanya berfungsi sebagai wilayah kecil di kawasan pedalaman.

40

9.0

LAMPIRAN

Pemandangan bahagian hadapan Masjid Agung Demak

Kawasan Persekitaraan Masjid Agung Demak

Daerah-daerah perluasan kuasa Kesultanan Demak

41

10.0

RUJUKAN

Abdul Halim Bashah. 1993. Wali Songo; Dengan Pembangunan Islam Di Nusantara. Kelantan: Al-Kafilah Enterprise. Ensiklopedi Islam. t.th. Jil.1. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. Ensiklopedia Islam. 1998. Jil.11. Kuala Lumpur: Malaysian Encyclopedia Research Center Berhad. Ensiklopedia Islam. t.th. Jil.3. Kuala Lumpur: Malaysian Encyclopedia Research Center Berhad. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. H.J. De Graaf & TH. Pigeaud. 2003. Kerajaan Islam Pertama Di Jawa; Tinjauan Sejarah Politik Abad XV dan XVI. Jakarta: PT Pustaka Utama Grafiti. Hamka. 1974. Sejarah Ummat Islam. Jil. IV. Cetakan Kedua. Jakarta: Bulan Bintang. http://id.wikipedia.org/wiki/Raden_Patah. Edisi Indonesia 03/03/2011. http://ms.wikipedia.org/wiki/Raden_Patah 03/03/2011. http://id.wikipedia.org/wiki/Sultan_Adiwijaya 13/03/2011. http://id.shvoong.com/humanities/history/2080003-sejarah-kerajaan-aceh-kerajaan-demak/ 09/03/2011. http://id.rodovid.org/wk/Istimewa:ChartInventory/188330 11/03/2011. Kamus Dewan. 2000. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lauwis Maluf. 1975. al-Munjid fil-Lughah wal Alam. Beirut: Darul Masyriq. Maftuh Ahnan Mohammad Abduh. t.th. Wali Songo; Hidup dan Perjuangannya. Surabaya: CV. Anugerah Surabaya. Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. 1993. Sejarah Islam. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mundzirin Yusuf. 2006. Sejarah Peradaban Islam di Indonesia. Yogjakarta: Penerbit Pustaka.

42

Pudung Abdurrahman et.al. 2002. Sejarah Peradaban Islam; Dari Masa Klasik Hingga Modern. Yogyakarta: Jurusan SPI Fak. Adab IAIN Sunan Kalijaga & LESFI Yogyakarta. Purwadi. 2004. Dakwah Sunan Kalijaga; Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. R. Atmodarminto. 2000. Babad Demak; Dalam Tafsir Sosial-Politik. Terj. Saudi Berlian. Yogyakarta: Milleniuk Publisher. R. Soekmono. 1973. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Jil. 2. Yogyakarta: Kanisius. Rusnah Syahila Duali Hussen et. al. 2007. Ensiklopedia Umum untuk Pelajar. Jil.3. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Disteributors Sdn. Bhd. Slamet Muljana. 2005. Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di Nusantara. Yogyakarta: Lkis Yogyakarta. Solichin Salam. 1964. Sedjarah Islam di Jawa. Jakarta: Penerbit: Djajamurni. Yaminz. 2009. http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-408402.html 14/03/2011.

Вам также может понравиться