Вы находитесь на странице: 1из 4

Cili oh cili Duduk di rumah sewa bersebelahan sekolah adalah satu kemudahan kepadaku.

Termasuk rumah sewa yang baru ni sudah empat kali aku berpindah rumah. Maklum sahajalah, bila sampai bulan Disember, mana-mana tanah rendah pasti digenangi air. Rumah-rumah sewaku dulu semuanya di tanah rendah, terpaksalah aku berpindah. JANUARI, 1986. Aku menyewa sebuah rumah bersebelahan dengan sekolahku, Sekolah Menengah Rendah bachok. Rumah sewaku yang baru ini adalah bekas Pejabat Merinyu Kesihatan Daerah Bachok. Rumahnya macam rumah kedai, yang mana dinding sebelah depannya disusun berdiri. Di dalamnya ada dua bilik. Satu aku jadikan dapor dan satu lagi aku jadikan tempat tidurku dan isteri. Aku sudah tiga tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isteriku pasrah sahaja apa yang aku dapat sediakan untuknya. Maklum sahajalah gajiku pun belum mencecah empat angka. Apa yang paling istimewa tentang tanah di depan rumah sewaku ini adalah tentang jenis tanahnya. Tanah berpasir hitam. Orang kampung menganggap tanah jenis ini sangat subur dan sesuai untuk menanam sayur-sayuran. Tanahnya tidak keras sebab jenis pasir. Sangat gembur. Mudah untuk membuat batas. Air mudah meresap dan tidak banyak air terbuang sia-sia seperti menjirus di tanah keras. Ketika itu, daerah Bachok baru sahaja pulih dari banjir. Sayur-sayuran mahal harganya. Lada basah sahaja boleh dibeli dengan harga 20 sen sebiji. Kalau cili api pula RM1.50 secupak. Memandangkan harganya yang mahal, aku dan isteri bercadang untuk menanam lada basah dan cili api. Kebetulan pula isteriku telah menyemai benih cili api sudah seminggu lebih. Aku tengok bukan main gemuk-gemuk anak cili api tersebut. Timbul semangat yang kuat dalam diriku untuk menanam ke semua anak benih cili api itu. Hari itu hari Jumaat. Sekolah bercuti hujung minggu. Pagi-pagi hari lagi aku sudah bersiap sedia dengan cangkul dan parang. Aku sudah berjanji dengan isteriku, depan rumah sewaku itu nanti akan jadi kebun lada dan cili yang cantik.Akupun menyangkul rumput-rumput tebal dan membersihkannya sehingga nampaklah tanah pasir hitam yang luas. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana rumput hijau yang tumbuh di situ sangat mudah tercabut kerana tertanam di tanah pasir. Tidaklah penat sangat aku hendak menerangkan tempat itu. Wah cantiklah tanahnya. Puji isteriku selepas selesai membasuh kain dibelakang rumah. Awak bayangkanlah cantiknya, bila nanti kawasan ni penuh dengan pokok cili. Tambahku dengan penuh bersemangat. Kalau banyak sangat nanti kita jual. Sambungku lagi. Berhenti dulu sarapan. Nanti sambung semula Kata isteriku mengarahkan aku berhenti rehat. Aku memang mengharapkan agar lada dan cili yang aku tanam nanti akan membuahkan hasil yang banyak. Boleh juga menampung sedikit sebanyak belanja dapor. Itulah semangat yang tertanam dalam dadaku saat itu. Sehari suntuk aku sempat menyiapkan 10 batas yang panjangnya kira-kira 20 kaki tiap satu. Aku berhenti sebentar hanya untuk solat Jumaat dan makan tengahari. Selebihnya aku gunakan untuk menyiapkan batas-batas yang ada. Esoknya, hari Sabtu, aku dan isteri telah berpakat untuk menyelesaikan kerja-kerja menanam benih di kebun baru kami. Dalam hal tanam menanam ini, aku serahkan kepada keistimewaan isteriku. Mak mertuaku pernah memuji isteriku dalam hal tanam menanam. Katanya apa sahaja benih yang ditanam

oleh isteriku pasti menjadi dan subur. Aku harus menggunakan kelebihan isteriku ini untuk menjamin hasil kebunku nanti di luar jangkaan. Maka hari itu, aku dan isteri terus menanam benih-benih cili dan lada yang ada di batas-batas yang telah aku sediakan semalam. Hampir pukul lima petang, kamipun selesai menanam semua benih yang ada. Sembilan batas ditanam dengan cili dan satu batas lagi kami tanam dengan lada basah. Benih lada basah aku beli dari Jabatan Pertanian di Pekan Bachok. Hari-hari seterusnya aku dan isteri menghabiskan banyak masa menyiram dan membaja kebun cili dan lada kami. Kalau aku sibuk dengan tugasan di sekolah, maka isteriku dengan anak kecilku yang baru pandai berjalan akan menyiram kebun tersebut. Kami rasa amat seronok melalui hari-hari seterusnya dengan memerhatikan setiap perkembangan yang berlaku ke atas kebun cili dan lada kami. Dari pokok yang kecil berdaun dua helai, kini membesar menjadi pokok yang berdaun lebat. Hati mana yang tidak gembira bila melihat hasil tanaman yang segar dan merimbun. Kini sudah hampir dua bulan berlalu, pokok-pokok cili dan lada di kebunku telah ada yang berbunga. Aku yakin tidak lama lagi bunga-bunga tersebut akan bertukar menjadi buah-buah cili dan lada yang merah menyala dan sedia untuk dipetik. Abang dah Tanya kantin sekolah. Mak Cik Senah beritahu dia bersedia membeli cili-cili kita kalau dah boleh petik nanti. Kataku kepada isteri pada suatu petang selepas selesai menyiram kebun cili dan ladaku. Berapa harga yang Mak Cik Senah tawarkan? Tanya isteriku ingin tahu. Ikut harga pasaran, RM1.50 secupak. Kataku selamba. April 1986, hari itu hari Sabtu. Pokok-pokok cili dan ladaku sedang lebat berbuah. Sekali pandang seperti hamparan merah terhampar di halaman rumahku. Sungguh lebat sehingga menghairankan siapa sahaja yang meiihat. Huh, molek la cikgu. Lebat sungguh buah cili tu. Cikgu guna baja apa? Tegur Pak Cik Brahim jiran belakang rumah sewaku. Tak ada baja pun. Jirus air saja. Air perigi. Jawabku Cikgu jual di Pekan Bachok, tentu ramai orang nak. Kata Pak Cik Brahim memberi cadangan. Mak Cik Senah pengusaha kantin sekolah tu dah setuju beli. Saya nak petikkan untuknya hari ini Kataku dengan bangga. Aku dan isteripun bergerak dari pokok ke pokok memetik satu demi satu buah-buah cili yang sedang masak merah. Sesekali aku memanggil anakku yang berjalan-jalan di celah-celah pokok takut terjatuh. Tambahan pula pokok-pokok cili itu lebih tinggi dari anakku. Setelah sejam berlalu, aku perhatikan beg plastik aku dan isteriku telah penuh dengan buah-buah cili. Aku menganggarkan mungkin ada dua cupak untuk setiap beg plastik tu. Ini bererti aku ada empat cupak cili untuk dijual kepada kantin sekolahku esok hari. Aku simpan cili-cili tersebut di tempat yang kering. Esoknya, awal-awal pagi lagi aku sudah bersiap untu ke sekolah. Selepas minum air milo yang disediakan oleh isteriku, akupun mengambil buku rekod mengajarku dan buah-buah cili semalam. Aku berjalan dengan bangga ke sekolah. Cikgu Kamal, bawa apa tu? Tanya Cikgu Mat Jusoh sebaik bertemu di pejabat sekolah.

Cili padi. Nak jual pada Mak Cik Senah. Jawabku ringkas. Selepas menulis nama di buku kedatangan, aku segera menuju kantin. Dua tiga guru yang berselisih dengan aku kelihatan hairan melihat gaya jalanku yang kelam kabut. Sebenarnya, aku ingin menyerahkan cili yang aku bawa kepada Mak Cik Senah kerana sebentar nanti akan diadakan perhimpunan pagi di dataran sekolah. Aku mahu segera menyerahkan cili itu supaya Mak Cik Senah tidak perlu membelinya dari orang lain. Letak saja di situ cikgu. Kata mak Cik Senah yang sedang sibuk melayan murid membeli makanan. Duitnya lepas sekolah nanti ya. Sambung Mak Cik Senah lagi. Tak apa mak Cik. Bila-bila pun boleh. Jawabku pendek sambil meninggalkan kantin. Waktu telah menunjukkan pukul 12.45 petang. Jadual waktuku menunjukkan aku tiada kelas lagi. Aku bercadang untuk menjenguk kantin. Emak suruh beri duit ini pada cikgu. Kata anak Mak Cik Senah kepadaku apabila aku bertanyakan tentang duit bayaran ciliku. Aku pun segera mencapai dua keping duit kertas berwarna biru yang dihulurkan oleh anak Mak Cik Senah. Tanpa berlengah aku pun segera bergerak ke bilik guru. Setibanya di bilik guru, aku duduk memandang kosong kepada duit yang baru aku terima. Dua ringgit saja. Kata hatiku dengan nada hampa. Di rumah, aku tidak banyak bercakap. Pertanyaan isteriku tentang berapa hasil jualan cili belum aku jawab. Dalam fikiranku berputar pelbagai kata-kata untuk menjawab soalan iisteriku. Akan tetapi semuanya seperti tidak sesuai dan mungkin mengecilkan hatinya. Aku terus berfikir mengenang untung nasibku. Berapa Mak Cik Senah beri untuk cili kita tu. Tanya isteriku memecahkan kesunyian malam. Dua ringgit. Abang rasa tak patut. Hari itu dia bersetuju nak bayar RM1.50 untuk satu cupak. Kalau dia beri lima ringgit pun tak apa. Bolehlah juga nak beli itu ini. Keluhku dengan panjang lebar. Murahnya. Kata isteriku terkejut. Minggu berikutnya aku dan isteriku memetik semua cili dan lada yang ada. Aku dan isteri sudah memasang tekad yang jitu. Setelah selesai memetik, aku dan isteri memasukkan cili-cili tersebut ke dalam beberapa plastik kecil. Kira-kira 46 plastik

Вам также может понравиться