Вы находитесь на странице: 1из 2

Aku sebuah komputer AKU dilahirkan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bedok dalam tahun 2008.

Dengan jenama terkenal dan rekabentuk terbaru yang dihasilkan dalam empat warna menarik, aku dan kawan-kawanku dihantar ke bilik pameran sebuah pusat jualan komputer terkemuka di Funan Centre. Selang tiga hari kemudian sepasang suami isteri dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun mengunjungi bilik pameran pusat tersebut dan memutuskan untuk membeli aku. Anak perempuannya memilihku kerana warna biruku yang menarik hatinya. Aku difahamkan bahawa aku dibeli sebagai hadiah hari jadi budak perempuan itu, yang kemudian aku kenali sebagai Siti Aida. Aku dibeli dengan harga $1,300. Mungkin Siti Aida adalah anak emas mereka. Siti Aida begitu gembira menerima aku. Dia meletakkan aku di atas meja tulis berhampiran katil di bilik tidurnya. Sejak aku dibeli Siti Aida begitu menyayangi aku. Setiap kali selepas menggunakan aku, dia pasti membersihkan diriku dengan sehelai kain lembut. Dia tidak membenarkan walau sebutir habukpun melekat pada tubuhku. Aku berasa begitu gembira kerana dia menjadikan aku sebagai sahabat karibnya. Setiap kali selepas pulang dari sekolah dan selesai menyiapkan kerja rumah serta mengulangkaji pelajarannya, dia akan bersama- sama denganku. Aku berjanji akan berbakti sebaik mungkin kepada tuanku itu. Bak kata pepatah, kami umpama aur dengan tebing. Selain menjadi temannya belajar, aku juga dijadikannya teman berhibur apabila dia melungsuri Internet untuk menari bahan-bahan pelajaran atau ketika dia mahu bermain game atau berceloteh seketika dengan kawan-kawannya. Dia menggelarkan puteri. Tetapi, bagi diriku dialah puteri yang sebenar kerana kebaikannya selama ini terhadapku. Catatan tambahan: Pelajar juga boleh menggunakan pengenalan berbeza untuk karangan ini seperti Zaman kecanggihan komputer menyebabkan hampir setiap pelajar sekolah rendah kini disediakan dengan sebuah komputer riba oleh ibu bapa yang sedar betapa pentingnya alat elektronik ini untuk kepentingan pelajaran anak-anak mereka.

Suasana Bengkel KH 1. Murid-murid tahun 6 sedang mengikuti matapelajaran Kemahiran Hidup di Bengkel Kemahiran Hidup sekolah mereka.

2. Dua pelajar sedang membuat pertukangan dengan menggunakan bahan-bahan dari kayu.

3. Tiga pelajar yang lain pula sedang membuat litar elektrik dengan menggunakan bahan-bahan seperti bateri, mentol dan papan litar.

4. Guru Kemahiran Hidup memberi panduan kepada murid-murid bagaimana menggunakan peralatan di dalam bengkel dengan betul dan selamat.

5. Keadaan di dalam bengkel itu kemas dan bersih kerana semua murid mematuhi peraturan di dalam bengkel.

Вам также может понравиться