Вы находитесь на странице: 1из 2

JAWAPAN AKTIVITI TAJUK 7 (SOALAN 3)

HURAIKAN PENGARUH HINDU DALAM ADAT RESAM DAN HIBURAN DALAM MASYARAKAT MELAYU

Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja -Raja Melayu serta adat resam dan hiburan. Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciriciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah. (a) Pinjaman daripada Sanskrit: Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat: Bhumi-bumi Bheda-beda/beza Bhasa-bahasa Arthah-harta Bhakti-bakti Bhudi-budi arghah-harga . Dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti penglipur lara yang di tuturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran,kemuliaan,martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa.

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antaranya dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Di samping itu juga pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng,boria,wayang kulit dan mak yong. Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan

legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yang dikali dengan empat. Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain.

Вам также может понравиться