Вы находитесь на странице: 1из 26

PERBEZAAN SEL HAIWAN & TUMBUHAN

STRUKTUR SEL

Sel merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara

amnya setiap sel terdiri daripada :- membran sel - sitoplasma - nukleus Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus.

Sel mempunyai dinding sel yang terdiri daripada

selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan.
Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan

sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.

SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN

Membran plasma juga dikenali sebagai membran

sel. Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah.

Contoh molekul-molekul kecil ialah:

- air - oksigen - karbon dioksida Contoh molekul-molekul larut lipid ialah: - gliserol - asid lemak - vitamin- A, D, E, K Selain itu, membran plasma berfungsi untuk melindungi organel-organel di dalam sel.

Lapisan luar tumbuhan Berfungsi sebagai penyokong,

pelindung. Terdapat pada tumbuhan, fungi, dan bakteri. Tidak terdapat pada sel haiwan. Strukturnya tersusun atas selulosa sehingga kaku, kuat dan keras.

Sitoplasma ialah bahan-bahan bak agar-agar yang

mengisi sel dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimia Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organelorganel. Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk dan ketekalan sel.

Skematik sel haiwan tipikal yang menunjukkan

komponen-komponen subsel. organel(1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom(4) vesikel (5) jalinan endoplasma kesat (6) jasad Golgi(7)sitorangka(8) retikulum endoplasma licin (9) mitokondrion(10) vakuol(11) sitoplasma (12)lisosom(13) sentriol

Nukleus sel, pusat kawalan bagi sesebuah sel yang

mengandungi DNA kromosom sel. Fungsi Menyimpan gen dalam kromosom. Membuat RNA sebagai protein pengkode (mRNA). Memproduksi ribosom di nukleus.

Jalinan endoplasma merupakan suatu bahagian

yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jalinan endoplasma diperhatikan sebagai pasangan membran selari yang merentasi sitoplasma Jalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi sebagai pengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom. Jalinan endoplasma juga berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.

Jasad Golgi merupakan suatu bahagian yang terdapat di

dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantungkantung pipih halus berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain. Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan.

Ribosom merupakan suatu bahagian yang terdapat di

dalam sesebuah sel. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma. Fungsi
Sebagai tapak sintesis protein. Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan

endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon. Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

Merupakan organel yang

memakan bahagian sel. Mengandung enzim pencerna. Struktur: bersaiz kecil, dilapisi membran. Fungsi: memecah molekul besar menjadi molekul kecil; menghancurkan organel sel yang sudah tua.

Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat

di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu: 1- Membran dalam 2- Membran luar Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.

Vakuol merupakan suatu bahagian yang terdapat di

dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.

Setiap vakuol dikelilingi oleh membran yang dikenali

sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida.
Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan

osmosis dan tekanan segah sel

Organel yang menghasilkan klorofil.

Hanya ditemui di sel tumbuhan atau

alga. Berwarna hijau Berisi klorofil (pigmen hijau) Berfungsi untuk menyerap tenaga cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.

Вам также может понравиться