You are on page 1of 3

Drama 1400 (Nordin Hassan) Tingkatan Lima

Drama dimulai dengan lantunan berlagu kisah Dolah Capik dan Siti Rahimah (berpenyakit kusta) yang telah lama berlaku, tetapi mereka berdua "muncul" semula setiap kali remang senja di tepi laut. Imbas kembali cerita perbualan Dolah dengan Soud tentang nasib dirinya, sambil menyatakan tekadnya untuk menjadi kaya denagn apa-apa cara pun. Seterusnya, Dolah sanggup membantah Maulana yang sedang mengajar di surau bahawa orang batil (pembohong) begitu kaya dan berkuasa. Dolah kemudiannya mendapatkan khidmat pawang dan jin tanah. Dolah tega (sanggup) mengheret mayat ibunya sendiri untuk ditanam di bawah rumah sebagai syarat jin membawa harta karun dan emas permata curi kepadanya. Setelah kaya, Dolah menempah kaki palsu, pakaian mewah, khidmat jurusolek dan arkitek. Namun, usaha Dolah meminang anak menteri dan anak wakil rakyat gagal justeru mereka mempersoalkan sumber kekayaannya. Akhirnya, Dolah menerima Doli yang berjaya memujuk Dolah menceritakan rahsia kekayaannnya. II Dolah membeli semua tanah orang kampung untuk memelihara kuda. Sungai tercemar teruk, dan sekalian penduduk kampung menderita penyakit bawaan kuda, khususnya anak-anak kecil yang cacat dan dungu. Dolah berkahwin pula dengan Intan Siti Rahimah yang rajin ke surau dan mengambil berat tentang nasib orang kampung walaupun ditegah oleh Dolah. Siti yang hamil mengidam udang galah, ikan sungai dan pucuk paku kampung walaupun Dolah mahu mendapatkannya dari luar negeri. III Dalam mesyuarat orang kampung, Pak Sudin tidak mahu semua masalah yang menimpa penduduk disalahkan sepenuhnya kepada Dolah, dan konconya Abu Lahab, kerana mereka sendiri yang sanggup menjual tanah. Sedang mereka berhujah, masuk Tipah (isteri Leman) yang sarat mengandung dirasuk hantu kuda yang tidak kelihatan kepada orang lain. Romli menyokong Leman apabila Pak Sudin tidak mahu Dolah dibabitkan. Romli menuduh Pak Sudin tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orangorangnya marah dan keluar. Haji Sabri cuba menenangkan Romli dan Leman supaya orang kampung tidak berpecah belah. IV Di tempat berburu, Dolah disondol seekor binatang seakan-akan babi. Dukun berusaha memulihkan Dolah dengan menyeru-nyeru Moyang Sungai, moyang Hutan dan Moyang Binatang. Sementara itu, di mahkamah terbuka orang-orang kampung, Abu Lahab dan isterinya dimasukkan ke dalam guni, kecuali bahagian muka. Hakim menolak tuntutan supaya tertuduh ditanam hidup-hidup hingga ke pangkal leher di dalam sebuah busut. Sebaliknya, apabila Abu Lahab dan isteri menyatakan rasa insaf, serta sanggup menebus tanah orang-orang kampung denga n kekayaan yang dikumpul sebelumnya. V Mak Som Bidan menceritakan perihal Intan Siti Rahimah melahirkan anak yang mirip babi hutan. Mak Som tidak percaya bahawa Siti Rahimah yang begitu baik dan rapat dengan orang-orang kampung menerima nasib demikian. Sebaik sahaja memandang anaknya, Dolah terus mengamuk, lalu menghalau Intan keluar dari kampung dalam kepekatan malam dan hujan lebat. Kemudian Dolah mengigau ternampak jin tanah membawa harta karun. Dolah mengejutkan Doli untuk mengambil periuk emas yang penuh harta karun. Tiba-tiba masuk mayat ibu Dolah yang tidak kelihatan pada Doli. Mayat ibunya meminta Dolah bertaubat dan berhijrah dari kampung itu. Dolah memohon ampun Ilahi sambil membaca surah al-Falaq. Sekonyong-konyong, Doli dan periuk emas lesap. Dolah mendukung mayat ibunya. VI Arkitek, tukang pinang, jurusolek dan doktor menagmbil semula barang masing-masing daripada Dolah kerana mendakwa diberi cek palsu. Anehnya, Dolah sudah tidak capik lagi. Dolah berhijrah dan bekerja menjual air, dan sebelah malamnya bersolat, serta membaca kitab. Dolah tidak dapat mengecam Siti Rahimah yang bersentung (berkain sarung menutupi muka), kini anak angkat Pak Imam dan bekas pesakit

kusta. Dolah merapati Siti Rahimah, tetapi Siti Rahimah menafikan dia Intan Siti Rahimah. Dolah menyatakan hasrat untuk menjadikan anyaman Siti Rahimah sebagai reka bentuk hiasan ukiran masjid di seberang sungai. Dolah menghadiahi Siti Rahimah purdah, dibalasi senaskhah al-Quran. VII Pak Long membawa berita Dolah karam di sungai. Siti Rahimah kemudian keluar dengan beg kecil untuk mencari Dolah. Pak Long yang tidak pernah bertanya asal usul Siti Rahimah tidak mampu menahan Siti Rahimah pergi, melainkan mendoakan keselamatan Siti Rahimah dan Dolah. Drama diakhiri dengan lantunan berpuisi sang pengucap (pencerita, narrator) kononnya beratus-ratus tahun lamanya, setiap kali senja di tepi sungai, Siti Rahimah yang berpurdah, tetapi tidak berpenyakit kusta, setia menunggu Dolah yang menghias masjid di seberang. Nelayan tidak bernai menyapa, datuk nenek menegah... Tema drama: Pembalasan yang diterima akibat sikap lupa diri hingga membawa perpisahan walaupun telah kembali ke pangkal jalan. Persoalan: 1 Sikap tidak bersyukur membawa padah: Dolah Capik sanggup melanggar larangan agama kerana malu dengan dirinya yang cacat dan miskin; 2 Sikap menyalahkan orang lain atas kebodohan diri sendiri: Orang kampung hanya menyalahkan Dolah yang membeli semua tanah mereka, sedangkan mereka yang terpengaruh dengan pujukan Abu Lahab, konco Dolah 3 Sikap prasangka membawa perpecahan: Tuduhan Romli terhadap Pak Sudin sebagai tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orang-orangnya meninggalkan mesyuarat 4 Kemuliaan hati menolong orang yang mengalami kesusahan: Tuk Imam sanggup mengambil Siti Rahimah sebagai anak angkat walaupun dikatakan menderita penyakit kusta. 5 Sikap rendah diri dalam pergaulan: Intan Siti Rahimah menolak layanan istimewa orang kampung kepadanya. Contohnya, hanya duduk di atas tikar mengkuang, walaupun dihamparkan tilam yang empuk. 6 Kesanggupan meninggalkan kesenangan untuk bertaubat: Dolah akur dengan "nasihat mayat ibunya", seraya (lalu) berhijrah meninggalkan kekayaan yang dikumpul dengan jalan yang salah.

Drama 1400 (Nordin Hassan) Tingkatan Lima


Sinopsis Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung. Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli. Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.

Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya. Tema Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan. Persoalan 1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta 2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan 3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit 4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah 5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu Plot Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram. (ii) Perkembangan Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah. (iii) Konflik Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya. Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung. Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang. (iv) Klimaks Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya. (v) Peleraian Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.