Вы находитесь на странице: 1из 7

Nama Mahani binti Aziz

Nombor ID / Matrik D20102040164

KUMPULAN EL-D08

E-mail (UPSI ) Mahani040164@siswa.upsi.edu.my

JAWAPAN SOALAN UJIAN 1 SOALAN 1 Menyoal merupakan salah satu kemahiran mikropengajaran.Oleh itu kemahiran menyoal yang baik sangat penting dalam membantu murid mencapai hasil hasil pembelajaran.Kemahiran menyoal diperlukan apabila guru menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah, dan berasaskan kes yang mana kaedah-kaedah ini memerlukan murid memberi idea. Ini kerana cara bagaimana penyoalan itu dilaksanakan boleh mempengaruhi tahap pencapaian tujuan penyoalan dan berupaya merangsang pemikiran dan pembelajaran yang produktif dalam kalangan murid. Terdapat 5 langkah menyoal iaitu pertama , ajukan soalan kepada keseluruhan kelas.cara ini boleh merangsang kemahiran berfikir kerana memandangkan soalan ini bukan ditujukan kepada sesiapa jadi semua murid akan berfikir untuk memberikan jawapan.Sekiranya guru menyebut nama murid tertentu untuk menjawab soalan kemungkinan murid itu sahaja yang memikirkan jawapannya.Begitu juga jika guru mempelbagaikan jenis soalan,soalan yang tahap rendah akan menggalakkan penyertaan lebih ramai murid. Soalan yang tidak mengancam juga akan menggalakkan murid memberikan respon secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Langkah menyoal yang kedua ialah menyoal dengan memberikan masa berfikir yang sesuai akan menggalakkan penyertaan murid kerana menurut kajian memperuntukkan masa berfikir akan meningkatkan kemahiran analitik.Contohnya,Guru menerima jawapan daripada murid dan kemudian menyoal murid dengan soalan berbunyi cuba kamu fikir betulkah jisim tidak akan mempengaruri pecutan ? Guru akan memberikan masa yang sesuai untuk murid berfikir dan murid berusaha berfikir untuk mendapatkan jawapannya. Langkah ketiga iaitu menyoal dengan memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan dapat mengekalkan perhatian murid sepanjang sesi soal jawab.Contohnya guru menyoal apakah daya yang bertindak ke atas bola,kertas dan buku lalu menyebut nama salah seorang daripada murid untuk menjawab soalan.Apabila soalan itu dijawab guru menyoal lagi iaitu dalam situasi manakah rintangan udara boleh diabaikan? Guru menyebut nama murid lain untuk memberikan jawapan.Penyoalan ini, akan membimbing dan merangsang murid terus berfikir. Langkah menyoal yang keempat ,dengan memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid boleh menggalakkan murid berfikir kerana guru akan pastikan semua murid memberikan perhatian kepada jawapan murid ketika guru memberikan respon atau reaksi tanpa menyatakan betu atau salah jawapan yang diberikan oleh murid.Contohnya, murid A menjawab soalan di bawah tajuk pecutan, iaitu lebih cepat jatuh menunjukkan pecutan lebih tinggi.Guru akan menyoal pelajar lain,Bagaimana jawapan pelajar lain?Ada pendapat berbeza?Guru menyoal lebih lanjut untuk dapatkan penjelasan tentang idea murid.Cara ini akan mencabar pemikiran murid dan menggalakkan pemikiran tahap tinggi

dengan menyoal mengapa?bagaimana kamu tahu? Boleh terangkan lebih lanjut? Atau apakah buktinya?Soalan ini boleh ditujukan kepada semua murid dan kaitkan semua jawapan dan idea murid untuk membantu murid membuat kesimpulan. Langkah menyoal yang kelima ialah memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan yang tepat atau yang boleh diterima.Guru akan menyatakan semula soalan utama selepas sesi soal jawab yang panjang didikuti dengan jawapan yang tepat atau boleh diterima dengan menggunakan jawapan murid dengan menggunakan alat apndang dengar yang sesuai atau mangajak murid menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan jawapan.Contohnya, guru menyoal jika pecutan kedua-duanya sama,apakah kesimpulan yang boleh kita buat tentang perkaitannya dengan jisim? Konklusinya,kemahiran menyoal sangat penting bagi membantu murid membina kemahiran berfikir dengan melaksanakan 5 langkah menyoal di atas akan mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan.

SOALAN 2 ( a )

Satu hasil pembelajaran bagi setiap domain yang boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyiasatan tentang perhubungan antara pemboleh ubah ialah : Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran ini,murid dapat: A Domain kognitif ( menguasai isi kandungan ) 1.Menyatakan bahawa kekuatan dan kestabilan struktur sesuatu binaan bergantung kepada bentuk tertentu. 2.Menjelaskan bagaimana luas tapak mempengaruhi kestabilan binaan 3. Mengitlak bahawa kekuatan dan kestabilan struktur bergantung kepada bentuknya. B Domain Afektif ( sikap saintifik dan nilai ) 1. Memberikan kerjasama dalam perbincangan kumpulan dan menyediakan peralatan amali. C Domain Psikomotor 1. Mereka bentuk struktur bangunan yang stabil dan kuat.

SALAN 2 (b) Berdasarkan pemilihan hasil pembelajaran di atas saya berpendapat hasil pembelajaran tersebut boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah inkuari induktif terbimbing kerana berdasarkan tajuk pelajaran iaitu, factor-fdaktor yang mempengaruhi kestabilan struktur binaan ,Guru hanya menyediakan masalah-masalah melalui persoalan-persoalan pencetus idea atau mengcungkil idea seperti Apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan dan kestabilan? Apakah faktor yang boleh mempengaruhi kestabilan binaan dan Bagaimanakah faktor yang kamu sebutkan itu mempengaruhi kestabilan binaan? Seterusnya,pelajar sendiri yang menentukan prosedur serta memberikan jawapan terhadap permasalahan yang diberikan dan mencadangkan cara menyelesaikan masalah melalui eksperimen ,membuat ramalan dan inferns berdasarkan hasil eksperimen.Maka melalui kaedah inkuari induktif terbimbing ini hasil pembelajaran dapat dicapai.

SOALAN 2 (C)

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa fasa kedua pengajaran ( menstruktur dan menstruktur semula idea ) mengikut model pengajaran 4 fasa dengan peruntukan masa lebih kurang 30 minit adalah seperti di bawah.

Mata pelajaran : Kelas: Tarikh: Masa: Bilangan murid Bidang pelajaran Objektif pembelajaran:

Sains Tahun 5 Gemilang 2 Mei 2011 30 minit 25 orang Kestabilan Struktur Binaan Faktor-faktor Mempengaruhi / Menguji Kestabilan Struktur Binaan.

Bahan ,peralatan dan bahan sumber: Buku sebagai tapak landasan,pita video sebagai bongkah,bola Tenis,kepingan kadboard,plastisin,lajur-lajur kadboard,pin dua kaki.

Pengetahuan Sedia ada:

Murid-murid dapat membeakan bentuk-bentuk yang terdapat dalam struktur sesuatu binaan

Kemahiran Berfikir:

Meramal,Membuat inferens,Membuat kesimpulan,Menjana idea.

Sikap Saintifik & nilai: Murni

Tabah dan bekerjasam dalam menjalankan eksperimen

fasa Permulaan/ Mengcungkil idea ( 5 minit )

Isi kandungan Antara faktorfaktor yang mempengaruhi kekuatan dan kestabilan sesuatu binaan ialah: 1.luas tapak binaan 2.Bentuk rangka

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti guru Aktiviti Murid Buat kaitan dengan Murid pengetahuan sedia memberikan ada pelajar dengan respon meenyoal cungkil idea murid tentang bentuk dan struktur binaan dan menghubungkait dengan eksperimen yang akan dijalankan hari ini. 1.Apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan dan kestabilan struktur binaan? 2.Apakah faktorFaktor yang boleh mempengaruhi kestabilan binaan? 3.Bagaimana Faktor-faktor yang Kamu sebutkan itu mempengaruhi kestabilan binaan? 2.

Nota Strategi/teknik Penyoalan seluruh kelas

Menstruktur /menstruktur semula idea (25 minit)

Eksperimen 1 Menguji pengaruh bentuk rangka binaan ke atas kestabilan binaan.

Strategi/teknik Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Bentuk segitiga adalah bentuk yang kuat dan stabil Bentuk lemah dikukuhkan dengan memasang Kepingan tambahan ke dalam rangka supaya membentuk segitiga.

1.Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2.Murid diminta membuat ramalan sama ada setiap bentuk rangka stabil atau tidak. 3.Murid diminta membuat inferens hasil eksperimen.

1.Murid menjalankan eksperimen mengikut kad tugasan. 2.Murid mencadangkan cara untuk menyelesaikan masalah struktur binaan yang kurang stabil 3.Murid Mengukuhkan struktur yang kurang stabil. 4.Murid membuat inferens berdasarkan hasil eksperimen.

Membuat ramalan

Eksperimen Menyelesaikan masalah Membuat Inferens Sikap saintifik dan nilai murni Tabah Kerjasama Penglibatan aktif Menghargai masa

SOALAN 2 (d) Ciri utama dalam aktiviti yang saya janakan menunjukkan pengajaran ini mengaplikasi pendekatan inkuari induktif terbimbing ialah peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran hanya sebagai penyedia masalah,pencetus idea serta mencungkil idea murid sementara pelajar sendiri yang menentukan prosedur serta memberikan jawapan terhadap permasalahan yang diberikan. Murid terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat seperti membuat ramalan,menyelesaikan masalah dan membuat inferens hasil daripada eksperimen.Murid juga akan terlibat dalam pemprosesan maklumat mental untuk mendapatkan kefahaman bermakna dan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN 2 ( e ) Aktiviti fasa 2 menggunakan keedah inkuiri induktif terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan berhubungan antara pemboleh ubah ialah murid boleh menghasilkan buku skrap dengan menampal gambar-gambar bangunan yang strukturnya stabil dan tidak stabil. Selain itu,aktiviti sumbangsaran juga boleh dijalankan melalui aktiviti perbincangan.Contoh soalan perbincangan ialah Sekiranya kamu hendak membina sebuah bangunan ,bagaimanakah kamu akan gunakan idea pelajaran ini supaya bangunan yang dibina stabil? Projek di rumah juga boleh dijalankan.Caranya murid dibahagiakan kepada beberapa kumpulan,setiap kumpulan diberi seberkas penyedut minuman dan segulung pita selafon.Murid-murid akan menyertai pertandingan reka bentuk binaan yang kuat dan stabil.

Вам также может понравиться