Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
PENGGUNAAN ELEMEN MUZIK DAN NYANYIAN DI DALAM
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI
OLEH:
ZAINURE BIN MOHD SA’AD
SMK BUYONG ADIL, TAPAH PERAK
ABSTRAK
Masalah menghafal sesuatu fakta di dalam mata pelajaran Sains khususnya Biologi
merupakan antara punca para pelajar sukar untuk memperoleh markah yang cemerlang di
dalam peperiksaan terutamanya dalam SPM. Ini ditambah pula dengan cara serta kaedah
penyampaian guru Biologi itu sendiri yang kurang dipelbagaikan menyebabkan para
pelajar mudah berasa bosan. Akhirnya, para pelajar kurang memberi perhatian semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Seperti sedia
maklum,
mata pelajaran Biologi merupakan mata pelajaran yang menuntut ketekunan para pelajar
untuk menghafal banyak istilah, namanama saintifik serta melukis dan melabel. Oleh
kerana itu, suatu kaedah ataupun cara yang sesuai yang difikirkan menepati dengan
citarasa pelajar masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dikendalikan oleh guru Biologi akan mencapai kepuasan yang maksimum sama ada di
pihak guru mahupun murid itu sendiri. Menyedari akan hakikat bahawa remaja masa kini
amat gemar dengan muzik dan nyanyian, maka pengkaji kajian ini telah menjadikannya
sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Biologi.
Bagi memperkenalkan kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji di dalam kajian ini, dua
kumpulan pelajar telah dibentuk di mana satu kumpulan eksperimen dan satu lagi
kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan kaedah muzik dan nyanyian bagi
memperkenalkan tajuk Sistem Pencernaan manakala kumpulan kawalan diajar secara
konvensional iaitu secara melukis, melabel dan menghafal. Hasilnya didapati aktiviti
pengajaran dan pembelajaran amat menyeronokkan bagi rresponden kumpulan
eksperimen manakala responden kumpulan kawalan menghadapi masalah seperti bosan
dan sukar untuk menghafal struktur yang terlibat dalam Sistem Pencernaan.
Kesimpulannya, pengkaji berpendapat bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang
berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan
kehendak dan minat muridmurid seperti muzik dan nyanyian.
Page 2
1.0
PENDAHULUAN
Biologi merupakan mata pelajaran Sains yang sarat dengan gambar berlabel yang
menuntut para pelajar untuk mengenali, menghafal dan seterusnya memahami fungsinya.
Jika seseorang pelajar bercitacita mahu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
mata pelajaran tersebut maka mereka mestilah mahir memerhati, melukis, memahami
serta mengingati semula setiap gambar rajah berlabel yang dilihatnya. Seringkali para
pelajar menyuarakan rungutan mereka terhadap masalah mahu mengingati faktafakta di
dalam Biologi khususnya mengingati gambar rajah berlabel. Malah kadangkala perasaan
bosan akan menjadi sandaran kepada masalah tersebut apabila para pelajar tiba kepada
persoalan gagal untuk menghafal gambar rajah.
Suatu masa dahulu, mata pelajaran mata pelajaran Sains seringkali dikaitkan
dengan sesuatu yang susah, berat, memerlukan tumpuan yang amat serius malah guru
gurunya juga sering dilabelkan dengan berpewatakan serius dan monotenus. Namun, hari
ini, persepsi tersebut mahu dikikis sama sekali oleh pengkaji demi menarik minat serta
merangsang minda pelajarpelajar untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Sains
khususnya Biologi dengan menggunakan elemen muzik (nyanyian) dalam mata pelajaran
Biologi. Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan ‘memancing’ para pelajar
untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara memahami minat serta
kecenderungan para pelajarnya. Justeru itu, pengkaji cuba menggunakan kemahiran
nyanyian bagi menghafal gambar rajah berlabel Sistem Pencernaan Manusia.
Kanakkanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang
amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itulah, maka peluang harus diambil
oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan
elemen nyanyian dan muzik di dalam pengajaran subjek Biologi khususnya untuk
menghafal dan memahami gambar rajah berlabel seperti gambar rajah Sistem Pencernaan
Manusia (Sistem Alimentari). Bagi muridmurid yang lemah, kaedah menghafal dan
menyebut strukturstruktur yang terdapat pada sistem pencernaan manusia dengan cara
nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi,
2
Page 3
menghafal dan menyebut turutan struktur yang terlibat di dalam sistem pencernaan
manusia seperti mulut, esofagus, usus kecil, usus besar dan lainlain.
Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu muridmurid mengenali,
menyebut dan menghafal struktur –struktur yang terbabit di dalam sistem pencernaan
manusia malah aktiviti pengajaran dan pembelajaran Biologi menjadi lebih
menghiburkan dan menyeronokkan mereka dan guru sendiri. Ini terbukti apabila
kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu melukis semula
gambar rajah Sistem Pencernaan Manusia serta melabelkannya dengan betul. Ini
dipercayai merupakan hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh muridmurid tersebut
dengan bimbingan guru (pengkaji) sebelum itu.
Di dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada kemahiran menyebut, melukis
serta melabel gambar rajah struktur yang terlibat di dalam Sistem Pencernaan Manusia
seperti mulut, esofagus, hati, perut, pankreas, usus kecil, usus besar, apendiks, rectum
sehinggalah dubur mengikut urutan di dalam tubuh manusia. Lirik lagu yang
menggunakan melodi lagu ‘Bangau Oh Bangau’ (rujuk lampiran) dijadikan melodi bagi
menyanyikan lagu tersebut.
Selepas menyanyikan lagu tersebut, didapati muridmurid terbabit mampu
menyebut dan melukis serta melabel semula strukturstruktur yang terlibat dengan cara
menyanyikannya semula sambil melukis dan melabel. Temu bual secara rambang
dengan beberapa orang murid jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian bagi
menghafal serta menyebut namanama penting di dalam sesuatu tajuk di dalam Biologi
amat berkesan dan menyeronokkan.
3
Page 4
2.0
PENYATAAN MASALAH
Menyedari akan hakikat bahawa kebanyakan murid Tingkatan 4 menghadapi kesukaran
untuk menyebut, menghafal, melukis dan melabel gambar rajahgambar rajah yang
terlalu banyak yang perlu dihafal mereka dalam mata pelajaran Biologi, maka pengkaji
mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen muzik dan nyanyian di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu muzik yang ada pada pengkaji semasa
di Maktab Perguruan dahulu maka pengkaji mengambil kesempatan ini untuk
mengurangkan bebanan serta masalah yang mengganggu muridmurid selama ini
khususnya muridmurid yang baru menduduki Tingkatan 4 dan baru mengenali subjek
Biologi.
Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji, muridmurid berasa agak sukar untuk
mengingati sesuatu fakta khususnya namanama struktur yang terlibat di dalam sesuatu
proses seperti contoh di dalam system pencernaan manusia. Mereka ini tidak tahu
mencari kaedah yang terbaik yang dapat membantu mereka untuk menghafal selain
membaca berulangkali.
Di samping itu, kaedah pengajaran kebanyakan guru Biologi yang terlalu
bergantung kepada kaedah mengajar secara menyebut dan menghafal sahaja yang begitu
konvensional amat membosankan para pelajar. Kebanyakan pelajar cuba mencari jalan
mudah tetapi terbaik bagi mereka untuk menghafal sesuatu fakta.
4
Page 5
3.0
TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Kajian ini bertujuan untuk:
3.1
Membantu para pelajar agar mampu menyebut dan menghafal namanama
sruktur yang terbabit di dalam system pencernaan manusia dengan mudah;
3.2
Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Biologi
menyeronokkan para pelajar;
3.3
Menghapuskan rasa bosan pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung; dan
3.4
Membantu pelajar menggunakan kaedah nyanyian untuk menghafal
sesuatu fakta sains.
4.O METODOLOGI PENYELIDIKAN
4.1
Batasan Kajian
Kajian ini hanya bertumpu ke atas 67 orang responden yang terdiri daripada
muridmurid tingkatan 4 sains tulen yang mengambil subjek Biologi. Mereka ini
merupakan muridmurid yang telah mendapat sekurangkurangnya pangkat C di
dalam subjek Sains dan Matematik di dalam PMR. Kajian ini juga hanya
bertumpu kepada satu tajuk di dalam Biologi Tingkatan 4 iaitu gambar rajah
Sistem Pencernaan Manusia. Para responden hanya diuji menghafal dan
menyebut nama struktur struktur yang terbabit di dalam system pencernaan
manusia seperti:
5
Page 6
4.1.1 mulut
4.1.2 kalenjar air liur
4.1.3 esofagus
4.1.4 hati
4.1.5 perut
4.1.6 pankreas
4.1.7 usus kecil
4.1.8 usus besar
4.1.9 apendiks
4.1.10 rektum
4.1.11 dubur
JADUAL PELAKSAAN PENYELIDIKAN
BIL
PERKARA
TARIKH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Mesyuarat menentukan tajuk kajian bersama guru Kanan Sains
dan Ketua Panitia Biologi.
Proses menyediakan draf kajian.
Berbincang dengan Ketua Panitia Biologi dan Guru Kanan
Sains tentang draf kajian.
Memberi penerangan kepada responden sebelum memulakan
kajian.
Menjalankan kajian ke atas kumpulan kawalan.
Menjalankan kajian ke atas kumpulan eksperimen.
Proses mengumpul data dan menganalisis data.
Refleksi / renungan.
Proses penulisan laporan penyelidikan.
Penyemakan terakhir dan berbincang dengan Ketua Panitia
Biologi dan Guru Kanan Sains.
Menyerahkan laporan kajian tindakan kepada Penyelaras
Kajian Tindakan/ Pen. Kanan.
4 Mac 2006
6 Mac 2006
11 Mac 2006
16 April 2006
5 Mei 2006
7 Mei 2006
10 Mei 2006
17 Mei 2006
20 Mei 2006
26 Jun 2006
30 Jun 2006
6
Page 7
4.2
Kaedah Mengutip Data
Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah pengutipan,
iaitu:
4.2.1 Secara eksperimen (menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran).
Pengkaji mengumpulkan 31 orang responden yang dianggap kumpulan
kawalan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kumpulan murid ini diajar tajuk Sistem Pencernaan Manusia iaitu
mengenali strukturstruktur yang terlibat dalam system pencernaan
manusia.
Kumpulan pelajar ini diajar secara biasa iaitu tanpa
menggunakan elemen muzik dan nyanyian.
Kumpulan kedua merupakan 36 orang responden yang dianggap sebagai
kumpulan eksperimen di dalam kajian ini iaitu kumpulan yang juga
menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang diajar juga
adalah sama seperti kumpulan kawalan iaitu Sistem Pencernaan Manusia
tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza iaitu belajar mengenali
strukturstruktur yang terlibat dalam system pencernaan manusia secara
menyanyi diiringi muzik.
4.2.2 Lembaran Kerja
Keduadua kumpulan responden diberi kertas lembaran kerja (rujuk
lampiran) yang meminta mereka melabel system pencernaan manusia.
Jawapan yang diberi oleh responden di dalam lembaran kerja tersebut
kemudiannya akan disemak oleh pengkaji untuk dibuat perbezaan antara
keduadua kumpulan.
7
Page 8
4.2.3 Temu Bual (Rujuk lampiran contoh soalan)
Temu bual secara rawak ke atas keduadua kumpulan responden dilakukan
oleh pengkaji bagi mendapatkan reaksi mereka berkaitan kaedah
pengajaran yang dijalankan. Kebanyakan soalan yang ditanya berbentuk
soalan terbuka. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dapat menyatakan
pendapat secara bebas isi hati mereka tanpa berasa dikongkong oleh
soalan.
4.2.4 Pemerhatian
Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkah laku
pembelajaran pelajarpelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilakukan
oleh pengkaji. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka dan
bagaimana mereka memberi respon terhadap pengajaran guru (pengkaji).
4.3
Etika Dalam Kajian Tindakan
Etika dalam penyelidikan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ini kerana hak
semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir perlu dihormati. Etika
penyelidikan dapat melindungi kepentingan jawatankuasa yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil
kesempatan untuk kepentingan diri. Dengan adanya etika dalam penyelidikan, pengkaji
dapat memastikan tindakan yang akan pengkaji ambil sentiasa adil, tepat dan berkaitan
dengan aspek kajian.
Etika kajian juga dapat mengelakkan pengkaji daripada menjadi mangsa tekanan
dan eksploitasi daripada pihak atasan. Keadaan ini akan meletakkan pengkaji dalam
keadaan yang selesa dan selamat untuk menjalankan Kajian Tindakan. Di samping itu,
ia
juga melindungi kepentingan pelajar yang juga sebahagian daripada subjek kajian. Etika
8
Page 9
kajian telah dirangka sendiri oleh jawatankuasa pelaksana yang terlibat dalam Kajian
Tindakan. Setelah Etika Kajian dibentuk, ia akan menjadi satu tata cara ikatan yang
perlu
dihormati dan dipertahankan oleh semua yang terlibat dalam menjalankan Kajian
Tindakan ini.
Berikut adalah Etika Kajian yang dibentuk tentang kajian ini:
4.3.1 dipersetujui oleh semua jawatankuasa kajian bahawa manamana bukti
atau data yang diperoleh tidak boleh melibatkan kepada pengenalan manamana
identiti ahliahli jawatankuasa kecuali dengan kebenaran;
4.3.2 dipersetujui bahawa sebarang pungutan bukti; dan data perlu dipersetujui
bersama oleh semua ahli jawatankuasa;
4.3.3 dipersetujui bahawa pelajarpelajar mempunyai hak yang sama seperti
guru dari segi pengenalan identity dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut
daripada mereka;
4.3.4 dipersetujui bahawa penerbitan laporan ini perlu mendapat kebenaran
daripada ahli jawatankuasa kajian;
4.3.5 dipersetujui bahawa semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru
guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka;
4.3.6 semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat
kebenaran pengetua sebelum didedahkan kepada umum; dan
4.3.7 laporan kajian ini akan diserahkan terlebih dahulu kepada Ketua Panitia
Biologi, Guru Kanan Sains sebelum dihantar kepada pihak Pengetua.
9
Page 10
5.0
TINJAUAN AWAL
5.1
Mengutip Data Awal
Proses kutipan data awal telah pengkaji jalankan melalui kaedah dan
prosedur seperti yang dinyatakan dalam bahagian metodologi kajian.
5.2
Analisis Data Kajian Awal
5.2.1 Analisis Jawapan Lembaran Kerja
Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran keduadua kumpulan,
kesemua responden tersebut diberikan lembaran kerja yang meminta
mereka melabel sistem pencernaan manusia. Kesemua lembaran kerja
responden dianalisis (disemak) bagi keduadua kumpulan.
5.2.2 Analisis Pemerhatian
Pemerhatian ke atas reaksi responden semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sentiasa dilakukan oleh pengkaji.
5.2.3 Analisis Hasil Dapatan dari Temu Bual dengan Pelajar
Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pengkaji memilih
secara rawak beberapa orang responden bagi mengetahui secara lisan
pendapat serta perasaan mereka terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan oleh pengkaji. Di samping itu, tujuan
temu bual diadakan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan persepsi
pelajar terhadap tingkah laku pengajaran guru bagi keduadua kaedah
pengajaran yang dijalankan oleh pengkaji.
10
Page 11
5.3
Persoalan Kajian
Pengalaman pengkaji yang telah mengajar Biologi tingkatan 4 dan 5 selama lima
tahun mendapati kebanyakan kumpulan pelajar yang lemah atau gagal mencapai
keputusan cemerlang di dalam mata pelajaran tersebut adalah berpunca daripada
kegagalan menghafal faktafakta dan istilahistilah. Tidak kurang juga para
pelajar yang menghadapi masalah melukis, melabel dan menghafal nama struktur
pada sesebuah gambar rajah.
Antara persoalan kajian yang menjadi fokus kepada kajian pengkaji adalah
seperti:
5.3.1 Benarkah penggunaan elemen muzik dan nyanyian dapat menarik minat
para pelajar di dalam aktiviti pembelajaran Biologi?
5.3.2 Bagaimanakah penggunaan elemen muzik dan nyanyian dapat membantu
para pelajar menghafal nama struktur berlabel dalam sesebuah gambar
rajah?
5.3.3 Apakah faktorfaktor yang menyebabkan para pelajar berasa bosan ketika
mengikuti aktiviti pembelajaran Biologi?
6.0
PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, didapati bahawa pengkaji
memfokuskan kajian ini terhadap kaedah pengajaran guru Biologi yang menggunakan
elemen muzik dan nyanyian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini
bermaksud lirik lagu yang dicipta mestilah mampu menyatakan nama struktur dengan
jelas dan betul. Guru juga mestilah memainkan peranan dengan berkesan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru harus memastikan bahawa semua
responden menyertai sepenuhnya setiap aktiviti nyanyian yang dijalankan.
11
Page 12
Pengkaji berpendapat bahawa guru yang bijak seharusnya terlebih dahulu
mengetahui minat dan cita rasa pelajar mereka. Dengan cara ini, guru dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka sesuai dengan kehendak pelajar. Ini adalah
kerana guru yang cemerlang akan melahirkan kumpulan pelajar yang cemerlang juga!
7.0
PELAKSANAAN TINDAKAN
Di dalam pelaksanaan tindakan, pengkaji telah menjalankan dua sesi pengajaran
berdasarkan rancangan mengajar yang telah dirancang.
Sesi pengajaran pertama, pengkaji menumpukan kepada kumpulan kawalan.
Kumpulan ini menjalankan aktiviti pembelajaran secara konvensional iaitu hanya
dengan
penerangan guru serta dibantu oleh carta dan gambar rajah.
Manakala di dalam sesi pengajaran kedua, pengkaji menumpukan kepada
kumpulan eksperimen iaitu kumpulan yang menjalankan aktiviti pembelajaran yang
menggunakan elemen muzik dan nyanyian untuk menghafal gambar rajah berlabel. Guru
memberi penerangan dengan bantuan carta dan gambar rajah tetapi aktiviti dengan
iringan muzik dan nyanyian. Rujuk contoh lirik lagu (lampiran).
8.0
DAPATAN KAJIAN
KUMPULAN
BIL
INSTRUMEN KAJIAN
KAWALAN
EKSPERIMEN
1
Lembaran Kerja
9
orang
(29.03%)dapat label
tepat
32 orang (88.0%)
dapat label tepat
2
Pemerhatian
4 orang (12.9%)
kelihatan mengikuti
sesi p&p dengan
36 orang (100%)
kelihatan memberi
tumpuan
12
Page 13
tekun.
sepenuhnya
serta
gembira
di
sepanjang
p&p
berjalan.
3
Temu Bual
7 orang (22.6%)
berminat
dengan
kaedah
konvensional.
36 orang (100%)
berminat
dengan
kaedah nyanyian.
Berpandukan analisis dapatan ketigatiga instrumen kajian yang digunakan mendapati
bahawa muridmurid lebih gemar menjalani aktiviti pengajaran Biologi dengan
menggunakan elemen muzik dan nyanyian.
Berdasarkan analisis lembaran kerja didapati bahawa responden dari kumpulan
eksperimen memperoleh markah paling tinggi berbanding responden kumpulan kawalan.
Kebanyakan responden kumpulan eksperimen dapat melabel hampir kesemua struktur
dengan betul berbanding kumpulan kawalan yang hanya memperoleh markah tertinggi
iaitu 6 daripada 11 label.
Hasil temu bual pula mendapati bahawa 100% responden dari kumpulan kawalan
menyatakan masalah untuk menghafal kesemua struktur dengan tepat dan cepat
berbanding dengan responden kumpulan eksperimen yang berpendapat bahawa
menghafal melalui nyanyian amat memberi kesan kepada mereka.
Hasil temu bual juga mendapati bahawa seramai 61 orang (91.04%) responden
dari keduadua kumpulan bersetuju bahawa cara penyampaian pengkaji yang
menggunakan kaedah nyanyian bagi menghafal struktur system pencernaan manusia
adalah amat berkesan.
27 orang (87.1%) dari kumpulan kawalan berpendapat kaedah konvensional yang
dijalankan oleh pengkaji amat membosankan mereka. Ini adalah kerana pada pendapat
13
Page 14
mereka, sikap guru yang hanya bergantung kepada carta sematamata kurang
meninggalkan kesan serta tidak menghiburkan.
34 orang (94.4%) responden dari kumpulan eksperimen berpendapat kaedah
pengajaran guru yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian semasa mengajar topic
system pencernaan manusia amat berkesan serta menyeronokkan mereka.
Ini
mengelakkan mereka daripada perasaan bosan dan mengantuk apatah lagi pengajaran
berlangsung di sebelah tengah hari.
Persoalannya, apakah guruguru Biologi masa kini serta masa hadapan akan terus
menggunakan kaedah yang konvensional ataupun mengubah kepada kaedah pengajaran
yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian dalam pengajaran mereka?
9.0
PENILAIAN DAN REFLEKSI
Berdasarkan perancangan tindakan, pelaksanaan kajian dan dapatan kajian didapati
bahawa kaaedah yang cuba diperkenalkan oleh pengkaji ini telah memberi kesan yang
amat positif kepada para pelajar khususnya kepada kumpulan pelajar yang agak lemah di
dalam kemahiran menghafal serta melabel gambar rajah.
Bagi pihak pengkaji pula, kaedah ini amat mudah untuk dikendalikan malah
memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan. Di samping
membantu muridmurid melabel dan menghafal, kaedah ini juga dapat membantu murid
murid mengenengahkan bakat mencipta lirik lagu/ pantun mahupun seloka.
Kemungkinan masalah yang akan timbul adalah kepada guruguru Biologi yang
tidak mempunyai bakat muzik dan nyanyian. Tetapi, sebenarnya itu bukanlah merupakan
masalah besar kerana guruguru tersebut bolehh mendapatkan khidmat guru/ individu
lain
yang boleh memainkan muzik iringan terleih dahulu ataupun boleh ditukar kepada
bentuk
pantun, seloka mahupun gurindam.
14
Page 15
10.0 KESIMPULAN
Kejayaan seseorang guru di dalam pengajarannya adalah apabila ilmu ataupun mesej
yang mahu disampaikannya dapat dinikmati atau dikuasai oleh pelajarpelajarnya. Guru
yang baik adalah guru yang dapat menggunakan segala kepakaran dan bakat yang
dimilikinya untuk dikongsi oleh para pelajarnya di dalam sesi pengajaran dan
pembelajarannya. Sesekali, guruguru khususnya guruguru Sains (Biologi) perlu
memikirkan minat dan kecenderungan muridmuridnya untuk digunakan sebagai
pemangkin bagi ‘memancing’ minat mereka.
Sebagai contohnya, kebanyakan muridmurid amat gemar akan muzik dan
nyanyian mahupun berpantun, berseloka dan sebagainya. Menyedari akan hakikat
tersebut, maka kajian ini menggunakan elemen muzik dan nyanyian bagi menarik minat
muridmurid dan sekaligus membantu muridmurid terbabit menghafal faktafakta
mahupun sturuktur –struktur berlabel bagi sesebuah gambar rajah.
Di dalam kajian ini, seorang guru Sains (Biologi) yang mempunyai sedikit
kemahiran dalam bidang Muzik telah menggabungjalinkan keduadua mata pelajaran
Bahasa Melayu / Sastera dengan Biologi di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Biologi. Hasilnya didapati muridmurid berjaya dengan mudah melabel dan menghafal
strukturstruktur yang terlibat di dalam Sistem Pencernaan Manusia. Di samping berjaya
melabel dan menghafal strukturstruktur tersebut, muridmurid terbabit juga berasa
seronok ketika mengikuti pelajaran Biologi.
Ini sekaligus, merangsang muridmurid untuk meminati mata pelajaran Sains,
khususnya Biologi. Para pelajar sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap
mata pelajaran Biologi.
15
Page 16
11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji amat berharap agar lebih ramai pengkaji yang akan mencipta lebih banyak
aktiviti yang seumpama dengan kajian ini bagi tajuktajuk atau kemahirankemahiran lain
bagi mata pelajaran Biologi.
Bagi guruguru Biologi yang tiada kemahiran memainkan alat muzik ataupun
menyanyi, anda bolehlah menggunakan khidmat individu lain untuk merakam terlebih
dahulu mainan alat muzik bagi mengiringi aktiviti nyanyian tersebut.
Dicadangkan agar pengkajipengkaji seterusnya akan memikirkan aktivitiaktiviti
lain seperti di dalam bentuk bersyair, berpantun, menari dan lainlain lagi yang
menggunakan elemen muzik dan nyanyian di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Biologi.
16
Page 17
BIBLIOGRAFI
Dr Kim Phaik Lah, Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia ( Jun 1995). Kuala Lumpur.
Asiah Ismail, Ivan Filmer Jr, Tan Sun Seng, The Lay Hong, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah, Biologi Tingkatan 4. (2001). Mutiara Cemerlang Sdn Bhd
Notanota kuliah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
17
Page 18
LAMPIRAN 1
LIRIK LAGU
1. Mulut oh mulut
kenapa engkau sakit
bagaimana aku tak sakit
perut aku perit
perut aku perit
2. Perut oh perut
kenapa rasa perit
macamana aku tak perit
hati aku sakit
hati aku sakit
3. Hati oh hati
kenapa engkau sakit
macamana aku tak sakit
pankreas aku jealous
pankreas aku jealous
4. Wahai pankreas
kenapa engkau jealous
macamana aku tak jealous
usus kecil tak serius
usus kecil tak serius
18
Page 19
LAMPIRAN 2
CONTOH SOALAN TEMU BUAL
1.
Bagaimanakah perasaan kamu selepas mengikuti pelajaran hari ini?
2.
Adakah kamu berasa kelainan terhadap aktiviti pada hari ini berbanding dengan
aktiviti sebelum ini?
3.
Apakah kamu berasa terhibur di sepanjang aktiviti pada kali ini?
4.
Adakah kamu berasa mudah melabel dan menghafal sambil menyanyi?
5.
Manakah yang kamu lebih gemar? Melabel dan menghafal secara membaca
ataupun secara menyanyi di mana lirik lagu dicipta berdasarkan namanama
strukturstruktur terbabit di dalam Sistem Pencernaan Manusia?
6.
Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa aktiviti seperti hari ini telah
menarik minat kamu untuk terus meminati mata pelajaran Biologi?
7.
Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guru Sains khususnya guru
Biologi juga mampu mengajar sambil berjenaka?
8.
Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa guruguru Sains masa kini tidak
patut dilabel sebagai guru yang serius dan membosankan?
9.
Aktiviti hari ini menyebabkan kamu akan tertunggutunggu apakah bentuk
aktiviti yang akan saya perkenalkan pula pada waktu seterusnya?
10.
Bersetujukah kamu kalau saya katakan bahawa kaedah ini mampu kamu gunakan
sendiri untuk topiktopik yang lain?
19