Вы находитесь на странице: 1из 3

KRITIKAN SOSIAL

Masyarakat yang mengambil kesempatan terhadap kaum wanita.

o Contoh : Encik Johar yang mengambil kesempatan terhadap Idah setelah mengajak dan memujuk (mengugut juga) Idah untuk menemaninya menghadiri party dan night club.(m/s 12-14)
o

Encik Johar juga mengambil kesempatan ke atas pekerja-pekerja wanitanya yang lain seperti Safiah. Safiah menyangka Encik Johar ikhlas ingin mengambilnya sebagai isteri pada suatu masa nanti. Namun, kumbang hitam seperti Encik Johar hanya bersikap habis madu sepah dibuang. (m/s 7)

Masyarakat yang suka meninggikan diri.

Contoh: Cik Pah suka meninggikan anaknya Idah pada Cik Mah. Cik Mah juga suka meninggikan anaknya Kiah pada Cik Pah. Menurut Cik Pah, Idah seorang yang rajin membuat kerja-kerja rumah. Idah rajin ke dapur, menjahit malah semua kerja-kerja rumah biar Idah sahaja yang lakukan, ibunya dibiarkan berehat. Cik Pah juga berkata bahawa ramai yang masuk meminang Idah tetapi semuanya ditolak. Ada juga yang naik gila (anak pegawai daerah) dengan tolakan pinangan oleh Idah itu. (m/s 2-3)

Masyarakat yang suka berfoya-foya.

o Contoh :

Encik Johar : Hello . ya, ya . malam ini? O, yes . Private party, ya? Good! ya, berdua (matanya cepat mongering Idah dengan pandangan bererti) no, no, not my wife! (mengangkat kening seolaholah kemungkinan itu berlaku lucu) orang lain (tersenyum penuh rahsia) Tak bolehlah, I tak mahu sebutkan namanya (memandang Idah lagi) ya, nanti you tahu juga . Ya, ya, O.K. thank . Eh, Hashim,

lepas itu terus ke night club ya? . O.K.? good! . Ya . Bye-bye! (meletakkan telefon, berpaling pada Idah). (m/s 12)

Masyarakat yang menyalahguna kuasa.

Contoh : Encik Johar merupakan ketua di pejabat Idah dan Zainal bekerja. Dia sering menyalahgunakan kuasanya untuk mengambil kesempatan terhadap pekerjanya. Sebagai contoh, Idah yang sering dipanggil masuk ke dalam bilik pejabatnya kemudian, cuba untuk mendekati Idah. Perlakuan yang tidak sopan itu seharusnya tidak berlaku walaupun Encik Johar mempunyai kuasa ke atas pekerjanya.(m/s 5 dan 13) Selain itu, Encik Johar juga menggunakan kuasa yang ada padanya mengugut Zainal akan memberhentikan kerjanya sekiranya kerja-kerja union Zainal tidak dihentikan (hanya sebagai suatu alasan untuk memberhentikan Zainal). Encik Johar juga mengugut Idah bahawa dia akan memberhentikan Zainal sekiranya Idah enggan mengikutnya ke private party dan night club.(m/s 11 dan 13)

Masyarakat yang materialistik.

o Contoh : Cik Mah menolak pinangan guru sekolah yang sama-sama mengajar dengan anaknya, Kiah. Menurutnya, Guru berapa sangatlah gajinya. (m/s 3) o Cik Pah juga seorang materialistik. Dia hanya inginkan Encik Johar untuk menjadi suami kepada anaknya, Idah dan menantu buat dirinya. Hanya kerana Encik Johar seorang yang berpangkat dan berharta, Cik Pah tidak kisah untuk mengahwinkan anaknya dengan Encik Johar walaupun pada hakikatnya Encik Johar sudah berumahtangga.(m/s 10)

Masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang.

Contoh : Kiah dan Cik Mah yang bercakap-cakap mengenai Idah yang sudah berkawan dan Idah yang sering naik kereta berdua dengan seorang lelaki yang mereka tidak kenali. (m/s 4)

Golongan ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap pergaulan anak-anak.

o Contoh : Cik Pah yang tidak mengambil berat terhadap Idah yang sering keluar bersama-sama Zainal di tepi pantai pada waktu senja. Walaupun Zainal seorang berbudi perkerti, namun, pergerakan Idah seharusnya dikawal juga kerana keluar pada waktu senja, berdua-duaan di tepi pantai tidaklah manis mengikut budaya timur. Mungkin juga menimbulkan fitnah. Selain itu, Cik Pah juga tidak mengawal hubungan Idah dengan Encik Johar. Hanya kerana Encik Johar berharta dan berpangkat, semuanya baik dan diserahkan sepenuhnya kepada Encik Johar.

Вам также может понравиться