Вы находитесь на странице: 1из 9

POTENSI INDUSTRI MAKANAN SEDIA-DISAJI & MAKANAN SEDIA DIMAKAN

Makanan Sedia-Disaji dan Sedia-Dimakan semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna kerana ia mudah disediakan dan amat menjimatkan masa

Makanan Sedia-Disaji (MSS) adalah makanan yang sudah sedia dimasak dan dijual, tetapi perlu dipanaskan sebelum dimakan Makanan Sedia-Dimakan (MSM) adalah makanan yang boleh dimakan terus dalam bentuk yang sama seperti ia dijual atau diedarkan. Ia tidak termasuk kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran yang perlu dikupas atau dicuci oleh pengguna

1. PENGENALAN Makanan sedia-disaji (MSS) dan sedia-dimakan (MSM) adalah satu produk yang semakin mendapat sambutan. Ia menjimatkan masa dan tenaga, dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri

Permintaan terhadap MSS & MSM di pasaran tempatan telah meningkat sebanyak 13% daripada tahun 1996 ke 1999.

Bekalan pula semakin bertambah, dan boleh diasingkan kepada dua kumpulan. Pertama, ialah MSS & MSM tempatan seperti karipap, popiah, roti canai, pau dan sebagainya, yang banyak terdapat di pasaran. Biasanya makanan jenis ini dijual pada harga rendah, iaitu sekitar RM2.50.

Kedua, ialah MSS & MSM berasaskan resipi barat. Jenis ini masih kurang dalam pasaran, dan dijual dengan harga yang lebih mahal, iaitu sekitar RM20. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap MSS &MSM resipi barat semakin naik kerana harga produk alternatif, iaitu makanan barat yang disediakan di restoran, adalah jauh lebih mahal daripadanya.

Kedua-dua jenis produk dipasarkan di dalam pelbagai jenis pembungkusan seperti pek plastik, kotak, bekas kedap udara, tin foil dan sebagainya. Sesetengah produk disterilkan untuk mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria. Ini dapat memanjangkan lagi jangka-hayatnya.

Peluang pelaburan terbuka luas bukan sahaja di bidang pengeluaran MSS & MSM, tetapi juga dalam perkhidmatan sokongan (membekalkan lori-lori sejuk), pemprosesan (dari segi pembekalan teknologi dan peralatan), pengedaran dan pemasaran.

2. TINJAUAN PASARAN 2.1. Pengenalan Produk sedia-dimakan (MSM) yang tinggi permintaannya adalah dalam bentuk serbuk, manakala produk sedia-disaji (MSS) pula lebih diminati dalam bentuk cecair/segar. Produk MSS & MSM ini biasanya dibungkus di dalam pek plastik, mempunyai pelbagai citarasa dan berkualiti tinggi.

Harga produk-produk ini adalah di antara RM2.50 hingga RM35.00.

Permintaan bagi MSS tempatan tidak begitu tinggi kerana pengguna lebih mudah mendapatkannya di gerai-gerai atau restoran tempatan dengan harga yang lebih murah. Ini berbeza dengan produk MSS bagi makanan barat, yang lebih tinggi permintaannya kerana ia lebih murah jika dibanding dengan harga makanan barat di restoran.

Hasil pengeluaran pengusaha seperti Dawina Trading, Besta, Adabi, Aminah Hassan, Amoy dan Alagappas, masing-masing mempunyai jualan melebihi RM8.0 juta. Dawina Trading serta Besta masing-masing memperoleh jualan tahunan RM27 juta dan RM28 juta bagi tahun 1995/96.

2.2 Permintaan 1. Permintaan Domestik Penggunaan atau permintaan domestik mengalami peningkatan yang sekata iaitu sebanyak 13% dari tahun 1996 hinggalah ke tahun 1999. Bagi tahun 1999, penggunaan per kapita bagi penduduk tempatan adalah sebanyak RM0.42.

Jadual 1 : Penggunaan Domestik bagi Produk Sedia-Dimakan & Dihidang (dalam bentuk sejuk/beku)
RM (juta) PSM & PSS 1996 1997 1998 Saiz Pasaran 9.51 Eksport NS 1999 Penggunaan Tempatan Jumlah Per Kapita (RM) 9.51 0.42

6.25

7.19

8.27

SUMBER : STUDY ON MARKETING OF CHILLED & JICA, DKC, FAMA, 2001

FROZEN FOOD IN MALAYSIA,

2. Pasaran Eksport Tiada Maklumat

3. Spesifikasi Pasaran Varieti Sedia Ada:


! ! ! !

Segar/Cecair, Beku, Serbuk Sejuk

Kehendak Pasaran:
! ! ! ! ! !

Berkualiti/berzat, Rasa seperti masakan asli Mudah disediakan Serbuk Harga yang murah Pembungkusan yang menarik

2.3 Bekalan 1. Bekalan Domestik Bagi bekalan domestik, terdapat 17 pengusaha yang disenaraikan. Daripada jumlah ini, Nestle mendahului syarikat perusahaan lain dengan pengeluaran berjumlah RM1.4 bilion bagi tahun 1995/96. Ini diikuti oleh Yeos yang ketinggalan jauh di belakang.
Jadual 2 : Hasil Pengeluaran bagi Pengusaha-pengusaha Utama di Malaysia bagi Tahun 1995/96
PENGUSAHA Dawina Food Besta Hock Tai (Dragon) Adabi Food Alagappas Amisan Sakhty (Parrot) Syabinas Amoy Kapar Coconut (Emma) Merrychef RM (JUTA) 27.0 26.0 8.0 10.0 8.0 10.0 9.0 8.0 8.5 16.0 13.0

Myojo Yeos Nestle (Maggi) Region Food (Life) ACE Canning A. Clouet (Ayam Brand)

12.0 342.0 1,400.0 8.0 55.0 45.0 SUMBER : JABATAN STATISTIK (1995/96), FMM (1995/96)

2. Import Tiada Maklumat

2.4 Harga 1. Pasaran Domestik

Di dalam pasaran domestik, harga runcit bagi produk sedia-disaji adalah di antara RM3.00 hingga RM20.00. Dengan harga yang agak tinggi ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa tidak semua golongan mampu untuk membelinya.

Jadual 3 : Harga Runcit bagi Produk Sedia-Disaji (dalam bentuk sejuk beku)
Produk Harga Runcit (RM)

Sejuk Mee Goreng Beku Set Makanan Tengahari Daging Pizza Pie Epal Pau Pastri Roti Canai Lasagna Spring Roll Dumplings Pizza Base Mantau

10.90

13.90 19.80 12.50 15.90 6.50 4.20 5.90 3.30 11.90 8.70 3.15

SUMBER : STUDY ON MARKETING OF CHILLED & FROZEN FOOD IN MALAYSIA, JICA, DKC, FAMA, 2001

2. Import & Eksport Tiada Maklumat

3. FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN a) Pemasaran


!

Program pemasaran amat penting untuk memberitahu pengguna tentang kebaikan makanan sedia-disaji dan sedia-dimasak

Promosi yang giat, seperti pengiklanan dan demonstrasi juga dapat memperkenalkan produk kepada pengguna

b) Produk

! ! !

Lebih banyak produk yang berkualiti diperkenalkan Mempelbagaikan varieti produk yang sedia ada Pembungkusan produk yang kemas, berkualiti dan cantik, dapat menarik minat pelanggan

c) Logistik

c) Teknologi
!

Peralatan /mesin yang sesuai dan berkapasiti tinggi diperlukan

4. KEBAIKAN MELABUR DI MALAYSIA


!

Pengedaran Infrastruktur industri yang baik memudahkan sistem pemasaran produk

Teknologi o Pengusaha-pengusaha utama sedang memperbaiki teknologi sediaada mereka untuk bersaing dengan pengusaha antarabangsa o Terdapat pakar teknologi makanan yang mencukupi di Malaysia

Pengeluaran Mendapat sokongan dari kerajaan dalam bentuk pinjaman dan insentif

Harga Kos pengeluaran yang rendah membolehkan produk bersaing secara kompetitif di pasaran

Produk Dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan sedia-dimasak dan disaji baru, seperti hidangan barat yang bekalannya masih kurang di Malaysia

5. PELUANG PELABURAN

Produk Kebanyakan industri makanan proses di Malaysia masih di peringkat awalan dan mempunyai potensi untuk berkembang, terutama produk nilai ditambah. Peluang yang besar adalah dalam menghasilkan produk sedia-disaji/dimakan barat yang mendapat sambutan tinggi di Malaysia

Jualan dan Pemasaran Pertumbuhan dalam peluang perniagaan melalui konsep franchise makanan sedia-dimasak/dihidang seperti KFC, McDonalds, Nandos dan lain-lain

Khidmat Sokongan Membekalkan peralatan untuk memproses produk ini

Pengedaran Pembekal kepada kemudahan kenderaan seperti trak dan lori sejuk

Pemasaran & Jualan Pengeksport diperlukan untuk mengeksport lebih banyak makanan sediadihidang/disaji tempatan ke negara luar

Вам также может понравиться